Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lempeng & Mak Temah

 

Ada seorang lelaki ni, namanya Lempeng. Walaupun namanya Lempeng, dia lebih suka menghabiskan masanya dengan memakan karipap sardin buatan jiran sebelah rumahnya yang bernama Mak Temah. Kesedapan karipap sardin Mak Temah telah membawanya untuk terus mencuba masakan Mak Temah yang lain pula. Dia telah meminta Mak Temah supaya membuatkannya pula cekodok pisang, kerana dia teringin memakan cekodok pisang buatan Mak Temah kesayangannya itu. Mak Temah pula dengan senang hati memenuhi permintaan Lempeng dan berasa agak bangga sebenarnya kerana ada juga orang yang menghargai masakannya. Lebih-lebih lagi dari seorang lelaki yang agak tampan dari Lempeng. Maka, dengan penuh bersungguh-sungguhnya, Mak Temah pun berusaha menyiapkan cekodok pisangnya. Seperti yang dijangka, cekodok pisang Mak Temah mendapat sambutan yang luar biasa dari Lempeng. Ini menyebabkan Mak Temah tersenyum lebar hingga ke telinga. Lagaknya seperti orang yang kena loteri RM 1 juta. Pujian yang melambung-lambung yang diberikan Lempeng kepada Mak Temah telah menimbulkan satu perasaan yang aneh kepadanya. Adakah Mak Temah sudah jatuh cinta kepada Lempeng? Mungkin ya...

 

Maka, semenjak dari itu kehidupan Mak Temah sentiasa disulami dengan hari-hari yang indah. Manakan tidak, orang tengah dilamun cinta! Tetapi adakah Lempeng juga berperasaan sama seperti Mak Temah? Ya...Lempeng juga begitu. Dia juga sedang dilamun cinta sebenarnya! Setiap hari dia akan melawat Mak Temah. Kadang-kadang ada juga dia memberi Mak Temah buah tangan terutamanya buah durian. Maklumlah, Lempeng ni bekerja sebagai pemborong buah durian yang sedang meningkat naik namanya di peringkat daerah. Suatu hari, Lempeng telah menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga di taman larangan Mak Temah. Hasrat Lempeng itu disambut dengan wajah teruja Mak Temah, dan ini menguatkan lagi kayakinan Lempeng bahawa niatnya itu akan dipersetujui oleh Mak Temah.

 

            “Mak Temah, tujuan saya datang ni, dengan rasa rendah dirinya saya ingin melamar Seriah, anak Mak Temah yang berumur 19 tahun tu”, Lempeng mula menyatakan hasratnya.

 

Kata-kata Lempeng itu bagai belati yang menusuk kalbu Mak Temah. Dia tidak sangka sagala karipap sardin serta cekodok pisang yang dibuat khas oleh Lempeng dibalas dengan hasrat Lempeng untuk menikahi Seriah.

 

 

3 tahun kemudian...

 

 

Heboh seluruh taman perumahan itu dengan berita bahawa janda berusia 45 tahun, Temah binti Taib selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel yang diberi nama Sarip bin Lempeng. Ini membuatkan wanita yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Temah itu menjadi popular dan menjadi idola wanita berusia disana. Kehidupan yang diserikan oleh orang baru itu membuatkan kehidupan Mak Temah bahagia...

 

TAMAT

 

 

p/s: Lempeng akhirnya berkahwin dengan Mak Temah juga kerana setelah menjalani penyelidikan yang mendalam, dia mendapati Seriah tidak mampu menghasilkan karipap sardin serta cekodok pisang sehebat ibunya. Tentang kelahiran bayi lelaki itu pada usia Mak Temah yang telah mencapai 45 tahun, itu semua kuasa Tuhan..tiada siapa dapat menghalang... J

MENYERAH KEPADA TAKDIR BUKAN BERERTI MENYERAH KALAH, KERANA MANUSIA DITAKDIRKAN MENANG (Sumantri)

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hoh
  • 2) huh tua2 gatai. seb baik dok monopos lagi. :))
  • 3) haha, mesej dia agak radikal.
    disarankan cik letak lebih effort di dalam penggarapan cerita ni :)

  • (Penulis)
    4) apa maksud cahatomic agak radikal? jelaskan sedikit? maaf ye, saya bukan nak perli sesiapa dalam cerita ni. hanya cerita semata-mata. tq
  • 5) hahahaha.. nice ar... so pas ni anakdara2 sumer, rerajim la blaja memasak erk? hehhehehe =p
  • 6) huk oloh..hahaha..btol ah tu dayya..msgnyer anak dara kene blajar masak..;P

    jln cite sgt simple..huhuu..pelik bin ajaib..cmne lempeng wat research?? bkn klo nk kawen dh xpikir pape ke? ke mak temah sogokkan anasir xbaek dgn mngatakn seriah xpndi masak?? (eish,ape pny mak ah..potong jln!)
  • 7) Teja pernah dgr..kalau tak pikat anak dara, kena pikat maknye dulu...tapi kalau maknyer dah terpikat dgn org yg memikat...tu dah tak dapek den nak nolong....
  • 8) moralnyer, anak2 dara kene masak sehebat emaknyer masak ler !!! har har har ...
  • 9) alahai
    lawak je reason die
  • 10) aik..ape ke punya cerita da...
    hahaha..pasni nk blaja masak karipar sardin dgn cekodok pisang la..
  • 11) adeih..sian anak dara mak temah tue tak laku erk???ahahahha....
  • 12) mana citer yg lawak gila ni? xder pun

  • (Penulis)
    13) wakaka: sape kata cite ni lawak??
  • 14) ..wah...hehehe...
    nice try...;)
    (@_#)

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia