Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

M01S09 - Arukh Safuna (i) (re-production)

 

Siri 01 - Urusan Seri Paduka Baginda :: jojo

Siri 02 - Menyusuri Sungai Nil :: rea | pc (eme)

Siri 03 - Misteri Surat Kulit Kambing :: zu (_therain_)

Siri 04 - Dua Dunia :: caha

Siri 05 - Tanah Hanyut :: valium

Siri 06 - Tujuh Syarat :: miszmextor

Siri 07 - Sumpah Terlerai Sudah :: Syud

Siri 08 - Kembali ke asalan :: syazmiey


Kem Penyelidikan Sementara, Gua Merah.

Hari ini.

“Diya, bangun diya!” Dujan menggoncangkan badan kecil perempuan di sebelahnya.

Tiada sebarang respon. Ah, kacau. Sekelilingnya gelap, suasana dekat gua merah agak suram dua tiga hari ini. Cuma ada beberapa ahli arkeologi saja yang tinggal. Selebihnya telah pulang bersama dengan Encik Kanibal yang dilucutkan jawatan akibat skandal menyembunyikan, menipu dan memalsukan artifak. Malah ada ura-ura mengatakan bahawa banyak artifak telah diseludup ke luar negara oleh Encik Kanibal.

Siapa sangka, baru pertama kali dilantik menjadi ketua kajian arkeologi, sudah berani melawan undang-undang. Tapi Tuhan lebih berkuasa.

Dujan risau, semenjak pulang membuat laporan polis di Kuala Lumpur beberapa hari lepas, Diya lebih banyak menghabiskan masanya di hadapan surat kulit kambing yang masih kabur klunya. Serabut. Dujan, mahu atau tidak, terpaksa mengambil alih tugas ketua, sementara menunggu Jabatan Muzium dan Antikuti menghantar ketua baru yang kononnya antara tokoh yang menjumpai candi di Kedah Tua. Juga pernah menjadi pembantu ketua arkeologi ketika penemuan perak-man.

Hebat. Berbanding dengan Encik Kanibal, yang cuma jurusan Universiti Mesir, terlibat dengan kajian kubur-kubur firaun di sana, bila ditugaskan di Malaysia, perangai sama dengan Firaun.

Diya terus meracau. Entah apa saja yang terpacul dari mulutnya. Dujan memandang pelajar-pelajar yang lama berdiri di sebelah. Dari balam-balam lampu yang dijana generator itu, terlihat wajah mereka yang sama berkongsi resah. Tapi seorangpun tak berani bersuara. Hanya bunyi generator berselang seli dengan suara Diya. Menggaru kepala.

Terpaksalah Diya, kena guna cara kasar kau ni. Dujan merenjis-renjiskan air ke muka Diya. Racauannya makin teruk. Badannya menggigil. Tangannya mencengkam tangan Dujan.

Aik membalas pulak. Nak kena kau ni.

“Diya!” jeritan itu disertakan dengan satu tamparan kecil ke pipi mungil perempuan suku umur itu.

Diam. Racauan Diya terhenti. Matanya terpisat-pisat

“Ya Allah.” Diya bersuara, akhirnya.

Dujan berganjak ke belakang. Sedikit rasa bersalah dek menampar pipi rakan baiknya.

“Ya Allah, kat mana aku.” Diya terjaga. Matanya ditonyoh-tonyoh, semacam baru keluar dari kawasan gelap.

Dia memandang Dujan yang sedang melangkah ke belakang, terasa dia ditarik. Lebih tepat, terasa tangannya ditarik. Dia melirik ke tangan kanan. Melekat erat dekat lengan dujan.

“Hish, dah apepasal aku pegang tangan kau ni?”

“Patut aku yang tanya, dah apepasal kau malam ni melalut-lalut tidur?” Dujan menjegilkan mata, sedikit geram.

“Melalut ape?”

“Nah, amek baju sejuk ni, kita borak kat kantin kayu nak roboh tu. Takkan kau nak kitorang berkampung dalam bilik kau kan.”

Baju sejuk yang dicampak Dujan disambut. Terus dia turun dan mengekori Dujan ke kantin untuk kem sementara itu.

“Maaflah, tadi aku tampar pipi tak berapa nak lembut kau.” Dujan berjalan tenang, lagak tak bersalah.

Diya tersenyum kecil. Bibirnya masih pucat. Rambutnya walau diikat, masih ada yang mengerbang. Dia tesengih melihat Dujan. Sebelum ini Dujan tak berapa komited, tapi akhir-akhir ini semacam ada aura ketua darinya.

“Tak apa lah Jan. Next time aku pulak buat macam tu.” Diya tersengih, tak memandang Dujan yang sedang menjegilkan mata.

“Aku yang patut minta maaf sebab buat korang semua tak tidur.” Tangannya dimasukkan ke dalam poket baju sejuk. Angin tiba-tiba bertiup kuat.

“Eh, ada sesuatu yang aku jumpa semalam, sebelum tidur.”

Dujan memandang tepat muka Diya.

“Aku sudah buat kajian semula untuk kesemua 16 surat kulit kambing yang kita jumpa. Macam kita tahu, ujian karbon sebelum ini kumpulan Kanibal yang buat. Jadi aku fikir untuk re-check lagi sekali. Jadi keputusan yang kita dapat amat mengejutkan. Cuma beberapa dari enam belas kulit kambing ini adalah berusia lebih kurang 175 masihi.”

“Yang lain?!” Dujan terkejut.

Sebelum ini dia yang bermati-mati mengkaji kesinambungan kulit kambing itu. Hatinya mula tak senang. Bukan sekadar geram yang makin bertambah kepada Si Kanibal, tapi juga kepada Diya yang menyembunyikan perkara itu, juga kepada sesiapa yang tahu.

Diya mengangkat bahu.

“Lain-lain semua fake, tak semua, ada diantaranya cuma berusia ribuan tahun, mungkin ada kaitan dengan penempatan Gua Merah, cuma bukan kajian kumpulan kita.

“Jadi, puzzle kita makin banyak bercantum, semoga cepatlah tamat benda alah ni.” Dujan menggaru kepala, lagi.

“Hm...” Dujan mengikat pandang ke arah Diya.

“Hm... apa?” Diya mencelah.

“Keputusan tu, baru sampai ke tangan aku tadi malamlah. Waktu itu kau dah melelah air liur.” Diya menguap.

“Bukanlah.” Dujan mengesat hidungnya. “Aku nak cakap benda lain, pasal mimpi kau tadi.”

Mulut Diya sedikit terlongo. Bingung.

“Mimpi aku? Sejak bila pulak kau ambil jurusan membaca mimpi orang yang sedang tidur. Ah, abaikan. Apa dia yang penting sangat dengan mimpi aku?” Diya membetulkan ikat rambutnya.

Dujan mencapai dua mug kosong, kemudian diisikan dengan Nescafe segera. “Gula?”

Diya mencebir. “Kau ni, aku tanya lain, kau pusing lain. Satu sudu cukup.”

Tersenyum. “Tadi kau meracaulah Jan.”

“Meracau?” Diya mengambil mug terisi sesudu gula, diisikan dengan air panas dari flusk, mencicip sedikit kemudian mengekor Dujan.

“Kau ada sebut banyak nama.” biskut kering cap ping-pong dipatahkan dua, sebelum dicelup ke dalam mug.

“Nama?” Diya berkerut.

“Kau ni buat misteri. Terus terang saja.”

“Kau ada sebut tentang nama penulis-penulis surat kulit kambing ni.” tenang Dujan menguyah biskut tadi.

“Erm. Nama? Jadi apa masalahnya dengan nama pula?” Diya mencapai bekas biskut dihadapan Dujan terus sama mencicah ke dalam Nescafe.

“Ada. Kau ada sebut tentang Jauhari Albert, Sultan Fathreas dengan adik tirinya Dayang Emilily Aliesya, Permasuri Zuraicerdas, penulis Suci, tukang tari, lagi…” Dujan menguyah lebihan biskut, sambil tangan kirinya mengetuk-ngetuk papan meja.

“Ha, lupa! Tukang masak M. Isz Me Xtor tu, Pakanira Syuhada dengan pengasuh istana juga tak bernama tu.” Diya mencemik.

“Heh, jangan marah. Nama penulis surat yang mismektor tu susah nak ingat.” Tersengih.

“Jadi, apakah masalahnya dengan nama-nama itu terpacul dari mulut beta wahai Tuan Puteri Dujan Mohd Ribut”

“Bukan masalah dengan nama-nama tulah. Tadi, kau ada sebut tentang satu lagi nama yang belum kita temui dalam mana-mana surat kulit kambing yang kita kaji.”

“Apa? Oh, silap. Siapa?”

“Arukh Safuna.” Dujan menghabiskan sisa Nescafe di mugnya. Sambil menjeling kepada mug Diya yang masih terisi lebih separuh. Pantas Diya menarik mug lebih dekat. Ceh, kedekut.

“Siapa pula gerangan Arukh Khanuna tu?” mata Diya mengekor langkah dua studentnya yang hilang di celah-celah khemah.

“Haih, Khanuna ape jadahnya. Ni kes mimpi Shah Rukh Khan ke? Banyak sangat layan Hindustan kau ni Diya.” Usik Dujan.

“Hai la perempuan. Aku tampo jugak karang. Cakap ajalah.” Diya sedikit menghentak meja, terangkat jugalah mug kosong Dujan.

“Aku mana kenal. Bukan bapak tiri aku, atok kaupun bukankan?. Tapi, aku rasa aku pernah dengar nama dia. Somewhere.”

“Arukh Safuna, seorang ketua lanun laut parsi, menguasai 3/4 lautan di dunia. Para pengkaji di Cordova menggelarkan dia Umar di lautan dek kehebatan dia mengawal semua lautan dan selat di bawah pengaruhnya.

Dekat eropah, dia digelar The Noah Son. Kerana dikatakan dia menggunakan bahtera Noh sebagai kapal utama. Dikatakan dia mempunyai tiga dermaga utama dekat di tiga benua yang mengeluarkan kapal perang terhebat dunia. Keturunannya menjadi pelayar agung seperti Christopher Columbus, Al-Farisi pembantu utama Al-Idrisi, Barbarossa Hayreddin Pasha ketua marin utama sewaktu zaman kehebatan kerajaan Uthmaniah, Ferdinand Magellan orang pertama yang buat ekspedisi mengelilingi dunia.”

Semua orang terkejut. Entah suara dari celah mana datang singgah.

“Ba!” Seseorang melompat dari belakang pohon ara yang batangnya besar dua tiga pemeluk.

“Ayam belanda sungguh kau ni Acol. Umur dah tua, perangai macam budak-budak.” Beratur perkataan terpacul dari mulut Dujan. Entahkan melatah, entahkan terkejut. Tapi kehadiran Acol memang janggal pada waktu begini. Khemahnya berselang jauh dari kantin. Masakan pagi buta mahu sengaja datang.

“Hiks. Tadi aku dengar ada student kata ada orang mengigau malam-malam.” Acol tersengih, seperti selalu. Dujan mengangguk.

“Dorang cakap korang ada kat sini, berborak tentang kulit kambing tipu Si Kanibal tu, itulah, aku ni pun tak boleh tidur, terus saja datang ke sini. Tak pasal-pasal ada cerita tentang Arukh Safuna. Hiks.”

“Kau kenal si Arukh Safuna tu? Nama sikit punya pelik. Macam nama orang afrika campur jawa ada juga.” Diya menghulurkan tin biskut kepada Acol. Profesor lulusan university di Alexanderia. Dulu lapangan kajian dia sama dengan Kanibal. Cuma lepas sahaja lulus PhD, dia cepat-cepat balik ke Malaysia. Minat dengan arkeologi tempatan katanya.

“Hiks. Kenal, pasti. Arukh Safuna, seorang ketua lanun laut parsi, menguasai 3/4 lautan di dunia. Para pengkaji di Cordova menggelarkan dia…”

“Oi, itu kau dah beritahu tadi!” Tempelak Diya. Mahu saja Nescafe panas tu dituang dekat kepala Acol.

“Ouh, ye ke? Ha. Baik-baik. Maaf bos. Dalam penilitian aku tentang penempatan dekat Gua Merah ni, memang ada kaitan dengan Arukh Safuna, kau lihat, hampir semua surat yang kau peroleh dari satu hingga yang ke lapan mengikut susunan, ada tertulis dihanyutkan, terhanyutkan, hanyutlah, tenggelam dan bagai-bagai. Tak rasa pelik?” Acol menuju ke papan kenyataan yang memang sedia tertulis fakta penting. Ada graf masa dan penemuan arkeologi sama-ada artifak ataupun surat kulit kambing.

“Apa yang peliknya?” Dujan lagi menggaru kepala.

“Hiks, itulah kau, lain kali fikir out of box, jangan asyik fikirkan gaji je.” matanya dikenyitkan.

“Maknanya, ada seseorang lain yang menemukan surat ini, terhanyut, kemudian ditulis kembali ke dalam bahasa nusantara.”

“Demit. Makin pening.” Dujan menumpang dagunya. Mereka mula berminat dengan penjelasan Acol.

“Maksud kau? Surat-surat ini ditemukan oleh…” sampuk Diya.

“Arukh Safuna ke?.” Raut wajahnya Dujan terpancar sedikit bangga.Konon-konon mampu meneka dengan tepat.

“ Wah! Kalau betul, maknanya, Arukh Safuna merupakan penulis utama surat ini?” Wajah Diya sedikit berseri.

 

“Malah the only writer mungkin.” Sambung Acol.

“Cuma Dujan, cuba kau tengok ni, bila aku search nama ni dalam pengkalan data arkeologi antarabangsa.” Acol mengeluarkan komputer ribanya dari beg sandang, dan mula menaip nama Arukh Safuna.

Beberapa saat berlalu tanpa sesiapapun berbicara. Cuma beberapa kali bunyi dari papan kekunci Acol berselang. Kemudian ditunjukkan skrin kepada Dujan. Kurator arkeologi merangkap pemangku ketua kem sementara itu membaca dengan minat.

“Fakta yang sama dengan apa yang Acol beritahu.” Dujan membaca sesuatu dekat skrin komputer riba.

“Cuma dekat sini…” jemari Dujan bermain dengan scroll pada tetikus.

“Ah! Masakan.” Tangan Dujan statik.

“Nama Arukh Safuna yang sebenar adalah, Arukh Safuna anak lelaki kepada Garjsu Lapuna anak kepada Panglima Sutra Hali, dan pada zaman kegemilangannya dia juga dikenali sebagai...”

“Yang Gah Mulia Sultan Pulau Bahtera?” semua yang ada di situ bingung.

*** *** ***

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) fes!

  • (Penulis)
    2) *aku antar tanpa membersihkan byak benda. :P Maybe akan lebih bersih selepas 3 part of finale tamat.*
  • 3) hehehe.. cepat..!! aku da semakin excited nih.. saspen ar..aku tak sabar nak tunggu terungkainyer misteri2 senusantara nih.. (nnt da abis semua ep. aku nak ngulang balik dari awal..)

    btw: aku suka dengan penambahan watak dan nama2 yg dihasilkan..
    (bajet sebb dekat ngan nama aku ar.. ahahahaa)

    ok..syabas apun...aku tak pening baca...
  • 4) dewan serbaguba tu apa pun? :p
    aku baru abis meeting. lum baca lagi. ha ha.
  • 5) acol?penulis suci??
    penulis suci itu caha ke?? :D
  • 6) antikuti? antikutu? hehe

    menumpang? ke menopang dagu?

    hoho..waaa..arukhhhh..tringat dekat shah rukhhh haha

    cepat2 sambunggg..tanah mane plak lah dia dh smpi niii :)

  • 7) waaaahhhh!!! bagus! apun hampir berjaya merungkai semua kisah, segala teka-teki....
    tak sabar nak tunggu next... lepas ni nak print, pastu compile wat koleksi sendiri... ke apun ada rancangan lain?
  • 8) Tak tahan ketawa masa part "kes mimpi Shah Rukh Khan" tu..
  • 9) sengalnye prof acol tu weh..motif melompat2? bajet kiut fani dan suwit laa???
  • 10) "Waktu itu kau dah melelah air liur." - apun ada typo. (lepas paragraph ko mention Prof Acol, Dr Fazmin.)

    -aku baca dengan kagum sambil bayangkan, nak buat cerita camni belum memadai dengan hanya research google. Knowledge yang sedia ada aku rasa lagi banyak membantu. Approach penulisan yang matang dari jejaka genit berwajah jawa. So kalu respek tu ada rating 1-10, aku kasi 10 apun.

    Congrats again.
  • 11) btw, pengANJINGan dan pemBAHANan dari segi typo di dalam karya rasanya tak berapa appropriate kot sbb mereka yang memerah otak menulis does not deserve to be "BAHANed" sebegitu rupa. Kalu blog tu lain le... kann?

    my 2cents

  • (Penulis)
    12) hahaha, act lan, aku memang xbersihkan karya ni, and memang aku tunggu anybody tegur typo, thenks. :P

    Bahan dan Anjing kan je. aku memang mahu. :P
  • 13) hah!aku sebenarnya baca semua episod2 lps tp x baca dgn sungguh2nya. jadi aku ingat2 lupa cite ni. tp still aku follow up jgk...
    mmg aku x ingat dujan & diya tu ada ke kt episod2 lps or baru episod ni muncul. ah..x kisahlah...
    dh semakin bnyk misteri ni...aku dh start pening tp aku rasa semakin bnyk misteri terungkai, semakin bnyk lg misteri yg timbul...huhuhu!
  • 14) hm mmg kewl giler dan best sangat oke.

    baca jelah, wa tak reti komen cerpen beb... itu kepakaran incik caha suci. :P
  • 15) eh lupe nk ckp..

    dujan tu laki ke?

    i tot b4 dis pompuan~~ huhuhuu
  • 16) er watak Dujan dan Diya tu direka utk pompuan sbnrnya...
    "Mengikut kajian yang diketuai Kurator arkeologi Cik Dujan Mohd Ribut" - Misteri Kulit Kambing <-- tapi maybe takde binti, sedikit konpius jadinya...
  • 17) lan : kau patut membaca tulisan jojo (part 1)
    itu pun harus dikagumi juga, jenaka dan klasik di dalam satu karya.

    ha ha, wah pun, kau macam lagi tamak dr fathol ni. (fathol kata jauhari albert tu penipu je) kau siap nak diskredit semua penulis kata ni arukh safuna je buat. hahahaha

    meh sini aku sangkut organ lendut kau pada cangkuk daging lembu upside down meh.
    haha!

  • (Penulis)
    18) HAHAHAHA zuraidah, okeh got it. Pengumuman oke, Bakal di-repair untuk membetulkan jantina dujan. HAHAHHA

    hoi hoi... hahaha aku kata, arukh safuna "tulis balik" cerita2 yg orang lain buat. Arukh safuna tu kan cucu panglima apun yang taja surat2 oleh johari dan rakan2, (alamak! spoiler).

    :P

    betola Johari tu buat, cuma Arukh safuna tulis balik je. :D
  • 19) hahah~~~ sambungannya di mana?
  • 20) Ha ha caha, aku meng"diskredit" jojo kerana dia memang keji!!!

    Hoi! apun pital! mana lagi dua part!!
  • 21) apun~ rindulah... rindu aku tak? mau tau gosip tak? mau tukar gosip dengan pengakhiran cerita kamu, boleh?

  • (Penulis)
    22) repaired. oh valium. sedang habis cerita ni.

Cerpen-cerpen lain nukilan zInggOf

Read all stories by zInggOf