cerita pada separuh malam

 

 

Bini aku tengah sarat mengandung oleh itu dia asyik tak sihat. Malam tu dekat rumah, bini aku khabarkan kepada aku yang dia mengidam anggur. Dalam penuh tersirat dia minta aku tolong carikan anggur.

Katanya kepada aku secara ringkasnya begini: alangkah baiknya kalau dapat makan anggur sekarang ni. Dari segi saintifik anggur tu buah banyak vitamin baik untuk perempuan mengandung. Juga berkhasiat untuk bayi dalam perut. Dan entah apa-apa lagi dia berbasa basi dengan aku hakikatnya nak suruh aku pergi cari anggur momen itu juga.

Pada firasat aku dia tengah mengidam. Kalau tak takkanlah tiba-tiba saja dia kempunan anggur tengah-tengah malam buta pukul 12 tengah malam masa burung-burung hantu tengah bersenggama ni.

Pada hemat aku perempuan yang mengidam tengah mengandung ni super sensitive macam kertas litmus. Khabarnya perempuan tu boleh jadi sampai ke tahap meroyan atau gila  kalau tak dapat benda yang diidamkan.

Maka aku pun kenalah pergi cari anggur tengah malam tu. Bukan sebab aku takut bini tapi sebab aku sayang bini aku. Aku tanya bini aku dia nak anggur kaler merah atau hijau. Dengan biji mata yang bersinar-sinar lagi bercahaya dia cakap dia berkehendakkan anggur hijau yang tak ada biji supaya mudah dikunyah, ditelan, dihadam dan diberak.

Lepas tu dia tanya aku dekat mana aku nak pergi cari anggur hijau tak ada biji masa burung-burung hantu tengah bersenggama ni. Aku cakap aku nak pergi rumah nyonya lucy tokey kedai buah dekat pekan tu. Nak beli anggur dekat dia.

Cerita jadi pendek, aku pun sampai dekat rumah nyonya lucy. Aku nampak rumah dia cerah lagi maksudnya orang dalam rumah tu masih tegar berjaga. Aku dengan penuh keyakinan diri mengetuk pintu rumah. Uncle Tat laki nyonya lucy bukak pintu. Aku tengok dia pakai baju pagoda tanpa pakai seluar menampakkan anu dia. Mungkin tadi dia tengah bersenggama dengan nyonya lucy tak sempat atau malas pakai seluar masa nak bukak pintu.

Dia tanya aku apa hal kacau dia tengah-tengah malam buta ni. Aku beritahu dia bini aku mengidam berkehendakkan anggur-hijau-tak ada-biji sekarang juga. Tegas aku kalau dia tak dapat bagi anggur-hijau-tak ada-biji tu aku akan tembak dia dengan bini dia sekali. Aku pun tak tau dari mana aku dapat keberanian tu padahal aku tak bawak pistol pun malam tu.

Uncle Tat yang ketakutan tu pun jemput aku masuk rumah sambil dia terkocoh-kacah pergi mengambil anggur dalam peti sejuk tempat simpan stok buah di dapur dan memberikan kepada aku. Aku menarik nafas lega di atas pemberiaan tersebut yang ku anggap sebagai anugerah tidak terhingga. Sebagai tanda terima kasih tidak terhingga, aku pun mengucup kepala botak uncle tat sebelum beredar.

Aku pun balik rumah gembira alang kepalang seumpama aku baru menang loteri 1 juta. Aku sampai rumah. Lepas park kereta aku lari terkocoh-kacah tak sabar hendak mempersembahkan anggur-hijau-tak ada-biji dekat bini aku. Aku buka pintu sambil panggil nama bini aku. Tapi bini aku tak jawab. Aku rasa dia tertidur.

Aku masuk rumah cari bini aku. Lepas tu aku nampak lampu bilik air terbuka. Aku tengok dalam bilik air. Aku nampak bini aku terbaring atas lantai. Bini aku tak sedar. Darah pekat menyimbah atas lantai. Aku tekan butang panik!

Aku nak telefon ambulans tapi aku tak tau nombor. Aku panggil jiran aku minta tolong angkat bini aku masuk dalam kereta nak hantar pergi hospital. Jiran aku komplen kata bini aku berat. Katanya bini dia lagi ringan. Tak apalah, yang penting nasib baik jiran aku tak tidur lagi sebab dia kata dia baru balik jirat cina pergi puja mintak nombor ekor dekat hantu cina takde kepala.

Dekat hospital doktor kata bini aku selamat. Aku lega. Lepas tu doktor kata anak aku tak selamat sebab bini aku jatuh bilik air perut dia terhempas atas lantai. Lepas tu aku jadi gila sebab trauma. Lepas sembuh dari gila aku pun tulis cerita ini sebagai kenang-kenangan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Suami Isteri

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan heylelaki

Read all stories by heylelaki