Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Monolog orang yang ada rasa bersalah

 

Orang kata pernah, sejauh mana kita bikin silap  pasti ada jalannya untuk meminta maaf.

Itu orang yang katalah, ( bukan semua orang, agaknya )

 

Kita mencuba, dengan sedikit yakin bahawa ruang kemaafan itu pasti ada.

Tapi, bukan semua orang pemaaf. Bukan semua benda macam yang kita selalu gambarkan.

 

Ketentuan bukan milik eksklusif setiap insan. Apatah lagi kemaafan.

 

“Takkan lah dalam 365 hari setahun ini, tak tergerak pintu kemaafan?”

“Barang kali pada bulan puasa, terbuka. Agaknya.”

“Punah lah begitu kalau mahu menanti bulan puasa. Bulan Ramadhan. Mahu kita mati esok?”

 

Lagipun, bulan puasa kelak belum tentu dia ada untuk mendengar permohonan maaf ini.

 

Pintu kemaafan terbuka tanpa jaminan seratus peratus. Siapa kata?

Kemudian, mahu mohon maaf guna doa? Gila!

 

Minta maaf itu satu hal. Bagaimana pula jika terdapat syarat-syaratnya? Macamana pula mahu dipulangkan punca terjadinya kesalahan itu?

 

“Mungkin dikira halal?”

“Jikalau yang memberi maaf itu, halalkan. Berikan jaminan. Berikan syarat sebelum dia mengeluarkan syarat sendiri. Tebus dengan apa cara sekalipun.”

 

Masakan boleh dikira halal? Bolehkan begitu sahaja dilupakan?

Kalau setiap hari dia berdoa, bahawa tidak akan selamat orang yang telah membuat salah?

 

Kita takkan dikata mencuba jika sekadar melampiaskan sejuta alasan.

“Tapi ianya, berlaku sudah agak lama. Pasti dia tidak mengingatinya lagi, kan?”

 Itu sudah patut jadi token untuk melepaskan diri.

 

“Semalam hanyalah memori hari ini, dan esok adalah mimpi hari ini.”

 Ayuh, kita simpan memori yang elok-elok sahaja.

 

Dia intai dari jauh. Disebalik pokok ceri. Dari seberang jalan.

 

Naah, dia ada disana. Apa lagi mahu ditangguh cerita yang lama ini?

 

Nun seberang jalan ada gerai makan. Beroperasi secara kecilan ditepi jalan. Tak ramai pengunjung dikala ini, mungkin kerana sudah melepasi jam 3 petang. Tuan punya gerai, seorang perempuan lewat 40an sedang mengelap meja, menyusun elok kembali bekas-bekas yang diisi lauk pauk.

 

Dibalik pokok ceri, jiwa dan hatinya berperang.

Mencari seribu satu alasan untuk terus melarikan diri dari menghadapi kenyataan.

Jiwanya memberontak, mahukan kedamaian. Hati buat tidak tahu, mengelat seperti biasa.

 

Ini kisah seorang lelaki yang telah melakukan kesalahan. Benda yang dibikinnya pun sudah lama, dikirakan sudah setahun lebih.

Hati boleh buat tak tahu, tapi jiwanya memberontak. Dia perlu memohon maaf.

 

“Errr Asalamualaikum makcik”

“Walaikumusalam, yer jemput lah. Lauk tak banyak yang tinggal. Masak panas pun ada”

 

“Errr saya datang ini bukan hendak membeli makanan...”

“Eh kalau macam itu..ada apa,nak?”

 

“Sebenarnya, setahun setengah yang lepas saya pernah makan disini. Makan tengahari. Waktu itu perut saya betul-betul kelaparan tapi tiada wang. Langsung tiada sesen pun dalam kocek. Saya makan disini, lepas tu saya terus pergi tanpa bayar. Saya datang ini, ingin meminta maaf pada makcik sebab pernah makan kat sini tanpa membayar.” Kata dia, ikhlas sedikit sebak sambil menghulur tangan.

 

Tuan punya gerai kelu. Diam dalam hatinya, apa ayat hendak disambung bicara.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ucapan akhir dari tuan punya gerai.."Makcik boleh maafkan dengan syarat..cuci pinggan mangkuk sampai bersih, boleh?"..hehehe
    ***ucapan maaf amat berharga**
  • 2) Hehe, makcik masih berniaga. So takdehal lah maknanya makan free hari tu kiki.

    Tak apalah nak, makcik halalkan. Makcik doakan anak akan lebih berhemah dalam berbelanja lepas ni dan selamat dunia akhirat. Hihi.
  • 3) Kira okelah makcik kelu drpd dia baling pinggan
  • 4) Makcik mmg meniaga ni utk orang2 mcm ko ni yg suka makan tp x baya. Takpe makanlah. Nak makcik goreng pon bole. Lauk tgh hari pon mmg makcik masak utk ko ni dik! :p :p

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life