Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mikro Ramadhan

 

Aku hairan apabila aku rasakan semakin lama semakin aku kurang mengenali manusia. Apakah kerana kurangnya perhatian menjadikan kehidupan hari-hari mereka mendesak kepada perhatian atau bagaimana, berkali-kali aku cuba jelaskan di sini bukan tempat untuk kamu berbogel hari ini dan beberapa hari kemudian kamu memetik firman.

Di sini juga bukan medan untuk kamu melancarkan perang dan boikot terhadap Israel setiap kali Nakba namun beberapa jam kemudian kamu tewas kepada keluarga kamu yang merengek-rengek mahukan cheeseburger Mekdi.

Lebih-lebih lagi hari ini apabila taring engkau sudah semakin panjang, maka air liur engkau berjejeran membasahkan bisa pada manusia-manusia yang engkau anggap tolol dan tidak berguna. Karena engkau fikir mereka itu pelajarannya tidak sampai ke bumi para anbia’. Lalu engkaulah yang paling benar dalam hal ehwal rohani dan jalan pulang kepada tuhan.

Aku juga lelah setiap kali sepanjang tempoh aku bernafas modal kamu cuma berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Kurma sebagai makanan paling seksi dalam hirarki pemakanan yang bilamana kamu mahu realis, tanyakan pada diri kamu dan kamu sendiri akan tahu bagaimana kurma cuma berkhasiat pada bulan Ramadhan.

Dan ibadah-ibadah mengejar Qiamullail buat pemalas-pemalas yang cuma mahu berdoa pada satu malam berharap pada malam itu pokok-pokok bersujud agar tuhan menganugerahkan kekayaan sekaya Firaun, kehebatan sehebat Daud dan Sulaiman.

Ramadhan kali ini jadi satu daerah terpencil untuk aku. Bilamana aku bangun pada malam mula Ramadhan sekadar untuk memasang niat sahaja aku berpuasa atas nama Tuhan dan kemudian aku cuma perlu tidur sehingga ke akhir bulan. Justeru karena bulan ini khusus untuk orang-orang atas nama agama yang mulutnya terlalu besar. Yang bercakap seperti mata air telaga zam zam. Tidak berhenti.

Tin kosong yang menjengkelkan.

Benar-benar menjengkelkan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sinikal yang menekan..heh!
  • 2) Ni nak lepas perasaan..

  • (Penulis)
    3) kurusawa: menekan-nekan

    ciksal: lelah
  • 4) MENARIK GAK...

Cerpen-cerpen lain nukilan Nizaris

Read all stories by Nizaris