Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Senja Berlubang

 

Jeritan, lolongan, pekikan ,bunyi rekahan serta runtuhan pohon-pohon tua yang jatuh menyembah bumi di luar pondok, mengingatkan aku pada diri yang makin rapuh. Lipatan demi lipatan, keredut demi keredutan, kian menjalari tubuhku yang semakin tua renta. “ Ah! Sukar sekali untuk aku menutup rahang daguku. Terkadang terpaksa aku menopangnya dengan lengan-lengan ku yang masing –masing sudah usang. Berani aku katakan , yang sekarang ini, jika orang bilang,” telanjang! “ aku akan telanjang! Apa yang nak dimalukan lagi? Semuanya sudah hampir tidak berisi. Tubuhku yang dulunya kekar, sasa, gagah, ganteng, kini sudah menjadi tak ubah bagai ranting-ranting kayu buruk yang dibaluti kain tuala yang berkulat. Seorang lelaki usang, di pintu senja yang berlubang.

 

Tapi aku punya agama. Islam. Kerna dan hanya kerna-Nya lah aku hidup dan mati.

 

Kebelakangan ini, dari jendela pondokku yang buruk, sering aku lihat dan amati, bencana dan malapetaka. Makin hari makin banyak. Setiap hari ada sahaja orang yang mati. Saban detik maut sering berlegar. Berlegar di udara, berputar di laut, berpusing di hutan, di pekan. Hampir setiap hari, ada sahaja orang yang dilanggar kereta. Di tembak kepala. Ditikam dada. Rogol dan dera bermaharajalela! Ke mana sahaja aku bukakan anak mata, pandanganku pasti akan tertumpu pada bencana. Petaka!

 

Sungguh benar. Bala Tuhan akan menimpa semua. Bukan pada individu yang berbuat dosa sahaja. Malah kepada semua yang di sekitarnya. Kenapa tidak dihalang orang yang berbuat sembarang? Kenapa tak tahan orang yang membuat kejahatan? Bahkan, ada pula yang justeru menggalakkan!

 

Setiap pagi, InsyaAllah, aku bangun dan akan ku pandang ke arah matahari terbit. Kerna darinya aku peroleh cahaya. Kini setiap detik aku berdoa. Agar setitik cahaya memasuki hatiku setiap hari. Moga-moga doaku dimakbulkan. Aku akui, sudah hampir terlambat. Sudah hampir terlewat untuk aku. Berubah. “Perubahan bukan boleh datang sehari! “ itulah jawaban yang keluar dari mulutku yang jahil suatu ketika dahulu. Ketika umurku masih hijau muda. Ketika aku masih menyusuri arus darah panas tembaga. 

 

Bunyi ribut di luar makin ganas dan makin panas. 

(akan bersambung ke?)

 (Ini merupakan salah satu karya saya yang lama terpendam dan koma.)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) saya suka perenggan yang terakhir.
    teruskan berkarya Kurusawa.
  • 2) jgn behenti berdoa....
    kipidap..
  • 3) datang membaca
  • 4) saya dapat dan fahami mesej yang anda cuba sampaikan. teruskan menulis...
  • 5) luahan yang penuh rasa..
    keep it up!
  • 6) hohoho
  • 7) hmm,

    tak seperti cerpen yg lain, yg ini elaboration ko lebih serius dan nampak isunya berat. kalo maintain mcm ni smpai abes cerpen pon ok rasanya.

    jgn koma lama sgt dah le

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa