imaginari; 18/05/2014

 

Hingus aku tarik dalam-dalam.

Aku benci selesema. Aku benci batuk juga. Sebagai seorang yang sangat suka berlagu atau mengolah musik, aku paling benci batuk dan selesema. Kepala aku berat. Aku rasa demam ini datang gara-gara terlampau penat dan tak cukup tidur. Namun aku cuba teruskan misi memotong buah oren sunkist yang ada di atas meja.

Chop, chop, chop.

Aku beli buah oren sebab degil makan ubat. Kata orang, buah oren boleh cure selesema. Menelan sesudu madu boleh cure batuk. Itu cara aku mengubat diri.

Buah oren ni juga mengingatkan aku kepada Nami, watak One Piece yang meminati buah oren. Aku mengerling kat laptop yang sedang menayangkan anime tersebut di atas meja. Re-runs dari episod satu semalam sudah mencecah episode enam puluh tujuh. Sekarang boleh lah aku sound kawan-kawan yang belum tengok One Piece dengan alasan "tak ada masa".

Aku dalam masa beberapa bulan, boleh catch up sampai beratus-ratus episod, kot.

"Tak sabar Sabo keluar anime ke?" Si jejaka berbaju t-shirt hitam, berseluar skinny denim, berambut Korea dan berkulit kuning langsat menyapa, sambil menarik bangku aku dan duduk di atasnya.

"You think?" Aku merujuk kepada mesej aku hantar kepadanya beberapa hari lepas, yang menunjukkan excited bodoh aku dengan update One Piece yang orang tak pernah layankan.

"You sick?"

"I don't wanna be. Friday ni balik Kuching." Aku meramas tengkuk aku yang lenguh. Bukan lenguh penat, tapi lenguh sakit otot sebab bakal demam. Terasa sejuk lepas potong rambut lagi.

"Sayang," komennya.

"I'm a free woman now, right? I can do whatever I want."

"Still, you weren't much of a rebel."

"I'm not a rebel."

"Will my opinion matter, anyway?"

"Shut up," aku letakkan pisau sebelum aku cederakan dia yang tak wujud. Mujurlah buah oren sudah selesai aku potong. Aku letakkan semua ke dalam pinggan dan bawak ke laptop aku.

Luffy, Nami, Zoro, Usopp dan Sanji meletakkan kaki diorang di atas sebuah barrel, sambil mengutarakan impian masing-masing, dalam hujan lebat, di aras dek kapal Going Merry, di tengah-tengah lautan yang berombak kuat. Diorang bakal masuk lautan Grand Line sebentar lagi, lautan yang mana impian hidup diorang boleh tercapai. Now you go and tell me that you didn't cry over their friendship, endurance and determination.

"Sampai bila you nak buat macam ni?"

Aku menghempaskan diri aku kat katil, memandangnya di sisi aku. "Sampai aku jumpa apa yang aku cari. Now, leave me be. Kalau you nak oren tu, makanlah. Aku penat."

Dan aku terus terlelap.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg