Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

ANJING (PART 1)

Cerpen sebelumnya:
Hahaha
Cerpen selanjutnya:
ANJING (PART 2)

Semua ORANG ISLAM tahu ada dua binatang yg haram disisi UGAMA. Pertama BABI dan kedua ANJING. Siapa yg tidak kenal pada anjing... Memang buang tabiat nak mati (hehehe...) Di dalam UGAMA ISLAM yg berpegang pada 4 MAZHAB. Ada mazhab yg membenarkan membela anjing dengan apa saja tujuan dan boleh memegang anjing walaupun dalam keadaan basah sekali pun iaitu MAZHAB MALIKI. Ajaran SYIAH juga dibenarkan membela anjing. Ulamak berpendapat ada seekor anjing yg akan masuk syurga. Kita sebagai orang malaysia yg UGAMA ISLAM sudah tentu mazhab SYAFIE yg kita ikuti. Dimana memegang dan membela anjing perlu ada sebab2 tertentu. Hari ini botak nak bercerita tentang anjing pulak. Jom baca cerita ini...

 

Di kawasan perumahan baru jenis kos serdehana. Di sebuah rumah yg terletak di lot terakhir. Dalam pukul 5petang kelihatan seorang lelaki tubuh berisi, berkulit gelap, memakai baju t-shirt warna hijau muda dan berseluar treksuit sedang berdiri di luar pagar rumah sambil matanya liar memandang ke seberang jalan utama. Rumah lelaki itu terletak berdepan jalan UTAMA kawasan perumahan itu. Di tepi jalan utama itu terdapat satu kawasan tempat pembuangan sampah. Sedang asyik lelaki itu memandang. Tiba2 satu suara wanita datang dari arah belakang menyapanya

"Abg... Tengok apa?" kata wanita yg sebenarnya isteri lelaki itu...

"Takde... Abg tengok ANJING BODOH tu, tak nampak pun hari nie" kata lelaki itu yg berumur dalam pertengahan 30an.

"Mungking dia tidur kat belukar seberang jalan tu kot" kata si isteri tapi di wajahnya terdapat riak yg tidak berapa selesa. Lelaki itu diam tapi matanya tetap melilau2 memandang ke jalan utama itu.

 

Biar botak cerita dulu kedudukan rumah lelaki itu. Ok, rumah lelaki itu terletak di lot terakhir. Di sebelah  kanannya terdapat sebidang tanah kosong yg akan dibangunkan sedikit  masa lagi. Di depan rumah lelaki itu terdapat JALAN KAWASAN PERUMAHAN dan di seberangnya terdapat SEJAJAR TEBING TANAH Di bawah tebing itu barulah terdapat jalan UTAMA KE PERUMAHAN yg mempunyai 3 LORONG. Tinggi tebing dari jalan utama ada dalam 20 KAKI. Tempat PEMBUANGAN SAMPAH berada betul2 DI KAKI TEBING itu.

 

 

Hari yg sama, dalam pukul 6petang

"Amir, amir ambil lastik ayah kat meja itu. Cepattt!!!" kata lelaki itu di muka pintu pada anak bongsunya yg berumur 7tahun. Anak bongsu lelaki itu mengambil lastik yg terletak diatas meja di ruang tamu kemudian diserahkan pada ayahnya. Anak lelaki itu seperti tahu apa tujuan ayahnya. Bila sebaik sahaja mendapat lastik, lelaki itu berlari ke tepi tebing dengan beberapa biji guli di tangan, yg entah dari mana didapatinya. Bila mangsanya sudah berada betul2 dalam sasaran, terus dilastik dan tepat mengena pada sasarannya. Di bawah tebing, menjerit anak anjing yg BERUMUR 1 TAHUN... BERWARNA HITAM DAN PUTIH itu bila badannya terkena biji guli. Dalam menjerit2, anak anjing itu berlari2 lintang pukang ketakutan dan kesakitan sambil menuju ke seberang jalan dan terus hilang di belukar tepi jalan utama. Ketawa  lelaki itu melihat anak anjing itu yg dalam kesakitan.

 

Semasa makan malam lelaki itu menceritakan pada anak bongsunya tentang anjing yg dilastik tadi.

"Amir tak tengok tadi ayah lastik anjing bodoh tu" kata lelaki itu yg memandang ke arah anaknya.

"Amir takut ayah..." kata anaknya.

"Takut apa, tu cuma anjing... ANJING BODOH" kata si ayah sambil ketawa besar. Tiba2 anak sulung lelaki itu bersuara.

"Ayah, cikgu nita kata tak elok aniaya binatang" kata anak perempuan yg berusia 12 tahun itu.

"ANJING TU BODOH... ANJING TU HARAM... Cikgu nita salah... Kalau nak bunuh pun boleh" kata si ayah seolah2 dia benar. Anak perempuannya diam sambil memandang ke wajah ayah, kemudian dialih pandangannya ke ibu yg berada di sisi. Isteri lelaki itu pun hanya diam saja semasa makan. Tidak disapa setiap perbualan suaminya dengan anak2. Sebenarnya dah puas si isteri menasihati suaminya supaya jangan diganggu anjing itu tetapi tidak berhasil. Pernah sekali mereka sampai bertengkar tentang hal ini. Si suami tetap dengan pendiriannya mengatakan ANJING ITU KOTOR, BODOH DAN HARAM. Akhirnya si isteri mengalah dan biarkan saja apa yg suaminya nak lakukan pada anjing itu.

 

Keesokan hari, dalam pukul 6petang.

Lelaki itu baru balik dari kerja. Dengan baju kerja yg belum bertukar lagi. Lelaki itu terus berdiri di tebing tanah itu, sambil memandang ke bawah tempat pembuangan sampah.

"OOhhh kau dah ada ya anjing bodoh" kata lelaki itu bercakap sendirian bila terlihat anak anjing itu sedang leka makan di tempat pembuangan sampah. Lelaki itu terus berjalan laju di tepi pintu pagarnya. Rupa2nya memang sudah tersedia berapa biji batu bata di situ. Lelaki itu memegang 2 biji batu bata dengan kedua2 tangannya dan menuju semula ke tebing dengan cepat. Lelaki itu sudah berdiri di tepi tebing dengan setiap tangannya memegang sebiji batu bata. Diintai ke bawah perlahan2, dilihatnya anjing itu masih sedang leka memakan sisa2 makanan. Dengan muka yg serius, lelaki itu mengangkat kedua2 tangannya dengan tinggi lalu terus dilempar sekuat2 hatinya ke bawah pada anak anjing yg sedang leka makan itu. Sebiji batu bata tepat mengena di bahagian belakang tubuh anak anjing itu. Tercampak anak anjing itu ke tepi sambil menjerit kesakitan. Semasa anak anjing itu melarikan diri ke seberang jalan. Kelihatan dari jauh ,terhinjut2 anak anjing itu. Mungkin tercedera di tubuhnya.

"Padam muka kau" kata lelaki itu tersenyum puas.

 

Pada hari yg lain dalam pukul 10malam.

Dengan berbaju t-shirt dan seluar pendek. Lelaki itu berjalan perlahan2 keluar dari pintu pagar kemudian terus menuju ke tepi tebing. Setiba di tebing dengan senyap lelaki itu melihat ke tempat pembuangan sampah."Ohhh ada lagi kau bodoh" kata lelaki itu sendirian dengan marah. Perlahan2 lelaki itu menuju semula ke rumahnya, di dalam rumah lelaki itu terus menuju ke dapur. Di dapur dinyalakan api gas kemudian diletak cerek besar. Semasa menunggu air itu mendidih lelaki itu BLENDER CILI KERING setakat yg ada. Lelaki itu melakukan kerja2 itu sambil menyanyi2 kecil dan di wajahnya begitu seronok sekali. Setelah air mendidih, dimasukkan air panas itu dalam baldi besar, kemudian dituang cili kering yg telah diblender itu sekali ke dalam baldi dan DIKACAU dengan batang penyapu supaya sebati. Setelah selesai dialas tangannya dengan tuala kecil dan dibawa keluar baldi itu dengan penuh berhati2 dan senyap. "Mampus kau bodoh kali ini" bisik hati lelaki itu dan dibibirnya sentiasa tersenyum. Bila sampai saja ditepi tebing lelaki itu mematikan langkahnya, diintai perlahan2 ke bawah tempat pembuangan sampah. Lelaki itu tersenyum, maksudnya anak anjing itu masih ada di bawah. Dengan pergerakkan yg senyap lelaki itu berdiri rapat ke tepi tebing. Tangan kirinya memegang ke TANGKAI BESI baldi itu dan tangan kanannya pemegang ke buntut baldi. Setelah pasti kedudukan anak anjing, terus dihayun baldi itu, maka tercampak keluar air di dalam baldi itu ke bawah. Dalam berapa saat tiba2 SALAKAN TERAMAT KUAT, SALAKAN YG PENUH ERTI KESAKITAN DARI MULUT ANAK ANJING ITU. Dengan sinaran lampu jalan, dari atas tebing itu nampak jelas anak anjing itu mengelupur di tanah ke kanan dan ke kiri. Anak anjing itu cuba bangun utk lari tetapi jatuh semula ke tanah dan mengelupur kesakitan. Anak anjing itu cuba melihat ke arah tubuhnya tetapi tidak mampu berbuat apa2. Apa yg termampu anak anjing itu lakukan hanya  menyalak kesakitan yg teramat sangat. Di tepi tebing lelaki itu berdiri bangga dengan apa yg dilakukannya. Ada 2-3 buah rumah yg terpasang lampu, mungkin terkejut dengan bunyi salakan kuat anak anjing itu. Di tingkat atas rumah lelaki itu, iaitu di biliknya kelihatan isteri lelaki itu melihat perbuatan suaminya, di dalam hatinya berasa sedih. MENGAPA BEGINI PERBUATAN SUAMI NYA?

 

Keesokkan hari selepas kejadian itu.

Pada waktu petang lelaki itu sedang berdiri di tebing. Dilihat ke bawah tempat pembuangan sampah dan kemudian matanya dialih memandang ke seberang jalan namun tiada juga kelibat anjing itu. Sambil memandang lelaki itu tersenyum puas "Dah mampus ke si bodoh tu" kata hatinya. Sedang leka melihat...

"Assalamuaikum..." kedengaran seseorang memberi salam dari belakang lelaki itu. Lelaki itu menjawap salam sambil menoleh ke belakang

"Ohhh Ahmad. Dari mana ni?" kata lelaki itu pada jiran nya yg selang 8 buah rumah.

"Dari surau. Awak buat apa ni?" kata ahmad yg memang selalu bersolat di surau.

"Tak ada Ahmad, saya tengok2 anjing yg selalu buat kotor kat tempat kita ni" jawap lelaki itu...

"Betul ke semalam awak simbah air panas pada anjing tu" kata ahmad lagi...

"Mana kau tahu..." kata lelaki itu...

"Semua orang tahu" kata ahmad lagi...

"Betul, saya nak jaga tempat kita... Saya tak nak anjing tu kotorkan tempat kita. Salah ke?" kata lelaki itu.

"Memang tak salah tapi anjing tu tak pernah kotor tempat kita dan anjing tu pun tak ganggu kita... Anjing tu cuma cari makan kat bawah jalan utama tu je" kata Ahmad lagi...

"Anjing tu haram. Salah ke saya buat baik?" kata lelaki itu yg dah nampak marah.

"Betul, tapi awak kena ingat anjing tu pun makhluk tuhan" kata Ahmad sambil terus beredar. Lelaki tu diam, hanya memandang ke arah Ahmad yg berkopiah berjalan pergi. Di hatinya tetap mengatakan dirinya betul.

 

Botak tidak tahu apa yg bersarang dalam minda lelaki itu tentang anjing. Lelaki itu memang tidak pernah senang melihat anak anjing itu. Sudah hampir 5 bulan lelaki itu menganiaya anak anjing itu. Mula2 untuk seronok2 tapi makin lama menjadi ketagih. Begitu juga mula2 mendera yg ringan2 seperti membaling batu kecil tetapi makin lama makin berat didera anak anjing itu. Puas berapa orang menasihat lelaki itu dari Ahmad yg AJK surau termasuklah isterinya tetapi semuanya gagal. Tentang anak anjing itu pula... Ibunya mati dilanggar kereta semasa anak anjing itu berumur 3-4bulan. Sejak kematian ibunya, anak anjing itu berdikari sendiri untuk hidup. Rumahnya di belukar seberang jalan utama itu. Dan tempat anak anjing itu mencari makan di tempat pembuangan sampah. Tidak pernah anak anjing itu memasuki kawasan perumahan lelaki itu. Botak tidak pasti mengapa lelaki itu sangat membenci pada anjing... Mungkin ada sejarah silam.

 

Masih lagi hari yg sama... Dalam pukul 11mlm.

Lelaki itu sedang menghisap rokok di depan rumah. Sedang asyik menghisap rokok. Tiba2 lelaki itu terhenti bila terdengar sesuatu di bawah tebing tanah. Dikepit rokok itu antara jari tangan kanannya kemudian terus lelaki itu berjalan ke tepi tebing. Sesampai saja di tebing, pandangannya ke jalan utama tapi tiada kelihatan apa2. Kemudian dlihat ke tempat pembuangan sampah. Alangkah terkejut lelaki itu bila dipandangnya anak anjing itu masih hidup dan sedang mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mungkin anak anjing itu dalam kelaparan. "Celaka!!!... Punya anjing bodoh!!! Belum mati lagi, siap kau nanti!!!" kata marah lelaki itu sambil menjentik puntung rokok ke arah anak anjing itu.

 

Dibawah kelihatan anak anjing itu masih mencari makan. Kelihatan setengah dari tubuh anak anjing itu melecur. Berkilau2 dan kemerahan pada tubuh yg melecur itu. Anak anjing itu memang nampak dalam kesakitan lagi. Bila anak anjing itu berjalan nampak lemah dan setiap langkahnya tidak teratur. Kerana kelaparan anak anjing itu terpaksa keluar juga dari tempat persembunyian. Walaupun anak anjing itu tahu nyawanya dalam bahaya. Selepas ini tidak tahu apa nasib yg akan menimpa anak anjing itu.

 

 

"DS PASTI TUNAI"

 

 

Kepala otak-BOTAK

Ditulis-DIN TWIN

 

 


RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Cerpen sebelumnya:
Hahaha
Cerpen selanjutnya:
ANJING (PART 2)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Zambri Botak

I love Kapasitor
botak_9444 | Jadikan botak_9444 rakan anda | Hantar Mesej kepada botak_9444

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya botak_9444
ANJING (PART 3) | 2120 bacaan
ANJING (PART 2) | 2041 bacaan
KUCING 2 | 2283 bacaan
TUNAI 2 | 12769 bacaan
CIKGU | 3659 bacaan
GAZA | 2319 bacaan
IRA | 2429 bacaan
WATI | 2352 bacaan
SOFA | 2374 bacaan
SEKARANG | 2168 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya ANJING (PART 1)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik