Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

ANJING (PART 3)

Cerpen sebelumnya:
ANJING (PART 2)
Cerpen selanjutnya:
Menari Dengan Gadis Gila

Kini sudah masuk hari ketiga tentang kejadian di dapur dan lelaki itu juga sudah 3 hari berkelakuan begitu. Si isteri hanya diamkan diri dan tidak menceritakan pada sesiapa pun. Pada petang hari keempat, si isteri habiskan semua makanan mentah di peti sejuk dengan masak untuk makan malam dan kemudian sisa2 makanan dibuang ke luar di tempat pembuangan sampah. Tujuan si isteri supaya suaminya akan berubah. Pukul 1pagi hari kelima, si isteri terbangun dari tidur kerana terkejut mendengar bunyi yg amat kuat di bawah. Bunyi seperti seekor anjing yg sedang marah. Bingkas si isteri bangun, dilihat suaminya tiada sebelah. Si isteri terus keluar dari bilik menuju ke bilik anak bongsunya, dilihat anak bongsunya sedang lena tidur. Si isteri menuju pula ke bilik anak sulungnya, sebaik saja pintu bilik terbuka dilihatnya anak sulungnya sedang duduk berselimut di bucu katil dalam ketakutan. Cepat2 si isteri mendapatkan anaknya, lalu dipeluk anak sulungnya itu.

"Mak, nita takut... Bunyi apa tu?" kata si anak

"Tak ada apa2 nita, tu bunyi anjing kat luar rumah. Tak apa, mak ada ni" kata si mak terpaksa menipu anaknya. Akhirnya si mak berjaya memujuk  si anak tidur. Setelah pintu bilik anaknya ditutup, si isteri berjalan turun ke bawah dengan penuh berhati2. Si isteri tahu siapa yg berada di bawah. Bila sampai di ruang tamu, si isteri rasa sejuk sekali.

"Kenapa sejuk sangat ni?" bisik hati si isteri. Mata si isteri liar memandang setiap sudut di ruang tamu termasuk juga di dapur tetapi suaminya masih juga tidak kelihatan. Si isteri terus melangkah menuju ke pintu depan.  

"Ohh patut sejuk sangat," kata si isteri bila dilihat rupa2nya pintu depan terbuka luas.

"Eik, siapa lak buka ni" katanya lagi. Si isteri terus melangkah ke pintu depan, bila sampai di muka pintu, dipandang keluar rumah... Dengan sinaran lampu jalan, pandangannya masih mampu utk melihat tetapi tiada sesiapa diluar. Kesejukan bertambah lagi dirasanya hingga mengigit ke tulang bila kakinya mula melangkah menuju ke pintu pagar.

 

Di depan pintu pagar dengan memakai baju tidur si isteri memandang ke sekeliling, namun bayangan suaminya tetap tidak kelihatan. Perasaan si isteri mula cemas   

"ABANG, ABANG" dipanggil suaminya dengan nada perlahan tapi tidak berjawap juga. Si isteri menolak pintu pagar yg tidak  berkunci itu perlahan2 sambil memandang ke arah rumah jiran di sebelah. Kelihatan gelap ternyata jirannya sedang lena dibuai mimpi. Si isteri berjalan perlahan2 sambil mata liar memandang sekeliling. Bila sampai saja di tebing, si isteri memandang ke jalan utama, sedang melihat itu tiba2 si isteri terdengar bunyi sesuatu di tempat pembuangan sampah. Dialihkan pandangannya ke tempat itu

"YA  ALLAH" serta merta nama YG MAHA ESA disebut. Si isteri menutup mulutnya dengan kedua2 tangannya. Hatinya begitu sayu, sedih dan ada air jernih mengalir dipipinya. Dengan sinaran lampu jalan sekali lagi si isteri nampak jelas di tempat pembuangan sampah kelihatan suaminya sedang terbongkok2 dan merangkak mencari makanan di timbunan sampah itu. Si isteri tidak sanggup lagi melihat dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Sejak dari kejadian itu, begitulah rutin lelaki itu. Di tempat pembuangan sampah telah menjadi MEJA MAKANNYA. Si isteri yg selalu menjadi saksi di tepi jendela hanya sedih dan menangis, mengenang nasib suaminya. Si isteri tidak tahu apa yg harus dibuatnya. Tetapi si isteri tidak sanggup melihat suaminya terus begini. Sudah 5 hari si isteri memerhatikan suaminya dari jendela. 

 

Pada siang hari keenam, selepas solat ASAR.

"En Ahmad, en ahmad" jerit si isteri di muka pintu bila ternampak Ahmad yg lalu di depan rumah.

"Ya...." kata Ahmad yg berhenti melangkah.

"En Ahmad sibuk ke? Boleh ke saya nak cerita sesuatu?" kata si isteri yg sudah berdiri di depan Ahmad.

"Tak sibuk... Kenapa? kata Ahmad yg agak hairan

"Boleh ke kita ke sana" kata si isteri menuding jari ke arah tepi tebing.

"Boleh... Silakan" kata Ahmad ringkas. Mereka pun berjalan menuju ke tebing. Di tepi tebing itu si isteri pun menceritakan segala2 apa yg sudah berlaku pada suaminya. Ahmad khusyuk mendengar kemudian bersuara

"Bila dia berkelakuan begitu?"

"Sejak keluar dari hospital tapi makin lama makin teruk perangainya. Seolah2 suami saya mahu hidup seperti anjing" kata si isteri yg berterus terang.

"Lagi apa perubahannya?" kata Ahmad.

"Banyak En Ahmad. Segi pergaulan, perangai, segi makan semuanya berubah" kata si isteri lagi. Ahmad masih lagi diam mendengar, kemudian dilontarkan pandangannya ke depan.

"En Ahmad, saya risau dengan perubahan suami saya. Boleh ke En Ahmad tolong saya, tolong ubatkan atau cari mana2 bomoh yg En Ahmad kenal" kata si isteri minta pertolongan dari jirannya.

"Baik lah saya akan tolong setakat mana yg boleh, tapi saya nak jumpa dia dulu" kata Ahmad yg cuba menolong.

"Terima kasih En Ahmad, nanti saya bagitau suami, En Ahmad nak jumpa" kata si isteri.

"Jangan!!!" kata Ahmad tiba2...

"Kenapa???" kata si isteri panik...

"Biar saya jumpa dia dengan cara tidak senjaga" kata Ahmad. Si isteri hairan dan tertanya2 juga tetapi kerana Ahmad sudi menolong si isteri ikutkan kata Ahmad akhirnya.

 

Pada malam hari berikutnya, dalam pukul 1pagi. Dalam buat2 tidur, si isteri ternampak suami bangun dari sisinya. Si isteri tahu suaminya dalam kelaparan dan tahu ke mana arah tujunya. Masakan yg telah dimasak dan masakkan yg dihidang bukan lagi citarasa suaminya. Sudah kerap kali si isteri memujuk menyuruh makan apa yg dimasak tetapi si suami mengatakan sudah kenyang. Kalau dipaksa sebalik si isteri pula akan ditengking. Si isteri memang sudah tidak tahu untuk berbuat apa2 lagi, hanya pada Ahmad si isteri meminta tolong. Bila sudah pasti suaminya berada di tingkat bawah, si isteri bangun terus menuju ke jendela. Dalam 2-3minit kelibat suaminya kelihatan. 

"YA ALLAH" bisik hati si isteri. Si isteri tiba2 tergamam bercampur sedih bila dilihatnya suaminya yg sedang merangkak itu dalam keadaan BERBOGEL menuju ke tempat pembuangan sampah. Si isteri tahu kini sakit suaminya semakin teruk. Hanya airmata yg mengalir dipipinya.

 

Keesokkan hari, dalam pukul 6petang. Kelihatan lelaki itu berdiri di tepi tebing, matanya yg kini cengkung ke dalam sambil liar memerhati ke jalan utama. Tubuh lelaki itu kini sungguh ketara kurus, kalau dulu tubuhnya berisi. Di kulitnya kelihatan banyak bintik2 merah sebesar duit syiling 20SEN yg tumbuh merata, bila bintik2 itu MASAK, semacam KUDIS BUTA pula yg muncul. Memang lelaki itu sedang merana dengan penyakitnya. Sedang lelaki itu asyik memandang ke depan

"Assalamualaikum" kedengaran seseorang memberi salam dari belakang. Lelaki itu tidak menjawab salam tetapi wajahnya dialihkan untuk melihat  siapa gerangan di belakangnya.

"Ohhh Ahmad " kata lelaki itu dengan nada lemah.

"Apa khabar..." kata ahmad yg menghulur tangan utk bersalam.

"Khabar baik" kata lelaki itu yg  menghulur tangan. juga. Ahmad terkejut melihat kuku jari lelaki itu begitu kotor dan panjang... Tapi ahmad diamkan saja.

"Buat apa kat sini" kata ahmad yg berdiri di sebelah

"Tak ada apa, saja je ambil angin" jawap lelaki itu kemudian dialih matanya memandang ke depan.

"Tak kerje ke hari ni" kata Ahmad.

"Baru balik tapi saya nak berhenti kerje, baru rancang" kata lelaki itu.

"Kenapa?" kata Ahmad.

"Saya dah bosan kerje, asyik2 buat benda yg sama. SEKARANG SAYA NAK BUAT KERJA YG LAIN PULAK" jawap lelaki itu. Ahmad diam mendengar alasan lelaki itu, kemudian Ahmad bersuara...

"Ohhh ya malam ni ada syarahan ugama kat surau, jemputlah datang" kata Ahmad.

"Maaf saya tak dapat datang, ada banyak kerja" kata lelaki itu.

"Kerja  apa?" kata Ahmad.

"Awak tak perlu tahu, tu urusan saya" kata lelaki itu yg nampak sedikit marah.

"Saya cuma menjemput je" kata Ahmad. Lelaki itu diam, kemudian memandang ke muka Ahmad.

"Baiklah, saya minta diri dulu" kata lelaki itu sambil terus saja berjalan masuk ke dalam rumah. Ahmad yg masih berdiri di tebing hanya melihat lelaki itu pergi. Di dalam hati, Ahmad dapat rasakan sesuatu yg tidak elok telah berlaku pada lelaki itu.

 

Hari yg lain, dalam pukul 2pagi. Lelaki itu dalam keadaan berbogel merayau2 di tempat pembuangan sampah. Mencari sisa2 makanan utk dimakan. Dalam mencari itu, kedengaran suara lelaki itu seperti seekor suara anjing. Isteri lelaki itu hanya menangis berdiri di jendela. Begitulah kehidupan lelaki itu sekarang. Dalam 5 hari kemudian di kawasan perumahan itu telah kecoh tentang kemunculan ANJING BESAR. Ada beberapa orang di kawasan perumahan itu yg telah ternampak ANJING BESAR itu. Dan ada juga yg tidak percaya tentang cerita itu. Isteri lelaki itu merasa bimbing tentang cerita itu, takut sesuatu yg tidak diingini berlaku pada suaminya. Suaminya masih belum dapat diubat lagi kerana ADA SESUATU YG MENGHALANG, itulah yg dikata oleh Ahmad.

 

Malam yg lain dalam, pukul 3pagi. Lelaki itu seperti biasa dalam keadaan berbogel merangkak mencari makan di tempat pembuangan sampah. Sedang asyik makan dan menjilat makanan yg dijumpai di tanah itu. Tiba2 lelaki itu terperanjat dan ketakutan bila seseorang menjerit dari atas tebing. 

"Anjing besar, anjing besar tangkap, tangkap" Lelaki itu melompat dalam keadaan merangkak seperti seekor anjing. Lelaki itu merangkak dengan laju melintas ke jalan raya menuju ke belukar dengan niat menyelamatkan diri. Tetapi semasa berada betul2 di tengah jalan, datang 3 buah kereta yg bergerak laju sedang berlumba. Kereta yg berada di hadapan di lorong kanan tidak sempat membrek lalu merempuh ke badan lelaki itu yg sedang merangkak. Lelaki itu  tercampak dan melambung ke belakang lalu dirempuh dengan kereta kedua. Entah macam mana, tubuh lelaki itu tersangkut pada bonet depan kereta kedua itu. Lelaki itu MENJERIT BUKAN MENJERIT TETAPI  MENYALAK SEPERTI SEEKOR ANJING  sekuat hati kerana kesakitan. Hampir 30 meter baru kereta itu berhenti. Didepan bonet kelihatan separuh tubuh lelaki itu masih berada di bawah kereta. Kepala lelaki itu pecah dengan otaknya terkeluar, perutnya terburai di jalan, sebelah kakinya putus dan ada tulang2 yg patah. Darah mula mengalir dari tubuh lelaki itu dan membasahi tempat kejadian. Lelaki itu mati di tempat kejadian. Pemandu2 kereta yg melanggar lelaki itu melarikan diri. Tinggallah tubuh lelaki itu kaku disitu...

 


"DS PASTI TUNAI"

 


Kepala otak-BOTAK 

Ditulis-DIN TWIN

 

 

RJR © 2009 Hakcipta Terpelihara

Cerpen sebelumnya:
ANJING (PART 2)
Cerpen selanjutnya:
Menari Dengan Gadis Gila

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Zambri Botak

I love Kapasitor
botak_9444 | Jadikan botak_9444 rakan anda | Hantar Mesej kepada botak_9444

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya botak_9444
ANJING (PART 2) | 2062 bacaan
ANJING (PART 1) | 2383 bacaan
KUCING 2 | 2308 bacaan
TUNAI 2 | 14001 bacaan
CIKGU | 3690 bacaan
GAZA | 2329 bacaan
IRA | 2449 bacaan
WATI | 2362 bacaan
SOFA | 2397 bacaan
SEKARANG | 2188 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya ANJING (PART 3)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik