Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sudah hampir jam 12:00

 

Malam itu saya rasa agak letih. Tak tahu apa yang meletihkan jika dibanding dengan ahli keluarga lain, mereka lagi letih dalam perkiraan saya. Letih dan mengantuk. Saya decide untuk sambung tidur sekejap seusai bersolat Subuh.

***

Sepertinya saya sedang berada di dalam dewan peperiksaan dan melalui exam tasmi' (memperdengar) Al-Quran. Saya memegang erat sebuah buku tulis. Isi di dalamnya ditulis oleh saya sendiri, tertulis indah ayat-ayat suci-Nya. 

 

Saya sangka cuma sesi bacaan Al-Quran saja tetapi sesi hafazan juga terlibat sama. Saya kerisauan. Barangkali saya terlupa nak hafaz dengan baik?! 

 

"Kena hafaz surah mana ye?" Saya menyoal seseorang dengan penuh kerisauan.

"Muslim.." Dia menjawab.

"Ha?" Saya rasa dia tersalah dengar.

"Eh, surah Al-Mukminun.." Dia menjawab lagi sekali.

 

Di kejauhan sana ada seorang ustaz tekun memperdengar setiap bacaan para pelajarnya. Saya kerisauan..dan akhirnya tiba giliran saya. Permulaannya, saya baca ta'awuz. Kemudian saya baca basmalah. Lancar sekali. 

 

"Allazina hum..." Saya cuba menyambung ayat. 

"Allazina hum.. Sekejap ye ustaz." Saya tergagap lantas membuka helaian buku tulis yang dipegang erat, cuba mencari klu.

 

Kenapa saya terlupa? Saya jadi gelabah. Realitinya saya sudah hafaz permulaan ayat daripada 118 ayat surah itu. Tapi...

***

 

"Bangun!! Kenapa tidur lagi, matahari sudah naik meninggi tu!" Pekik ibu saya. Saya kaget. Ya Allah, saya bermimpi rupanya. Jarum jam sudah menunjukkan angka hampir jam 12:00 tengahari? Maaf ibu, maaf sangat. Oh, keletihan juga sudah berkurangan.

 

"Apa sambungan ayat 'Allazina hum' tu ye? Itu ayat ke-2 dari surah Al-Mukminum.." Saya berfikir dan menyoal diri sendiri seusai terjaga dari tidur. Mamai, saya tampar lembut pipi kanan saya. Bermimpi ketika jarum jam sudah hampir jam 12:00 tengahari, adakah cuma mimpi dari gangguan syaitan atau ianya suatu peringatan untuk diri ini? Mungkin saya ada banyak terleka?

 

Atau mungkin saya cuma hafaz saja tapi tidak dipraktiskan secara sempurna, sebab itu dapat mimpi sebegini?

Suatu ketika dulu saya pernah berdoa. Ya Allah, sekiranya aku terlalai, berilah padaku apa jua jenis peringatan atas kelalaianku..

 

Hafaz saja tapi tidak dipraktiskan secara sempurna? Surah Al-Mukminun. Saya petik ayat ke-2 hingga ayat ke-9, menerangkan tentang ciri-ciri orang Mukmin yang beruntung serta mewarisi syurga firdaus-Nya. Ayat pertama hingga ke-3. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman..

 

Mereka yang khusyu' dalam solatnya.
 

"Allah telah kategorikan khusyu' dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang yang tidak khusyu' dan lalai dalam solatnya, bahawa mereka berada paling bawah sekali dari tingkat kemenangan dan kejayaan (falah)."
 

Dan mereka yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna
 

"Hati yang mukmin itu sentiasa dipenuhi dengan kegiatan-kegiatannya. Ia tidak mempunyai ruang untuk perkara yang sia-sia, main-main dan saja-saja."

***

Kenapa saya mention 2 ayat di atas ini saja? Sebab ayat-ayat ini terkena pada batang hidung sendiri!

 

Praktiskan secara sempurna?

Khusyu'? Salah satu cara untuk dapatkan khusyu', kita andaikan itulah kali terakhir kita bernafas. Saya pasti kamu juga tak mahu berada di tingkat paling bawah!

 

Jauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna? Kena banyakkan zikir. Diam itu adalah untuk fikir dan fikir itu adalah untuk zikir. Ingat pada-Nya.

 

Saya tahu ianya cuma sebuah mimpi. Tapi ia membawa erti yang seribu. Saya tahu saya belum cukup sempurna untuk.....
 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) indah... citer ni sgt bagus..!
  • 2) 1. Kupasan cerita yang menarik.
    2. Kalaulah perkataan-perkataan Inggeris itu dimelayukan, lebih menarik.
    3. Penulis begini saya memang suka ikuti tulisannya

    Masih pelajar? di Uni mana? Jurusan?
  • 3) saya pun suka!

Cerpen-cerpen lain nukilan farahino

Read all stories by farahino