Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Soalan Gudun

  • 4
  • Rizzy
  • 12 years ago
  • 5,082
  • FREE

 



Gudun bertanya pada ayah:

“Ayah, kat sekolah agama ustazah cakap solat tu wajib,..”

“Ha..memang la..”

“Tapi kenapa Dun tak pernah nampak ayah solat pun?”

“Emm…err..ayah solat la, kamu tu yang tak nampak..”

“Oh..dalam mimpi eh?”

 Gudun menjawab di dalam hatinya.

 

Maka, sambil cuba menghafal surah at-Takaathur, Gudun bertanya pula pada ibunya:

“Mak..kat sekolah kan, ustaz cakap orang pumpuan wajib tutup aurat..”

“Ha..memang la..”

“Tapi kenapa mak tak tutup aurat pun Dun tengok..”

“Emm…err..dalam rumah tak payah la..”

“Alah, kalau mak keluar pun tak pakai tudung..”

Gudun menjawab di dalam hatinya.

 

Gudun lantas pergi ke depan televisyen mendekati kakak dan abangnya.

“Abang..kakak, Dun nak tanya..”

“Ha..apanya Dun..?” balas si abang.

“Kat sekolah, cikgu cakap menuntut ilmu agama tu wajib, betul ke?”

“Memang lah dik..kita kena tahu siapa Allah, kenapa kita hidup atas dunia ni, untuk apa..”

“Tapi ..kenapa abang dengan kakak 24 jam asyik belajar ilmu bisnes, ilmu buat bangunan je..lepas tu tengok tv..tak belajar pun ilmu agama..”

“Em…err..”

Gudun masuk ke bilik dan meneruskan penghafalan surahnya.


 

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

[1]
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!"

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) haha, paktam..maknanya "seeing is believing" hehe
  • 2) cerpen ni buat org tengok diri balik. mana kurang, topup. thanks abg riji. nice.
  • 3) surah tu memang buat meremang bulu roma
  • 4) alhamdulillah. tazkirah yang super timely dan bagus untuk dijadikan pedoman.

    thank you si darah manis.

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy