Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisahnya

 

Aku buka mata. Amat berat. Masih bergayut kantuk itu di birai mata. Ah! Perlu bangun. Belengas! Jadi aku bangkit duduk bersila. Kotak rokok di hujung kaki aku kaut dengan hujung jari. Sebatang aku ambil. Aku nyalakan. Aku hisap panjang. Merasa perit hangat asap tar lalu di kerongkong.

Orang panggil aku Jane. Haha. Bukan nama sebenar pun. Dulu, dulu-dulu lah. Waktu aku tinggal dengan mak ayah. Mereka panggil aku anak jin. Haha. Aku lah...degil sangat. Aku hela semula asap yang meninggalkan sisa tarnya di paru-paru aku tadi.

Tapi bukan sebab degil aku buat aku lari dari rumah. Degil-degil aku pun, aku sayang mak ayah. Bukan aku degil selalu sangat. Kadang-kadang. Macam...kalau mak suruh basuh pinggan, lagi sejam baru aku buat. Aku buatlah! Lambat je. Kalau ayah suruh aku mengaji, aku bagi alasan itu ini la. Biasa..budak-budak! Tapi esoknya, lusanya aku mengaji juga.

Naik tingkatan tiga aku kena buang sekolah. Aku tak salah apa. Orang tuduh aku gaduh dengan seorang budak ni. Padahal aku mangsa. Hanya sebab aku tinggi dan senang untuk aku defend diri. Budak tu pun...bukan anak tukang kebun. Mak ayah kerja kerajaan. Berpangkat. Cantik. Kecil molek. Tapi mulut!! Dia serang aku di kelas. Aku ingat lagi waktu tu waktu Sejarah. Dah lah Cikgu Umi tu garang. Aku pula duduk dekat dengan pintu. Senang! Dia masuk setapak dalam kelas terus tarik rambut aku. Maki-maki aku. Tuduh aku ada hubungan dengan boyfriend dia. Aku pun hangat lah! Aku hayun penumbuk kanan aku, tepat kena hidung dia. Berdarah. Menjerit. Gembira aku!

Ah..and the rest is history, orang putih kata. Aku agak saja. Aku bukan belajar sampai oversea pun. Dah kena buang tu, aku lepak rumah. Bukan seronok pun. Kalau masih sekolah dan ponteng, seronoklah! Mak aku, bila aku kat rumah dia pun mula la bekerja balik. Kerani je. Cukuplah, kata dia. Aku ditugaskan jadi orang gaji tak bergaji. Okeylah tu. Aku masak, basuh baju sidai baju lipat baju gosok baju, kemas rumah, tengok tivi, makan...itulah kerja aku. Janji makan pakai aku cukup. Janji adik-adik aku makan kenyang pergi sekolah, cukup. Aku dah tak kisah pasal sekolah. Mak ayah tak halau aku pun cukup baik dah.

Lepas itu datang la sepupu aku. Baru lepas STPM masa tu. Konon nak cari kerja, tinggallah di rumah aku. Mujur ada satu bilik kosong. Setiap hari aku megadap dia. Dia okey pada mula. Tapi lama-lama... Aku tak tahu ilmu apa dia guna sampai mak ayah sayang sangat. Apa salah dia tertutup. Oh, dia lelaki. Lupa pula aku beritahu. Lama-lama dia mula buat hal. Selalu intai aku sidai baju. Macamlah aku tak tahu. Kadang-kadang main selamba masuk bilik. Aku halau dia keluar!

Sampai satu hari celaka itu. Petang. Aku tengok tivi. Duduk atas sofa. Makan epal, kulit kupas guna pisau lipat kecil itu.  Dia datang raba paha mula-mula. Aku kuis. Malas melayan. Lepas tu dia makin berani. Tangan merayap bawah baju. Memang celaka. Aku tak perlu beritahu semua. Yang lain pasti kamu faham. Lelaki. Hah! Le.la.ki! Ikut hati aku tikam saja. Tapi mesti tak parah. Setakat pisau kecil!

Aku cuba beritahu mak. Mak marah aku. Tuduh aku silap faham jantan itu mahu gurau. Ah kamon! Aku umur sudah 16 masa itu. Aku senyapkan. Dan makin naik minyaklah jantan kalau begitu. Berulang-ulang. Mula-mula dia. Kemudian pandai bawa kawan. Aku tak tahan.

Satu hari dia keluar lama. Adik-adik aku pula ke sekolah macam biasa. Aku capai baju yang mana sempat. Aku lari ke rumah kawan aku mula-mula. Tak jauh. Tapi kawan aku tu duduk dengan mak cik dia. Jenis tak campur orang. Seminggu. Ada dengar-dengar khabar mak ayah cari aku. Ah! Kalau aku serah diri pun, makin teruk jadinya! Tapi silap langkah aku. Aku jenguk tingkap sebab ada bunyi bising-bising dari rumah sebelah. Kebetulan jantan tu lalu depan rumah kawan aku dengan motor. Terus! Serang rumah tu, maki-maki makcik kawan aku, tuduh dia sorok aku.

Dia heret aku balik. Di rumah, dia kerjakan aku teruk-teruk. Adik-adik aku yang tergamam baru balik dari sekolah tak dapat buat apa. Jantan tu macam dirasuk. Lepas dia puas, dia tinggalkan aku macam sampah. Aku tak tunggu lama. Aku pergi dapur ambil pisau yang aku selalu guna. Aku tak ingat apa-apa lepas itu. Sumpah. Aku sedar masa polis gari.

Akhir cerita, aku di sini. Belakang pintu jeriji. Sejuk. Sendiri. Tapi aku puas hati. Hahahahahaha!


 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Cerita ini dari pandangan seorang pesalah.

    Kalau boleh naik tarafkan lagi gaya bahasa.Penamat itu perlu sedikit kajian.


  • (Penulis)
    2) aku S.U.K.A kamu, kucing! MEOW!

  • (Penulis)
    3) syilaka! aku mencikk kamu!
  • 4) hehe. atitud dah ada. idea, konsep dan penceritaan pun agak menarik.

    kalau murnikan, pastu tempo kat klimaks tu adjust kasi nicer. haa. cun!

    kipidap!
  • 5) hohoh..berbau nyata dlam fiksi.

  • (Penulis)
    6) haha! sama dengan apa skandalku katakan sebentar tadi.
    kasik ada tauladan. haha. haha.

  • (Penulis)
    7) yakah rizzy? trimaaasss!
  • 8) tempo klimaks tu. x cukup dramatik. agak mendatar. hehe. aku tak maksudkan tauladan. itu skandalmu

  • (Penulis)
    9) haha baik2..balas demdamkah tentang norma itu? haha
  • 10) huiii...dendam...syok ka....?? chayo'2x

  • (Penulis)
    11) haha
  • 12) Hoho... saya sudah mula memahami gaya penulisan kamu.

  • (Penulis)
    13) yakah ridh?
    haha..aku juga masih keliru
    bagaimana ya?
  • 14) hehe... kamu yang menulis, seharusnya kamu lebih memahami...

Cerpen-cerpen lain nukilan MissClarks

Read all stories by MissClarks