Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah Suka dalam Duka part 3 (final)

 

Aku memandu pulang ke rumah selepas menghadiri majlis pengebumian Zurin, sahabat baikku. Menangis air mata darah sekalipun, Zurin tak mungkin hidup kembali. Aku redha dan pasrah atas ketentuanNya.

Langkahku longlai menuju masuk ke dalam rumah. Belum sempat aku melangkah masuk, Ammar keluar tiba-tiba dengan muka bengisnya.


“Am, kenapa….” Ayatku mati melihat Ammar selamba. Dia menaiki motornya, entah ke mana. Aku jadi pelik.

Pang! Terdengar bunyi kaca pecah dari dalam rumah. Aku terkesima sesaat, sebelum berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.


“Saya dah tak tahan dah dengan semua ni, bang!” langkah kakiku mati mendengar jerit tangis emak.


“Kalau awak tak tahan, saya lepaskan awak,” kata abah perlahan tapi cukup untuk membuatkan aku jatuh.

Abah pula yang keluar meninggalkan rumah selepas itu.


“Kak Long jaga emak dengan Ammar elok-elok. Abah minta maaf untuk semua ini,” sempat abah duduk dan menyampaikan amanat kepadaku yang masih belum mampu bangun mendengar ayat abah tadi.


“Apa semua ni, bah?” aku cuba menahan tangis. Baru 2 hari aku meninggalkan rumah, keluargaku kini berpecah belah?


“Setakat ni je jodoh abah dengan emak. Kak Long kena faham,” dan saat itu, pandanganku gelap.

 



Aku tersedar tidak lama selepas itu. Memerhatikan keadaan seeliling, aku kini berada di bilikku. Aku cuba bangun, mencari kelibat emak dan abah.


“Emak?” aku cuba memanggil emak tapi kelibat kedua orang tuaku tidak kelihatan. Begitu juga dengan Ammar, adik lelakiku.

 

‘emak jumpa atuk sekejap. Kak Long jaga rumah, tengok-tengokkan Ammar. Esok mak balik’


Aku membaca pesanan yang emak tinggalkan di pintu peti ais, seperti yang emak lazim lakukan. Aku tidak mampu menahan sebak ketika itu. Air mataku tumpah serta merta.


Aku bingkas ke bilik, mencari telefon bimbitku, cuba menghubungi Zarul yang tidak dapat ku hubungi sejak 3 hari lalu. Belum sempat aku cuba menghubunginya, aku mendapat sms baru.

 


‘nat, we need to discuss… first of all, I wanna say that I’m truly sorry.. from the bottom of my heart, SORRY. saya rasa, kita tak sesuai, dan kita tak ada jodoh… semakin lama saya cuba untuk menidakkan benda ni, semakin kuat saya rasakan… mungkin kita lagi sesuai berkawan? Kita berpisah buat sementara waktu.. kita tengok keadaan… biarlah masa yang tentukan… saya tahu, tindakan saya yang juz hantar sms ni, sangat biadap… tapi, saya betul-betul tak mampu dah berterus terang… we take times first ok? I’ll contact u later’

 *****************************************************************************************************************************************


“Kak Long?” Puan Sarah cuba memanggil anaknya yang tiba-tiba berhenti menulis. Wajahnya selamba, matanya memandang ke luar tingkap. Tanggannya masih memegang pen tapi wajahnya langsung tidak berperasaan. Senyum tidak, menangis tidak.


“Kak Long?” Puan Sarah mencuba lagi. Melihatkan anaknya yang masih selamba, dia mengeluh kecil. Menitis air matanya melihat keadaan anak sulungnya itu.


Puan Sarah melangkah keluar, mencari kelibat seorang wanita berumur separuh dekad yang memang sering dia jumpa selama hampir setahun kebelakangan ini.


“Doktor?” akhirnya, mata Puan Sarah tertancap pada wanita yang dicarinya sejak tadi.

 



“Duduklah, Puan,” Dr. Syila mempersilakan Puan Sarah duduk di pejabatnya. Puan Sarah mengikut kata.


“Macam mana dengan Natalia?” tanya doktor itu. Puan Sarah diam.


“Dia tengah diam,” ringkas jawapannya.


Natalia di tempatkan di Pusat Psikiatri sejak setahun lalu selepas menerima tamparan paling hebat dalam hidupnya. Kata Dr. Syila, Natalia bukan sakit, cuma mengalami tekanan perasaan yang cukup kuat menyebabkan emosinya tidak stabil dan sedikit sebanyak mempengaruhi fungsi otak dan sekaligus tingkah lakunya, seperti orang yang tidak waras.


Menurut Dr. Syila, Natalia mengalami satu keadaan dipanggil sebagai Post-traumatic Stress Disorder disebabkan daripada tekanan perasaan yang dialaminya ketika kehilangan individu-individu yang paling disayanginya juga di kenali sebagai Situational Trauma.


Kadangkala Natalia akan meracau, berkelakuan tidak waras, tidak mengenali keluarganya sendiri dan bercakap seorang diri. Keadaan itu, Puan Sarah namakan sebagai ‘bising’ atau dengan nama saintifiknya dipanggil sebagai reactive.


Kadangkala, Natalia akan berdiam diri, seolah-olah berada di dunianya sendiri dan langsung tidak mempedulikan orang di sekelilingnya seperti kanak-kanak yang menghidap Autism. Keadaan itu Puan Sarah namakan sebagai ‘diam’ atau passive. Kebanyakan masa, Natalia akan bersikap seperti biasa cuma dia kurang ceria dan cergas seperti dulu. Keadaan itu dinamakan, ‘biasa’ atau proactive. Bising, diam dan biasa dinamakan oleh Puan Sarah sendiri untuk menerangkan perihal anaknya kepada doktor psikiatri itu.


“Diam? Kenapa tiba-tiba? Tadi rasanya dia nampak biasa?” tanya Dr. Syila.


“Lepas dia menulis sekejap tadi,” jawab Puan Sarah. Dr. Syila mengangguk kecil.


Writing therapy yang kita buat ni, nampak berkesan. Walaupun jangka masa yang diambil agak panjang, tapi saya boleh lihat perkembangan yang baik dari segi luahan emosi dan tingkah laku Natalia. Lagipun, writing therapy is approved successfully as one of the psychotherapy treatment untuk kes macam Natalia ni,” Dr. Syila cuba menyedapkan hati Puan Sarah yang nampak gundah dengan keadaan mental anaknya. Puan Sarah cuma mampu mengangguk kecil dan mengeluh panjang sebelum berlalu.

 



Puan Sarah kembali menjenguk Natalia yang masih merenung ke luar tingkap. Tangannya masih memegang pen Carera kegemarannya, tapi tiada ayat yang di luahkan dalam buku kecil itu. Dia teresak-esak kecil mengenangkan nasib anak sulungnya itu.


“Emak?” Natalia memandang wajah sugul ibunya di muka pintu. Saat itu, air matanya sama tumpah. Entah kenapa, dia sebak sendiri melihat emaknya.


“Eh, Kak Long kenapa menangis?” Puan Sarah jadi risau melihat air mata anaknya yang tumpah. Dia bergegas mendapatkan anaknya. Sudah hampir setahun lamanya dia tidak melihat tangisan anaknya. Mulanya dia pelik, kenapa Natalia tidak menangis sedangkan dia begitu sedih atas apa yang berlaku. Makin lama, dia lali dan kini, Natalia sedang menangis di hadapannya.


“Kak long minta maaf, mak. Kak long banyak menyusahkan mak,” kata Natalia sambil memeluk erat emaknya. Puan Sarah terkesima. Dr. Syila yang kebetulan melewati bilik Natalia, terhenti sejenak. Sempat hatinya mengucapkan syukur pada Ilahi sebelum berlalu.


“Kenapa ni? Kak long ada rasa sakit kat mana-mana ke?” Puan Sarah masih bingung dan cukup risau dengan keadaan anaknya. Natalia menggeleng-geleng laju dalam esak tangisnya. Dia melepaskan pelukan sambil memandang tepat ke anak mata ibunya.


“Mak, Kak long minta maaf. Selama ni, emak je yang jaga Kak long. Sedangkan, emak pun menderita sama,” Puan Sarah terdiam. Bingungnya masih belum hilang. Menderita?


“Kak long, kenapa cakap macam tu? Emak ok je ni,” pujuk Puan Sarah.


“Kalau Kak Long kehilangan abah, emak kehilangan suami. Kalau Kak long kehilangan Zurin dengan Zarul sekalipun, emak kehilangan Kak Long dengan Am. Emak hilang punca pendapatan lepas abah pergi. Kak long pun tak dapat nak tolong kewangan emak. Emak jauh lagi menderita daripada Kak Long. Tapi, emak tetap ada kat sini untuk Kak long. Kak long minta maaf mak,” Natalia kembali memeluk ibunya erat.

Sungguh dia sayu ketika melihat deraian air mata ibunya sebentar tadi. Sudahlah Ammar melarikan diri daripada rumah sejak keluarga berpecah belah. Emaknya masih perlu menjaganya dan menanggung perbelanjaan perubatannya walaupun punca pendapatan bulanan emak semakin berkurang selepas bercerai dan selepas dia digantung kerja sehingga pulih. Kegigihan dan ketabahan ibunya seakan membuka mata Natalia untuk bangun.


“Kak long, janganlah fikir macam tu. Kak long kan anak emak. Kalau bukan emak, siapa lagi yang boleh jaga Kak Long? Kalau bukan sebab Kak Long, dah lama emak sorang-sorang dalam dunia ni,” Puan Sarah cuba memujuk lembut Natalia.

Mereka terus-terusan menangis dan berpelukan. Biarlah kisah ini kisah duka sekalipun, tapi masa berharga bersama ibunya tetap akan menjadi pendorong buat Natalia untuk meneruskan sisa hidupnya. Biarlah kisah keluarganya sedikit tercalar, namun pengalaman untuk meneruskan langkah dan menghadapi setiap dugaan mampu membuatkan Puan Sarah sama-sama bangkit demi anaknya.  Masih ada kisah suka dalam setiap kedukaan. Itu, mereka pasti.
******************************************************************************************************************************************

the end

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) hurm... plot agak messy... tapi, ini final.. selepas beberapa kali editing... enjoy!
  • 2) sekelip mata, semua yg disayangi hilang. satu proses yg boleh membuatkan orang yang tidak kuat iman hilang kewarasan...
    nice one....
  • 3) oh okey..alhamdulillah ending dia xkene kawen dgn laki zurin :D *td dh sengih2 riso*

    erm..teringat peristiwa 2hari lepas, jiran syud camnilah gak..kesian anak2 dia menangis..tangisan yang paling kuat syud penah dgr padahal anak2 dia xpenah cmtu.. hurm..this is life

  • (Penulis)
    4) huhu.... kena go through juge..
  • 5) nice

Cerpen-cerpen lain nukilan nameless

Read all stories by nameless