Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

WATI

Cerpen sebelumnya:
Awak Buah Hati Saya !
Cerpen selanjutnya:
Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik.

Maafkan aku... Ampunkan segala dosa2 aku. Aku tahu akulah pemusnah . Akulah racun dan aku memang kejam. Kau bina hubungan kita begitu baik, begitu kasih dan begitu jujur. Tapi aku runtuhkan semuanya sekelip mata. Jika ada 100 kesilapan dan dosa dlm percintaan, 100 kesilapan dan dosa itu aku lakukan. Tapi kau tetap bersabar, kau tetap mengalah. Betapa mulia hatimu... Tetapi tidak aku...

 

Aku masih ingat pd satu hari waktu tengah hari, kau sediakan hidangan utk aku. Hanya melihat saja tanpa disentuh. Aku kata masakkan kau tak sedap.

\"Abg rasa la dulu\" kata kau lembut sambil menghulur piring lauk ikan masak pedas pd aku. Aku dengan wajah selamba mengambil piring itu lalu aku lempar kelantai.

\"Aku kata tak sedap. tak sedap la!!!. Tak faham bahasa ke!!! PALOI!!!\" Itulah kata2 yg keluar dari mulut aku. Kau menangis dlm keadaan duduk, tangan kau mengutip lauk yg berselerak dilantai.

\"Maaf abg, saya masak lauk lain ya\" Itulah kata kau yg minta maaf pd aku sedangkan kau tak bersalah. tetapi aku BODOH pd masa itu.

 

Aku masih ingat lagi bila kau keluar berjalan dengan aku.

\"Jangan nak pegang2 tangan, nanti aku tampar muka kau\" Itulah kata2 amaran aku pd kau. Sebaliknya kau berkata.

\"Maaf abg\" Sedangkan kau tak buat apa2 salah pun. Tetapi aku BODOH pd masa itu.

 

Kalau di karaoke kau sering nyanyikan lagu ini...


~ SAMAKAH AKU BAGAI BURUNG DISANGKAR YG DIJUAL ORG

   HINGGA SEMAHUNYA KAU LAKUKAN ITU APAKAH ERTINYA

   DULU SEGENGGAM EMAS KAU PINANG AKU...OHOHOH

   DULU BERSUMPAH SETIA DIDEPAN SAKSI... OHOHOH ~

 

Begitulah lebih kurang bait2 lirik lagu itu. Aku yg berada di meja depan, menjerit sakan mengutuk kau.

\"Hoi!!! Suara macam TAIK BABI... HOI!!! Nyanyi dlm jambam la...Hoi balik la\" Diatas pentas, aku tahu kau malu sebenarnya tapi ada aku KISAH. Setelah habis menyanyi kau duduk disisi aku.

\"Abg maaf, saya tahu abg tak suka lagu tu\" Itulah kata2 kau memohon maaf sedangkan kau tak buat salah apa2 pun. Tetapi aku BODOH pd masa itu.

 

Dua kali aku menipu mengatakan akan berkahwin dengan kau. Dan setiap kali aku dah menipu, aku akan hilangkan diri selama 2-3 bulan. Bila aku muncul semula, aku akan buat muka tak bersalah atau macam tak ada apa2 yg berlaku. Bila kau berjumpa aku...

\"Abg, abg pergi mana? Puas saya cari abg.... Abg maaf saya tanya, kenapa hari itu abg tak datang jumpa pakcik saya\" Itulah kata2 kau masih minta maaf sedangkan aku yg menipu kau.

\"YA ALLAH... BETAPA BAIKNYA KAU\" Tetapi aku BODOH pd masa itu.

 

Jika kepala aku MASUK AIR... Kau, aku belasah macam BINATANG. Masih aku ingat kemuncak kebodohan aku. Waktu petang sedang aku tidur keletihan kerana semalam enjoy sakan sepanjang malam. Kau cuma alihkan kotak rokok aku dari lantai kemudian kau letak diatas meja. Aku yg masih berdengkur dilantai beralaskan TOTO. Bila aku sedar saja, dlm keadaan mamai terus tangan aku capai atau meraba2 mencari kotak rokok tapi tak ada...

\"Mana rokok aku!!!\" jerit aku marah.

\"Ohhhh abg, saya letak atas meja takut nanti terpijak\" kata kau didepan aku yg dlm takut.

\"TAIK BABI KAU!!! Takut terpijak!!! Kau ingat 100 orang ke tinggal dlm bilik ni\" kata aku yg sangat marah.

\"Maaf abg\" kata kau dlm tertunduk muka.

\"Asyik2 maaf, nak minta maaf tunggu RAYA la. Cepat ambil rokok aku\" kata aku yg dah bersandar didinding. Entah macam mana bila aku pegang saja kotak rokok itu BASAH.

\"TAIK BABI KAU, kau basahkan rokok aku\" kata aku bertempik sambil menarik tangan kau secara kasar.

\"Tak2 abg, masa saya letak kat meja, rokok itu memang dah basah\" kata kau bercakap benar tapi ketakutan jelas diwajah kau.

\"BULAK!!! Kau ingat aku bodoh!!!\" kata aku terus menolak kuat kau ke belakang. Kau tercampak kemeja. Entah macam mana kepala kau terhentak ke bucu meja. Darah mula mengalir keluar didahi kau. Kau mengeluh kesakitan sambil menyebut nama aku. Aku menolak kau dengan kasar setiap kali kau menghampiri aku minta tolong. Sudah berapa kali juga kepala kau terhentak ke dinding.

\"Abg tolong....tolong saya. Kepala saya sakit\" kata kau berulang2 merayu.

\"Hoi perempuan kau dah kotorkan bilik ni!!!\" kata aku marah bila kelihatan tompok2 darah dilantai. Aku yg memang sudah berdiri dari tadi terus menyentap dan menarik tangan kau, menolak kau keluar dari bilik. Darah dah memenuhi muka kau, kau merayu pd aku.

\"Abg maafkan saya. Saya janji tak buat lagi\"Aku tak peduli langsung terus aku seret kau keluar kemudian aku kunci pintu. Kau mengetuk pintu berulang2 kali...

\"Abg buka pintu. Saya minta maaf. Sumpah abg, saya tak buat lagi. Abg, saya sakit.... TOLONGGG ABG \" menangis, merintih dan merayu kau pd aku. Sedikit pun tidak tersentuh kesian hati aku pd kau. Aku yg didalam bilik, pekakkan telinga dan akhirnya masih boleh tertidur lagi.


Keesokkan hari aku bangun, aku lihat kau dah kau tiada diluar pintu.

\"Tahu pun kau berambus\" bisik hati aku.

 

Hari yg sama, semasa makan tengah dimedan selera...

\"Kenapa kau buat macam tu kat dia semalam\" tiba2 satu suara lelaki kedengaran dari belakang aku. Aku  tersentak, toleh kebelakang.

\"Ohhh 9, duduk la. Dah makan\" kata aku.

\"Aku tak nak makan. Kenapa kau buat macam tu  kat dia semalam? Kau tahu tak dia pengsan kat tepi jalan semalam\" kata 9 berdiri didepan aku.

\"Ahhh lantak dia la\" kata aku yg faham maksud 9.

\"Kenapa kau buat macam tu?\" kata 9 berulang.

\"Aku dah bosan dengan dia. Aku dah suruh dia BLAH dari aku tapi dia degil. Ini je cara suruh dia BLAH\" kata aku sambil berselera makan dan muka yg tak rasa bersalah.

\"Kenapa kau nak dia blah? Dah bosan kan\" kata 9 ringkas.

\"Hai bro, kau dengan aku 2 X 5 je. Dapat perempuan mesti nak LUBANG. Jangan nak tunjuk baik la. Nak tunjuk baik masuk IMAM MUDA la\" kata aku dengan marah

\"Aku tak buat macam kau buat\" kata 9 cuba menafikan.

\"Aku tahu kau buat apa? Kau suka JILAT kan\" kata aku sambil menjeling sinis pd 9.

\"Tu yg aku malas nak cakap dengan kau\" kata 9 mungkin terasa.

\"Malas... duduk rumah\" jawap aku perli. Akhirnya 9 tinggalkan aku... Pada masa itu aku memang kejam sedangkan kesalahan kau kecil hanya sekotak rokok yg boleh dibeli baru jika dah basah. Tetapi kau, aku belasah . Aku memang kejam dan BODOH pd masa itu.

 

Seminggu selepas kejadian itu, kau bertemu aku di stesen perhentian bas. Bila terlihat aku saja, kau berlari dan terus memegang tangan aku.

\"Apa pegang2 ni!\" kata aku keras.

\"Maaf abg\" kata kau melepas pelahan pegangan tangan.

\"Abg, saya minta maaf. Saya janji tak usik rokok abg dan sakitkan hati abg\" kata kau muka tertunduk.

\"Hai perempuan!!!! Apa la bodoh kau ni. Kau tak nampak ke aku dah benci dan jemu dengan kau\" kata aku pandang tepat ke muka kau yg masih kelihatan kain pembalut dikepala.

\"Abg, saya minta maaf. Saya cinta abg, saya tak kisah abg buat apa2 kat saya janji abg jangan tinggalkan saya\" itulah pengakuan kau.

\"Hoi perempuan aku memang nak main2 je dengan kau. Aku dah dapat segala2 kat tubuh kau dan aku dah jemu. Kau dah tak BESTlagi.... Kau fahanm tak!!!\" kata aku keras berterus terang.

\"Abg jangan kata macam tu. Saya cinta abg dan saya tahu abg pun cinta saya\" pelahan nada suara  sedih kau.

\"Jangan apa? Cintakan kau!!! Ya cinta kau tapi LUBANG KAU BUKAN HATI KAU...Hahahaha.. Apalah kau ni lurus bendul? Bodoh macam TAIK BABI... Dah2 nyah kau dari sini\" kata aku beri amaran. Aku terus melangkah pergi, kau diam tapi mengikut dari belakang.

\"Kau ikut lagi, aku tumbuk muka kau\" kata aku berhenti dari melangkah. Kau tunduk diam kemudian lemah kau angkat muka didepan aku.

\"Abg, saya cinta kan abg. Saya sanggup mati bersama abg\" air jernih dah mula mengalir dipipi kau.

\"Pergi mampus dengan kau punya cinta. Nak mati? Kau mati seorang2 jangan ajak aku, tau!!!\" kata aku penuh sombong. Akhirnya aku tinggalkan kau disitu dengan seribu kesedihan dan kedukaan buat kau. Kau hanya memandang kearah aku dengan airmata yg menjadi saksi perpisahan ini. Kau masih memohon maaf sedangkan aku yg cederakan diri kau. Tapi aku BODOH pd masa itu.

 

Selepas pertemuan itu, 2 bulan aku tidak bertemu kau. Ohhh betapa bebas dan gembira aku rasa kerana tak ada gangguan. Masuk bulan ke 3, satu petang aku lihat member aku yg tinggi lampai tergesa2 menuju kearah aku.

\"Kau tahu tak dia sakit sekarang?\" kata member aku itu

\"Ohhh ya ke. Patut lama tak nampak dia sekarang?\" kata aku masih boleh tersenyum lagi.

\"Dah 2bulan lebih  dia sakit. Kau tak nak lawat dia ke?\"

\"Dah dengar dari kau pun dah cukup. Kalau pergi pun bukannya aku boleh buat apa2 pun\" kata aku bagi alasan.

\"Baik la kalau tu kata kau. Jangan kata aku tak bagitau dan jangan menyesal\" kata member aku.

\"Menyesal!!! Tengok dia mungkin aku menyesal\" kata aku ego sambil tergelak.

\"Baik la... Suka hati kau la\" kata member aku kemudian beredar. Aku hanya tersenyum melihat member aku itu pergi.

 

Masuk bulan ke 4, dalam pukul 11 pagi. Aku lihat member berkumpul seperti ada sesuatu yg mereka bualkan. Bila terlihat aku saja.

\"Tu dia\" kata salah seorang member melihat ke aku. 9 yg berjalan kearah aku.

\"Kau tahu dia sakitkan?\"

\"Tahu\" ringkas kata aku

\"Kau pergi la lawat dia. Dia sebut2 nama kau banyak kali\" kata 9 lagi.

\"Ahhhh malas la aku. Aku bukannya doktor, pergi pun buat apa\"

\"Kau tahu tak dia tengah tenat sekarang ni. Dia sakit kanser payudara tahap 4, bila2 boleh mati. Dia nak sangat2 jumpa kau... Tak boleh ke kau tunaikan permintaan terakhir orang nak mati\" kata 9 yg marah lihat perbuatan aku.

\"Ahhh dia mampus pun peduli pa aku\" jawap aku juga dlm marah.

\"Kau tahu tak, kau dah dapat wanita yg terbaik. Dia bagaikan SITI AISHAH. Walaupun kau buat dia macam binatang, dia tetap maafkan kau... Bersyukurlah. AHHH!!! aku pun dah bosan berkawan dengan orang yg perangai macam binatang ni\" kata 9 yg memang dah marah sangat dengan aku. Aku pandang ke wajah 9 dengan marah juga, bagaikan nak aku tumbuk mukanya. Tetapi tidak aku teruskan niat itu. Akhirnya aku alih pandang ke tempat lain dan diam seribu bahasa. 9 masih memandang aku dengan marah dan fedup, akhirnya 9 tinggalkan aku begitu saja. Pada petang selepas SOLAT ASAR, aku dapat tahu kau telah PERGI SELAMA2NYA. Aku tak kisah pun....

 

Pada malam kematian kau dalam pukul 11 aku tertidur. Dalam tidur itu, aku bermimpi, dimana aku melihat seorang wanita yg berdiri diatas bukit, tangannya melambai2 kearah aku. Aku tak nampak jelas wajahnya tapi suara tangisannya jelas aku dengar... ya wanita itu menangis. Aku kenal sangat baju yg dipakai oleh wanita itu, itulah baju kesayangan kau. Wanita itu hanya berdiri tegak, melambai tangan dan menangis. Aku tersedar dari tidur ketika azan solat subuh kedengaran. 3 malam berturut2 aku mimpikan wanita itu. Aku hairan...

SIAPA WANITA ITU KERANA MUKANYA TAK JELAS? KENAPA WANITA ITU MENANGIS? KENAPA WANITA ITU MELAMBAI TANGAN KE ARAH AKU? KENAPA WANITA ITU MEMAKAI BAJU KESAYANGAN KAU? Tetapi aku biarkan soalan itu berlalu. Masuk hari ke 4, mimpi itu tiada lagi tetapi aku mula merasai perubahan terhadap diri aku. Dimana setiap benda yg aku pandang pasti teringat kau. Bila aku pandang rumah yg berwarna BIRU, aku teringat kau. Bila aku pandang KOTAK ROKOK, aku teringat kau. Bila aku pandang papan tanda KARAOKE, aku teringat kau, bila aku terdengar seseorang yg menyebut perkataan SEBAB, pasti aku teringat kau. Senang kata semua benda yg ada kenangan dengan kau, pasti aku teringat kau. Aku hairan bila teringat kau pasti airmata ini tiba2 mengalir dipipi.

\"Aku tak tahu kenapa?\" Sedangkan aku tidak rasa sedih pun. Tetapi itu hanya permulaan, masuk minggu pertama kematian kau, kemudian minggu ke2 dan minggu ke3. Aku tetap teringat kau dan kelamaan didalam hati ini bagaikan DIKETUK  dengan 1 soalan. Soalannya kenapa kini aku terasa sesuatu, suatu yg serba tak kena dan sesuatu kehilangan. Sejak dari itu aku sering tertenung dan bersendirian. Dalam minggu ke 3 juga pd MALAM JUMAAT, aku bermimpi lagi. Kali ini mimpi aku begitu berlainan sekali, dimana dalam mimpi itu aku memukul seekor binatang. Setiap kali aku memukulnya, binatang itu akan meraung, menjerit dan merayu.

\"Sakit abg, sakit abg... tolong abg jangan buat macam ni. Saya merayu abg\" Aku tak peduli terus memukul binatang itu hingga mati. Bila aku ingin mencampak mayat binatang itu tiba2 MUKA binatang itu kelihatan WAJAH KAU. Aku tersentak dari tidur sambil menyebut nama kau. Aku mengucap panjang, Tiba2 airmata aku mengalir laju dipipi, aku cerkup kedua2 tangan ke muka.

\"AMPUNKAN AKU. MAAFKAN AKU. AKU BANYAK BUAT SALAH DAN DOSA PD KAU\" Itulah ayat yg keluar dari mulut aku. Akhirnya aku mengaku, mengaku merindui kau, mengaku kehilangan kau, mengaku banyak berdosa dengan kau dan yg utama mengaku akulah yg sebabkan kau MATI.

 

Keesokan pagi aku terus berjumpa 9.

\"9 maafkan aku\" kata aku tanpa berselindung.

\"Apa hal kau ni, tiba2 minta maaf\" kata 9 bersahaja.

\"Aku menyesal 9, aku minta maaf\" kata aku sungguh2

\"Dah terlambat... Nasi dah jadi bubur\" kata 9

\"Aku tahu 9 tapi tolong maafkan aku\"

\"Apa hal kau minta maaf dengan aku, kau tak salah pun dengan aku. Kalau kau nak minta maaf pergi minta maaf dengan dia. pergi minta maaf kat kubur dia. Faham tak!!!\" kata 9 seolah2 lepas geram. Aku diam dan rela dimarah.

\"Baik la 9, maaf ganggu kau\" kata aku sambil melangkah pelahan meninggalkan 9.

 

Dibandar aku cari seseorang iaitu kawan baik kau.

\"Awak apakhabar?\" kata aku bila berdepan dengan kawan baik kau.

\"Baru nak tunjuk muka!!!\" kata kawan baik kau sambil menjeling marah.

\"Maaf awak, boleh tolong tunjukkan kubur dia tak?\" kata aku

\"HOI JANTAN!!! Dia dah mati baru nak cari... Buat pa... PALOI!!!\" jerkah kawan baik kau yg matanya dah kelihatan merah.

\"Saya tahu... Saya bersalah tapi saya merayu tolong tunjukkan kuburnya\" rayu aku.

\"Merayu kononnn... Dia merayu pd kau, ada kau kisah. Kau tahu tak sampai nak mati dia merayu nak jumpa kau tapi sia2 saja. Sebab kau memang JANTAN JENIS TAIK BABI\" kawan baik kau bersuara marah, dipipinya kelihatan airmata mula mengalir. Aku tunduk diam dan rela dimarah sekali lagi, kemudian pelahan aku bersuara.

\"Saya tahu, saya memang tak guna. Banyak sakit dan banyak buat dosa pd dia. Tapi tolonglah tunjukkan kubur dia, saya sanggup buat apa saja\"

\"Betul, kau sanggup buat apa saja\" kata kawan baik kau.

\"Ya, saya sanggup\" pantas jawap aku.

\"Aku nak tampar muka kau. Sanggup!!!\" kata kawan baik kau yg memang benci dengan sikap aku.

\"Baik, tamparlah. Saya sanggup\" jawap aku tanpa berfikir panjang.. Aku angkat muka didepan kawan baik kau, kawan baik kau terus menghayun tangan kanannya tepat ke pipi kiri aku. Teralih muka aku kekanan bila tapak tangan kawan baik kau menyentuh ke pipi aku. Setelah selesai kawan baik kau bersuara...

\"Datang sini time lunch nanti\"

\"Baik awak... Terima kasih\" kata aku terus beredar.

 

Dalam pukul 1.30, aku dan kawan baik kau telah berada ditanah perkuburan...

\"Tu kat sebelah kubur marmar biru tu. Kubur wanita yg banyak kau buat dosa. Pergilah minta maaf  kat BATU NISAN tu... SENGAL... PALOI!!!\" kata kawan baik kau dengan marah kemudian terus beredar tinggalkan aku keseorangan. Aku melangkah pelahan menuju ke pusara kau. Makin dekat makin banyak airmata ini keluar. Sampai saja didepan pusara kau, aku terus duduk melihat batu nisan yg tertera nama kau. Aku sudah tidak dapat menipu diri lagi. Aku lakukan perkara yg tidak boleh didepan pusara kau.

\"WATIII, MAAFKAN ABG. MAAFKAN AKU. ABG BANYAK BUAT DOSA PADA WATI. AKU BERSALAH. ABG YG BUAT WATI MATI. AKU BODOH... WATI , KAU BAIK AKU YG JANTAN JAHAT. ABG MENYESAL WATI. WATI MAAFKAN ABG.... ABG DAYUS WATI, ABG MINTA AMPUN, ABG SANGGUP CIUM KUBUR WATI. MAAFKAN ABG \" menjerit dan meraung aku didepan kubur wati.

\"WATIII BANGUN WATIII... BANGUN JADI HANTU. KAU CEKIK AKU, KAU BUNUH AKU. JANTAN YG BANYAK BUAT KAU DERITA. JANTAN YG BANYAK BERDOSA. JANTAN TAK GUNA. AKU MERAYU WATI, KAU BUNUH AKU. AKU TAK LAYAK HIDUP... WATIIIII \" dalam keadan merangkak itu aku menangis sepuas2 nya. Airmata keinsafan aku menjadi saksi perbuatan aku. Aku tahu maaf aku dah terlambat. Aku juga tahu perbuatan aku sia2 ibarat MENABUR GARAM DI LAUTAN... tetapi tetap aku lakukan.

 

Sejak dari itu pusara wati wajib aku lawati setiap minggu. Bila malam aku menangis mengenangkan perbuatan aku pd wati. Aku tahu inilah hukuman yg aku terima dari TUHAN, MENYESAL TAK SUDAH. Aku sering mendengar lagu kegemaran wati kini, jika dulu bila wati nyanyikan lagu ini pasti aku kutuk sakan tetapi sekarang aku menangis bila mendengar lagu ini. Aku menangis dan menyesal bila teringat kata2 aku...

\"MAMPUS LA KAU... RUPANYA BETUL2 WATI MATI PADA HARI YG SAMA\"

\"YA ALLAH, KAU HUKUMLAH AKU, AKU TAK LAYAK MENJADI HAMBA MU SEBAGAI SEORANG INSAN... AKU BINATANG!!!\"

Kini aku telah berubah benda2 yg tidak mormal, tidak aku jadikan rutin lagi. Aku hampir putus asa dan give up utk hidup bukan kerana cinta. Namun kerana dosa2 aku pd wati, tapi aku bersyukur dapat berfikir waras. Sebelum tidur aku sering berharap wati datang dalam mimpi aku, datang maafkan aku. Walaupun aku tahu itu semua bagaikan MEMERAH BATU MENGHARAP SETITIS AIR. Dan selagi wati tidak maafkan aku, selagi ituTIADA CINTA DIHATI AKU. Itulah janji aku, akan aku tolak cinta yg datang menyerpa, aku tidak layak lagi utk bercinta.

\"WATI, ABG SUDAH BERUBAH... MENGAPA ABG TAK BERUBAH SEMASA WATI HIDUP???... AKU MENANGIS LAGI \"

 

 

Semua kita pernah melakukan kesilapan silam. Apakah kita menyesal seumur hidup?????

Cerita ini dari seorang lelaki yg begitu menyesal atas kesilapan silamnya......

Botak hanya diam....kerana bagi lelaki ini pendapat tidak penting lagi..

Abg,maafkan botak menulis cerita ini....hanya utk berkongsi. Itu niat botak



Penulis-Botak

Cerpen sebelumnya:
Awak Buah Hati Saya !
Cerpen selanjutnya:
Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik.

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
1 Penilai

Info penulis

Zambri Botak

I love Kapasitor
botak_9444 | Jadikan botak_9444 rakan anda | Hantar Mesej kepada botak_9444

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya botak_9444
ANJING (PART 3) | 2040 bacaan
ANJING (PART 2) | 1981 bacaan
ANJING (PART 1) | 2282 bacaan
KUCING 2 | 2202 bacaan
TUNAI 2 | 11314 bacaan
CIKGU | 3571 bacaan
GAZA | 2269 bacaan
IRA | 2352 bacaan
SOFA | 2304 bacaan
SEKARANG | 2102 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

1 Komen dalam karya WATI
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik