Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Satu Jam Sahaja
- 2
- azimtyping
- 13 years ago
- 4,129
- FREE
[Walaupun watak-watak adalah manusia-manusia yang wujud di alam nyata, kisah ini adalah rekaan semata-mata. Kejadian ini tidak pernah berlaku di alam nyata. Terima kasih.]
Badar selesai menyidai bajunya di ampaian. Dia masuk ke bilik, di mana aku dan Syukur sedang berbual sambil Syukur memetik gitarnya mencari ilham untuk lagu baru.
" Sejuk hati aku tengok kau," kataku kepada Badar.
" Apahal pulak ni Best?" Badar tersenyum kepadaku.
Aku seterusnya menjawab, "Iya lah... Tumpang gembira tengok kau. Tak lama lagi dah nak selamat."
" Haha. Ada-ada la kau ni Best. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segalanya. Berkat doa korang jugak ni Best, Kur," kata Badar kepada kami berdua.
"Yang kau ni pulak bila lagi?" tanya Badar kepadaku.
"Ceh, gile hapa? Nak maintain bayar kereta pun terkontang-kanting. Macam mana nak bela anak orang?" jawabku. " Engkau lain lah. Kau tu doktor," kataku lagi.
Badar ketawa. "Syukur, kau plak macam mana?" Syukur pula disoalnya.
Syukur diam. Buat lagak cool.
Aku ketawa.
"It's complicated la Badar," dia menjawab sambil tersengih. Aku sambung ketawa.
Seketika kemudian Black masuk. Kulitnya gelap. Maka dia dengan sukarela mengizinkan kami memanggilnya Black. Tiada unsur rasis di situ, hanya panggilan mesra. Dia masuk mencari baju belang-belang hitam putih kegemarannya.
"Hah, nak jumpa awek lah tu," aku mengusik.
"Eh, mana ada. Aku nak pi makan nasi lemak meriah dengan Macha ni. Nak ikut tak?
"Haha. Takpelah Black. Aku kenyang bukak puasa tadi," jawabku.
"Pergh...Puasa sunat ke? Bagus-bagus..." kata Black.
"Orang tak mampu kahwin Nabi suruh puasa," aku berseloroh.
Black ketawa. Diikuti Syukur dan Badar.
"Eh, aku gerak dulu ek," kata Black setelah menjumpai bajunya.
"Okeh Black. Elok-elok bawak motor. Kau jaga sikit Macha tu. Jangan kasi mata dia liar sangat," pesan Badar.
"Hehe. Bereh boh," jawab Black sambil berlalu pergi. Sebentar kemudian, kedengaran enjin motorsikal Lagendanya berbunyi di tingkat bawah lalu dia terus bertolak ke kedai makan tersebut.
"Best, apa khabar Nurul Husna?" tanya Badar.
"Mana aku tahu," jawabku.
"Eleh..." Badar mengusik.
"Poyo lah kau Badar," kataku kepadanya.
"Haha!" Badar ketawa. Syukur masih cool. Hanya tersenyum.
Kemudian Syukur bersuara, " Kau takkan tak ambik tahu langsung pasal dia Best?"
"Huh, nak buat apa? Setakat hal-hal kerja tu ada la."
"So macam mana?" tanya Badar.
"Aku tengok dia macam biasa je. Sihat la tu kot," jawabku.
Badar tidak puas hati. Kemudian bertanya lagi, "Tu luaran. Macam mana kesihatan emosi dia?"
"Apa kena dengan kau ni Badar? Itu bukan masalah aku lah. Nak tahu sangat pergi la tengok Facebook dia. Semua benda dia cerita kat wall dia. Kau boleh cari apa-apa sahaja kat sana," jawabku.
"Ala rilek la Best... Usik sikit pun tak boleh ke? Hehe..."
"Usikan kau gagal. Aku langsung tidak terusik dengan isu tersebut. Hahha!"
"Nurul Husna tu bagus dowh. Kau tak nak ke?" soal Syukur.
"Dia tu popular sangat lah. Tak nak aku," jawabku.
"Ait, popular pun salah ke?" Zaki mencelah sebaik sahaja masuk ke bilik.
"Menyampuk la kau Zack," kata Badar.
"Bukan salah. Aku tak sanggup. Memanglah dia pandai, cerdik, lawa, pendek kata semua cukup. Tapi aku tak rasa aku nak orang macam dia," jawabku.
Syukur pula bertanya, "Habis tu kau nak orang macam mana?"
"Orang biasa-biasa. Yang tak popular," jawabku.
"Ala... Tak matching la macam tu. Kau kan Best dan kau memang 'best'. Takkan kau nak yang tak best?" kata Zaki.
"Define 'best'" kataku.
"Best tu maknanya hot stuff la. Popular, good looking, happy go lucky, disukai ramai, hot dan sebagainya," jawab Zaki mendefinisikan perkataan 'best'.
"Eww... Macam tu ke korang tengok aku selama ni? Gile poyo..." kataku.
"Hahaha!" kami ketawa.
Kemudian aku mula berbicara serius.
"Tak guna pun semua tu kalau manusia asyik tergilakan kita. Kalau hensem dan 'best' sampai awek tak boleh khusyuk solat sebab asyik teringatkan kita, masalah tu!"kataku.
"Betul tu Best. Aku setuju," kata Badar.
Kemudian aku menyambung lagi,"Dan aku tak rasa aku akan tenang bila bini aku terlampau hot dan popular. Susah nak jaga. Tambah pulak kalau dia jenis yang tak pandai nak menjaga pergaulan. Main layan saja siapa-siapa yang rajin bagi perhatian, rajin buat-buat caring."
"Nasib baik tunang kau tak macam tu Badar," kata Syukur.
"Alhamdulillah. Betul tu Syukur,"kata Badar.
" Yang jenis letak muka bajet kiut, bubuh gambar posing maut, lepas tu share bagi orang tengok betapa lawanya dia... Ni aku tak berapa nak berkenan sangat. Macam desperate nakkan perhatian sangat. Sori la. Aku tak suka ada bini macam tu," kataku lagi.
Aku kemudian menyambung lagi. "Kecantikan dan ke'kiut'an seorang isteri mestilah hanya ekslusif kepada yang berhak sahaja. Orang luar, orang ketiga, keempat mahupun ke-5000 tidak berhak menikmati hak ekslusif tersebut," kataku.
"Tapi sekarang dah ramai sangat orang bersosial di Facebook tanpa mengenal adab dan hak yang kau cakap tu. Tu pasal senang je kes-kes curang dan cerai berlaku. Betul?" kata Zaki.
"Selain tu, ramai orang dah tak boleh nak bezakan kemesraan antara suami isteri dan kemesraan awek dan balak. Yang keluar berdating kat tasik dan kat downtown tu kita pun tak tahu dah kahwin ke belum. Semua sama je," kata Syukur.
Aku menjawab, " Hah betul la tu. Korang pun faham kan? So, tak perlulah aku nak menerangkan dengan panjang lebar kenapa aku memilih pasal jodoh ni. Karang aku cakap panjang-panjang korang kata aku berceramah pulak kan?"
"Hehehee... Betul tu Best. Jangan berceramah. Kau tak ada tauliah," kata Syukur.
"Lagipun kami dah jemu dah dengar Naqib ibnu Harun berceramah," kata Zaki pula.
"So, Husna macam mana Best?" Zaki bertanya pula.
"Err... Buat masa ni biarlah dia hidup dengan cara dia," jawabku.
"Kau nak ke tak nak? Cuba cakap jelas sikit.."
"Melihatkan cara dia sekarang, lebih baik aku katakan TAK NAK kepada dia, dan kepada mana-mana perempuan lain yang korang cuba kaitkan dengan aku yang berperangai macam dia jugak. Tapi kita tak tahu, kalau-kalau dia dah tukar cara, ikut adab pergaulan yang lebih menepati syariat, mungkin aku akan consider. Puas hati?" kataku.
"Ikut suka kau la Best. May the 'best' be your bride, Best!" kata Syukur sambil menepuk bahuku.
"Yes, aku pun ingin mengucapkan all the best untuk usaha mencari jodoh kau Best," kata Zaki pula.
"Haha!" Badar ketawa. Dia yang mulakan perbincangan tidak berfaedah ini dan aku sebagai subjek pula yang menjadi mangsa.
"Haha, iyalah tu. Ya sangatlah. Macamlah aku ni terdesak sangat nak kahwin?"
Cukup satu jam.
Satu Jam Sahaja
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) Satu Jam Sahaja- Tajuk cerpen ini tiada kena-mengena dengan isinya. Satu jam itu adalah tempoh masa yang saya ambil untuk menulis cerpen ini. Enjoy, dan semoga bermanfaat insyaAllah.
- azimtyping
- 13 years ago
-
2) cerita bermesej tapi dalam bahasa santai yang mencakup massa luas sentiasa menjadi kesukaan saya!
pemilihan pasangan saya juga adalah tambahlebih acuan best. tak sanggup kita penat-penat bekerja cari rezeki, dosa-dosa kering dari akaun orang lain berbondong-bondong masuk ke akaun dosa suami :-s- cahatomic
- 13 years ago