Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ikram dan Kg. Paya Rambai yang hilang.

 

Di hujung paya, hujung Kampung Paya Rambai, Ikram termenung di kepala empang.

“Plop..” Gatal benar jari-jemari Ikram membaling batu jalan yang dikutip di jalan berbatu yang sudah bertahun tidak bertar. Batu itupun sekadar pemanis mulut masa PRK yang lepas. Wakil Rakyatnya yang bertanding masa PRU itu, sudah semput-semput di panggil tanah sebidang di belakang masjid sudah diam di sana.

“Tanah sudah memanggil-manggil ada hati mahu jadi suara rakyat lagi,” masih terngiang-ngiang di benak pendengaran Ikram suara kecil dari bini muda Arwah Yang Berhormat tersebut semasa majlis tahlil.

Bunyi air, beriring dengan riak air kolam yang tadinya damai dan tenang.

“Woi! Nak lepak, lepak je la. Baling-baling batu apahal,” Ikram tersentak. Seekor puyu menimbul kepala di birai batu empang.

“Sorry bro,” Ikram garu kepala dengan rambut yang berserabut laksana onak rotan. Dua tiga ekor kutu yang sedang melepak dekat tangga Maybank Bukit Bintang bertempiaran lari. Dua ekor tenggiling yang terhangguk-hangguk asyik melayan lagu Pitbull dari Ipod yang dikongsi earphone menggeleng kepala masing-masing.

“Apahal pula budak puyu ni hari ni, badmood semacam,” getus hati kecil Ikram.

Ikram bangun dari duduk yang sudah hampir tiga jam setengah lamanya. Buntutnya yang terasa gatal akibat duduk lama di atas simen bergerigi tajam yang susah berpuluh tahun dimakan hari di garu-garu dengan tangan kirinya.

Dia menghayun langkah perlahan. Sesekali bunyi deru angin menyapa dedaun kayu di kiri dan kanan Ikram seperti melagukan zikir memuji tuhan Yang Maha Besar. Rambut nipis di pinggir kepala dekat leher Ikram tiba-tiba meremang.

“Aku belum Sembahyang Asar lagi ni,” hati kecil Ikram tersentak. “Patut la rasa lain macam.”

“tiiitiiit..” sayup-sayup bunyi halus menerpa telinga Ikram. Serentak itu pahanya terasa bergetar. Ikram memandang kiri dan kanan.

“His, makhluk halus apa pula yang mengganggu aku petang-petang hari ini,” Ikram melajukan sedikit langkah. Pernah juga dia dengar cerita dari Ayahcik Nordin tentang penunggu pokok ketum besar dekat rumah PRT Arwah Syuim yang sudah dua tahun masih tidak bersambung elektrik itu. Ada orang kampung yang terdengar-dengar bunyi gelak ketawa di dalam rumah tidak berpenghuni itu. Namun tiada siapa yang berani menjenguk.

“Tiiitiitt..,” lagi sekali bunyi halus diiringi getaran kecil di paha itu menerpa ke deria pendengaran Ikram. Ikram meraba paha kirinya yang bergetar dan kemudian tersenyum senget sebelah pipi.

“Tu la, otak asyik fikir alam ghaib je,” sapa seekor serindit yang sedang mengacah-ngacah ulat daun di pohon senduduk berdekatan Ikram. Ulat daun itu lincah membuka jurus ketiga silat sentap udang kara mengelak paruh bengkok sang serindit. Sebetulnya serindit itu sekadar singgah di situ mahu bergurau senda memandangkan pohon jambu tempat lepaknya sedang di gegar budak-budak jahat yang leher mereka tergantung lastik dari batang jambu padang. Ada juga dua tiga set jebak berdenakkan lisa, serindit berdada kuning bekas aweknya dulu yang tertangkap ketika sedang asyik berdatingdi situ waktu hujung minggu.

Ikram sekadar membalas sapaan itu dengan senyuman. Kemudian bersiul-siul angin menyembunyikan perasaan malunya kepada serindit berdada hijau tersebut.

Jari-jemari Ikram memeriksa sms di telefon bimbitnya. Sms dari Pak Ayop.

“Udah-udah le tmnenungnye, moh menlong koi ngupaih klpa ni,” Ikram menggeleng-geleng kepala. Hebat juga perkataan ringkasan Pak Ayop ini. Dari mana pula Pak Ayop boleh tahu Ikram sedang termenung.

Sejurus habis membaca sms dari Pak Ayop itu, ikram terus menggerakkan jari-jemarinya menggayakan seperti Naruto yang sedang melakukan hikmat.

Namun Ikram gagal. Lantas dia mengutip kayu kecil di hujung ibu jari kakinya lalu dimasukkan ke dalam poket kanannya bagi menyembunyikan kegagalan hikmat yang baru dipelajari dari Kampit, seorang penagih gam cap senapah budak kampung sebelah itu. Kemudian dia berlari-lari anak menuju ke rumah Pak Ayob.

“Hahaha,” gelak beberapa ekor lebah bunga yang sedang asyik bertektonik di pucuk kelapa mawar depan rumah Pakngah Deraman.

Ikram menjeling ganas lebah-lebah tersebut. Perlahan-lahan tiga ekor lebah itu menyelinap di balik mayang kelapa mawar dek goyangnya dengan jelingan tajam Ikram itu.

“Itu la ko, sape suruh ejek dia,” sound salah seekor lebah bunga tersebut kepada rakannya.

“Aku gurau je la,” jawab rakan lebah tersebut.

“bzzzzttttt,” entah dari mana datangnya kilat itu terus memanah pohon kelapa mawar tersebut lalu dedaunnya yang baru nak naik terbakar hangus. Tiga ekor lebah tersebut turut hilang tanpa dapat di kesan. Isteri Pakngah Deraman yang mengintai gelagat lebah-lebah tersebut dari celah-celah tingkat menggeleng-geleng kepala. Tidak sempat juga dia mahukan pucuk kelapa itu mahu dibuat ketupat.

Awan hitam tiba-tiba menyelebungi kawasan tersebut. Cuma kawasan itu. Petir bertali arus. Kilat sabung-menyabung. Guruh berlumba-lumba. Semuanya mahu pulang awal. Maklumlah, jam sudah menunjukkan 4.56 p.m waktu Pejabat Risda. Isteri Pakngah Derama menutup tingkap perlahan. Bimbang disedari suaminya tentang perlakuan mengintai aktiviti kilat, guruh dan petir tersebut. Mahunya dia disimbah cuka getah oleh Pakngah Deraman nanti.

Ikram kaku sejenak dengan kejadian tersebut. Kemudian dia menundukkan kepala dengan tangannya di atas kepala memecut laju.

“Ish.. ish..,” Madi  menggeleng-geleng kepala perlahan setelah Ikram yang memecut laju itu memotong 125znya yang baru siap di tala sistem karburator dengan senang. Padahal Madi sedang goyang juga melihat meter kelajuannya sedang mencecah angka 180 km/j ketika Ikram sedang memintas tadi.

Madi mengagau telefon bimbit di dalam poket jeansnya yang hitam bersalut minyak hitam. Dia mencari nombor telefon Spark tauke bengkel di pekan yang mengajaknya game malam ini. Madi menaip pantas, “wa knsel game mlm ni, deposit 2 lu wat sedekah dkt tbung msjid smbhyg jmaat sok.”

Ikram mengambil selekoh Tokayah Jambi yang berpuaka yang sudah memakan nyawa puluhan mat rempit di kampung itu termasuk kampung sebelah dengan amat yakin sekali. Dengan pantas dia mengacip clutch lalu draw gear 3 serentak dengan kaki menekan brake belakang perlahan. Kelajuannya pantas menurun, Ikram menekan badan sedikit lagi hingga lututnya hampir mencecah jalan tar bergerigi kasar itu. Dan…..

Ikram berjaya mengambil selekoh maut berpuaka tersebut dengan selamat. Beberapa orang Mat Rempit bersorak sambil bertempuk tangan di atas kejayaan Ikram tersebut.

“Bagus juga budak Ikram ni ya,” borak seorang Mat Rempit itu.

Salah seorang dari mereka mengangguk-ngangguk kepala. Entah dengar entahkan tidak dek helmet Magnum3 yang rapat menutup telinga. Sakai juga beliau kerana sudah turun motorsikal pun masih belum menanggal helmet lagi.

“Tu la, wa ingat nak tarik dia jadi joki geng kita la,” balas salah seorang dari mereka.

Sesampai sahaja Ikram di tempat tujuannya, Pak Ayop sedang asyik menggulung rokok daun bersama tembakau bunga raya di pangkin bawah pohon jambu. Sekali-sekala telinga Pak Ayob melibas-libas lalat buah yang bersuffle di bucu telinganya.

Ikram menghampiri Pak Ayob yang sudah semakin naik seikh menggulung rokok daun.

“Pap,”

Serentak bunyi ganjil itu langkah Ikram terhenti. Dia terkedu melihat aksi Pak Ayop meludah kahak ke arah lalat-lalat buah tersebut sehingga tertampal di batang jambu. Asap nipis keluar dari lekuk batang jambu akibat ludahan kahak yang menempel lalat buah tersebut.

Ikram menggerak-gerakkan sebelah hidungnya menunjukkan kejijikan yang amat sangat terhadap kelakuan rakus Pak Ayop itu. Sedangkan ayam sayangkan anaknya.

“Mananye kelapa tu Pak Ayop,” Ikram menegur perlahan. Pak Ayop mengangkat kepala perlahan-lahan. Asap dari rokok daun yang membaluti tembakau cap bunga raya meleleh perlahan dari kedua-dua belah hidung Pak Ayop.

Ikram yang agak gentar dengan perlakuan Pak Ayop itu perlahan-lahan berjalan mengundur. Lalu, Ikram berlalu dengan kecewa. Dari pandangan Pak Ayop itu, Ikram dapatlah menyimpulkan bahawa kelapa yang mahu dikopek itu sudah habis dikopek Pak Ayop yang setakat ini sudah memenangi pingat emas puluhan pertandingan bina badan di daerahnya.

“Hm. Tak lepas lagi la rokok aku hari ini,” Ikram menghela nafas terakhir.

Seekor ciak rumah hinggap di bahu Ikram sambil berkata, “wa dah cakap, berenti je la merokok.”

Ikram angguk perlahan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hmmm .. jalan cerita dia aku tak nampak bro

  • (Penulis)
    2) mmm.. memang sengaja dijadikan macam tu..

    sekadar sindiran santai2 je.. hehe..
  • 3) banyak ayat-ayat sindir dalam ni ya. sampai maksudnya...

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi