Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Minta pada Dia

 

 
  ‘ Angah…’

  ‘  Minta pada Dia. Dia tidak pernah melarang kita meminta. Malah kita disuruh untuk terus meminta,’ itu pesan Babah 11 tahun dulu. Waktu itu aku masih mentah. Aku menangis di bangku kantin sekolah kerana tidak mampu mengadap Matematik Tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik.

  ‘ Mintalah banyak mana pun Angah, kerana Dia Ar-Rahman, Yang Maha Pemurah. Kita sebagai manusia memang tidak pernah cukup maka mintalah. Tadahlah tangan supaya dikuatkan hati dan diteguhkan iman.’

  Itu pesan Babah 11 tahun dulu. Waktu itu aku rasa benci, benci dengan semua mata pelajaran tersebut. Aku benci kerana rasa terkurung di sekolah itu. Benci dengan guru-guru. Benci dengan roll-call, prep petang pagi malam, riadah petang. Aku rasa seperti dipenjarakan di sekolah ini. Aku benci semua. Aku hampir putus asa. Aku hampir merayu pada Babah supaya bawa saja aku pulang. Tetapi Babah pesan:

  Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (Surah Ar-Rumm, ayat 5).

  ‘ Tapi Angah tak tahan. Berat. Rasa tak adil. Penat,’ aku sambung di tengah-tengah sendu.

  ‘ Angah, inikan untuk kebaikan Angah juga? Apa yang cikgu buat, pengetua buat, walaupun nampak macam kejam dan tak adil, itu semua untuk kesenangan Angah di kemudian hari.’

  ‘ Babah bawaklah Angah balik. Babah tak sayangkan Angah ke?’ ya, rengekan itu sangat kebudak-budakkan. Semuanya sebab aku sudah tidak betah di situ lagi. Aku rasa sangat tertekan dan semuanya tidak adil. Aku rasa itu adalah masalah terbesar aku yang pernah dan akan aku hadapi sepanjang hidup aku. Aku sedekad lalu yang sangat naïf.

  ‘Babah faham Angah tak tahan semua tu. Tapi sabar la Angah. Doa supaya Angah sabar dengan cubaan ini. Minta dan doa banyak-banyak. Kasih manusia terbatas Angah, tetapi tidak kasih Dia. Di saat roda kita berpusing dan berada pada kedudukan paling bawah, minta pada Dia supaya dipermudahkan. Kalau ini memang ujian ini untuk kita, pinjamkanlah sedikit kekuatan supaya kita tidak berputus asa.

  Kalau Angah terasa bahu sudah tidak tahan menanggung beban dan hati penuh dengan bisikan syaitan ingatlah akan terjemahan ayat 60, Surah Ar-Rumm.

 Maka bersabarlah Kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.

  Aku menangis mengenangkan kata-kata itu. Sekalipun itu adalah kata-kata Babah lebih sedekad lalu, Terasa kini aku adalah anak kecil itu, memintal hujung tudung dengan hati menjerit minta ditukarkan sekolah. Akulah anak itu yang sekali lagi menguis tanah di kaki dengan kasut hitam yang perlu digilap setiap hari. Aku sedekad yang lalu yang hampir memeluk kaki Babah untuk pergi berjumpa Pengetua untuk ditukarkan sekolah.

  ‘ Sabarlah, Angah. Jerih-payah, air mata malah pengorbanan adalah benih perjuangan.’ Betapa saat itu aku melihat ada sisa-sisa duka di mata Babah kerana dia cuma mampu melawat aku pada waktu-waktu begini. Aku adalah milik nenek dan atuk waktu cuti sekolah, cuti umum malah cuti sakit.

  Betapa dia pastinya meronta mahu aku kembali pada keluarga sendiri tetapi tidak mampu kerana pada atuk dan nenek, aku adalah milik mereka.

  ‘ Tapi Babah…’ kata-kata aku tersekat di kerongkong apabila tangan Babah mengusap kepala aku perlahan. Yang mengisi ruang waktu itu adalah kesepian. Babah dan aku hilang dalam lamunan sendiri.

  Dan hari ini aku berteleku di atas sejadah, air mata berjurai tak henti-henti. Masalah di tempat kerja, memikirkan tentang Emak dan juga memikirkan masa depan aku dengan Hazim. Terasa lemah seluruh badan, sesak dan tepu otak ini memikirkan. Tidak, aku tidak marah akan Emak. Sedikit pun tidak. Tetapi aku risau kerana aku jauh dan dia pastinya rindukan aku, satu-satunya anak perempuannya. Tetapi aku bukan boleh pulang selalu. Pulang jenguk Emak pun curi-curi kerana nenek seolah-olah cemburu setiap kali aku pulang ke rumah Emak.

  Kerja di pejabat makin banyak. Tanggungjawab pula makin besar. Kadang-kadang, aku harus bawa pulang kerja ke rumah, berjaga lewat malam waktu hujung minggu untuk siapkan apa yang majikan perlukan. Hari biasa pun aku sudah pulang selewat 9 malam. Dan rutin itu berpusing, berulang-ulang bagaikan tiada kesudahan. Badan aku jadi penat, penat amat. Terasa banyak benar yang perlu aku tanggung sehingga tidak tertahan.

  Bila hidup begitu sibuk dengan kerja, kehidupan sosial mula terjejas. Masa dengan keluarga mula terbatas. Selalunya, aku tiba di rumah jam 9 malam sedangkan aku perlu tidur jam 10 malam untuk bangun awal-awal pagi untuk ke pejabat semula. Kekasih pula, Hazim mula tidak puas hati kerana aku telah meletakkan dia pada nombor entah ke berapa. Hazim mula minta perhatian yang lebih. Dengan tekanan di tempat kerja, ditambah lagi dengan kerenah Hazim, aku jadi mudah berang.

  Tetapi hari ini, aku seolah-olah mendapat kekuatan semula. Kekuatan itu timbul semula semasa aku membelek gambar Babah di dalam dompet aku. Sekalipun sudah hampir dua tahun Babah tiada, kata-kata Babah sering terdengar di telinga.

  Aku kesat air mata selepas sudah memberi salam seusai solat Asar. Aku ambil terjemahan al-Quran dan aku kembali membaca ayat-ayat yang pernah Babah bisikkan pada aku.

  Babah…terima kasih kerana berikan Angah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin sebelas tahun lepas Angah tidak mampu cernakan apa yang Babah cuba sampaikan. Mungkin Babah sendiri tidak akan terfikir bahawa hari ini, anak Babah akan pandang kembali kejadian itu dan pinjam kata-kata Babah sebagai azimat untuk bangkit semula. Terima kasih Babah.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sibuk itu pun satu dugaan manusia.
  • 2) huhuhuhu.... mohon dipermudahkan segala urusan dan tawakkal..
  • 3) sangat bermakna!
  • 4) mcm biasa,thumbs up ucu!

  • (Penulis)
    5) mosh: btol btol
    saf: insyaAllah. amin
    ridhrozai: utk ucu jugak!
    mizz_aszni: terima kasih
  • 6) "Kerja di pejabat makin banyak. Tanggungjawab pula makin besar. Kadang-kadang, aku harus bawa pulang kerja ke rumah, berjaga lewat malam waktu hujung minggu untuk siapkan apa yang majikan perlukan. Hari biasa pun aku sudah pulang selewat 9 malam. Dan rutin itu berpusing, berulang-ulang bagaikan tiada kesudahan..."

    oke trase disindir kat ayat ini... huhu. tapi betul la, hidup menuntut banyak kesabaran. mesej yang jelas.

    pek! *effect menepok dahi sendiri*
  • 7) ameen~~

    sesuatu yang tak kita duga kadang-kadang ujian dariNYA. waktu kita rasa hampir tersungkur, bagai mahu pinta nyawa dicabut, DIA masih tahu dan menyayangi kita.

    sungguh,DIA lebih tahu apa yang TERBAIK buat kita.

    jadi bertabahlah semua!

    nice one ucuuuuuuu
  • 8) aku benci hazim!! (tetiba komen yg tak berkenaan sampai!!)

  • (Penulis)
    9) zu: tade niat nak sindir oke. ini mmg realiti
    syud: time kaseh byk2 peringatan tu syud
    fai: err...ok. kesian hazim?
  • 10) best.. best..

  • (Penulis)
    11) tengs bace sya
  • 12) ameen...
    maka sy terus insap sebab sy tdk bz tp menganggap hidup sy terlalu sibuk sedangkan saya tidak sibuk tapi sibuk dengan hari-hari yang kononnya sibuk tapi ada orang lagi sibuk jadi ada orang lagi tensen daripada saya sebenarnya yang buat-buat tensen padahal kerja takde.... *ayat sengaja diulang-ulang untuk menambahkan efek bahawa sy tidak sibuk tapi ngada2 nak tensen macam orang sibuk yang banyak keje* *ulang lagi....adeh*

  • (Penulis)
    13) ida: hahaha...ok panjang btol tongue twister
    time kaseh bace
  • 14) peh ucu.
    memang menusuk-nusuk.

    mungkin babah patut kasi ayat sebagai panduan mengenai hubungan dengan hazim sekali.
    hehe. bagi kat hazim sekali. supaya beliau tahu kedudukannya.

    ok ucu.
    aku bajet 2 minggu je lagi.
    kau akan kembali menjadi idola seperti dulu.

    berusaha!

  • (Penulis)
    15) caha: menusuk-nusuk? pastikan ko membaca ini ketika di hospital atau bilik bedah
    2 minggu? aku bz douh tapi terima kasih!
  • 16) waahh! best ucu!
    terkesan dijiwa.
  • 17) yeah..saya pernah rasa begitu
    tapi kini rasa itu berkurangan.

  • (Penulis)
    18) ckin: time kaseh
    ceri: alhamdulillah
  • 19) Tentang kesibukkan? Hmm...tak terkata juga, sy tidur pkl 10 mlm dn bgn pkl 4 pagi utk buat 2 kerja dlm 1 kehidupan.tetapi saya percaya di luar sana ada yg lebih sukar dari saya. "Bertabahlah kita semua' ikut ayat kakSYUD
  • 20) berbekas di jiwa dan raga
    huhu

    thanx

  • (Penulis)
    21) sara: wah! tabik dengan sara! saya yang buat satu kerja pun merungut *lalu mengalirkan air mata keinsafan

    nurcahaya: terima kasih bace
  • 22) hidup memang bz~~~~ lalalal, saya rasa macam kena piat2 je baca cerpen ni. hiihiih
  • 23) terasalak...keje opis berlambak2...macam takde kesudahan menuntut kesabaran ketabahan...kadangkala rasa putus asa...tapi teruskan juga kerana Allah tidak pernah membebani hambanya kecuali apa yang mereka mampu....

    cerpen ni best leh jadikan pembakar semangat di saat dah tak terdaya nak hadapai semua seorang diri..huhu

  • (Penulis)
    24) dayya: peringatan utk kita
    hur_ain: samalah dgn ucu

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer