Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mistikus ♥ Hari Lompat

 

Gadis berskrit biru itu berlari laju. Skirt yang berbentuk A-line yang dipakainya agak membataskan langkah. Sepatu biru muda polka dot berinchi satu setengah telah patah di sebelah kiri. Dengan keadaan tergopoh gapah dia berlari mengejar bayangan seorang pria.

Krekkkkk...!

Hujung skrit yang di pakainya terkoyak kerana tersangkut pada pagar besi yang sudah karat. Titik-titik keringat membasahi dahi mengalir ke pipi merahnya.

"Eduardo! Eduardo!". Dia berteriak seakan ingin semua orang berhenti dan menahan orang yang dikejarnya itu.

Dibiarkan cebisan kain yang tersangkut di pagar itu. Tangannya seakan-akan ingin menggapai sesuatu tapi tak sampai. Langkah kaki semakin cepat. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon dari arah kanan.

PON PON PON!!

Sebuah mobil merah menghampirinya dengan laju dari jarak 5 meter. Maria tidak sempat mengelak. Kakinya kaku. Dia tergamam dan bibirnya hanya menyebut satu nama. Lontaran suara antara dengar dan tidak.

"Eduardo"

Sepantas itu juga pemandu mobil merah itu menekan pedal brek. Stereng diputarkan 360 darjah. Tapi sayang, mobilnya masih tidak dapat mengelak dari menabrak gadis itu.

Skrekkk!

Bayangan pria yang dipanggil Eduardo itu mulai kabur. Sedikit-sedikit bayangan itu kelam, gelap dan kemudian hitam.

*******

Eduardo memandang gadis berskrit biru muda itu. Hari ini si gadis tampil berlainan, mungkin kerana ini pertama kalinya dia melihat gadis itu bersepatu tinggi.

"Maria"

Gadis itu berpaling, terukir senyuman yang paling lebar dari bibir berona merah muda. Di tangan gadis itu, sejambak bunga ros merah kira-kira separuh dozen digenggam kemas. Dengan culas Eduardo merenggangkan otot pipinya untuk membalas senyuman itu.

Lalu dia duduk di bangku berdekatan dengan air pancur yang bertingkat-tingkat. Tidak semena-mena Maria berdiri di hadapan Eduardo. Kemudian dilonggarkan lututnya. Kini dia benar-benar di hadapan Eduardo sambil berlutut. Jambangan bunga di hulurkan pada Eduardo.

Mahu tidak mahu Eduardo mengambil jambangan itu, hatinya tidak enak.

"Eduardo, hari ini 29 Februari Maria Isabel ingin menyuntingmu. Sudikah dikau menjadi pasangan hidup ku?"

Mata berwarna hazel masih merenung ke wajahnya. Eduardo mulai resah. Tidak bukan ini yang dia mahukan.

"Maaf Maria tapi aku tidak mungkin bersama mu. Sebenarnya hati ku milik orang lain. Bukan kamu. Maaf"

Lalu jambangan bunga bertukar tangan. Tanpa sedar, air jernih mulai membasahi pipi Maria. Jambangan bunga tadi dilontar sekuat hati, entah kemana sasarannya.

"Tunggu Eduardo! Tunggu!". Dia harus cari tahu siapa yang berada di dalam hati jejaka itu. Dia masih belum mengerti kenapa selama ini Eduardo melayannya dengan baik. Apa tujuannya? Dan kenapa Eduardo membuangnya begitu saja ketika dia mulai mendedahkan isi hati.

Dengan kudrat yang tidak seberapa, dia mengejar Eduardo. Kejar dan kejar lagi. Sampai dia tidak sedar tumit sepatu yang di sebelah kiri sudah patah. Dia masih ingin mengejar bintang hatinya itu.

*******

"Kau gila!!" Suara Annabella bergema di dalam kamar beradu.

"Aku ingin melakukannya Annabella. Ini saja cara untuk aku mendapatkan kepastian. Dan aku pasti jawapannya adalah positif." Terpancar cahaya di mata Maria sewaktu mengucapkannya.

"Tapi bukan 29hb Feb Maria. Tidak bolehkah kau tunggu untuk sehari lagi?"

"Tidak aku sudah nekad. Tolong doakan aku. Jika tidak kau akan lihat aku sengsara seumurnya", mendatar suara Maria sambil memandang sayu Annabella seolah menagih pengertian.

Itu kali terakhir Annabella melihat teman sekamarnya. Yang pasti tindakan nekad temannya itu bisa memakan diri.

********

Kabus tebal menghiasi pandangan Maria. Antara nampak dan tidak dia melihat kelibat Eduardor melambai ke arahnya. Dia lihat Eduardor menangis meminta tolong. Memanggil namanya tapi suara Eduardor seakan tenggelam timbul. Maria cuba melangkah, kakinya kebas. Rantai besi yang sudah karat warnanya merantai kuat pergelangan kakinya. Dia cuba memaksa untuk berjalan. Perit. Terlalu kuat rantai itu merantai kakinya. Dia memandang ke arah Eduardor. Kabus tebal membatasi penglihatan. Bayangan Eduardor mulai hilang.

"Eduardor! Eduardor!" jeritan bercampur tangis seakan ingin memecah kabus-kabus dihadapannya.

"Maria! Syukurlah kau sudah sadar!"

Annabella menggengam erat tangannya. Dia tidak mengerti. baru tadi dia melihat Eduardor dan kini dia berada di bilik bercat putih. Yang aneh dia kini berpakaian hijau lumut.

'Kemana skirt biru muda ku? Kemana sepatu tinggi polka dot ku?' bisik hati.

"Aku dimana?"

"Kau berada di rumah sakit Maria. Tabahkan hatimu. Aku selalu ada untuk mendukungmu" Annabella cuba untuk menenangkannya.

"Aku ingin bertemu Eduardor...aku cuma ingin bertemu dia Anna!", dengan sedaya upaya Maria cuba bangkit dari tempat pembaringannya. Sedikit pun kakinya tidak bergerak. Kebas. Lalu dia menyelak selimut yang membaluti kakinya. Kaget.

"Maria...dokter bilang kau tidak lagi mampu berjalan normal..Kaki kirimu lumpuh kesan pelanggaran mobil itu..Maria..."

"Sudah...! Sudah! Mungkin ini sudah takdir hidupku.Eduardor...mana Eduardor aku hanya mahu bertemu dengannya" Titis air mata tidak dapat dibendung lagi. Takdir yang tidak boleh dielakkan. Kini dia hanya cuma ingin bertemu Eduardor.

"Maria kau harus kuat" lengan Maria dipegang kejap.

"Eduardor....dia sudah tiada"

Maria mengenggam bucu katil. Dia meraung sekuatnya. Kelam, pandangannya benar-benar kelam. Pingsan.


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Saya suka penceritaan dan latar yang dibina

    Kenapa ek, tak boleh 29 Feb? Saya tak arif tentang taboo yang ini.
    Kenapa Eduardo mati pula?
    Sayang hujung pangkalnya agak kabur :-s
  • 2) Apa pun, saya suka cara penceritaan yang membikin seperti jigsaw puzzle.
  • 3) Macam telenovela pulak..

Cerpen-cerpen lain nukilan sayapatah

Read all stories by sayapatah