Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Bas (Part 2)
Pada suatu masa dahulu, di sebuah rumah kayu di pinggir hutan, tinggal seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki hati yang bercahaya. Sinaran hatinya begitu terang sehingga bisa menyilaukan pandangan yang tepat menuju ke dadanya. Tawanya, senyumnya, andai tersemat di wajah, pasti akan menambahkan lagi terang hatinya. Kehadirannya di mana-mana pasti akan menjadi penyeri dan mencuri tumpuan semua yang di sekelilingnya.
Kanak-kanak ini punya jiwa yang lepas bebas. Rutin hariannya diisi dengan berlari-lari di perkarangan rumahnya, mengejar rerama dan pepatung yang sentiasa tidak putus melawatnya. Dia akan berbaring di atas rumput segar menghijau dan membayangkan awan putih gebu di bumbung langit seakan membentuk haiwan-haiwan yang tidak pernah dilihat di depan matanya. Sekali sekala dia akan ke pekan yang agak jauh dari rumahnya demi mendapatkan bekalan. Sambil membimbit bakul kecil, siulan suka hatinya dapat didengari dari kejauhan, seperti mana sinaran hatinya.
Namun, di suatu petang yang suram di dalam rumahnya, kanak-kanak perempuan itu cuba menghidupkan api untuk memanaskan air. Biasalah di waktu-waktu petang begini, dia gemar menikmati biskut bijan dan teh pudina. Entah bagaimana, saat sedang menolak-nolak kayu api merapati periuk yang tergantung, sebatang kayu api terjatuh dari dapur dan apinya sempat menyambar langsir tingkap. Belum sempat dia bertindak, api sudahpun marak dan memamah dinding rumah dan perabot-perabot kayu yang melengkapi rumah itu. Menyedari yang dia tak mampu berbuat apa-apa, dan akan jauhnya rumah ini dari jiran-jiran lain, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari rumahnya menuju ke sebatang pokok besar di hadapan rumahnya. Dari atas buaian yang tersangkut di pohon pokok besar itu, dia menyaksikan rumahnya menunduk ke bumi. Kanak-kanak perempuan itu menangis, hilang sedikit cahaya di hatinya.
Sedang dia memujuk hatinya sendiri, tiba-tiba dia dapat merasakan buaiannya bergegar. Kanak-kanak perempuan itu terkejut menyaksikan pokok besar itu berubah menjadi seekor ular yang maha besar dengan sisik hitam berkilau. Pepohonnya menjadi kepala-kepala ular yang sederhana, rantingnya menjadi kepala-kepala ular yang kecil dan dedaunnya menjadi kepala-kepala ular yang halus. Ribuan mata, penuh berbisa, memerhatikan anak kecil itu penuh kelaparan. Dia hanya mampu menjerit sebelum segera berlari masuk ke dalam hutan di hadapan rumahnya. Hatinya semakin malap setiap langkahan derasnya. Ular gergasi terus mengejarnya di dalam hutan sebelum kelibat anak kecil itu hilang dari pandangan.
Kanak-kanak perempuan itu bersembunyi di sebalik sebatang kayu reput yang sudahpun tumbang bertahun lamanya. Selepas ular gergasi pergi jauh, barulah dia menghela nafasnya yang ditahan sedari tadi. Dia memandang sekeliling, hairan melihat suasana kuning kehijau-hijauan di dalam hutan ini sehingga menimbulkan perasaan yang amat menyeramkan. Cahaya hatinya sudah hampir padam dalam ketakutannya. Kanak-kanak perempuan itu tertidur di situ sebelum dia dikejutkan oleh sebuah tangan sejuk yang memegang pipinya. Dia membuka mata…
Ah, mencangkung di hadapannya seorang kanak-kanak lelaki bogel yang sedikit cuak melihatnya.
Kanak-kanak perempuan itu turut terkejut, namun sedikit lega mengetahui dia tidak keseorangan. Tapi saat dia menyedari bahawa kanak-kanak lelaki itu seumur hidupnya berada di hutan ini, tidak pernah sekalipun disentuh manusia, hati kanak-kanak perempuan direnggut pilu. Perlakuan sesusuk tubuh di hadapannya ini tidak ubah seperti seekor binatang yang bertambah hairannya melihat dada kanak-kanak perempuan itu yang sedikit bercahaya.
Kanak-kanak perempuan itu terfikir, semalang nasibnya sendiri, malang lagi nasib kanak-kanak lelaki ini yang seolah-olah tidak pernah bertemu cahaya. Ingin sekali dia menyerahkan hatinya kepada kanak-kanak lelaki itu kerana nasibnya sendiri pun sudah bukan satu kepastian namun dia tahu adalah mustahil untuk dia berbuat sebegitu.
Tiba-tiba, dada kanak-kanak perempuan itu terasa sakit. Dia memegang dadanya, menekannya sekuat daya, cuba meredakan kesakitan itu. Dia dapat merasakan hatinya seolah-olah sedang bergerak keluar dari rongga dadanya menuju ke tekaknya. Semakin menghampiri mulutnya, semakin kuat sinaran cahaya hatinya. Kanak-kanak lelaki itu memandang dengan penuh ketakutan dan kehairanan.
Kanak-kanak perempuan itu sudah tidak mampu menahannya lagi, segera dia menghamburkan isi hatinya keluar dari mulutnya. Maka teranglah segenap pelosok hutan, suasana kuning kehijau-hijauan terus hilang dek penangan sinaran hatinya. Kanak-kanak perempuan itu sempat melihat wajah kanak-kanak lelaki itu yang penuh kekaguman mengamati sinaran cahaya di sekelilingnya, sebelum kanak-kanak perempuan itu jatuh tidak sedarkan diri.
Dia cuba membuka matanya yang terasa berat. Mukanya terasa basah. Tekaknya sakit. Hidungnya pedih. Dia bangun perlahan dan mengelap sisa muntah yang masih melekat di bibirnya.
Jessica melihat sekelilingnya. Dia baru sedar apa yang sedang terjadi. Dia cuba menjerit namun suaranya bagai tersekat.
*****************
Jessica cabut semua poster-poster di dinding kamar tidurnya, menggulung semuanya elok-elok dan meletakkan mereka satu-satu ke dalam dua kotak bersaiz sederhana di tengah-tengah biliknya. Dia turut mengemas katil, menyusun almari pakaiannya dan menyembur wangi-wangian di segenap ruang bilik. Dia tak mengerti mengapa dia membuat semua ini, dia dia merasakan dia perlu.
Nemb, di tengah-tengah ruang tamu rumahnya, memutarkan tutup botol dengan label Elavil yang berada di dalam genggaman, mengeluarkan seluruh isi dalamnya dan membahagikan pil-pil itu kepada dua bahagian. Tricyclic antidepression, amitriptylin hydrochloride… bibirnya terkumat-kamit.
Jessica duduk di hadapan komputernya, melihat laman Facebook-nya buat kali terakhir. Dia berkira-kira, samada mahu memperbaharui status-nya dan meninggalkan akaun Facebook itu begitu sahaja, atau perlu dia membatalkan terus akaun itu? Kursor tetikusnya berputar-putar sebagaimana rasa hatinya sekarang.
Nemb duduk di hadapan komputernya. Dia tidak berhenti-henti meng-klik pada beberapa link. Dia masih tidak jumpa apa yang dimahukannya. Mulutnya masih terkumat-kamit, perlahan mengungkapkan apa yang sedang dibacanya di kaca monitor. Sekali sekala dia akan menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia tersenyum. Sodium hypochlorite dan ammonia?
Jessica menyelak cadar katilnya yang menyembunyikan ruang kosong di bawah katil itu. Dia mencari-cari sesuatu, menolak kotak-kotak kasut dan beg-beg lama yang sudahpun berhabuk. Jumpa pun. Jessica menarik keluar sebuah buku kecil. My old diary. Saat Jessica sedang membelek diari itu, satu figura kecil plastik terjatuh dari celahan mukasurat diari itu. It’s the ballerina!
Nemb menolak kuat pintu bilik tengah di dalam rumahnya. Dia masuk, mengambil helaian-helaian surat khabar dan mula melekatkannya pada bingkai tingkap-tingkap dalam bilik kosong itu. Selesai sahaja tugas itu, Nemb keluar dan masuk kembali dengan barang-barang yang sudah disediakannya di ruang tamu. Dia meletakkan sebuah baldi, dua botol cecair dan dua bekas kecil berisi pil berwarna biru muda di tengah-tengah bilik. Nemb menggosok-gosokkan tangannya dan tersenyum tanda berpuas hati. Tiba-tiba dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Oh, mineral water!
Jessica menahan air matanya dari mengalir. Membaca diari lamanya seolah-olah membawa dirinya ke satu dunia hitam yang tidak ingin dilawatinya kembali. Setiap kekecewaannya termaktub nyata dalam buku kecil berjaket kulit ini. Jessica menulis sesuatu di atas sebuah kertas putih, melipatnya elok-elok dan menyelitkan ‘surat terakhir’ pada diarinya itu. Jessica tinggalkan diarinya itu di atas meja, betul-betul di hadapan komputernya.
Nemb duduk kembali di hadapan komputer sambil memeluk gitarnya. Dia memeriksa komen-komen di laman Myspace. Ramai yang memuji-muji lagu barunya, ‘The End’. Nemb tersenyum sinis. Jari telunjuk, jari tengah dan jari manis tangan kirinya menekan tali di hujung gitar, tangan kanannya mula memetik. Chord D bergema.
“Hey J, I gotta tell you something…” suara Nemb mengisi pelusuk rumahnya.
*****************
Belum sempat Jessica mengetuk, Nemb sudahpun membuka dahulu pintu rumah. Nemb tersenyum memandang Jessica yang sedang berdiri di hadapannya.
“Tak sangka awak datang juga,” Nemb menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia cuba sedaya upaya menyembunyikan rasa tidak sabarnya.
“Saya dah janji, kan?” Jessica tersenyum, menyembunyikan rasa gelisahnya. Kedua-dua mereka senyap seketika. Masing-masing seolah-olah hilang kata-kata. Masing-masing cuba membayangkan apa yang bakal terjadi seterusnya.
“So?” Jessica memandang sekeliling ruang tamu Nemb yang masih kelihatan seperti semalam.
“Oh, bukan kat ruang tamu.. bukan di sini. Mari,” Nemb memegang tangan Jessica dan memimpinnya menuju ke bilik tengah. Entah mengapa, Jessica merasa amat kekok sekali disentuh Nemb. Dadanya berdebar-debar.
Kedua-dua mereka masuk ke dalam bilik tengah dan terus sahaja duduk dekat dengan bahan-bahan yang telah disediakan awal-awal lagi oleh Nemb. Jessica memeluk rapat beg tangannya sambil memerhatikan dua botol cecair berlabel Clorox dan Windex di hadapannya. Jessica cuba meneka apa fungsi kedua-dua cecair itu sebelum perlakuannya disedari Nemb.
“Kita akan campurkan dua-dua tu. Gas klorin akan terhasil and the gas will fill up the room and..,” Jessica mengangguk-anggukkan kepalanya. Tidak perlu mendengar Nemb menamatkan ayatnya.
“Dan kita kena makan ni, to keep us…,”
“Unconscious, kan? While we slowly inhale the gas…” Jessica menyambung kata-kata Nemb. Nemb hanya tersenyum sambil meletakkan sebekas pil berwarna biru muda itu di hadapan Jessica. Jessica memandang lama-lama kepada ukiran Elavil pada setiap pil-pil berwarna biru muda itu.
“So.. are you ready?” Nemb memandang Jessica yang masih menunduk, menanti jawapannya. Jessica mengangguk, masih tidak memandang Nemb.
Nemb bangun dan memasang mangga pada selak pintu bilik itu. Anak kunci diseretkan keluar dari celah bawah pintu. Sekarang mereka berdua terkunci di dalam bilik itu, tidak mungkin dapat berpaling lagi. Nafas Jessica terasa berat. Nemb kembali duduk di hadapannya.
“We have to do this fast. Lepas aku campurkan saja kedua-dua cecair ni dalam baldi, kita kena makan pil ni cepat-capat. Ok?” Nemb menyentuh lengan Jessica – risau sedari tadi Jessica tidak memberi sebarang reaksi kepadanya. Jessica mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke mata Nemb. Jessica cuba mengukirkan senyuman tanda memahami arahan Nemb.
“You have any last questions?” Nemb mengangkat kedua-dua keningnya.
“Nama betul kau... Nemb?” jujur Jessica mengungkapkan persoalannya. Nemb terdiam seketika. Dia tersenyum sambil mengerutkan dahinya. Dalam-dalam banyak soalan, ini soalan terakhir dari Jessica?
“Nope. Nemb tu kependekan Nembutal. Cecair yang dari dulu aku teringin nak gunakan untuk hari ini. Tapi it’s a controlled substance. Hanya hospital je yang ada cecair ni. So terpaksalah kita guna Elavil saja. Nama betul aku Mowgli. Macam dalam Jungle Book tu. Ok? Jom!” Nemb menghulurkan sebotol air mineral kepada Jessica sebelum dia membuka kedua-dua botol Clorox dan Windex, dan menarik baldi mendekatinya. Bau sengit kedua-dua bahan pencuci itu mengisi ruang bilik.
“Mowgli? I like Nemb better.” Nemb tersenyum mendengar kata-kata Jessica sebelum mula mencampurkan kedua-dua cecair ke dalam baldi.
“Bas akan tiba sebentar lagi. Here we go!”
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) yep.. ade part 3 nampaknye~
- Ancalime
- 14 years ago
-
2) wa banyak eh bahan kau pakai nak bunuh diri.yep in committing suicide always have back up plans.
dude seriously aku nak kau sambung.J as jessica?tell her what? kamon kamon aku dah nak kerat urat nadi sendiri dah ni haha.
sape yg bogel tu?pornografi sungguh.hehe.mak ayah budak tu letak implan lampu iron man kat dada dia eh dulu2. hiks ok mengarut je aku.- MissClarks
- 14 years ago
-
3) betol.. back up plans is important. klu suicide tu tak jadi.. penaya jek jadik cacat.
hahaha... all the hints will be revealed in last part nanti k. sila tunggu~~ thx for reading and commenting!- Ancalime
- 14 years ago
-
4) aku rasa bas diorang ni tak punctual mcm public transport kat m'sia. tu pasal smpai kena ada part 3.
best! esp scene kanak2 perempuan berhati cahaya bertemu dgn budak lelaki separuh lucah itu (separuh sebab dia bwh umur lagi). susunan ayat kau aku jealous. mana kau belajar ni weh?- kamalia
- 14 years ago
-
5) Kalaulah ada Glossary
- 26life
- 14 years ago
-
6) kamalia, bas diorang ni datang bila kene panggil je. hahaha ok2.. part 3 konfem punctual! anyway, susunan ayat aku cane plak ni? ko ni.. kalau nak compare aku dengan 26life punya ayat.. aku ni cam picisan jek. haha
26life.. glossary eyh? hurm.. hurm.. (mood malas menjelma!) kakakaka- Ancalime
- 14 years ago
-
8) sedap dibaca! wuiyoo...!
- Kurusawa
- 14 years ago
-
9) thanx kak reena. buat research sikit-sikit la sebab cerpen ni dirancang dalam 2 minggu.
kuru.. Alhamdulillah cerpen berjaya dihabiskan dan dinikmati semua. thx for reading!- Ancalime
- 14 years ago
-
10) haha aku harap muntah yang dilap tu bukan kiasan lain
- cahatomic
- 14 years ago
-
11) mwahahhahaha.. bodo ah ko.. dunia nyata tu da tak berkias2 da!!! haha
- Ancalime
- 14 years ago
-
12) Tulisan ini tampak matang pada saya. Rajin buat research dan hasilnya pasti mengagumkan. Teruja nak baca ending!
- ridhrohzai
- 14 years ago