Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

rahsia

 

sila klik play, untuk dapatkan bunyi latar.

 

 Catatan Tanaka Ai, 10 September 2008, 5:53 am. ******* Station , Japan.

Cerita ini adalah rahsia yang hidup dalam masyarakat sekeliling ini. Malah, tak ramai bisa menceritakannya, tentang seorang perempuan yang menunggu kekasihnya untuk satu masa yang panjang. Mereka tak pernah berkahwin, malah tidak mungkin. Tapi, masih di rumah yang kecil untuk memuatkan dua jasad, mereka berdua berkongsi satu nafas, setia bersama atas satu katil, berkongsi satu bantal, dan bersama dalam satu mimpi. Kalau mereka keluar, tak ada langkahan tanpa empat tapak kaki. Sesiapapun tahu tentang kisah mereka, tentang pasangan yang tidak pernah hilang salah seorang. Tidak pernah senyum mereka kurang. Sentiasa, bersama.

 

Sehinggalah, suatu pagi, di mana tak ada siapa pernah menduga, walaupun derai cahaya mentari dan bunyi burung pipit masih malar, tapi hari mereka bakal bergerakbalas dengan manipulasi takdir. Takdir atas sehelai surat yang membawa perpisahan mereka berdua. Pasangannya, menerima tawaran paling tak mungkin ditolak, malah impian sejak dari dia tahu makna angan. Menjadi pelakon dalam satu produksi filem besar di bandar. Di stesen inilah, dekat hujung sana, pertama kali dalam sejarah mungkin ajaib, mereka berpisah. Dekat kerusi sanalah, perempuan ini melihat pasangannya buat kali terakhir. Matahari musim panas, tak mampu menyejat air matanya, malah kalaupun musimnya penuh beku dengan salji, tak rasa mungkin bahang esaknya terkalah.

 

Teruslah, perempuan itu hidup keseorangan, dengan bilik kecil, dengan perasaan serba kerdil. Menunggu sebarang khabar berita dari si dia yang jauh. Satu waktu yang sangat lama, lebih lama dari helaian daun kuning jatuh berkecai, kemudian hijau kembali pada musim bunga. Sekejappun, dia mesti ada di pintu stesen, menunggu kalau mimpi untuk merangkul pasangannya terealisasi.

 

Survivalnya untuk menongkah sepi akhirnya tamat pada hujung musim bunga. Waktu sakura berterabur atas rerumput segar, waktu yang sama, di televisyen dia melihat perkahwinan pasangannya dengan selebriti terkenal. Matanya tak terkebil, tapi retaknya sangat jelas, dalam anak mata yang retak itulah, wajah pasangannya, dalam gaun putih tersenyum senang.

 

Puas dinafikan yang perempuan sedang berdiri gah dekat majlis mungkin paling gemilang itu adalah pasangan yang ditunggunya sepanjang ini. Tapi semuanya mustahil. Akhirnya, dengan kemustahilan untuk penafian satu magis realiti paling tragis itu, dia kembali ke sini. Stesen tempat mereka berpisah buat kali pertama dan mungkin selamanya, berdiri dekat hujung sana, memegang tiket bertulis nama bandar besar tempat pasangannya. Matanya cukup merah untuk menggambarkan betapa lama sudah dia menangis, keseorangan menunggu tren datang.

 

Waktu itu, 11:54 malam, hari Sabtu, 10 September 1988. Mereka katakan, perempuan itu terjun ke rel, meninggalkan segalanya selain titisan air mata pada kerusi di sana.

 

Perempuan itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan serius. Mayatnya telah dibakar walaupun tiada siapa yang menuntut abunya, walaupun orang yang paling ditunggu. Tapi, tak ada sesiapapun tahu, sebab dia masih di kerusi itu, setiap malam Sabtu, memegang sekeping tiket, dan masih menangis.

 

Cerita ini adalah rahsia yang hidup dalam masyarakat sekeliling ini. Kalau kamu tanyakan, sebab aku tahu ceritanya. Aku akan beritahu satu lagi rahsia yang tak pernah tercerita oleh masyarakat di sini.

 

Malam itu, waktu tren datang, akulah yang menolaknya ke rel.

 

Aku tak mahu lagi keseorangan menunggu di sini.

 

                                                          ***************************************

 

Tanaka Ai disahkan meninggal akibat bunuh diri. Laporan polis mencatatkan dia mengalami tekanan perasaan . Mengikut fakta dari pemandu tren, Tanaka Ai keseorangan sewaktu melompat. Ini adalah kes kedua di stesen ini, selepas kes pertama berlaku pada 11:54 malam, 10 September 1968, hari Khamis, juga membabitkan seorang perempuan bernama Tanaka Ai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sadis nyer..nak menunggu pun kena ada geng..mcm citer a love to kill..sadis jugak..tp nie citer korea..
  • 2) ngaaaaaaaaaaa citer antu!!
  • 3) waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... takut =(
    hantu-hantu ni out of control la
    sebab tu la kena tutup stesen keretakapi lepas pukul 11!

    zing... best! best!
  • 4) jgn kasi nama anak tanaka ai~ kang sume tanaka ai q-ing utk terjun rel atau mungkin.. tanaka len yg menolak~

    cinta itu mmbunuh bila kamu tidak cukup kuat untuk hidup hanya untuk dirimu~ =)
  • 5) mentang² semalam korang bukak forum citer hantu. Pepagi ko dah tulis cerpen pasal citer hantu gaks apun? heheheh
  • 6) Tanaka Ai seorang kekasih yang setia tetapi sayang kesetiaan membawa kekecewaan yg paling tragis.

  • (Penulis)
    7) hehehe rain :: kento be help. tonite maybe another one. tonite is 10th september.

    itot :: ngaaa citer tipu~~

    valium :: hak hak, kat jepun xde ustat nak wat pendinding

    anakku :: hoh.. ye

    syud :: eh, ada je kot. one more. today maybe.

    fathul :: ni semalam punya ah

  • 8) apun, nie bulan puasa..so, selamatlah..hehe

  • (Penulis)
    9) haish.. so luccky. kena tunggu next 20 years lah..
  • 10) mak aih...tengah dok semangat nak bace tetibe sekali cerite hantu daa.(anti cite hantu!)
    baik punyeee..=)

  • (Penulis)
    11) hak hak hak.. padan muka. :P kena spin. yea^^~
  • 12) hoho.. apun wat citer antu? hmm..
  • 13) cerita hantu yang sedih...bukan cerita hantu yg takut...sian dia..
  • 14) apun...citer dia sedih..
    waaaaaa!!
  • 15) seram sejuk!
  • 16) apun. tahun 1068 dah ada tren dan stesen kat situ ke? hehe ke 1968.

    wow, agak mistik dan unik sket penulisan kali ni. kudos kerana menyajikan sesuatu yg baru!
  • 17) tempat tu spirit die 'keras'. attract org2 yg lemah semangat gitu.

    adeh, apesal aku baca citer ko ni safwan pital. i hate yeuh! alamat tido bukak pintu, bukan bukak lampu je dah waden~~~
  • 18) hahahhahaha... nice!
  • 19) cite betul ke ni? mcm pnah dgr..tp cara twist cite ni terkesan...hahaha!

  • (Penulis)
    20) shazmiey :: apun buat cerita antu~~~

    teja n rean :: hmm. hantu timur mmg sadis

    kpalakotak :: er.. kuat semangat.

    caha :: hehehe. salah tulis. arigatou|~|

    therain :: jgn tido bukak mata

    dayya :: hahah nice

    kamalia :: er.. cerita ini tipu.


  • 21) > aLamK! x ska ah bCa ceTa hanTu:(
    >alamK! daH terBacalaH:(
    >alamK!mcmna ne:(

  • (Penulis)
    22) haaaa abes ah kamu adieca.... abeslah...
  • 23) ringkas, tapi amat menarik.cemburunya..
  • 24) hahaaa cool giler.. siap ada lagu latar lagi.. syabas!

  • (Penulis)
    25) haks, lagu latar tu sengaja,
    bluessie, tak pyah cemburu.
  • 26) seram!
  • 27) camtu plak.....so, hidup biar lah sehidup dan semati...tu barulah di namakan cinta yang sejati, n kekal abadi.....bkn begitu carenye...for all, i enjoy read it..
  • 28) 1,2,3,4,5 bintang

  • (Penulis)
    29) terima kasih membaca.,
  • 30)
  • 31) crita hantu. huhu. best2.
  • 32) baca lagi sekali walaupon dah pernah baca kat oppsss

  • (Penulis)
    33) hehehe, korang baca, yeay! pembaca milenium. hahhhah
  • 34) yeay!!! [xde keje ]

Cerpen-cerpen lain nukilan zInggOf

Read all stories by zInggOf