Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

NUR VII

 

Sesampai di tingkat bawah, Mudin terus di tarik oleh Jessica keluar daripada lif. Kali ini agak perlahan. Mudin sedikit kehairanan. Tangan kanannya masih tergari ke tangan kiri Jessica. Mereka bertiga berjalan menuju ke ruang letak kereta. Peliknya, Mudin langsung tak meronta. Dia langsung tak rasa nak menjerit lagi. Dia seolah-olah terpukau. Mungkin terpukau dengan kecantikan dan keharuman kedua-dua gadis yang sedang menangkapnya. Mungkin!

Mudin akhirnya di bawa masuk ke dalam sebuah kereta Iswara 1.3 yang berwarna kelabu tahi anjing. Itu yang Mudin nampak. Mungkin warna lain. Sebab keadaan malam yang kurang cahaya boleh saja mengelirukan rod dan kon yang berada di dalam mata. Dengan cahaya yang cukup sahaja, warna-warna akan terserlah. Tanpa cahaya, ataupun kurang cahaya, warna akan menjadi tidak bermaya.

”Tup!” bunyi pintu kereta ditutup dengan kasar.

Mudin dan Jessica duduk di bahagian belakang kereta. Kawan Jessica memandu di hadapan. Selepas enjin dihidupkan, radio di pasang. Kedengaranlah sebuah lagu terkini yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang top.

”err..boleh tolong bukak Kapasitor.fm tak? Ada lagu best!”

Tiba-tiba Mudin membuat satu permintaan tanpa sedikit pun perasaan takut atau malu.

”o.k”

Tanpa membantah, gadis yang duduk di tempat pemandu itu terus akur.

”krrrr..kruuhhhhh...prrrrr..ssssssshhhegrsh.....anda sedang mendengar...kapasitor.fm, radio alternatif anda!!”

”jalan!!”

Jessica memberi arahan.

”bawak hati-hati!”

Mudin pulak yang bersuara.

Kereta buatan Malaysia yang paling mendapat tempat di hati rakyat Malaysia itu terus meluncur membelah malam. Ketiga-tiga penumpang diam. Hanya suara deejay Kapasitor.fm yang sedang memperkenalkan sebuah lagu untuk diputarkan.

”ini dia..lagu yang terus mengungguli carta Kapasitor! Sudah 34 minggu di tempat pertama! Terimalah...”

” ....Untuk yang belum ditemukan!!!  Cahatomic!!!”

Ketiga-tiga penumpang dan pemandu kereta Isawara 1.3 tersebut melalak dan menyanyi bersama-sama. Mereka betul-betul menikmati dan menjiwai lagu tersebut.

”...di situlah kita  berpaksi!!!!!!!!!!”

Sejurus selepas ayat terakhir lagu itu di dendangkan secara bertiga, Mudin bersuara dengan gembira,

” Jessica..bila nak bukak gari ni? I dah lemas lah!”

” alah...takkan baru setengah jam dah lemas?! He he he!!”

“bukan macam tu Jessica..i lenguh la..”

"Bukak la Jess…”

Perbualan Jessica dan Mudin disampuk oleh gadis yang memandu.

”Leez, i nak bukak la ni..”

Jessica menyeluk saku kirinya dan mengeluarkan sebatang kunci kecil. Gari dilepaskan. Mudin mngelas-ngelas pergelangan tangannya yang baru dibeabskan dari diikat bersama Jessica.

”semuanya dah sedia ke?”

Mudin menyoal Leez dan Jesica.

”dah boss!!! Semuanya beres!!!”

”Bagus!”

Kereta Iswara tua, terus bergerak membelah malam menuju ke destinasi yang hanya Mudin, Jessica dan Leez yang tahu.

........................................


Sila sambung............he he he!!

 


 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wah, jauh pandangan kau ni, ok cepat sesiapa sambung!

  • (Penulis)
    2) Apa jadi pada cerita NUR ni...ayuh! sambung yuk!
  • 3) its caha turn!

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa