Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dunia Kecil Si Putih

 

Dedikasi buat sahabat maya ku : Roket Kertas

Di suatu kawasan terpencil, yang jauh di pedalaman.  Suatu tempat dimana manusia tidak pernah tahu. Si Putih tinggal keseorangan di dunia kecilnya. Dunia yang aman dan damai. Namun Si Putih sedih kerana dia tidak mempunyai sahabat. Setiap hari Putih merenung dari jendela rumahnya.  Satu perasaan muncul setiap kali dia termenung di situ. 'Bagaimanakah dunia luar? Putih ingin tahu, begitu indah kah dunia itu?' Hati Putih berbisik setiap kali dia di situ. Sehinggalah pada suatu hari yang indah. Sang suria menyinari pagi dengan cahayanya. Si Putih membuat keputusan untuk mengembara ke dunia luar. Hasratnya cuma satu dia ingin mencari seorang sahabat. Dia tidak mahu hidup sendiri lagi. Maka bermulah pengembaraan Si Putih.

Si Putih meneruskan pengembaraannya. Suatu ketika dia berhenti. Melepaskan lelah "Kawan, di mana saya ingin mencari kamu?" "Siapa yang ingin berkawan dengan saya?" Rintih Si Putih di bawah dedaun yang rendang. Lalu Si Putih naik ke tempat yang tinggi, dilihatnya ke bawah. Hampa tiada siapa yang di jumpa. Si Putih penat. Dia hampir putus asa. Perlukah dia meneruskan pengembaraan ini. "Oh dunia luar", keluh Si Putih. Dia melihat ke arah jalan pulang. "Putih merindui dunia kecil", bisik hatinya. Adakah sudah tiba masanya Si Putih pulang?

Si Putih meneruskan pengembaraannya. Pencarian ini harus diteruskan. Bisik hatinya. Walaupun hatinya berbelah bahagi namun semangat dan firasatnya masih kuat. "Suatu hari pasti akan ada yang akan berkawan dengan Putih", Si Putih cuba menyakinkan dirinya. "Penatnya", keluh Si Putih. Sudah beberapa hari Si Putih berjalan. "Oh dunia luar, berikan Putih harapan. Kasihan la pada Putih. Putih hanya ingin mencari kawan", sekali lagi putih merintih sambil matanya melilau melihat sekeliling. Akhirnya Si Putih pulang ke dunia kecilnya. ''Mungkin ini takdir Putih, hidup keseorangan di dunia kecil Putih ni'', keluh Si Putih. ''Mungkin sebab Putih tak cantik tak siapa ingin berkawan dengan Putih..hmm mungkin'', rintih Si Putih sambil melihat dirinya di cermin. Keesokan harinya Si Putih pergi ke pintu gerbang dunia kecilnya lalu merenung ke arah dunia luar. 'Tak sangka Putih akan kembali ke dunia kecil ini dan meninggalkan dunia luar dengan begitu cepat', bisik hatinya. Di sebelah petang pula, Si Putih sedang asyik melayan perasaannya di jendela rumahnya.  Tiba-tiba ada suara yang menyapanya. "Hai, apa awak buat sendirian di sini" Si Putih terdiam seketika. Adakah makhluk berwarna merah ini akan menjadi kawannya? "Nama saya Merah. Selamat berkenalan" Maka bermulalah persahabatan antara Si Merah dan Si Putih. "Putih esok Merah akan ke sini lagi ya, mulai sekarang Merah akan temani Putih sampai bila-bila", janji Si Merah. Alangkah bahagianya Si Putih. Rupa-rupanya dia tidak perlu pergi jauh untuk mencari sahabat. Di dunia kecil itu sudah ada yang sudi bersahabat dengannya. "Putih indahnya cuaca hari ini kan? Angin sepoi bahasa, bunga tersenyum riang dan matahari memberi sinar yang menghangatkan alam. Damai. Putih rasa begitu tak?", tanya Si Merah. "Adanya Merah di sisi Putih dah cukup buat Putih rasa sedamai ini", jawab Si Putih tersipu malu. Sejak pertama kali berjumpa Merah tempoh hari, Putih merasakan harinya penuh makna. Bersama Merah banyak yang Putih belajar mengenai persahabatan.

Merah ramah, sangat ramah. Ada sahaja yang diceritakannya kepada Si Putih. Mengenai kehidupan, mengenai dunia luar yang Si Putih pernah pergi suatu masa dulu untuk mencari sahabat. Si Putih pendiam, banyak mendengar, kadang-kadang tersenyum. Dia suka mendengar cerita Si Merah. Tingkap itu menjadi saksi kisah 2 orang sahabat berkongsi rasa. "Putih esok Merah datang lagi ya. Merah pulang dulu. Jaga diri", seperti biasa sebelum pulang itulah ucapan Si Merah pada Si Putih. Keesokan harinya Si Merah datang seperti biasa. Tetapi kali ini dia tidak nampak Si Putih. "Di mana Putih nih? Selalunya tidak begini", timbul persoalan tentang ketiadaan Si Putih tidak seperti selalunya. "Putih oh Putih. Putih!! Kamu di mana?" , jerit Si Merah kerisauan.  Kemana mungkin Si Putih menghilang? Si Merah mencari Si Putih di tempat mereka selalu bertemu. Ya di jendela itu mereka selalu berkongsi cerita. Namun tiada Si Putih di situ. Lalu Si Merah pulang dengan hampa. . .  Sudah lama Si Putih bersembunyi di situ, tempat yang selalu Si Merah lalu.  Dia ingin membuat kejutan buat Si Merah. Pasti Si Merah suka, duga Si Putih. Hari ini kan harijadi Si Merah jadi Si Putih bercadang untuk membuat kejutan kepada Si Merah. Hadiah buat Si Merah pun telah Si Putih sediakan. Harap Si Merah suka dengan hadiah ini. Si Putih buat sendiri tau. Sudah seminggu Si Putih tunggu Si Merah.  'Putih penat tunggu Merah. Kenapa Merah tak sampai lagi, hari dah lewat petang' bisik hati Si Putih. 'Merah tak nak kawan dengan Putih lagi ke?' Termenung Si Putih di sebalik jendela. 'Putih rindukan Merah' T A M M A T

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hehe, kenal ni. mentega terbang.
  • 2) gambar2 yang superb. sebenarnya gambar2 tu dah cukup bercerita. ayat pendek2 pun dah cukup! Nice!
  • 3) wahh! suka suka. stail cerita yang menarikk! gambar tu semua pakai effect miniature eh?

    bestlah!
  • 4) wah kakam!
    homeynyeew
  • 5) cantik gambar2. kreatif

  • (Penulis)
    6) xConRadx : guna nick sama mestilah kenal kan

    Kurusawa : tq, hehe rasanya takyah letak ayat dah leh imaginasi cite dia cane kan?

    cahatomic : thanks stail cerita kanak-kanak riang..yup kawan saya punya gambar. ni satu2nya effect miniature yang di buat.

    MissClarks : homey mcm kakam tak?heehee...

    kamalia : mekasih, saya cuma pinjam gambar kawan buat cerita
  • 7) Oh, terus jatuh chenta... Sangat sweet...

  • (Penulis)
    8) ridhrohzai : foto-foto itu memang manis kan.hehe

Cerpen-cerpen lain nukilan sayapatah

Read all stories by sayapatah