Jangan curi buku ini

 

Jemuan berlari tercungap-cungap. Tiba-tiba dia berhenti. Selesai membayar hutang oksigen selama seminit setengah, dia terus duduk. Di tangannya kini terkulai senaskah buku yang berwarna hitam daki. Ya, seperti daki di celah pelipat dan tengkuk kanak-kanak jarang mandi di Trinidad dan Tobago.

Jemuan perlahan-lahan membuka muka surat pertama buku tersebut. Di dapatinya ada satu ayat yang tertempa di muka pertama. Di muka tajuk buku. Tulisan itu berbunyi;

"Barangsiapa yang mencuri buku ini, akan di sumpah! Akan di lenyek gajah!"

 

...

 

KUALA LIPIS 21 MEI. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an, berbaju kemeja petak-petak, berseluar yankee, berambut jambul di depan; di temui mati terpenyek di sebuah dusun buah-buahan di sini. Pakar forensik membuat andaian awal berdasarkan bekas tapak kaki gajah di atas muka mangsa, menyatakan kemungkinan mangsa mati di lenyek sekumpulan gajah. Sejak seminggu yang lalu, pihak berkuasa tempatan banyak menerima laporan daripada peladang, berkenaan tanaman mereka habis dirosakkan sekumpulan gajah liar.

 

.....

 

"kesian.." Jemuan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya semasa membaca suratkhabar yang baru dibelinya pagi tadi.

Di atas meja kopi di hadapan kakinya, tergeletak senaskah buku hitam. Sehitam daki.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) jangan malas mandi
  • 2) ehemm..
    saya yg lambat atau saya mmg xfaham?
    hehehehe..
  • 3) hahaha! aku rasa aku fhm cite ni, tp ikut pemahaman aku la...
  • 4) tak guna lo kurusawa..hahaha..aku ngerti..

    sampai hati..(gelak dalam baju..)
  • 5) pening jap..

  • (Penulis)
    6) komen "jangan malas mandi" tu takde kena mengena dengan cerita ni ya!
  • 7) hahaha... em, awak memang bijak menyampaikan yg tersurat dalam tersirat ya...
  • 8) hah...pendeknyer..panjangla sket...xpuas baca..tp good creativity..
  • 9) Citer pasal daki ekk... ekekekek
  • 10) hahahahahaha

    lepas baca perenggan akhir, aku lompat baca perenggan pertama
    lepas baca perenggan akhir, aku lompat baca perenggan pertama
    lepas baca perenggan akhir, aku lompat baca perenggan pertama..

    best!

  • (Penulis)
    11) tq! kepada semua yang membaca (;
  • 12) ni dah kira cerkontotest. hehe
    teringat kat UK ada 4-6 words story. hari tu kitorang dok main2 kat chatroom. lupa dah apa term utk tu.

    nice one kuru.
  • 13) cerita kurusawa mmg best tp jd tak syiok... sbb pendek sgt!!!.. huuu.. panjangkanla sket..
  • 14) tak paham ape yang disampaikan...
    blur.........
  • 15) ni kes sms berantai la ni.. tak pon surat layang berantai ke.. ape2 yang spesis berantai la.. Gajah tu, kalo tak berantai memang la pijak orang.. cube die berantai, tak leh la ngan kemane2.. eh? ye ke?

  • (Penulis)
    16) gajah berantai? hu huh hu! (;
  • 17) haha..
    nice!!
  • 18) uwawawa...xfhm?
    nape sy xfhm..apakah sy tlalu lmbt utk fhm..??
    tlg fhmkn sy yg xfhm supaya sy fhm apa yg kurang difahami oleh someone yg agak2 fhm la tentang pemahaman content ini..
    hahaha
  • 19) hi,takotnye...kat rmh byk koleksi buku hitam.....
  • 20) hayyarkkkk..
    sy tak paham jugak.
    mungkinkah kerana diriku seorang budak form5, maka pada usia yang terlalu muda ini menyebabkan ke-tidak-paham-an yang melampau?
    isk.
  • 21) buku itu telah disumpah!
  • 22) ketidakfahaman membuatkan aku nk baca n baca n baca sampai phm..!!
    nice one..
    thumbs up!!

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa