Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perasaan yang Perasan?

 

Diangkatnya kening sedikit. Tidak puas hati barangkali dengan tindakan aku yang memandang dia tidak berkelip. Aku pun tidak tahu jin apa yang sudah merasuk dalam badan aku. Ini kali pertama kami keluar berdua. Selama ini kami keluar dengan rombongan Cik Kiah.

Kami bekerja di pejabat yang sama.

  Aku terasa seperti seekor paramesium yang terpinggir di piring petri kerana Mamat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada hidangan di depan mata. Dia terus mengadap makanan, kusyuk benar lagaknya. Bukanlah sesuatu yang menghairankan tetapi aku yang tidak biasa begini. Selalunya, waktu makan aku (atau kadang-kadang: kami) akan dikelilingi bunyi riuh suara kawan-kawan berbual. Hari ini, Amcorp Mall yang sesak seolah-olah senyap sunyi. Seperti semua pengunjung sudah diserap ke dalam ruang vakum. Yang tinggal hanya aku dan dia. Sepiring mee hoon goreng aku dan semangkuk mee sup dia. Itupun, makanan dalam pinggan aku seperti tidak berusik. Ini ada lagi satu jin yang sudah menghuni badan aku. Sudah dua minggu aku tidak mahu makan. Sesudu nasi sudah cukup untuk memberi aku kekuatan seperti biskut Biskuat Tiger.

  Tidur apatah lagi. Sekejap-sekejap aku terjaga. Pandang siling, ‘making friends with shadows on the walls’ bak kata Matchbox Twenty. Risau juga kalau-kalau ternampak benda selain bayang-bayang. Tetapi mata aku yang rabun ini masih nyalang terbuka. Ah, benci.

  Semuanya bermula dua minggu lepas. Hati jadi terusik bila dia menemankan aku sepanjang malam, menunggu keretapi ke Singapura. Banyak kali aku halau dia pulang, aku tahu dia penat tetapi dia enggan. Mamat mahu meneman aku, sekurang-kurangnya aku tidak bosan, katanya. Akhir sekali, aku mengalah. Dia bukan budak kecil yang boleh disuruh-suruh. Kalau dia terasa mahu tunggu aku di situ, silakan. Elok juga. Tidaklah aku bosan. Dan tidak perlu keluarkan duit sendiri untuk makan malam.

  Aku memang mudah terpengaruh. Ini adik aku yang cakap, bukan aku. Sampai sekarang aku terpengaruh dengan kata-kata dia. Dan, aku sedang dipengaruhi oleh kata-kata dalam sebuah buku. Ia mengatakan kita perlu melihat setiap kejadian, sekecil-kecil tanda sebagai satu petanda dalam apa sahaja yang kita lakukan. Percaya dan perhatikan kerana bila kita inginkan sesuatu, alam akan sama-sama berkonspirasi dengan kita untuk merealisasikan impian itu.

  Secara tidak sengaja, aku mula ternampak apa yang dia lakukan selama ini. Memang kami akan selalu makan tengahari bersama dengan kawan-kawan yang lain tetapi dia sentiasa akan mengajak aku. Padahal itu sudah jadi rutin, tidak perlu ajak pun aku sudah tahu apa yang aku perlu lakukan. Kalau aku lambat, terpacaklah dia di pinggir meja aku.

                                                                             + + +

Oh tidak! Sudah habis? Dapatkan dengan memuat turun Teori Pavlov si Syaitan, himpunan cerpen penulis dalam bentuk ebook.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) oh wow.. mcm baca blog yg penuh dgn aksi, thriller, saspens, drama dan mostly romance.. mantap .. :D
  • 2) ah! perasaan yang perasan... saya juga sering alami...sakit, pedih, perit.. dan saya sedang merasakannya sekarang... ah tidak!
  • 3) aku bagi 5 bintang untuk part cili celah gigi tu je;D..tapi tolak 1 bintang sebab jahat mengumpan org dengan biskut kat meja..huhu;P

    eh sambung le lagi ea..byk lagi bintang dlm beg ni x tau nak bagi sape.;)
  • 4) Aku lupa pada senyuman Edward Cullen, Bon Jovi dan Tom Welling. Mamat menghuni seluruh dunia aku. -- yg pasti..senyuman jared tetap tak di lupa... hehehe.. bes la ucu.. suke~ihihih..
  • 5) kemon ucu, ini sangat hebat! *sambil gelak sopan*
    haa cabaran sihat ni, saingan seperti menyaing ikan kepada penulis2 cerpen bahasa melayu di kapasitor... ;)

  • 6) HOI

    HABESKAN BEB (kan da kena capslock). Kau ni memang nak kena ah ucu. Ni cerita benarkan. Aku tau ni, meh lah bgtau nama dia, no phone dia, dia ada adik pompuan x? Cun x? ;p

    Feeling gila baca. Pukol 7:17 pagi kat jepun pon aku leh gelak sorang2 oke

  • (Penulis)
    7) demityuh: eh tengs chapan. malu tau i
    ida: u rase kat org lain takpe. jgn kat jared padalecki oke?
    mosh: haha mane ade umpan. mmg ade atas meja pon
    saf: ouh of kos. jared adalah cinta sejati (eh eh?)
    zu: err...bodo-bodo ni je tp time kaseh zu *lap air mate
    apun: ada kisah benar dan tak benar. aku tidak pernah makan dinner di amcorp mall, tiada kawan lelaki yang rapat di opis dan tidak pernah belanja kawan lelaki tgk wayang. dan tidak pernah juga siku org dalam LRT dengan sengaja

    btw, cite ni patut ade alternate ending sbb ada org tak suke happy ending (mcm aku), ada org nak happy ending (bukan aku), ada yang nak ending sadis (aku), ada nak ending menyakitkan hati (aku). jadi, nak upload sekali gus ke mcm mane? ape pendapat korang?
  • 8) aku suke cite hepi ending la. eh mcm dvd bonus plak ada alternate ending..kalau la hidup ni ada alternate ending kan? ;)

    upload je, nanti aku baca seme ;)
  • 9) sebab watak dia kau ucu, aku mahu happy ending. Kalau boleh siap tulis "and then, they live happily ever after."

    :-"
  • 10) peh ucu.. tak saba ni.. cepat2 sambung!!

    tp kan ucu.. aku cam kecik ati...

    "Aku lupa pada senyuman Edward Cullen, Bon Jovi dan Tom Welling. Mamat menghuni seluruh dunia aku. "

    senyum aku ko tak mention pon?? or rather sengihan aku? ahh menci!!~ hahahahahaha
  • 11) quote "Aku lupa pada senyuman Edward Cullen, Bon Jovi dan Tom Welling."..darn, i was abt to comment on this, tp sap dah awal2 lg mendahului!

    ada my friend tu mcm lebih kurang sama kes ngan watak dlm cerita..duk tunggu hp dia berbunyi, sampai kalau blh mcm nk pakai handsfree dia sambil tido. ada lg satu kes, berbalas sms dgn mamat satu hari suntuk sampai i paksa dia stop. eh apsal i tulis kat sini? ooopsss sori!!

    superb!! ternyata kamu hebat berkarya dlm apa jua bahasa sekali pon, maybe lps ni tulis in deutsch plak yerr!
    • sha
    • 15 years ago
  • 12) "Takkanlah pula aku ingin memulakan revolusi memerahkan pipi dengan gincu?'

    aku rasa mak cik aku dh start letak gincu bibir dkt pipi dia since aku darjah 1 lagi...

    best cite ni..bnyk saspen!
  • 13) :lol

    comel gilerr!!!

    haha..oh..rela btol laki mengotorkan karpet dgn biskut?

    kamu begitu sportinglah aishah!! haha
  • 14) nak sambungan! hehe...

  • (Penulis)
    15) apun: you are asking too much. tp aku cube la
    sha: eh eh sungguh angau kawan u tu. opps ter CDH plak. heee. ok, nnt u ajar i ckp german. ke nak i tunggu mana-mana wolfgang masuk meminang?
    syud: kalau dalam keadaan sebenar, mmg dah kene sepak dan penyepak
    kangaq: ok ok. coming right up
  • 16) best!sambung cepat!

  • (Penulis)
    17) acol: eh bole ke? ingatkan tak bole. aku mcm nk mention senyum ko tapi takot nnt org berkate
    kamalia: coolness makcik kamu
    cheery93: maseh cari
  • 18) hebat! ending yang membuatkan aku tertanya tanya kan jln cerita yg seterusnya :D

  • (Penulis)
    19) achichi: tengs bace setelah dipaksa. hahaha
  • 20) Chaiyok! Tak sabar menunggu sambungannya... =)
  • 21) hehe...
    mahu tau ksah selanjutnya cos kamoo adalah heroin cite ini.. :)

  • (Penulis)
    22) ridhrozai: sambungan 1 dah ade ye
    ain: time kasih. tp tak semestinya heroin itu ucu. ada ramaiiiii org name aishah

  • (Penulis)
    23)
  • 24) wowwow deraan perasaan bersulam komplikasi hati yang dimonologkan penuh warna.
    sesekali dah memegang pena. habis tergegar hingga ke bahasa ibunda.
  • 25) seb baik ucu tak jatuh pakai tumit tinggi..
    haha
    kalau ckin dah jatuh dah

    best!!

  • (Penulis)
    26) eh haha...ini karakter je la sayangku
    bukan ai
    ai tak pakai kasut tumit tinggi langsung
    tengs bace neways
  • 27) sweet.. mcm kisah benar je.. hehe.. ur reallly talented.. hope its a happy ending as well

  • (Penulis)
    28) ulat_buku: time kaseh bace

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer