Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

rajawali

 

     Hujung pisau perak betul-betul terhala atas tengkuknya. Dalam keadaan tangannya  terpulas ke belakang badan, dia langsung tak terdaya melakukan apa-apa. Kaku, namun tetap bergagah untuk melawan.

     "Kau tak kan mampu bunuh aku, Ros. Ko nak cucuk pisau pun lembab" peluh makin lebat. Lencun belakang bajunya. Sedondon dengan hujan yang makin lebat dan lebat. Habis sahaja perkataannya, pisau itu menusuk satu inci ke dalam kulitnya. Terpancut darah pekat. Laju mengalir bersama peluh-peluh yang sedia basah.

     "Macam tu je? Dalam tu je? Takat nak main-main buat pe. Bunuh je ah aku Ros! Bunuh!"

     Hujung pisau bergerak lagi. Ke kiri, bunyi hirisan mengatasi rintik-rintik hujan yang berlagu pada atap zink. Dengan pisau yang tumpul, gerakan yang perlahan, Azil hanya mampu mengetap bibir. Ngilu. Terasa macam hendak terkeluar biji mata. Empat inci pisau perak itu memotong kulit jantannya. Empat inci darah mencurah-curah. Azil mencungap.

     "Takat tu. Macam sakit potong ko..erk.." Tersentap. Belum sempat dihabiskan perkataan terakhir, pisau tadi sudah tertanam dalam bahunya. "Sial ko!" belakang badannya ditajak. Betul-betul kuat sampaikan badan yang sebesar itu terpelanting lima meter sebelum tergolek atas lantai kayu jati. Azil tergolek ke tepi dinding. Atas dinding yang sama, mayat ayahnya tanpa tangan, tertancap di situ. Kepalanya terkulai, leher terpenggal separuh.

     

      "Cabut pisau tu." Suara garau perempuan memecah bunyi-bunyi hujan. "Dah bosan dengan darah keturunan kau. Tanggalkan pisau tu, lawan dengan aku." Ros melangkah ke arah badan Azil. "Aku kata cabut, jantan!" Langkah Ros terhenti di hujung kaki  Azil. Geram. Dipijaknya ibu jari lelaki itu.

       "Babi! Kau nak ape lagi? Kau tak puas lagi ke?" Azil menahan pedih. "Bunuh je ah aku!" Terbersin. Darah kecil mengalir di tepi bibirnya.

        Jari jemari Ros mengesat bibirnya. "Cantik bibir kau kan Azil." . Ros mencangkung, tapak kakinya memijak kedua-dua lutut Azil. Muka lelaki itu makin tegang. Ros merapatkan wajahnya ke muka Azil. Sampaikan terasa nafas Azil tercungap-cungap. Mata mereka terikat, Azil kaku, nafasnya seakan-akan hilang. Bibir Ros makin rapat ke bibir Azil. Kelopak matanya kuyu. Tangan azil mendekati pipi Ros. Dia seakan-akan merelakan. Makin rapat, rapat, dan "Aaargh!" timbul urat-urat pada muka Azil.

Dia tunduk, lutut Ros, menekan kemaluannya. Azil menolak badan perempuan itu. Petir sabung-menyabung. Namun masih kalah dengan jeritan Azil.

      Ros tergelak besar. Lututnya makin menekan kebawah. " Bodoh, nak mampos pun, ada nafsu lagi nak aku? Memang bodoh.bodoh nak mampos!" tersenyum sinis. "Amek nih," air liur Ros singgah tepat atas muka Azil. "Cabut pisau tu. Pisau perak Rajawali konon. Jangan berangan nak pakai kalau hati tak kering."

      Azil diam. Yang terdengar hanya nafasnya yang makin mencungap. Ros mengangkat lututnya. Berpaling kegeraman. Dia membaca sesuatu dan menghembus ke sekeliling ruang tamu itu. Serta merta semua pelita ternyala api. Mencerahkan suasana yang kelam tadi. Matanya menjeling Azil. [ Degil betul jantan ni.] Ros meletakkan tangannya di dada kanan Azil. Terasa tolakan jantung Azil, kencang. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.

      Aku pinta turun darilangit tujuh meruntuh,

      Pinta ke tanah bawa tujuh petala dari tujuh hala,

      Dari hulu ke hilir, dari pangkal ke hujung, dari mula ke akhir,

      Pinta di bawa kunci dari ribu-ribu kunci,

      Pinta di bawa jarum dari tujuh tujuh jenis darah,

      Meruntuh ke tujuh tanah bumi,

      Kuncikan pintu hati ini, dengan kunci dari ribu-ribu kunci

     Ros menggenggam jari jemarinya, mulutnya masih terkumat kamit menghabiskan ayat-ayat yang entah apa maksudnya. Saat itu mata Azil terjegil, jauh dalam badannya, bagai ada jari jemari yang bermain dengan jantungnya. Pedih.

      "Kau yang cari aku kan, kau ingat kau mampu buat aku macam perempuan lain?" tangan Ros tergenggam penuh.

Pinta di pinjam jarum dari tujuh arah, aku gantikan dengan nafas sang perawan.

 Darah tersembur keluar dari mulut Azil. Azil mencungap, nafasnya tersekat, dadanya sesak. Ros tergelak kecil. Di belakangnya, ada tujuh bayangan lelaki.

      Azil terdesak, saat ini, hanya satu perkara sahaja yang mampu dia lakukan. Sedaya upaya dia menyilangkan jari telunjuk pada jari hantunya.

 

***********************************

 

  Tiga mangkuk tembaga tersusun dalam formasi segi tiga. Tiap satunya terisi penuh dengan cecair. Bau kemenyan hutan menyelimuti segenap bahagian dalam ruang yang serba malap itu. Ditengah-tengah segi tiga itu, menyala sebatang lilin kuning, disebelah tapak kemenyan.

    "Kau betul-betul mahu lakukan ini?" Mak Jah bersimpuh, mulutnya terkumat kamit mengunyah sireh. Jarinya menuding ke hadapan, lantas menyala sebatang lagi lilin kuning. Azil tersentap, cahaya dari lilin membuatkan matanya sedikit berpinar. Mukanya diangkat ke arah Mak Jah.

    "Tiga dari tujuh janji dah kau penuhi." Mak Jah meludahkan sirehnya ke daun kering di sisinya. "Kalau kau rasa keberatan. Boleh lagi berpaling sekarang." Daun kering tadi terbakar dan lesap.

     Azil mengesat peluh pada dahinya. Mukanya berkerut seribu.

    "Tapi ingat," Mak Jah pandang tepat pada anak mata Azil. " Yang dah terkorban, tak bisa dipulangkan. Ini janji dua alam."

     Azil mengusap mukanya, " Susah mana pun, aku tak peduli. Aku dah bawakan kau tiga benda yang kau mahu. Kita selesaikan apa yang sudah termula." Suaranya sedikit menggeletar. Dalam fikirannya, terbayang wajah Kencana anak kacukan jawa dan melaka, susuk badannya, dadanya, pinggulnya, dan yang paling tak akan dia lupakan, jari jemari perempuan itu. Bagai terasa lagi pelempang dari jari jemari itu. Sudahlah dilempang dekat tengah-tengah pekan. Malu. Geram.

      Sebab geram, berseru dendam, dia nekad, merentas tujuh bukit. Sebelum ini, dia ambil enteng tentang Mak Jah. Malah Mak Jah hanyalah dongengan untuk menakutkan anak kecil dari masuk ke hutan. Kali ini, dikuatkan untuk mencari. Diikhtiarkan bertanya kepada orang-orang yang kononnya pernah terserempak dengan Mak Jah ketika berburu. Dari situlah dia mula mencari perempuan tua ini.

       "Jikalau itu yang kau katakan. Aku anggap kita sudah jumpa tali pengikatnya. Dengar betul-betul empat lagi janji dari tujuh, yang harus kau penuhi."

Azil mengangguk perlahan.

        "Satu, jangan tinggalkan bekas air sumpahan ini kosong, ia tidak akan betambah sendiri. Tambahi dengan darah kamu pada malam bulan penuh sahaja. Dua, jangan biarkan wanita yang kamu tiduri bertanda tubuhnya. Dia tidak akan mengingati apa yang telah kamu lakukan selagi badannya bersih dari apa-apa tanda. Tiga, jangan bunuh mangsa kamu."

         [ Bunuh?] Azil mengomel kecil hatinya. Serta merta Mak Jah memandang tepat matanya. Meremang tengkuk. Lilin dihadapannya juga menjadi semakin cerah, menerangi seluruh wajahnya.

"Kalau terpaksa dibunuh, pastikan darah dan nafas bercampur. Pastikan dengan pisau perak Rajawali. Tentu-tentu dia akan mati, dan kalau nasib kamu turut melintang, kamu juga akan terbunuh." Mak Jah mengukir seuatu dengan gumpalan asap kemenyan dihadapannya. "Ini bentuk pisau perak Rajawali, hujung sungai tempat Hang Tuah kuburkan Tamingsari, ada lubuk berpusar dua. Pisau terpacak di tengah-tengah pusaran. Jangan pernah cabut Tamingsari, atau nyawa kamu yang tercabut." Mak Jah meniup asap yang berbentuk pisau sebentar tadi. "Faham?"

          Azil terbatuk-batuk kecil dek asap kemenyan menerjah hidungnya. "Faham."

          Mak Jah tersenyum. Tangannya menarik dekat tapak kemenyan. Kakinya bersila dengan kemas. Bibirnya mula membaca sesuatu. Kemudian, dengan kedua-dua tapak tangannya, dia menutup bara kemnyan tadi, namun api makin menyala, malah tangan Mak Jah sendiri yang mengeluarkan nyalaan api. Azil terpaku. Tiga piring tembaga tadi bergerak dengan sendiri ke arah Mak Jah. Sampai sahaja piring-piring tadi ke tengah, terus terpadam semua lilin yang bernyala, juga api kemenyan. Gelap gelita. Azil mengesat-ngesat matanya. Senyap. Mak Jah ghaib.

           Dari pawang kampung sebelah, dia belajar cara-cara menyeru Mak Jah. Itupun setelah dipujuk dirayu. Mengundang maut katanya. Tapi, nasib baik benar, dengan susah payah, diturutkan juga. Tujuh hari bertapa dalam gua yang jauhnya tujuh bukit dari rumahnya. Berpantang makan minum. Malah, tiga hari terakhir dia berpuasa. Dalam keadaan hampir-hampir dia pengsan, juga mula terasa ingin berputus asa, seseorang mencuit bahunya, bila dia berpaling, berdiri Mak Jah dengan muka yang retak seribu. Hampir-hampir dia pengsan. Dipendekkan, apabila dia nyatakan hajatnya, Mak Jah lebih dahulu meminta tiga syarat awal.

 *sambungannya sedang ditaip*

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Uih...........
    hbtnya kuasa depa.......
    aku suka la cita mcm ni........
    ada power2.
    hahaha.....
    mcm Power Rangers yg ku minati....
    Cantek................
  • 2) hahaha~saidin ni mesti suke berhalunisasi mcm power rangers;p

  • (Penulis)
    3) blur untuk menyambung, xpe, aku bernekad untuk menghabeskan cerita ni
    ..kalau saidin power ranger, Qaqa mesti "kimberly" hahahahahaa
  • 4) macam bace komik Pedang Sakti pun ade. arghh... sangat hebat! ;D

  • (Penulis)
    5) aku rasa, nak wat pedang sakti versi melayu teros. haha
  • 6) macam cerita laksamana sunan dengan nyi burga kelara juga. haha
    kau banyak buku apa eh skang ziggy?
  • 7) menarik! cerita kependekaran. mahu lagi plis. Adakah salah seorang dari 7 bayangan lelaki kat blakang Ros tu adelah Sang Elektron?

    Sang Elektron, Pendekar Laut, Orga, Zonan, Zinan, Xiten dan Xibo. Harap2 Sang Hitam pon ada. 999,999 hp Tahap Kesempurnaan + Kitab Damo. Hoyeah~!

    Yer, 2nd scene pasal Mak Jah. Rasanya perenggan terakhir tu tak sesuai ada kat situ. lebih klimaks kalo endingnya "... Mak Jah ghaib." Perenggan terakhir maybe sesuai kalo ditaruk selepas perenggan "Sebab geram, berseru dendam.."

  • (Penulis)
    8) caha :: aku kembali puasa membaca novel. hahaha.
    jo :: ye tak ye gak: ah, aku akan klimaks kan lagi di episod akan datang. :P
  • 9) klimaks, klimaks
    jangan tak klimaks
    wahai zing si pendekar
    ehe
  • 10) huhu..even xreti lg jd pendekar tp rasa klo cite aksi cmni wat filem mesti best! haa..ape lg zing..sila hebatkan lagi cite ini~~ wiwiiwwwwiii

    N/K: action + fiction.. I like~ laki ley jd sasau eh sbb pompuan?
  • 11) bagus.. kalau zinggof nulis jangan tergesa-gesa...
  • 12) Waaa....ganasnyer.....

  • (Penulis)
    13) pujangga :: orait
    valium : klimaks apekah?
    teja :: :P
  • 14) bagus cerita ini.. tidak tercapai akal..
    apa-apa pun memang terhibur baca cerita ini
    rasa macam di dunia khayalan..
    keep on writing zinggof..
    =)
  • 15) huyyo.... terpana jap... heheh.. best2... tapi knp ada scene silang jari tuh? tu bukan tanda nak mungkir janji ker? erk?~~~~
  • 16) aku dah baca!
  • 17) maaf apun, baru baca dan baru komen..
    saya sangat suka citer begini.. sangat suka sampai tak tahu nak kata apa.. tapi sususan kata sangat teratur dan menarik.. idea yang terang.. sangat sukalah!
    this is really my type of reading..

  • (Penulis)
    18) norabiatul. :: thenks

    dayya :: bakal menyusul nanti :P

    siberkop :: aku juga!!

    shazmiey :: wow. really? :D
  • 19) Cerita menarik nih, tapi lebih pada bentuk novel, elok buat novel cerita ni ...

Cerpen-cerpen lain nukilan zInggOf

Read all stories by zInggOf