Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Autobiografi

Billy dan Serina jadi rakyat

Cerpen sebelumnya:
Kau Jodohku
Cerpen selanjutnya:
Bonggol



Si Paris capai tuala dari ampaian. Panas terik dia tak kira. Tangkas gerakannya meletakkan tuala dibelakang badan, lalu disimpulkan pada kolar bajunya. Macam Superman..
 
Atau apa sahaja watak yang memakai kain mantel. Tak dapat dipastikan sangat.
 
″ Aku kuat, aku Superhero..korang semua mesti patuh pada aku..

Dia pandang tepat pada dua ekor pesuruhnya. Tak pandai berkata-kata, tapi mereka faham apa maksud Si Paris.
 
Tangan kanan Si Paris memegang batang mop yang Mama nya letak di atas pangkin pagi tadi.
 
Ini semua cuaca panas yang teruk. Kita harus bersatu..Ha Ha Ha Tunggang-langgang punya bahasa budak yang baru masuk darjah dua ini.
 
Kamu..kamu berdua mesti ikut apa yang aku sebagai ketua buat Si Paris meloncat keserata tempat. Dua ekor itu pun mengikut tanpa perlu disuruh. Melompat-lompat macam orang baru jejak kaki ke bulan.
 
Okay, buat barisan..cepat Sambil memegang batang mop laksana seorang yang amat berkuasa.
Petang ini, iya. Seluruh pelusuk depan rumah adalah jajahan Si Paris. Rakyat dia cuma dua ekor ini sahaja.
 
Aku jadi seorang ketua.. Kau, Billy yang hitam ini jadi penolong ketua.. Kau, Serina yang putih ini jadi..errr jadi rakyat! Sambil dia berdiri diatas motor Papa nya.


Billy dan Serina terhangguk-hangguk dengan mulut yang kumat-kamit. Mungkin menjawap seruan Si Paris dengan doa.

Selang sejam, agak sunyi sepi. Sesekali yang terdengar Si Paris,
Hungaaaah..... hunggaaaah
 
Aku tergerak untuk mengintai keluar rumah. Si Paris mencangkung dan masih lagi memegang batang mop.
 
Yang kau pergi hadap dua ekor arnab tu beromen tu buat apa?!!..Masuk rumah!!!
 
Hungaaaah.....hunggaaaah

Cerpen sebelumnya:
Kau Jodohku
Cerpen selanjutnya:
Bonggol

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
2 Penilai

Info penulis

26life

Mengada-ngada, merengek dan menyusahkan
26life | Jadikan 26life rakan anda | Hantar Mesej kepada 26life

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya 26life
Si Paris bayar zakat | 9184 bacaan
Berlumba ke Bulan | 2819 bacaan
Monolog orang yang ada rasa bersalah | 2816 bacaan
Dia, Bidadari Perjalanan | 3885 bacaan
Dia suka pada Milah | 20056 bacaan
Khayalan bernombor | 3019 bacaan
PCB #6 Retro: Ahli Band of Brothers | 3350 bacaan
Pra Ramadhan : Alam aku | 2947 bacaan
Cerita Bergambar : Aku Pulang | 5692 bacaan
PCB#5: Kegembiraan untuk 45 minit | 3759 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Billy dan Serina jadi rakyat
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik