Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Itik Hodoh v2.0

 

 

Petang yang indah.

Air tenang kali disapa angin-angin nakal ; mencuit mengusik hatinya - yang tergetar dengan manisnya cinta.

Beralun-alun ombak kecil; tidakkah kalian mendengarkan tasbihnya?

 

Warna jingga dari langit simbah atas kali, atas pepohonan atas rerumput, memberi sephia buat yang melihat.

Cuba lihat di sana; kecipak air bersahut dengan kuek ibu itik diikuti satu-satu anak-anaknya.

Seakan-akan berkata : "Anak-anak, masuk air perlu dayung ya. Bismillah."

Ibu itik menggoyang-goyangkan ekornya ke kiri, ke kanan.

Satu, dua, tiga, empat...

 

Eh?

 

~~~

 

Keretapi di atas air. Pernahkah kalian melihatnya?

Ia keretapi yang sangat lambat. Dengan kepala kereta yang besar sekali-sekala melaungkan 'hon', dan gerabak-gerabak comel mengekor di belakang.

 

Sephia. Matahari merah di horizon.

Gerabak-gerabak kecil bergerak, bergerak - air bergenang ke tepian.

 

Tiba-tiba kayuhan terjeda. Hampir saja tersondol ke depan, ibu itik menahan anak-anaknya.

Seekor angsa menerpa ibu itik sambil berkata-kata dalam bahasa.

 

Ibu itik mengerutkan keningnya dan mula bertarungkata dengan sang angsa.

Bagaikan tiada hentinya. Matahari sudah tinggal asap ; mereka masih lagi bertengkar.

 

Anak-anak itik terkejut melihat ibunya dipatuk ganas sang angsa.

Masing-masing mereka memegang dada-dada mereka - takutkan jantung mereka terperanjat lalu meloncat keluar.

 

~~~

 

Seekor anak itik keluar ke depan.

Tapi warnanya lain sekali. Pucat seperti bulan pagi.

 

"Ibu.", ujarnya sambil melihat ibu itik.

"Mari balik!", teriak angsa itu.

Sedikit terkejut, membuatnya hanya mampu menjeling dan tunduk di depan angsa.

 

"Saya yang besarkan dia. Saya lebih berhak untuk menjaga dia.", bantah ibu itik.

"Apa yang kau tau pasal angsa? Hah?"

 

Angin malam menderu-deru.

Sejuk beku. Seperti hati angsa yang beku.

Seperti hati ibu itik yang biru.

 

"Saya mungkin tidak tahu apa-apa pasal angsa. Tapi saya yakin, saya mampu mendidiknya menjadi angsa yang baik!"

"Cakap kosong! Kau rakyat biasa takkan pernah jadikan dia sebagai seorang bangsawan; kerana kau tidak pernah tahu apa-apapun tentang kami. Yang kamu tahu cuma ikan, rumput, berenang, membuat kecoh kuek-kuek-kuek..", olah angsa panjang lebar sambil mengejek-ejek peribadi ibu itik.

 

 

"Sehina-hina aku, aku tak pernah buang anak aku.", ucapnya lemah.

Detaran suaranya. Angsa kerdil itu cuma dapat melihat; ibunya sedang menangis, dan tak berdaya membuat apa-apa setelah ditarik kasar oleh ibu kandungnya.

 

"Kau cakaplah apa kau nak, itik. Yang penting, ini anak aku. Pewaris keturunan aku. Aku yang lahirkan dia, aku punya suka lah nak ambil balik. 

 

Kau ingat aku tak tau kisah moyang aku si Ugly Duckling? Kaum kamu ni bukan boleh harap sangat.

 

Perasan baik konon. Puih!", ludah angsa ke muka ibu itik, "Kamu budak-budak, bila dah besar jangan jadi macam mak kamu ni. Perosak. Munafik!", teriak angsa lagi.

 

"Angsa! Kalau aku tau beginilah perangai kau, aku langsung tak mau terima anak haram ni untuk aku bela!", bentak ibu itik.

 

Mata mereka berdua membengkak. Saling berpandangan tanpa kejip.

 

"Anak haram? Saya ni anak haram? Apa tu anak haram, ibu?", soal angsa kerdil kepada ibu itik.

Pandangan mereka semua tertumpu kepadanya.

 

Malam gelap tanpa pelita.

 

Ibu itik cuba memandang ke langit. Kaca-kaca jernih di pelupuk mata. Kaca-kaca yang menghiris hatinya.

 

"Itik tak tau malu! Manada anak haram. Ini anak aku dengan suami aku, Putera Angsa. Kau jangan tuduh macam-macam!", ujar angsa sambil menyondol kepala ibu itik dengan jari tengahnya, "Angsa anakku sayang, mari kita balik, ya?"

 

"Saya tak nak. Saya nak dengan ibu. Saya bukan angsa. Saya itik."

 

"Kau tak mau balik? Ok. Ok!

 

Tinggal dengan plebeian ni, sampai kau mampus!

 

Tunggu sajalah masa kau, itik!", teriak angsa sebelum beralih.

 

~~~

 

Angsa kerdil yang masih belum tahu apa-apa itu segera mendapatkan ibunya, dan memeluknya.

 

"Ibu rasa syukur sangat, anak-anak ibu masih sayangkan ibu. Anak ibu semuanya itik. Tak ada lain."

 

Anak-anak itik yang lain bersama-sama dipanggil ibu itik untuk bernaung di bawah sayapnya - bersama angsa kerdil itu - mendakap ibu mereka erat-erat.

 

~~~

 

Bulan panjat turun langit. Sekali menampakkan cuma bagian belakang, dan kadang-kadang memperlihatkan wajahnya yang pesona mata memandang.

 

Anak-anak itik kini semua sudah besar. Ada yang sudah berkeluarga. Ada yang sudah mulai berdikari mencari haluan.

 

Angsa? Yup. Angsa itu juga menjadi angsa. Yang akhirnya mewarisi takhta ayahnya - untuk memerintah Negeri Angsa.

 

Ibu itik kini tidak lagi seperti dulu; tinggal di tepi tasik. Meredah hutan kecil, semak samun, air di kali.

Ibu itik kini hidup bersama anaknya angsa di istana.

 

Ibu itik seringkali menceritakan bila bertemu dengan Raja Angsa, "Anak ibu masih ingat tak? Dulu anak ibu takut untuk terbang. Ibu ajar pelan-pelan. Sampai anak ibu semua pandai terbang."

 

Ia perasaan kasih. Dan angsa merasa ianya benar. Di hujung cerita, angsa akan memastikan untuk memeluk dan mengucup dahi ibunya seraya berkata, "Saya itik. Bukan angsa. Bila saya bersama ibu."

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) WAH. tak sangka the ugly duckling ada sambungan sebegini rupa. boleh dikategori karya interteks saya kira.

    bermesej, perlambangan yang bagus.

  • (Penulis)
    2) Terima kasih atas feedbacknya. Feedback yang membina, saya rasa.

    Tegur-tegurlah sekiranya saya ada silap mana-mana.

Cerpen-cerpen lain nukilan BulatBulat

Read all stories by BulatBulat