Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tragisnya Cinta

 

Aku hampir lupa bagaimana rasanya dilamun cinta. Sudah terlalu lama mungkin aku biarkan hati ini kosong tidak berisi, selebihnya aku terlalu takut untuk dilukai. Seluruh tenaga; emosi dan fizikal, aku tumpukan pada pekerjaan aku semata-mata.

  Aku takut kalau-kalau hati aku bakal diremuk, patah, pijak, lunyai dan entah apa lagi jika aku jatuh hati. Aku takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sebaik sahaja aku mula merancang untuk melangkah ke alam percintaan yang menurut ramai orang, adalah satu fasa terindah dalam kehidupan seorang manusia.

  Berlainan dengan pilihan aku sebelum ini untuk menutup pintu hati aku daripada mana-mana lelaki, kali ini aku benarkan kau hadir dalam hidup aku, menerjah malah menerbos ruang peribadi aku.

  Kau ingat lagi tidak saat kali pertama kita bertemu? Aku masih ingat kerana itulah kali pertama aku lihat kau di situ; di sebelah pejabat aku. Aku hampir bertembung dengan kau yang ingin keluar dari ruang pejabat.

  ‘ Diaorang patut letak traffic light depan ni la,’ kata kau yang membuatkan aku sedikit terperanjat kerana kau sendiri tidak nampak aku di situ. Aku begitu asyik memikirkan sesuatu hingga imej kau jatuh ke titik buta. Aku terdiam namun dua saat kemudian aku tertawa. Saat itulah sebenarnya separuh dari hati aku sudah jadi milik orang lain. Kau.

  Pertemuan yang sangat ringkas itu tidak berakhir di situ sahaja, apatah lagi kita ini berjiran. Waktu makan tengahari kita sama, waktu pulang juga hampir sama malah kita juga memilih jenis pengangkutan yang sama. Betapa hari demi hari aku jadi makin terbiasa dengan senyuman kau hingga aku jadi ketagih. Sebagaimana aku lihat kau ketagih dengan ‘kekasih’ kau yang kurus dan mudah dipegang di celah jari-jemari kau, begitu jugalah aku. Hari-hari yang dahulunya kelabu, sudah mula diwarnai dengan pelbagai pigmen yang aku sendiri tidak tahu namanya.

  Aku tidak peduli kalau pertemuan kita hanya sekadar berlangsung beberapa saat, di celah keriuhan dan kesibukan orang ramai pergi bekerja. Kisah apa aku tentang itu semua. Yang penting aku dapat lihat senyum kau hari demi hari.

  Betapa pagi yang sebelum ini aku tidak gemari, kini sudah jadi saat paling istimewa bagi aku. Kenapa? Kerana kau. Kau buatkan pagi yang suram jadi lebih ceria. Telingaku jadi tuli pada bunyi deruman enjin di jalanan. Sebaliknya, aku dengar kicau burung apabila sama-sama melangkah ke bangunan tempat kita bekerja bersama. Aku tahu itu mustahil. Mana mungkin kicauan burung dapat didengar di tengah hutan batu yang sibuk dengan hiruk-pikuk dan bunyi hon kenderaan? Tetapi itulah hakikatnya.

  ‘ Selamat pagi,’ selalunya itulah sapaan kau saat berdiri di sisi aku apabila kenderaan awam pilihan kita berhenti di stesen kau. Cukup ringkas tetapi ungkapan itulah biasanya yang mengurangkan tekanan di pejabat. Ungkapan itulah yang membuatkan aku tersenyum di depan monitor sepanjang hari sehingga rakan-rakan jadi pelik.

  Aku mengaku, kelibat kaulah yang paling aku cari semasa waktu makan tengahari. Bukan sahaja aku cari malah sememangnya aku nanti kerana kau sudah jadi semacam candu. Aku perlu melihat sekurang-kurangnya kelibat kau waktu pagi, tengahari dan sebelum pulang. Setiap kali kau tidak kelihatan, langit yang cerah jadi mendung secara automatik.

  Jangan tanya kenapa. Aku sendiri tidak faham.

  Kehadiran kau mengingatkan aku semula pada kemanisan saat mula mengenali seseorang, juga pada kemanisan bercinta. Kau mengingatkan aku semula pada kenangan yang telah lama mati dan aku kira tidak akan sekalipun aku kecapi lagi selama hidup aku. Betapa indahnya saat melihat lesung pipit di pipi bila kau tersenyum, seakan masa terhenti seketika untuk kita nikmati bersama. Dan bila kau di sisi aku, seolah-olah hanya kita berdua sahaja yang ada ketika itu. Tiada orang lain. Tiada kereta, bunyi deruan motosikal atau laungan penjual nasi lemak. Hanya ada kita dalam dunia kita sendiri.

  Adakah kau juga begitu?

  Deria bau ini seakan masih dapat mengesan bau haruman yang sering kau pakai. Betapa haruman itulah yang sering mengingatkan aku pada kau. Setiap kali bau itu menerjah rongga hidung, pasti aku akan senyum sendiri.

  Ah, cinta memang mampu membuat sesiapapun jadi gila. Apatah lagi jika rasa itu berbalas…

  Tetapi malang. Hidup dan dunia seseorang hanya akan jadi begitu ceria jika cintanya berbalas. Mustahil seseorang akan gembira jika dia melepaskan seseorang dengan alasan ‘jika benar aku sayangkan dia, aku perlu lepaskan dia pergi’. Begitulah juga dengan aku.

sambungan

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jeng... jeng... jeng...

    ehem, ehem... teruja saya membacanya ucu. apa yang lahir dari hati, sememangnya sesiapa yang membaca turut sama ikut membuai rasa. tetapi, pengakhirannya membuatkan saya sedikit gusar. semacam berdebar untuk menantikan sambungannya... huhu...

  • (Penulis)
    2) ridh: haha memanjang la hati-ke-hati kan. ye ye saye pun berdebar. mari kita tunggu dan lihat (terima kasih bace)
  • 3) jadi seharusnya kah kita mengejar? oh kalau I dah gila I mampu saja mengejar biar sampai ke Kutub Utara sekalipon! (ceh kau syud. drama kat sini. HAHA)

    kamu..goodluck! semoga sambungannya mempunyai happy ending~

    pstt..cinta itu memang gila

  • (Penulis)
    4) kene ikot kata hati secara berpada-pada kot syud. ye saya sgt faham ayat terakhir itu sudah
  • 5) datang membaca Ucu, ada beberapa bait kata yang segar dan manis. Ucu boleh menulis dari jiwa, itu yang menarik.Tak payah fikir jauh-jauh, tak payah jadi orang lain..ianya nampak ikhlas dan manis.
  • 6) ucu, "selamat datang cinta!" hehehe :winkwink

  • (Penulis)
    7) mr_kajiwa: time kaseh kak
    dayya: haha selamat datang dayya
  • 8) cis..bsmbg plak..skang ni tred cerpen bsmbg ke..adeh..kemon ucu xsr dh ni..
  • 9) ucu adalah ratu monolog. hehehe. eh nenda monolog lah.
    boleh?

    haha. (ridh putra cinta)
    *batuk*

    wow kak maria pun seperti terpesona!

    sambungan pliss!

  • (Penulis)
    10) paktam: sabo sabo. heh
    caha: tak bole nenda. tak mau. ye ye nak smbg la ni
  • 11) waaaahhhhh! tatahan! dari dasar jiwa neh!
    sambung cepat-cepat okeh!

  • (Penulis)
    12) ckin: syhhhh!
  • 13) napa xmasuk dlm korum novel je? terbaik sehh... tahniah

  • (Penulis)
    14) koizumi: tak mask novel sbb kurang drpd 3 chapter . terima kasih tau bace
  • 15) saya tersentuh kerana awak berjaya menyentuh hati saya...huuuu! (sungguh!)

  • (Penulis)
    16) kamalia: time kaseh
  • 17) napa xmasuk dlm korum novel je? --> maksud saya kerana karya ini terbaiklah, lagi best kalau ucu panjangkan jd novel. lagi panjang, lagi saya terbuai :>
  • 18)

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer