Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Sepuluh Ringgit

Cerpen sebelumnya:
VIOLET 2 (kesinambungan Violet)
Cerpen selanjutnya:
..ini bukan pintaku

Slave of sa-puluh ringgit.

Ramai juga orang dekat pasar malam hari ini. Saya melilau tak ada arah. Sekejap berhenti tempat jual ubat, dengar brader salesman minyak urat gebang. Sekejap berenti tempat jual barang lelong. Power juga gebang brader lelong ni. Barang dari harga tiga ratus dia bahan turun sampai sepuluh ringgit saja. Peh.

“Tiga ratus mahal? Seratus?” brader jual barang lelong acu mikrofon ke seorang brader depan dia. Brader depan dia diam sahaja.

“Saya tengok brader muka brader ni macam dia nak kata mahal, tak apa.. tak apa.. kita turun lagi.. lima puluh ringgit..” cilakak betul brader lelong ni. Mana punya strategi pemasaran entah dia belajar. Saya tengok saja dari tepi. Orang keliling diam.

“lima puluh mahal lagi? Hish. Payah betul nak meniaga dekat Malaysia ni. Tak apa, orang payah beli saya senang meniaga, malam ni bos saya balik kampung, dia balik sini nak tengok barang dalam lori clear, saya nak bagi clear barang, malam ni saya jual sepuluh ringgit sahaja,” berebut orang beli. Cilaka apa blender jenama China jual sepuluh ringgit. Kalau dekat kedai letrik pergi tujuh lapan puluh juga harga. Sedang orang berebut-rebut beli, saya menyelit keluar dari celah-celah orang ramai yang keliling tengah berurus niaga dengan brader lelong tu.

***

Satu petang saya dan Pak Cu melepak di satu pot yang kami panggil kepala empang. Tempat itu sebenarnya empangan untuk kolam ikan besar, boleh kata paya besar la juga dalam kampung saya. Pemandangan dekat situ memang cun kalau lepak petang-petang. Angin bertiup sedap-sedap bakar rokok. Pemandangan paya luas saujana mata memandang, memang cantik.

Pak cu menung menengok pemandangan. Pak cu ini bukanlah bapa saudara saya. Memang kami sekampung panggil dia Pak cu pasal dia anak bongsu. Saya pun. Layan angin petang memang sedap dekat kampung ni.

“Aok ada berapa?” tanya Pak cu tiba-tiba.

Saya meraba dalam poket. Terasa tangan terpegang sesuata. Seekor ular lidi besar jari kelingking membelit lengan saya sampai ke bahu. Saya biarkan sahaja dia mahu bermanja. Beberapa ketika meraba di dalam poket telapak tangan terasa ada wang plastik.

“Lima,”

“Bolehlah, koi ada lima,” Pak cu bangun dari duduknya lantas turut membuat aksi seperti saya. Dia mengeluarkan tangan dari poket dalam keaadan tergenggam. Duit siling 50 sen bercampur duit seringgit kertas sudah di dalam genggaman Pak cu. “Bok talipon jap,” sambungnya lagi.

Saya hulur telifon bimbit kepada Pak cu. Dia ambil lalu terus mendail.

“Hallo, koi ni Pali, aok kat mane?”

Pak cu senyap sekejap.

“Ok, seposen je koi gi sana,”

Pak cu hulur semula telefon bimbit kepada saya, saya sambut.

“Moh, Paroi ajok lepak pot die, motor ada minyok?” Pak cu tanya sambil kami berdua berjalan menuju ke arah motor di atas jalan.

“Moto ade minyok dok ni?” tanya Pak cu sambil menekan penyetat kaki.

“Isi je la dua ringgit, nanti kabor la ke die kita isi minyok,” jawab Pak cu, belum sempat saya jawab, dia dah jawap sendiri. Cilakak Pak cu.

“Ok moh,” balas saya pula memberikan sedikit peransang kepada Pak cu.

Kami berdua terus menuju ke pot Paroi menaiki motorsikal dengan minyak dua ringgit. Sampai di pot Paroi Pak cu hulur duit seringgit-seringgit lapan ringgit.

“Koi isi minyak tadi dua ringgit ada lapan ringgit je tu,” kata Pak cu tak sempat Paroi tanya.

“Ok,” jawab Paroi sambil menyimpan duit ke dalam poket.

Kemudian kami kembali ke kepala empang. Hajat melepak di rumah Paroi kami lupakan. Menyambor lapan ringgit ada hati nak lepak rumah tokan.

Sampai di kepala empang kami buat kerja masing-masing tak payah berduit macam budak-budak pemuda UMNO, buat kerja sikit duit. Beli cat harga tiga ringgit, claim resit pergi juga tiga puluh ringgit.

Saya mengeluarkan dapur dari tempat persembunyiannya. Setting sikit-sikit lebih-lebih kurang. Pak cu kelihatan sedang bekerja dengan gunting dengan khusuknya. Saya lihat Pak cu dengan gunting ini memang ada keserasian juga. Dapat lah bancuh dua batang rokok.

Selesai tugasnya Pak cu menghidang herba yang sudah diadun sesedap rasa dengan tembakau danhil di depan dapur yang telah selesai saya kerjakan sekejap tadi.

Proootttt… Pak cu bakar membakar.

Fuhh… Asap berkepul padu keluar dari mulut Pak cu.

Saya geleng kepala. Pak cu menghulur dapur kembali kepada saya dalam keadaan tersenyum.

***

Dalam celah orang ramai di pasar malam saya berjalan sekejap perlahan sekejap laju, susah juga mencilok orang ramai di kiri dan kanan. Pengalaman sebagai mat rempit selama dua tahun saya gunakan sepenuhnya di pasar malam ini.

Saya berhenti di sebuah tempat menjual pakaian entah berapa hand sudah, tidaklah dapat saya memastikannya. Seluar jeans longgok di atas meja saya kirai. Selak punya selak tak sedar dah sampai ke lantai playwood meja. Tuan kedai pandang slek. Saya buat tak tahu sahaja.

Di sebelah saya seorang kutu sedang mengirai dengan khusyuknya. Jenis handal memilih seluar bandel brader ni jika dilihat dari kelakuan dan gerak geri dia. Dia ambil sehelai kemudian mencuba pinggang seluar di leher sendiri. Serupa gampang ayat, macam pepatah pun ada.

Entah ngam ke tidak, ngam lah agaknya bila dia menghulur seluar yang dia cuba tadi kepada tauke itu. Seluar dalam plastik bertukar tangan. Kemudian wang RM10 bertukar tangan. Saya berlalu. Seluar sekenhen longgok tidak mampu mengganggu emosi kocek saya.

***

Suatu petang di pangkin bawah pokok ketapi dekat rumah saya bersama pak cu melepak menghirup angin petang dan asap suria. Pemandangan di depan kami juga paya saujana mata memandang. Pak cu menyedut dan meniup asap surya dengan penuh nikmat.

Crett.. crett.. melodi surya bercampur burung dan ayam berkokok menambah sedap suasana perlepakan kami.

“Ni kalau dekat bandor mende-mende melepak tepi tangga bank, sedap duduk kampung ni,” saya membuka cerita. Pak cu diam tidak menjawab.

Saya mengalih pandangan ke arah Pak cu. Rupanya beliau sedang membalut daun pucuk. Saya senyum melihat jari-jemari Pak cu lincah mengadun daun kering penambah perisa lepak dengan tembakau cap ayam.

“Baru sedap berborok,” ujar Pak cu ringkas. Saya mengangguk perlahan.

“Nak job bende yak petang ni,” sambung Pak cu sambil memusing gulungan rokok pucuk bercampur herba di bibir. Sedap betul cara Pak cu.

Saya merenung jauh pemandang di hadapan. “Entahlah,” jawab saya dengan suara perlahan.

“Gaya gampang,” ujar Pak cu perlahan. Saya senyum sambil menyambut rokok pucuk yang sedang dihulur Pak cu. Saya menyambung hisapannya.

“Moh job besi,” kata saya selepas dua kali sedut.

“Moh,” lalu Pak cu bangun dari duduknya. Bangun dari duduk itu adalah satu kata putus dari Pak cu. Saya juga ikut bangun sambil menghulur kembali rokok pucuk yang semakin pendek kepada Pak cu. Dia menggeleng kepala. Saya sedut lagi rokok pucuk bersulam herba yang masih ada sedikit.

“Mane?” tanya saya kepada Pak cu mahu mendapatkan pendapatnya dari mana kami perlu bermula.

“Koi rasa kita try tengok dekat kuari lama, hari tu geng ni dah tarik sikit tali lang, banyak dapatnya,” kata Pak cu. Saya mengangguk sahaja. Terus kami menuju ke tempat yang Pak cu katakan tadi.

Tanpa kompas kami terus meredah semak samun mengikut denai kerbau menuju ke kuari lama tersebut. Dua tiga ekor harimau kumbang menegur kami dengan isyarat angkat tangan. Kami cuma angkat kepala sedikit. Tak elok juga dalam hutan ni sombong dengan penduduknya. Datang tempat orang bawa otak bukan pisau.

Sampai di tempat kerja itu, kami terus memulakan kerja mengumpul besi-besi lama yang sudah berkarat. Besi tali lang yang sudah tenggelam di dalam tanah berpuluh tahun kami tarik. Dapat lebih kurang dua guni besi, entah baru berapa kilo, kami keluar dari tempat yang sudah seperti bekas tapak perang itu. Geng nyamuk lansung tidak boleh dibawa berbincang.

Kerja-kerja macam ni kalau bagi ke budak-budak explorace tu belum tentu diorang lepas. Diorang ingat sudah mencabar sangatlah explorace tu? Setakat Amekaw tu, heh! Entah level berapa hendak dibandingkan dengan kerjaya kami ini. Ingat senang ke nak berdemokrasi dengan nyamuk.

Di tambah dengan besi-besi keliling rumah dapatlah selonggok. Agak clear juga besi di sekitar kawasan kami sekarang ini. Pak cu memberi cadangan untuk menambah berat besi kami dengan menambah penggali abah saya yang beratnya lebih kurang lima kilo juga.

“Hoo.. jangan, bahaya,” saya sebolehnya tidak mahu melibatkan harta benda awam di dalam kerja jenayah ringan kami ini.

Pak cu sekadar mengangguk sambil tersenyum melihat selonggok besi buruk di hadapan kami.

Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar lalu terus menekan papan kekunci.

“henset aok ada kredit,” tanya Pak cu. Saya hulur telefon bimbit saya kepada Pak cu. Dia mendail nombor di telefon bimbit saya berpandukan nombor telefon di telefon bimbitnya.

“Hallo macha, lu mari sini batu 12 dalam,” kata Pak cu. Kemudian dia senyap sebentar.

“Ada dalam 50 kilo,” sambung Pak cu lagi.

Lebih kurang 45 saat dia bercakap entah benda lagi dengan tauke besi buruk itu saya tidak jelas, dia menghulur kembali telefon bimbit kepada saya.

“Sepuluh minit lagi macha tu sampai,” kata Pak cu. Kami kembali ke tempat perbincangan masa mula-mula tadi.

Dalam berborak entah benda-benda dari kisah cicak tekek sampai ke sarang burung walit, isi berboraknya lebih kepada isu-isu ekonomi negara dan hal-hal wallet.

PONNNN…

Serupa gampang bunyi hon lori macha besi buruk ini. Saya dan Pak cu bangun serentak.

Sampai di longgokan besi tadi macha dan seorang kulinya sudah bersedia dengan penimbang. Kulinya mengangkat besi lalu meletaknya ke atas penimbang. Kami tengok saja.

Selesai urusan menimbang tauke besi buruk tersebut membuat kira-kira menggunakan telefon bimbit. Gaya gampang stail drebar lori jadi akauntan ni.

“8.90,” kata macha tersebut.

“Aiyo, apahal banyak murah?” tanya Pak cu dengan nada tak puas hati.

“Ini sudah mahal la macha,” kata tauke besi buruk tersebut.

“Sepuluh ringgit la kasi cukup,” kata Pak cu.

“Tak boleh oo ini pun sudah mahal, biasa ini macam la harga,” kata tauke besi buruk itu dengan nada syahdu.

“Tak boleh, tak boleh, koi telefon orang lain lah kalau macam ni,” balas Pak cu. Agak keras juga perbincangan mereka berdua ketika itu. Saya mengambil keputusan untuk menjadi pemerhati sahaja.

“Aiyo, sudah ooo.. Ye la, ye la, sepuluh lah,” sambung tauke besi buruk tersebut sambil memberi arahan kepada kulinya dalam bahasa india. Mungkin arahan menyuruh kulinya mengangkat besi ke dalam lori pasal kuli itu tanpa banyak cakap terus sahaja mengangkat besi di atas timbangan lalu mencampak ke dalam lorinya.

Saya lihat tauke besi buruk tersebut menghulur wang sepuluh ringgit kepada Pak cu.

“Koi rasa kita dah tak boleh job besi dah lepas ni,” kata Pak cu sambil menggeleng kepala perlahan.

Selesai tauke besi itu membuat kerjanya, kami turut berlalu serentak dengan lorinya.

Namun tidaklah pula kami mengikut dia sampai ke tempat pengumpulan besi buruk beliau. Kami terus menuju ke kedai minum teh.

Sampai di kedai minum teh, kami berdua mengorder milo cawan dengan gaya orang ada duit.

“Surya sekotok,” sambung Pak cu selepas ayat order milo.

***

Di pasar malam saya merayau berseorangan. Sekali sekala terlanggar bahu makwe. Saya selalu berdoa agar scene terlanggar bahu makwe, barang jatuh dan bertentang mata berlaku kepada saya. Tapi

selalunya scene tu jadi dalam iklan minyak wangi sahaja. Apa gila berjalan pasar malam nak sembur minyak wangi.

Sampai di satu sudut, tempat seorang brader menjual rokok saya berhenti di situ.

“Bang, danhill sekotak,” pinta saya sambil menghulur wang sepuluh ringgit terakhir dalam pokot saya pada pasar malam ini.

Tak guna beli blender. Mak saya dah ada.

Seluar jeans bandel dah tak habis pakai.

Akhirnya rokok mendapat tempat paling utama saya menghabiskan kepingan terakhir wang di dalam kocek.

Cerpen sebelumnya:
VIOLET 2 (kesinambungan Violet)
Cerpen selanjutnya:
..ini bukan pintaku

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.7
3 Penilai

Info penulis

Fiqri Fauwaz

Belajar jadi orang.
Sekopi | Jadikan Sekopi rakan anda | Hantar Mesej kepada Sekopi

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Sekopi
Puisi untuk si cantik yang sering rindukan saya | 3435 bacaan
Cari | 1532 bacaan
PCB#6 : Ramadhan di hati Borhan. | 3220 bacaan
Cerkas : Surat Khabar | 2764 bacaan
PCB#2 : Aku sebuah cerpen | 3180 bacaan
10 Hari Mencari Cinta | 3903 bacaan
Gua, Saiber dan Mistik | 2500 bacaan
Rempit | 5345 bacaan
Ini cerita rakyat - Mat Rempit | 4215 bacaan
Ikram dan Kg. Paya Rambai yang hilang. | 2485 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Sepuluh Ringgit
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik