Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Perang Tetikus
Suhu dewan kuliah pada tahap 20 darjah Celcius. Angin menderu-deru keluar dari penyaman udara tergantung di dinding namun suasana tetap panas di dalam dewan.
“Ini adalah satu kemunafikan terhadap perkara asas. Kita perlu menjunjung asas yang diletakkan dan cuba memperbaiki tetapi tidak lari dari asasnya.” Tangannya di tunding-tunding bagi memantapkan lagi hujah yang sedang dibicarakan. Tekaknya terasa kering namun beralah tidak sekali. Dia pantang undur!!
“Teknologi tanpa wayar bukan sahaja tidak stabil malahan tidak bertahan lama bagi penggunaan berpanjangan!” Urat lehernya menegang, kepalanya terasa ringan dan telinganya panas. Jantungnya mengepam darah laju ke mukanya.
“Tapi kau kena ingat, penggunaan komputer berjangka hayat 3-5 tahun sahaja sebelum teknologi komputer itu menjadi kuno. Kita di zaman teknologi maju makanya mahukah kita menjadi manusia kuno berpegang kepada teknologi terkebelakang?” Tona suaranya menekan-nekan perkataan kuno, di kepala amarah membara apabila dia dikatakan munafik. Darahnya mengelegak, bila-bila masa kerusi yang dia duduki bakal bercium dengan muka orang didepannya.
“Ok..sudah-sudah.” Suara itu pantas memintas perdebatan hangat. Nampaknya, perbincangan yang sepatutnya berjalan secara aman nampaknya bertukar hangat dan hamper-hampir sahaja bertukar menjadi pergaduhan.
Dewan yang membahang dek perdebatan hangat tadi sunyi sepi. Masing-masing menahan nafas, menanti apa yang bakal diucapkan oleh suara yang memintas tadi.
“Disebabkan perbincangan kita tadi nyaris melangkah keluar dari ruang selamat…”
Mata si pemintas memandang ke arah isi dewan itu. Nampaknya suasana agak tenang berbanding 15 saat tadi. Dia berhenti seketika untuk memerhatikan sebarang reaksi namun setiap mata Cuma bertumpu kepada si pemintas dengan penuh tekun.
“Saya mahu kamu habiskan perbincangan tadi dengan memilih samada kamu berpihak kepada tetikus tanpa wayar atau tetikus berwayar secara bertulis. Make it as your assignment. I got surprise for best opinion.”
Dia sebetulnya mahu perbincangan dengan lebih teratur, tiada unsur-unsur emosi terpalit pada perbincangan ilmiah. Dan ketegangan antara dua pelajar berdebat sebentar tadi agak merunsingkan dia.
“Ok, class adjourned. Deadline minggu depan, Selasa sebelum pukul 5.” Dia menghabiskan kelas. Kedengaran beberapa suara mengeluh.
---------------
Rabu tiba.
“Ok guys, behave yourself.”
“Best opinion bagi pro-wireless and pro-wired so I choose best from each side.”
Kelihatan beberapa wajah-wajah tidak sabar.
“Bani, your opinion teerrrbaik untuk pro-wired. Datang ke depan, I got surprise for you.”
Kedengaran beberapa suara bertanya, “Surprise apa, sir?”
“Adalah. Tunggu je ye.”
Dia menyambung, “Untuk pro-wireless, Piko sila datang ke depan. “
“Wooooo…” Kedengaran hampir serentak dari seluruh isi kelas.
-----------------
Sejarah pergelutan, perbalahan dan episod bertikam lidah hingga hampir membawa kepada bertukar penumbuk dan penerajang sering terjadi antara Bani dan Piko.
Semuanya bermula dari perbezaan idelogi dalam perebutan jawatan ketua blok Lampan di perkampungan mahasiswa. Bani mempunyai pengaruh kerana bapanya merupakan alumni yang banyak menyumbang kepada university. Piko pula penentang terhadap pengaruh Bani kerana terdapat lebih ramai yang berkelayakan dari Bani.
Dari saat itu, apa sahaja yang dibawa oleh Bani akan ditentang oleh Piko sekalipun Piko bersetuju dengan beberapa perkara yang dibawa oleh Bani. Dan episod perbalahan antara mereka semakin buruk dari hari ke hari.
---------------
“Ok, Bani dan Piko. Mulakan perbincangan. Yakinkan your friends with your ideas. Bani, you can start first. “
Dia mengarahkan Bani untuk bermula. Piko hanya tersenyum sinis.
Asyik-asyik Bani. Asyik-asyik Bani. Bukan bagus sangat pun Bani tu. Getus hati Piko.
Bani menghela nafas. Dia cuba mencari-cari pembukaan terbaik.
“Penggunaan tetikus berwayar adalah pendekatan yang paling tepat terhadap penjimatan dana university yang boleh disalurkan ke arah pembangunan pelajar dan pembaikpulihan universiti. Jika kita lihat, kenapa perlu kita menukar sesuatu yang telah sekian lama kita gunakan jika yang lama itu masih berfungsi seperti adanya?”
Senyap sunyi dewan kuliah. Cuma kedengaran penyaman udara berbunyi dan batuk-batuk kecil.
“Dana yang kita belanjakan bagi menukar tetikus berkenaan boleh digunakan untuk pembaikan sistem parkir di dewan kuliah atau menganjurkan aktiviti rapat umum bersama canselor.”
Bani menarik nafas panjang.
“Penggunaan tetikus tanpa wayar menambah beban dalam hal pembelian bateri bagi tetikus berkenaan. Juga, kita dapat lihat tetikus yang ada sekarang lebih murah berbanding tetikus tanpa wayar.”
Bani mengangguk kecil. Piko pula bersuara tanpa dapat ditahan-tahan lagi.
“Lihatlah sikap pro-wired yang menolak terhadap perubahan. Kita dapat lihat bahawa tetikus berwayar bukan sahaja ketinggalan zaman tetapi juga lebih mudah rosak akibat penggunaan kerap oleh para pelajar. Tidak dapat dinafikan perbuatan menarik-narik tetikus berwayar untuk mencari posisi tangan lebih selesa menyumbang kepada kerosakan utama tetikus berwayar. Tetikus berwayar tidak fleksibel rekaannya dan wayar menyebabkan sukar bagi pengguna mencari kedudukan yang ergonomik.”
Piko diam seketika, matanya liar memerhatikan reaksi sidang dewan.
“Kesan jangka panjang terhadap penggunaan tidak ergonomik boleh menyebabkan carpal tunnel syndrome dan stress terhadap postur badan. Adakah kita ini terlalu berkira mengenai kesejahteraan kita untuk masa ke hadapan hanya kerana mahu mengekalkan tradisi lapuk. Tidak perlu lah saya sebutkan tetapi dapat dilihat bahawa pihak pro-wired tidak serius dalam menangani kebajikan pelajar dan university tapi lebih suka menghabiskan dana terhadap perkara hedonism dan retorik kosong.”
Sebilangan pelajar bertepuk tangan. Kebanyakkan menunjukkan muka bosan. Pertarungan ego antara Bani dan Piko berterusan.
----------
“I think both pro-wired and pro-wireless deliver their points aggressively. Tapi saya masih tidak dapat memilih siapa yang memberikan pendapat yang terbaik.” Tutur dia kepada seluruh dewan.
“Satu lagi surprise sebelum kita bersurai…” Dia menggantung ayatnya. Seluruh dewan yang mulanya membuat muka bosan kembali mengalihkan perhatian terhadap dia.
“Pihak universiti meminta dekan kita supaya membuat laporan perbandingan antara pelbagai sistem kompiter bagi tujuan baikpulih kemudahan makmal komputer di universiti. Ilham dekan supaya pelajar kelas ini diberikan perhatian terhadap tetikus.”
Dia menghela nafas. Sebilangan pelajar ketawa kecil.
“Yeah, I know. Kinda overkill, right?” Dia sendiri tertawa.
“Tapi…..” Dia kembali berhenti seketika. Semua pelajar menunggu dengan penuh sabar apa yang cuba dilafazkannya.
“Saya akan hantar kedua-dua pro-wired and pro-wireless to our dean and administration for their decision. Saya harap improvement effort ni boleh consider either one side of the argument. “
Dia Cuma tersenyum. Kelas selesai untuk hari itu.
--------------
13 Julai 2012
MEMORANDUM: PENGGANTIAN KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER
Pihak universiti mengumumkan bahawa berkuatkuasa 1 Ogos 2012, kesemua komputer di makmal komputer digantikan dengan komputer tablet.
Pelajar diingatkan supaya menggunakan kemudahan yang diberikan mengikut arahan yang ditetapkan.
Yang berkhidmat,
Azman B Aziz
Pendaftar
Universiti Barat Malaysia (UBM)
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) Haha siot je! Lps tu, apa jadi kat dedua tu?
- uculer
- 12 years ago
-
2) cerita berisi begini berbaloi dibaca
ah, tapi kesudahan agak tergantung untuk orang yang tak banyak berfikir macam aku- cahatomic
- 12 years ago
-
3) HAHAHA. Keji weh. Ending tukar semua tablet itu adalah satu sarcasm tahap tertinggi. LOL
- rearrange
- 12 years ago