Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Ayah!

Cerpen sebelumnya:
BUZZ I
Cerpen selanjutnya:
BUZZ II

Ayah! Dia yang kupanggil ayah. Semenjak kedua ibu bapaku berpisah dialah pengganti ayahku. Orangnya simple tapi di kotak fikirannya ada macam-macam perkara yang tidak dijangka. Orangnya pendek, putih kulitnya sekali pandang macam orang cina. Dia bangga dengan asal usul keluarga diraja mandahiling. Dia selalu bercerita bagaimana nenek moyangnya datang kesini setelah negara mereka diseberang dijajah orang minangkabau. Siapa sangka orang tua yang hanya mengayuh basikal kemana sahaja punya wang yang banyak. Itulah ayah seorang yang kita rasa dekat tetapi jauh dipandangan. Ayah seorang terpelajar. Boleh berbahasa Inggeris dengan baik sekali. Dia selalu mengingatkan aku bahawa bahasa Inggeris itu satu keperluan walaupun bukan satu kemestian. Kita harus bangga dengan bahasa kita tetapi kita harus fasih bahasa asing supaya kita tidak ketinggalan.

Rutin ayah setiap pagi bermula pada jam 5.30 pagi. Dia ke surau untuk solat subuh dan kemudian dia pergi minum pagi bersama rakan-rakannya. Jam 7.30 pagi baru ayah pulang. Rutin ayah berubah setelah aku  mula bersekolah.

Aku masih ingat ketika pertama kali aku ke sekolah. Ayah menghantar aku ke sekolah dengan menaiki basikal. Perjalanan lebih kurang 1.5km itu memang memenatkan. Ayah tidak pernah merungut malah merasa bangga dapat menghantar cucunya ke sekolah. Aku menangis tiap kali ayah hendak pulang. Sehinggakan guru kelasku ketika itu mengugut mahu mengikat ayahku di sebatang pokok kelapa berhampiran sekolah. Aku menjadi takut lalu berhenti menangis. Semenjak dari itu aku tidak lagi menangis. Bila ku fikirkan semula terasa lucu, maklumlah aku ketika itu baru pertama kali kesekolah tentu ada persaan takut dan gugup.

Ayah seorang yang bijak. Dia amat mahir dalam sektor pelaburan. Ramai dikalangan kawan-kawannya meminta khidmat nasihat bagaimana cara-cara pelaburan yang betul. Ayah memang dikenali sebagai genius bidang pelaburan. Siapa sangka orang tua yang hanya punya basikal tua bisa mengaut untung berjuta ringgit. Aku sendiri terpegun dengan kebolehan ayah.

Ayah satu-satunya insan yang memahami diriku. Ketiaka aku memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM dialah orang yang paling gembira. Ketika aku dapat tawaran ke Universiti dialah orang yang paling sibuk. Ibu dan ayahku hanya mampu tersenyum. Ayah kaulah insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan.

Itulah ayah dikaca pandanganku orangnya sederhana tapi punya akal yang panjang. Orangnya nampak bersahaja tapi kadang kala buat perkara yang tidak dijangka.

Ayah pergi tanpa kusempat menatap pemergiannya. Ayah kembali pada PenciptaNYA disaat aku memerlukannya. Ayah pulang pada fitrahnya tanpa aku disisinya. Oh! ayah, setiap saat aku tidak melupakanmu. Kita didunia berbeda. Aku hanya mampu membaca surah yassin buat bekalanmu disana. Ayah tinggalkan aku keseorangan meniti hidup yang penuh kesepian. Tiada pengganti ayah dalam hidupku walaupun ayah itu hanya sekadar datukku.

AL-FATIHAH buat ayah kiriman cucumu di alam nyata.

 

Sekian

 

 

Cerpen sebelumnya:
BUZZ I
Cerpen selanjutnya:
BUZZ II

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
2 Penilai

Info penulis

linariff

Iman dan Keimanan Ilmu dan keilmuwan Rasa dan Perasaan Tersirat dan makrifat
linariff | Jadikan linariff rakan anda | Hantar Mesej kepada linariff

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

3 Komen dalam karya Ayah!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik