Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

imaginari, 03/04/2014

 

Hari hujan rubah. Sejak dua menjak ni cuaca Malaysia tak menentu. Paginya panas membahang, petangnya hujan pula. Siang tadi aku punyalah merungut dengan t-shirt kelabu aku yang bertompok di bahagian perut akibat peluh menunggu bas. Memang agaknya menunggu bas itu lebih effisyen dalam membakar kalori dan mengeluarkan toksik daripada dalam badan daripada berjogging. Bezanya cuma otot kaki aku lembik.

Rutin harian biasa aku pada pukul lima petang, dengan beg laptop aku disandang di sisi dan beg berisi buku nota, kertas dan alat tulis aku dalam beg galas aku kulit tiruan aku yang lebih stylo daripada beg galas amoi-amoi hipster, adalah duduk di stesen bas seberang kediaman pengetua Kolej Rahman Putra. Hari ini seorang mamat Arab sahaja yang meneman aku dengan telefon bimbit samsung dia dan hoodie kelabu dia yang agaknya kalau aku yang pakai, aku pun nampak sehensem dia. Aku suka kasut dia. Aku tak pasti jenama apa, aku lihat seimbas lalu sahaja. Untuk mengelakkan daripada aku kelihatan seperti seorang creeper. Cukuplah mamat PhD sama aras pejabat aku tempoh hari aku tegur dalam keadaan aku sebagai creeper.

Dan lepas itu, ada seorang lagi jejaka yang meneman aku. Tak lain tak bukan, jejaka berkulit kuning langsat, berambut Korea, bersinglet hijau lumut - kali ini dia bert-shirt hitam kosong - dan berskinny jeans. Aku dah kena bagi nama kat dia ni nampaknya. Penat aku beri diskripsi tentang dia setiap kali.

"Ha, nak main hujan lah tu," usiknya, sambil duduk di sebelah aku, kakinya menguis-nguis kaki aku. Sebelah tangannya berehat di atas konkrit tempat duduk bus stop, sebelah lagi mengepit rokok Peter Stuvesyant yang baru dinyalakan.

"Mainlah dengan I," ajak aku.

"Aik, lain je bunyinya tu!"

"Bongok!" Aku menendang kakinya. "Main hujan dengan I la. Bukan you ke yang suka sangat hujan?"

Langit masih menumpahkan air hujan ke atas bumi, ke atas  lopak-lopak air yang sungguh menggoda. Walaupun aku teringin bermain lopak air tu, aku cuba menahan. Mamat Arab mungkin ingat aku pelik, nanti. Lagipun takkan aku nak naik bas dalam kebasahan nanti?

"Dengar kata you nak halau I," dia bersuara lagi.

"Bila masa I nak halau you?" Dramatik betul dia ni. Hujan menjadi semakin lebat.

"Yelah, you tu asyik main lagu dia je kat iPod you. You ada hati kat dia la tu."

Aku rasa nak gelak. "Kalau betul pun I ada hati kat dia, you nak buat apa?"

"I lari lah. Lari bawak diri." Dia buat puppy eyes comel. Ceh, pondan betul.

Aku mencapai tangan dia yang dia sandarkan kat atas konkrit tempat duduk di sebelah paha aku. Hangat tangannya, seolah-olah real. "Well, mission failed."

Dia tak tunjuk ekspresi sedih, mahupun gembira. Riak wajahnya cuma neutral. "Okay."

Aku menyandarkan kepala aku pada bahu dia. Sejuk-sejuk hujan ni, badan dia terasa hangat. Selesa aku di sebelah dia. "I'm sorry. I really have tried my best. You mesti rasa I loser gila, kan?"

"Takdelah. This takes time, sayang."

Sayang. 
Damn fucking right.

"Mungkin sebab I ada kat sini mengganggu you kot. Sebab tu you tak nak kat sesiapa. I kan si hensem yang dah curi hati you," guraunya. Amboi, cheesy betul.

"Dah mengaku curi tu bagilah balik," ambik kau aku punya cheesy.

Dia gelak. Aku dapat rasa dia cium rambut aku sebentar. Hujan-hujan begini, best betul rasa disayangi ni. Walaupun tak real.

"Tapi dia hensem. Terer guitar. Suara merdu. Dress-up pun hebat. Kerja komited. Enjoy tak lupa." Aku menyambung, sambil dia membelai rambut aku. "Come to think of it, he's similar to you. Cuma bezanya dia lagi putih dari you je."

"Cibai, ada orang lagi hensem dari aku rupanya," guraunya lagi. "Tapi?"

"Tapi I tak kena layan," ujar aku.

Dia gelak kuat. Seronok agaknya dengan misery aku.

"Hey, you dulu pun mana layan I masa awal-awal kita jumpa. You think I'm a creep."

"Yeah, and I fell in love with that creep."

"Thank you."

Hujan semakin lebat kini. Kereta yang lalu-lalang semua sudah memasang lampu. Mamat Arab kini ditemani seorang Nigerian yang sedang memakai jubah paras lutut berserta seluar longgar dan topi ala-ala kopiah. Dress-up standard diorang. Tak bermakna Nigerian tak pandai dress-up. Kasimu, kawan Nigerian aku, nampak segak je dengan suit dia waktu kami menghadiri Colloquium haritu. Mungkin Nigerians are proud of their national wear. Ni ibarat jumpa jejaka berbaju melayu di negara asing, kan?

"I teman you. Tak apa." Dia cium sisi kepala aku lagi.

Bas yang kami nantikan sejak 43 minit yang lepas kini tiba menyinggah. "Bas dah sampai," bisik aku, yang cepat-cepat bangkit untuk mengharung sedikit hujan ke pintu bas. Aku duduk di seat tepi tingkap baris kedua, menyelak langsir bas dan merenung ke arah bus stop tempat aku duduk tadinya.

Dia dah hilang, tapi bau wangiannya masih lekat di baju aku.

+ + +

Sedang nak asah skil menulis dalam Bahasa Malaysia balik. Ini semua gara-gara Frobin Fortnight drabbles I've committed too much to. You can find them kat FF.net, nama author seisfleur. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg