Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

TERLANTAR

Cerpen sebelumnya:
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati.
Cerpen selanjutnya:
Begitukah?

Apakah yg ayah dan mak kita MAHUKAN bila mereka terlantar kesakitan? Adakah wang, kasih sayang, belaian ataupun perhatian?


Seorang anak (anak sulung) datang dengan berpakaian kemas, kemeja berjenama, neck tie yg masih melekat dikolar dan berseluar slack hitam tu menawan (comfirm mamat nie berpangkat tinggi dan bergaji besar) Melangkah masuk ke pintu wad. Bila si anak sampai ke katil ayahnya, lalu diserahkan buah tangan (2 beg plastik penuh dengan buah2an) kepada mak yg menjaga ayah.


Padahal di bawah katil ayah dah penuh dengan buah2 (dah macam kedai buah kat taman kosas lah pulak) Si emak yg menjaga ayah dah berumur 65tahun dan si ayah pulak berumur 70tahun... Si ayah menghidapi sakit darah tinggi dan sakit tua. Lalu si anak sulung bertanya kepada mak.

"Macam mana dengan ayah?" Mak jawab,

"Macam tu je". Sulung bercakap lagi,

"Ayah kena banyak makan, baru ada tenaga". Mak diam...

"Doktor kata apa mak?" tanya sulung lagi. Mak diam lagi... Kemudian sulung memandang sekeliling macam mencari sesuatu. Sulung berjalan menuju ke seseorang... 0wh, cari doktor rupanya.


Dari jauh kelihatan sulung yg sedang berbual dengan doktor. Tampak mereka serius, ada kala gelak dan terkadang terukir senyuman di muka. Setelah berjabat tangan dengan doktor, sulung menghampiri mak semula. Sulung berkata

"Mak, doktor kata ayah stabil. Cuma kena jaga makan dan minum sahaja. Jangan lupa makan ubat...Seketika, sulung minta diri kat mak, kata sibuk kejap lagi ada meeting. Sambil tu sulung salam tangan mak... Mmm, baru nak salam tangan mak! Masa sampai tadi tak salam pun. Setelah sulung berlalu, tinggallah mak (yg tak berapa kuat tu untuk bangun pun kena berpaut pada sesuatu) seorang diri lagi. Si ayah masih tidur... Walaupun pelawat dibenarkan melawat pesakit selama 2jam pada tengahari tapi sulung datang tak sampai pun sejam, sibuklah katakan... 



JADI SIAPA YG NAK KOPEKKAN BUAH TU, SIAPA NAK POTONGKAN BUAH TU, SIAPA NAK SUAPKAN KAT AYAH, SIAPA YG NAK BANGUNKAN DAN DUDUKKAN AYAH, SIAPA NAK LAPKAN BADAN AYAH, SIAPA YG NAK ANGKAT AYAH LETAK KAT KERUSI RODA UNTUK KE TANDAS DAN SIAPA YG NAK BASUHKAN???

Jawapannya MAK.

MAK YG BERUMUR 65TAHUN...



Waktu petang pulak....

Datang seorang perempuan... Amboi, dengan dressing macam "Mak Datin" dalam usia pertengahan 40'an, datang seorang diri. Menuju ke katil yg sama dengan memberi salam. Sambil meletakkan mangkuk tingkat, si Mak Datin menghulurkan tangan dan mencium tangan si emak.

"Mak sihat?" katanya.

"Sihat" kata mak.

"Maaflah mak, saya sibuk sekarang. Malam nie pun nak kena pergi johor" kata Mak Datin tu. Kata mak lagi,

"Takpe, pergi lah"...

"Oh mak, nie saya bawak kan sup ayam dan bubur nasi. Ayah suka nie mak... Mmm, ayah apa khabar?" sambil menyapa si ayah. Si ayah dah lama jugak sedar dari tidur. Kemudian si ayah jawab,

"Sihat" dalam nada yg perlahan kurang bermaya.


Dengan nafas yg tercungap2, si ayah gagahkan diri bertanya

"Dari mana?" Mak datin menjawab

"Saya dari ofis. Banyak kerja sekarang nie, malam nie pulak nak pergi johor (sambil mengulang ayat yg sama)... Tapi takpe ayah, kalau ayah nak apa2, nanti saya bawakkan"... Mak datin merapatkan diri ditepi katil ayah, sambil memerhatikan tubuh si ayah. Tiba2 dalam keadaan terperanjat, mak datin bertanya.

"Ayah!, kenapa tangan ayah bengkak?" Kata ayah,

"Takde apa2... Tadi, nurse salah cucuk jarum masa nak masukkan air tadi, tu yg bengkak" Mak datin naik angin lalu bertempik (mengaum macam singa betina afrika)

"Apa!!!", terus meluru ke kaunter.

"HOI! U All BOLEH TAK BUAT KERJA TU ELOK2 SIKIT! BADAN AYAH I BUKAN AYAM TAU! KALAU U ALL NAK KERJA LAMA, KERJA ELOK2! U ALL BELUM KENAL SIAPA I!" Keadaan jadi tergaman, semua terdiam. Kemudian, datang seorang staff nurse untuk meredakan keadaan. Bila keadaan dah tenang, mak datin pergi mendapatkan mak dan ayahnya.

"Ayah, kalau diaorang buat apa2 yg tak betul, ayah bagitau saya, biar saya ajar diaorang..." kata mak datin. Ayah dan mak cuma diam saja. Mmm, prihatin sungguh mak datin nie kat mak dan ayahnya... Bagus!!! Tapi, sebentar kemudian,


"Mak, ayah, saya mintak diri dulu ya... Saya nak buat persiapan untuk pergi ke Johor malam nie" kata mak datin sambil salam kedua2 orang tuanya. Setelah mak datin pergi, tinggallah mak keseorangan lagi dengan ayah yg dah memang sakit...

JADI SIAPA YG NAK SUAPKAN SUP DAN BUBUR TU, SIAPA NAK SUAPKAN AYAH, SIAPA YG NAK URUTKAN BADAN AYAH, SIAPA NAK LAPKAN BADAN AYAH, DAN SIAPA YG NAK BUAT SEMUA KERJA???

Jawapannya MAK.

MAK YG BERUMUR 65TAHUN...



Mak datin cuma datang dalam 1jam sahaja. Sedangkan pelawat dibenarkan melawat pesakit selama 3jam setiap petang. Malam tu, mak lah yg buat semua kerja. Dari persiapan ayah, sampailah mengemas, lap badan ayah, suapkan ayah. Dan bila ayah dah tidur, mak sambung kerja membasuh pinggan, basuh cawan, basuh sudu, basuh kain2 kotor. Setelah semua selesai, mak mandi sebelum tidur. Kemudian mak pun pergi balkoni hospital untuk ambil "Kerusi Malas" yg menjadi katil mak sepanjang menjaga ayah. Bila baru nak terlena, tiba2 mak terjaga dengar ayah batuk. Kemudian mak bangun untuk cari minyak panas lalu sapu ke dada ayah. Kebanyakan masa, emak cuma dapat tidur dlm keadaan duduk sahaja. Mungkin kerana terlalu letih, apa yg dipegang oleh mak akan terlepas dari tangan semasa tidurnya.



Pagi pulak selepas melipat kerusi malas, mak akan angkat sendiri kerusi tu dan letak kembali di balkoni. Walaupun jaraknya tak jauh, tapi kena ingat yg umur mak 65tahun. Selesai mengemas, mak pun mendapatkan ayah, ayah yg masih tidur... Kemudian mak ambil barang2 untuk mandi. Sebelum terpaksa meninggalkan ayah seorang diri, mak sempat berpesan kat org sebelah katil kalau ada apa2, mak ada kat tandas. Sambil mandi mak sempat lagi basuh kain2 kotor. Selesai mandi, mak pun bersiap mengenakan baju kurung. Baju semalam mak letak dalam baldi. Mungkin malam nanti baru mak basuh. Tu pun kalau mak tak letih... Mak mendekati ayah yg baru bangun tidur. Air setengah baldi kecil telah disediakan untuk mak lapkan badan ayah. Mak pun lap lah pakai tuala brand "good morning". 1 hari, 4-5 helai tuala nak dipakai. Tuala untuk lap badan ayah lain. Untuk lap muntah lain dan macam2 lagi la. Tu pun mak kena basuh jugak. Lepas selesai mengelap badan ayah, mak pakaikan ayah baju hospital. Lepas tu mak suapkan ayah dengan penuh kasih sayang, penuh tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mak belum makan lagi nie... Setelah selesai semuanya, ayah pun baring. Kemudian mak minta izin kat ayah untuk ke bawah untuk beli makanan. Lalu ayah pun mengangguk tanda izin.



Mak pun melangkah perlahan2 dengan segala kudrat yg masih tinggal. Wad ayah di tingkat 5, kantin pulak di groundfloor. Terkadang kelihatan jelas nafas mak yg tercungap2 bila nak kejar lif takut tertinggal. Sepanjang perjalanan pergi dan balik ke kantin, mak akan berhenti sekejap untuk melepaskan rasa lelah. Mak cuma beli bungkus, makan depan katil ayah. Dengan beralaskan tangan kiri, mak terus menyuapkan mee goreng ke mulut. Selesai mak makan, mak akan lihat2kan ayah sambil membetulkan selimut ayah. Bila mak rasa semuanya dalam keadaan baik, barulah mak meneruskan mana2 kerja yg belum siap lagi. Contohnya bersihkan baldi tempat meludah dan muntah ayah, melipat kain dan yg lain2 yg mak anggap perlu.

Siapa lagi yg nak buat kalau bukan MAK???

MAK YG BERUMUR 65 TAHUN...



Setelah semua selesai, mak pun mendapatkan ayah semula.

"Awak nak apa?" kata mak.

"Dada saya sakit" balas ayah. Tanpa berfikir panjang mak terus ambil minyak panas lalu sapu dan urut ke dada ayah. Mak memang keletihan. Mak memang perlu rehat. Tapi kalau mak rehat, siapa yg nak buat semua ini. Nak ambil orang gaji indonesia tapi ayah taknak. Setelah selesai mak letakkan kepalanya di tepi katil, di tengah badan ayah. Bila ayah dah tidur, mak pun terlelap sekejap. Dari wajah mak yg berkedut2 tu tampak keletihan yg teramat lesu bersama2 dengan tubuh mak yg tak bermaya. Dada mak berombak, tercungap2.


"SEMANGAT?" Ya, semangat sahaja yg tinggal dalam diri mak. Mak tak patut buat semua ini. Sepatutnya mak berehat kat rumah dan datang sebagai pelawat. Biar anak2 yg buat semua ini. Tapi anak2???

Waktu melawat datang lagi...

Kelihatan seorang wanita dalam usia hujung 30-an. Wah... Dressing macam artis, siap boleh nampak payudara lagi tu. Agak2 34DD kot, memang cun meleleh. Nie mesti kerja dengan company korporat. Berjalan terus ke katil yg sama. Macam biasa beri salam pada mak. Setelah selesai semua adab antara anak dengan orang tua, si anak pun berkata.

"Mak... Saya mintak maaf tak dapat jaga ayah. Saya banyak hutang. Hutang loan, hutang kad kredit semua tu kena bayar. Jadi saya kena kerja. Saya cuma boleh melawat macam nie saja" Mak pun jawab

"Takpe, mak boleh jaga ayah. Mak sihat lagi..."

"Betul ke mak? Terima kasih... Sayang mak" kata artis. Artis pun menghulurkan satu beg penuh dengan buah. Mmm, buah lagi!!! Penuh la buah kat bawah katil ayah tu... Yg ada pun tak termakan, mungkin ada yg dah busuh kot! Setelah berbual, si artis pun minta diri untuk balik. Sambil bersalaman, not RM50 diselit pd mak. Maka tinggallah mak keseorangan lagi.

SIAPA NAK KOPEK KAN BUAH2AN TU, SIAPA NAK BELAHKAN BUAH2AN TU, SIAPA YG NAK SUAP KAT AYAH DAN SIAPA NAK BAWAK AYAH KE TANDAS???

Jawapannya MAK.

Mak yg berumur 65tahun...


Mak yg akan buat semua tu. Petang datang lagi. Kelihatan ramai orang di luar wad sebab waktu melawat dah tiba. Dari jauh, kelihatan seorang pemuda kulit putih (agak simple pakaiannya dlm pertengahan 30'an) berjalan menuju ke katil yg sama. Yg nie pelik sebab tak bawak buah tangan. Apabila sampai di depan mak, si anak menghulurkan tangan mencium tangan mak, begitu jugak dilakukannya pada ayah. Soalan yg sama

"Ayah sihat ke" Mmm, kalau ayah kau sihat, tak kan lah duduk kat hospital!!! Pelik betul...


Si ayah pun jawab

"Boleh lah" Kemudian si ayah pulak bertanya

"Macam mana kau sekarang?" Si anak jawab

"Macam nie la ayah... Minggu depan naik mahkamah lagi. Maafkan saya ayah, saya tak dapat jaga ayah. Banyak masalah yg nak kena saya fikir. Tentang kerja, tentang anak, tentang hutang..." Si ayah diam seketika lalu menjawab

"Takpe, tentang ayah kau tak perlu risau. Mak kau kan ada" Lalu si anak pandang ke wajah mak.

"Mak, maafkan saya" Kemudian si mak menggenggam tangan si anak sambil berkata

"Takpe, sabarlah nak..." Maka tercipta lah cerita sedih macam cerita IBU MERTUAKU. Selang beberapa ketika, si anak pun minta diri untuk pulang. Dan lagi sekali tinggallah mak keseorangan lagi.

SIAPA YG NAK FIKIRKAN TENTANG SAKIT AYAH, SIAPA YG NAK FIKIRKAN MASALAH MAK, SIAPA PERNAH FIKIRKAN TENTANG MAK, SIAPA PERNAH TERFIKIR MAK CUKUP TIDUR KE TAK, SIAPA PERNAH TERFIKIR MASA BILA DAN APA YG MAK MAKAN.



Jawapannya TAKDE SIAPA2 PUN YG TERFIKIRKAN SEMUA TU...



Tentang ayah pulak siapa yg terfikir?

Jawapannya MAK.

Mak yg berumur 65tahun...

 


Mak yg dah tua tu yg akan fikirkan semua itu... Selang beberapa minit, si anak laki2 pun pergi. Kemudian timbul seorang lagi anak si mak. Dalam pertengahan 20'an, dengan tudung ekin dengan baju bersaiz S. Di tangannya melekat dengan handphone. Penampilannya macam wanita yg baru dalam dunia pekerjaan. Sambil melangkah tu, sempat lagi menekan handphone. Mmm, balas mesej la tu kot... Sampai je depan mak, si anak terus salam tangan mak diikuti dengan tangan ayah. Setelah menanya khabar mak DAN ayah, mereka anak beranak pun berbual2. Masa tengah berbual2 tu, si anak sempat lagi membalas 2-3 sms. Dengan pakwe lah tu... Lepas tu, si minah sms nie pun kupaskan dan potongkan buah untuk ayah. Tengah buat kerja tu pun, sempat jugak balas sms. Setelah selesai, si minah sms pun mintak diri untuk pulang. Tinggallah si mak seorang lagi...

SIAPA YG NAK TOLONG MAK, SIAPA YG NAK JAGA AYAH, SIAPA NAK BASUH KAIN, SIAPA YG NAK LAPKAN BADAN AYAH DAN SIAPA YG NAK BUAT SEMUA TU.

Jawapannya MAK.

Mak yg berumur 65tahun...

 


Begitulah keadaan mak dan ayah setiap kali anak2 datang melawat. Semuanya penuh sebab dan alasan. Takde seorang pun anak yg rela mengambil alih tempat mak untuk menjaga ayah. Mereka (si anak) apabila memberikan alasan merasa seolah2 mereka betul dengan apa yg sedang mereka lakukan. Katakan lah... Jika si ayah dan mak memberi alasan untuk membesarkan mereka, mungkin mereka tak besar panjang macam sekarang. Takde la kereta besar, pangkat besar, gaji besar, payudara besar dan macam2 la.

Anak2 semuanya JADI ORANG tapi sayang tak JADI ANAK... Kesian si ayah dan mak. Kenapa anak2 tak terfikir tentang keadaan si ayah dan mak. Sepatutnya anak2 datang lihat ayah sakit dan tanya macam mana perasaan ayah. Si ayah tengah sakit nie, kalau boleh si anak lah yg menjaga ayah, duduk di sisi ayah. Walaupun tak dapat nak jaga setiap hari, weekends kan ada... Tapi, semua anak2 sibuk lah katakan...


Tentang mak pulak, kenapa anak2 tak terfikir ataupun kesian kat mak? Mak yg kena buat semua perkara. Makan dan tidur mak semua tak menentu... Tak kesian ke? Semua anak2 hanya fikirkan diri sendiri.

Ingatlah... Mak dah tua, MAK DAH BERUMUR 65TAHUN...

 

JADI, APA YG AYAH DAN MAK KITA MAHUKAN APABILA MEREKA TERLANTAR SAKIT?


*CERITA INI BOTAK DAPAT DIHOSPITAL IPOH...SEKADAR UTK BERKONGSI


 

 

"DS PASTI TUNAI"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

 

 RJR © 2009 Hakcipta Terpelihar

Cerpen sebelumnya:
Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati.
Cerpen selanjutnya:
Begitukah?

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
1 Penilai

Info penulis

Zambri Botak

I love Kapasitor
botak_9444 | Jadikan botak_9444 rakan anda | Hantar Mesej kepada botak_9444

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya botak_9444
ANJING (PART 3) | 2191 bacaan
ANJING (PART 2) | 2085 bacaan
ANJING (PART 1) | 2410 bacaan
KUCING 2 | 2334 bacaan
TUNAI 2 | 15063 bacaan
CIKGU | 3725 bacaan
GAZA | 2347 bacaan
IRA | 2474 bacaan
WATI | 2382 bacaan
SOFA | 2419 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya TERLANTAR
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik