Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Lima Sebelum Moira.

Cerpen sebelumnya:
Hantu yang Menyelinap Di Tengah Orang Banyak
Cerpen selanjutnya:
Suku Suku

Bibirnya menitip nama mereka satu-persatu.

"Maya, Amira, Ella, Hariati, Natalie."

Dalam samar-samar mentol lampu yang tak berapa menjimatkan kos elektrik, aku perhati gerak bibirnya menitip nama mereka satu-persatu. Mungil, tebal. Comel. Terlalu comel untuk dimiliki oleh seorang lelaki yang lahir dua puluh satu tahun yang lalu. Dalam pekat malam yang sunyi, hanya bunyi cengkerik dari hutan yang mengelilingi, dan suara pelajar-pelajar lelaki yang lainnya bersorak bergelak entah kenapa daripada kabin yang hanya jauhnya dua puluh langkah daripada dewan serbaguna yang tidak berpintu itu, suaranya menyebut nama-nama mereka bagaikan bisikan yang lembut dan kuat.

Dia merenung kosong ke arah kegelapan pukul dua pagi. Suaranya tenang, tapi matanya penuh emosi. Nostalgia? Rindu? Aku pasti.

Aku hilang fokus dengan laptop aku dan photo montage yang perlu aku siapkan menjelang penutupan kem orientasi junior yang akan berlangsung lebih kurang empat belas jam lagi. Malah aku tanyakan soalan mengarut kepada dia.

Tapi dia menjawab dengan tenang. Dan dengan senyuman. Dia mengeluh, menghembus nafas panjang. Bunyi nafasnya, sempat aku tutup mata untuk aku amati betul-betul. Gila kali aku.

"Five?" Aku hitung dengan jari.

Dia tersenyum. "Five."

Senyuman dia buat aku terseksa. Seolah pisau pemotong daging terjatuh di hujung isi perutku. Lima, taklah teruk sangat kan?

"Moira, janganlah fikir yang bukan-bukan pulak." Dia cuba gelak. Cuba kurangkan kecanggungan dalam atmosfera kami.

"I'm not, don't worry." Aku kekalkan muka bodoh, muka tembok. Sebelum aku tunjukkan emosi yang tak sepatutnya, aku kembali fokus pada photo montage yang sudah separuh siap. Encik Syamsul memang hebat, dia seolah tahu aku memang minat bab bikin video dan photo montaj. Sebab itulah aku bersengkang mata malam ini, sementara partner-in-crime aku di bawah AJK Publisiti sudah bermimpi indah di kabin lelaki - antara bermimpi indah ataupun menyumbang pencemaran bunyi di tengah malam buta. Aku pula terpaksa menghabiskan photo montage gambar-gambar aktiviti kem yang telah kami ambil dengan kamera DSLR mahal milik Encik Syamsul, Hanafi dan Irfan. Ah, kamera yang aku tengah pengang inilah kamera Irfan. Berusaha sungguh buat muka comel supaya Irfan pinjamkan.

Irfan pun, mungkin tengah membuta di kabin lelaki.

"Ceritalah tentang diorang," aku cuba hidupkan suasana.

"You gila kan. Buat apa you nak dengar?"

"Alang-alang dah tunjuk trailer, kena la tengok movie nya sekali." Aku tahan menguap. Red Bull tin kuning emas aku teguk lagi.

"Kalau I dah mula bercerita, nanti you emo. Lepas tu mula lah nak cakap mengarut, tarik muka kat I. Malas lah I nak layan." Comel, tapi amboi, menyindir pedas cili padi lada hitam lada putih.

Tapi aku tak melawan. Sebab aku boleh agak, memang tujuh puluh peratus aku akan jadi emo, bercakap mengarut dan buat muka ketat. Aku cuba ceriakan keadaan pula, mouse aku masih aku tarik tekan tarik tekan. "What about Arian? The senior girl you had a crush on during the freshmen days, eh?" Aku tolak siku. Mengusik.

Dia gelak lagi. "Yeah right. You yang suka sangat dengan dia, you tengok dia macam nerd tengok cheerleader kan?"

"You masih contact Arian lagi?"

Dia angkat bahu. "Entahlah. Jarang gila. Birthday dia pun I lupa wish kadang-kadang."

"I can remind you."

"You do that. You ni mesti update pasal dia hari-hari."

"Aku bukan stalker, hello. Aku baca timeline Twitter aku je. Kalau Arian ada, adalah dia. She's cool what. You jugak yang ada hati kat dia dulu." Aku tahan gelak. Dia masih control lagi.

Dia menguap kecil. Comel. Sialan.

"Maya. Amira. Ella. Hariati. Natalie." Aku sebut lagi nama mereka satu persatu. "You nak cerita ke tak ni?"

"You nak dengar, seriously?"

Aku angguk. Lampu hijau tanda bateri kamera Irfan sudah siap dicaj. Aku padam charger dan simpan bateri kembali ke dalam kamera mahal Irfan.

"Malaslah I nak cerita. Nanti tak pasal-pasal you tarik muka."

"Dude, I'm curious."

"Curiosity kills the cat." Dia berfasalfah bahasa Mat Salleh. Kemudiannya dia tunduk, mengangkat muka, tersenyum, dan mengusap belakang aku. "Dah lewat ni, you patut tidur."

"Can't. Banyak lagi ni."

"Nak I bawakan selimut? Gunalah selimut I. I tak guna sangat pun."

Aku senyum. "You sure you wanna leave me alone here?" Aku mengusik, mengalih pandanganku kepada Encik Syamsul dan Hanafi yang tengah elok tidur di atas tilam di tengah-tengah dewan. "Kalau Encik Syam dan Napi terbangun pastu buat macam-macam kat I, macam mana?"

"Gila lah you." Dia bangkit.

"The stories?" Aku minta lagi.

"Esoklah, Moira. Okay? I ngantuk gila..."

"Okay, esok. Promise?"

Dia mengangguk. "Jangan balik kabin lewat sangat." Katanya, mengalih pandangan sebentar kepada kabin perempuan yang duduknya sepuluh sebelas langkah bertentangan dengan kabin lelaki. "Goodnight, Moira."

"Goodnight, Farid."

Cerpen sebelumnya:
Hantu yang Menyelinap Di Tengah Orang Banyak
Cerpen selanjutnya:
Suku Suku

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

Steff Cempaka

Im strangely attracted to old school, fried chicken, seahorses, ukuleles, and dates.
Effy_Lndg | Jadikan Effy_Lndg rakan anda | Hantar Mesej kepada Effy_Lndg

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Effy_Lndg
imaginari; 18/05/2014 | 1855 bacaan
imaginari; 24/4/2014 | 1911 bacaan
imaginari, 03/04/2014 | 1870 bacaan
Rumah Berhias Bunga Di Pinggiran Bandar | 2214 bacaan
MH370 | 9189 bacaan
imaginari, 20/02/2014 | 1952 bacaan
Venus: Gadis Ke-Lima Dicintai Marikh | 8080 bacaan
imaginari, 06/12/2013 | 8098 bacaan
Coffee | 10365 bacaan
'Tanya Sama Hati', Day One | 4435 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

1 Komen dalam karya Lima Sebelum Moira.
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik