Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Cerkas : Surat Khabar
Tiap-tiap Usop mesti ke kedai runcit 24 jam di sebelah kedai mamak membaca surat khabar di situ.
Budak-budak kerja di kedai runcit tu dah kenal sangat dengan mukanya. Bilang hari. Kalau ada hari yang dia tak pergi, mesti hari itu dia berduit sikit minum pagi di kedai Pak Rodi yang ada semua jenis surat khabar.
Bukan dia tak mahu beli, tapi rasa membazir juga nak belanja benda yang boleh dapat percuma. Seringgit setengah sehari kalau sebulan sudah empat puluh lima ringgit pergi ke surat khabar. Empat puluh lima ringgit tu baik dibuat bayar api dan air dari membeli benda sekejap pakai sekejap buang.
Hari ini dia ke kedai runcit lagi, menengok berita-berita dalam negeri.
Berita pasal video lucah kepala parti pembangkang tajuk besarnya. Tajuk berita saja sudah dekat sama besar dengan tajuk suratkhabar.
Usop geleng kepala perlahan. Hari ini hari sabtu. Dia ambil surat khabar yang saiz jumbo. Besar benar saiznya, lebih kurang sama besar saiz meja warung Pak Rodi.
Dia buka mukasurat paling belakang. Sehelai, sehelai.
Sampai ke muka surat yang dia cari. Di bahagian bucu surat khabar, Usop meniliti beria sungguh. Berkerut-kerut dahi. Kalau menengok dari kerutnya serupa macam membaca berita negerinya ini nak kene serang jepun lagi sekali.
Pap...
Usop jentik surat khabar.
Budak kerja kedai runcit pandang ke Usop.
"hah, belanja rokok sekotok bang usop," tegur budak kerja kedai runcit itu.
"Belanja mendenya, minum kawan pun tak lepas pagi ni," jawab Usop sambil lipat semula surat khabar lalu letak semula di tempat dia ambil tadi.
"Kawan memang nok beli dah nombor tiga tu, tapi kawan mikir ke nak minum teh, ni ha dua ringgit," Usop menunjuk wang syiling 50 sen ke budak kerja kedai runcit itu sambil berlalu keluar.
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) sempoi
usop ni memang mengundang penendang kalau selalu buat begini- cahatomic
- 13 years ago
-
2) anak muda... macam-macam rencam
- edward101
- 13 years ago
-
3) Beli nombor ke? suruh Usop beli Ibox lain kali, jimat sikit
- 26life
- 13 years ago
-
4) surat khabar sekarang ni laku kat gerai nasi lemak je buat bungkus nasi
- kamalia
- 13 years ago
-
5) usop tak de laptop berinternet atau telefon dengan data plan. kalo ada mesti usop layan berita online. lagi macam2 berita ada berbanding surat kabar
- jojo
- 13 years ago