Zira

 

Ada seorang gadis cantik. Dalam kad pengenalan dia tertulis nama Nurul Ain Azira. Tapi kawan-kawannya cuma gelar Zira. Ada juga beberapa orang kawan rapat yang panggil Ain sahaja.

Zira adalah seorang gadis yang cantik. Kecantikan dia kalau dibandingkan dengan Siti Nurhaliza, bezanya cuma Zira bukan artis. Tak hairanlah kalau dalam sehari kaum lelaki yang cuba memohon nombor telefon dia lebih kurang tiga hingga lima orang. Kalau handsome Zira bagi. Kalau tidak, Zira tidak layan.

Zira anak kedua daripada dua orang adik beradik. Zira ada seorang abang. Abangnya mempunyai rupa wajah yang jambu dan handsome. Kalau dibandingkan dengan Syamsul Yusof atau Farid Kamil, abang Zira jauh lebih handsome. Selain dianugerahkan wajah yang memang menjadi kegemaran kaum wanita, Abang Zira turut memandu kereta berjenama Nissan Skyline R34 juga menjadi kegemaran kaum wanita. Melengkapkan lagi pakej Abang Zira, beliau adalah salah seorang pengarah executive  di sebuah syarikat pembinaan sahabat bapa Zira.

Bapa Zira bekerja sebagai Adun di sebuah kawasan pimpinan kerajaan dan dato’ adalah nama panggilan kebanggaan bapanya. Sebagai salah seorang orang politik dalam kerajaan, bapa Zira sangat kurang meluangkan masa untuk berada di rumah. Walaupun Zira sudah berumur dua puluh satu tahun, tetapi dia belum bekerja kerana bapanya masih menanggu makan minum dan segala perbelanjaan Zira.

Ibu Zira pula meninggal dunia ketika Zira berumur lima belas tahun. Ibu Zira meninggal kerana barah payudara. Selama beberapa tahun, ibu Zira menderita penyakit merbahaya tersebut. Zira redha dengan pemergian ibunya kerana dia tidak sanggup lagi melihat penderitaan ibunya. Selain menderita barah, ibu Zira juga kurang kasih sayang dari seorang suami, mungkin akibat penyakit tersebut. Namun, dari segi perbelanjaan ayah Zira sentiasa menunaikan tanggungjawab itu.

Zira sangat menyayangi ibunya. Walaupun kurang kasih sayang dari ayahnya, ibu Zira menjalankan sepenuhnya tanggungjawabsebagai ibu dan isteri. Sungguhpun keluarga Zira sangat berada, namun ibunya tidak pernah mencari pembantu rumah. Segala urusan rumahtangga diuruskan oleh ibunya. Walaupun ketika menderita penyakit tersebut sehinggalah dia tidak berdaya. Ibu Zira sangat menjaga tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang solehah. Ibu Zira tidak pernah tinggal solat sehingga akhir hayatnya. Kali terakhir ibu Zira menunaikan solat, Ziralah yang membantu ibunya berwudhuk kerana ibunya tidak mampu lagi untuk bangun kerana kesakitan.

Pemergian ibunya sangat meninggalkan kesan dalam kehidupan Zira. Selepas ibunya pergi Zira cuma ditemani seorang pembantu rumah warganegara indonesia muda dan agak pemalas. Namun, Zira tidak pernah pedulikan kemalasan pembantu rumah itu. Zira tidak pernah memarahi pembantu rumah tersebut. Segala tugas pembantu rumah tersebut Zira perlu arahkan dahulu, barulah tugasan akan selesai.

Selepas pemergian ibunya, Zira semakin kurang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Dia sudah lupa akan segala nasihat dari arwah ibunya. Zira bukan sengaja mahu melupakan nasihat-nasihat itu, tetapi setiap kali Zira teringat akan kata-kata  arwah ibunya dia akan mengalirkan air mata. Disebabkan itulah Zira sengaja menjauhkan ingatannya dari mengingati kenangan bersama arwah. Untuk melupakan kenangan itu, Zira mula bergembira dan bersosial. Lagipun, sekarang sudah tiada yang mahu menegur setiap perlakuan Zira lagi.

Mula berubah sikap.

Kini, hobi baru Zira suka menjadi membonceng motorsikal. Tapi Zira tak suka menunggang. Cuma membonceng. Zira memang agak memilih untuk menjadi pembongceng. Selalunya Zira suka lelaki yang menunggang motorsikal Yamaha RXZ Catalyzer, atau Yamaha 125Z model baru dengan style yang macho dan jantan.

Pada setiap malam minggu, Zira sendiri akan berkira-kira untuk menjadi pembonceng kepada siapa. Selalunya, penunggang yang akan jadi pilihan Zira sudah ada di dalam fikirannya. Penunggang-penunggang itu pula awal-awal lagi sudah menelefon Zira bertanya adakah dia free pada malam minggu itu.

Ramai juga penunggang-penunggang yang suka memboncengkan Zira. Cuma Zira sahaja yang memilih siapa penunggang kegemarannya. Biasanya penunggang kegemaran Zira adalah penunggang yang cool serta tidak mudah menggelabah samaada ketika dikejar pihak polis atau ketika mengelak sekatan jalanraya.

Biasanya mereka yang mahu menjadikan Zira pembonceng akan belanja Zira. Cukuplah sekadar belanja makan di gerai, atau belanja tambah nilai telefon bimbitnya sebanyak ringgit malaysia sepuluh. Zira sudah cukup berterima kasih kepada mereka. Untuk membalas jasa mereka, selepas keluar bersuka ria di jalan raya Zira akan ikut pulang ke rumah mereka. Zira akan balas kebaikan mereka membelanja Zira dengan tidur bersama mereka.

Terpulang pada mereka mahu melakukan apa-apa pun keatas Zira. Zira tidak pernah kisah. Zira layan sahaja. Lagipun Zira juga yang puas. Zira juga yang seronok selain dari mereka yang seronok. Lagipun keluarga Zira tidak pernah pedulikan kesedihan Zira. Cuma mereka-mereka inilah yang memberi keseronokan kepada Zira. Zira cukup berterima kasih kepada mereka.

Zira tidak pernah punya teman lelaki yang tetap. Setiap minggu bertukar-tukar. Lagipun mereka tahu Zira tiada teman lelaki. Mereka juga tidak kisah jika Zira membonceng sesiapapun. Esok, lusa Zira akan membonceng dengan sesiapa pun Zira suka.

Pernah seorang penunggang menyatakan hasrat untuk menjadi teman lelaki Zira. Dia sanggup menerima Zira jika Zira sanggup berubah. Dia juga sanggup memperisterikan Zira sekiranya Zira sanggup berubah dan tidak melakukan perkara-perkara terkutuk lagi. Tapi Zira masih belum bersedia menjadi seorang isteri. Zira masih belum puas bergembira. Lalu Zira tolak permintaan dia. Semenjak itu, Zira terputus hubungan dengan dia. Dengar dia sudah punya teman wanita lain dan mahu berkahwin. Zira gembira dengan perkembangan dia. Zira gembira dia dapat memperisterikan wanita yang lebih baik dari Zira.

Selepas dia, tiada legi lelaki yang menyatakan hasrat seperti itu. Siapalah yang mahu memperisterikan perempuan macam Zira. Zira sedar perkara itu. Lelaki semua sama. Lebih baik kehidupan Zira diteruskan begini. Zira lebih gembira begini. Tiada konkongan dan teman-teman Zira masih ada yang menyayangi Zira.

Hilang teman.

Satu malam minggu, Zira keluar bergembira dengan teman-teman. Zira membongceng sebuah motorsikal Yamah 125z. Penunggang itu Zira baru kenal. Pada mulanya dia yang menghubungi Zira secara tiba-tiba. Entah dari mana dia memperoleh nombor telefon Zira. Tidak mengapa, Zira suka juga jika memperoleh teman baru.

Malam itu Zira sudah dapat berita dari seorang sahabat polis mengadakan operasi. Zira tak peduli yang penting Zira mahu juga keluar malam itu.

Sedang Zira dan teman-teman yang lain berseronok di sebuah tempat di tepi jalan, tiba-tiba pihak polis sampai. Ramai penunggang kelam kabut mearikan diri. Teman baru Zira ini pun turut lari dari ditangkap polis. Namun malam itu banyak sekatan jalanraya dibuat. Sudah beberapa sekatan dirempuh masih banyak sekatan di jalan lain.

Sampai di satu sekatan, teman baru Zira ini agak menggelabah kerana sudah tiada jalan untuk melarikan diri. Dia terus membuat pusingan dan melawan arus lebuhraya yang sibuk. Zira tidak sedar apa yang berlaku. Zira cuma ingat penunggang yang dia bonceng hilang kawalan lalu merempuh sebuah kenderaan. Zira terpelanting jauh.

Kemudian Zira tersedar di sebuah katil di hospital. Kaki Zira bersimen. Zira tidak berdaya lagi untuk bergerak. Perut Zira sangat sakit. Mungkin akibat kemalangan tersebut. Zira lihat Abang ada di sebelah sedang bercakap dengan seseorang. Tapi tidak pula kelihatan bapa. Mungkin dia sibuk menjalankan tugas.

Seorang doktor telah memberitahu bahawa Zira keguguran. Bayi yang dikandung berusia lebih kurang tiga bulan. Tapi, Zira katakan yang Zira tidak mengandung. Doktor itu cuma mendiamkan diri. Kata doktor Zira kehilangan banyak darah yang mungkin boleh meragut nyawa. Mujurlah abang mendermakan darahnya untuk menyelamatkan Zira.

Selepas peristiwa itu, Zira mula menjadi seorang pendiam. Abanglah menjadi peneman Zira ketika di rumah. Lagipun abang bekerja dan tidak selalu menemani Zira. Bapa Zira pula asyik sibuk dengan tugasan. Zira sangat berterima kasih kepada abang kerana beliau banyak membantu sepanjang Zira sakit.

Tiada lagi teman-teman yang menghubungi Zira. Telefon bimbitnya langsung tidak dihubungi sesiapa. Berbeza sebelum ini, ada sahaja nombor-nombor baru yang mahu berkenalan dengan Zira. Kini Zira berseorangan di rumah. Ditemani pembantu rumah dan abang apabila dia pulang dari bekerja.

Zira sedar, apabila kita susah dan sukar. Tiada lagi teman yang mahu bersama kita. Cuma keluarga sahaja yang sanggup untuk bersama kita ketika susah. Mujurlah abang banyak memberi semangat. Zira kesal, kenapa Zira tidak mati sahaja ketika kemalangan tersebut. Segalanya akan berubah. Zira tidak lagi menyusahkan sesiapa.

Dan kini. Zira di rumah. Berseorangan. Tiada lagi teman yang mahu bergembira dengan Zira. Tapi Zira masih punya seorang abang dan bapa.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) "Pemergian ibunya sangat meninggalkan kesan dalam kehidupan Zira. Selepas ibunya pergi Zira cuma ditemani seorang pembantu rumah warganegara indonesia muda dan agak pemalas. Pembantu rumah itu perlu diarah barulah dia menjalankan tugas. Zira tidak pernah pedulikan pembantu rumah itu. Segala tanggungjawab dalam rumah tersebut Zira arahkan kepada pembantu rumah." sekopi, perenggan ni bercelaru.. tak paham Zira tak peduli kerja rumah, atau pembantu rumah tu yang tak peduli?

    Perenggan ketiga selepas 'hilang teman' itu, awak tertulis sedang 'kami', cewahh.. macam Zira ni kawan sendiri dan awak ada di tempat kejadian pula.

    Saty cerpen autobiografi yang memuaskan, cuma, pengolahan cerita mungkin boleh dibuat lebih baik. Kekurangan dialog merencatkan eksplorasi emosi Zira.

    Sorry kalau ada kritikan yang salah. Selamat berkarya lagi!

  • (Penulis)
    2) teguran di atas sudah aku betulkan.

    dialog tu.. tunggu... hihi
  • 3) singgah datang membaca saudara sekopi. cerita yang penuh teladan dan biasa terjadi dalam kehidupan harian. olahan yang memuaskan dan boleh ditambah-baikkan. Cuma saya mengesan beberapa kesalahan ejaan.

    keseluruhan, cerita yang menarik...
  • 4) citer yang menarik and berguna
  • 5) idea yang menarik tetapi gaya penceritaan kurang menarik.. mungkin boleh diolah dengan lebih baik..
  • 6) idea yang menarik...
  • 7) cerita yg baik, mungkin sekopi boleh perbetulkan kesalahan ejaan yg adda

  • (Penulis)
    8) Sudah diolah semula dalam cerpen zira : "another version"

    ini pengolahan eksperimen. Terima Kasih semua komen.
  • 9) ini adalah intro eh?
    hmm.

    hehe.
    fair weather friend memang berlambak atas dunia. yang bad weather tu susah.
    sayangilah mereka yang berhak (dan muhrim)
  • 10) cerpen yang menunjukkan keruntuhan moral remaja zaman sekarang..
    dengan runtuhnya institusi kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya..
    menarik jika diperbanyakkan lagi dialog..

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi