Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Suku Suku
Aku buka mata. Menguap luas. Tangan di depa panjang. Bangun pagi ni terasa semua malas. Macam lagu Bruno Mars. Lazy Song!
"Today I don't feel like doing anything!" Aku menyanyi kecil dalam bilik air.
Usai solat subuh..aku termenung di meja belajar. Buku rujukan bertimbun atas meja hanya dipandang sepi. Memang aku malas hari ni!
Jam di atas meja aku jeling. rambut aku sikat rapi. Helmet di atas meja aku capai. Kunci motosikal kapcai aku pula dah ada dalam poket jaket. Bersiul-siul aku menapak ke laman.
"Nok make gapo hari ni nih!?" Aku garu kepala.
"Jai!"
Aku dongak. Jo dah tersengih di jendela.
"Mu nok gapo?"
"Hang nak pi sarapan kan? Aku nak kirim nasi belauk la! Hang belikan aku lauk ayam!" Laung Jo dari jendela.
"Yo la! Mu jange pulok buat tahi mato bila aku kelik! Nanti basi nasi mu tu!" Aku mula hidupkan enjin motosikal.
TIBA di kedai makan, makcik Senah dah tersengih di atas meja panjang. Macam tulah gaya seorang penjual nasi belauk. Di depan makcik Senah ada tiga jenis lauk. Gulai ayam,gulai ikan dan nasi kerabu. Semuanya diisi dalam periuk besar-besar. Aku pandang pula lengan makcik Senah. Gelang sudah separas lengan. Lumrah orang berniaga. kalau tak tunjuk gelang, tak ada namanya peniaga berjaya. Aku sengih.
"Jai! Awal sampai?" Laung makcik Senah.
Aku parkir motosikal sebelah kedai. Perlahan aku menapak ke meja. Makcik Senah bersila cantik depan periuk besar-besar tu.
"Nak makan apa hari ni?" Tanya makcik Senah.
"Hmm..ambo ingat hari ni nok make nasi kerabu la. Bubuh sambal lado tu banyok sikit deh. Bui pedah sikit." Aku menapak ke meja makan.
Makcik Senah angguk-angguk. Dia segera menyediakan nasi kerabu dalam pinggan. Seketul ayam goreng turut diletakkan dalam nasi kerabu bersama keropok dan solok lada. Fuh! Terangkat aku makan nasi kerabu pagi tu. Walaupun makcik Senah bukan orang pantai timur tapi masakannya setaraf dengan air tangan orang sana. Kira boleh masuk tekak aku la.
"Mokcik! Bukuh nasi belauk so! Lauk gulai aye. Bubuh lauk suku suku." Sempat aku pesan nasi belauk yang dikirim Jo tadi.
"Hah? Suku suku?" Laung makcik Senah lagi.
"Ho! Suku suku!" Aku sengih. Entah faham ke tidak makcik Senah ni. Aku dah la pekat loghat aku ni.
Perut aku dah kenyang. Selepas bayar semua nasi kerabu dan nasi belauk yang Jo kirim, aku pecut motosikal balik ke rumah semula.
"Hok aloh! Tido lagi mamat ni! Bangun la wei!" Aku kejutkan Jo yang masih berselimut. Ni bangun subuh ke tidak ni??
Jo menguap. "Hang ada beli tak nasi aku?"
"Ado ni. Aku letak atas meja ni." Jai letak bungkusan nasi belauk atas meja.
Jo cepat-cepat bangun dan mandi.
Jai berehat di atas katil Jo sambil memetik gitar menyanyikan lagu Bruno Mars.
Selesai mandi Jo capai bungkusan nasi belauk. Perutnya dah berkeroncong.
"Aik! Awat sikit sangat ni??" Jo pandang nasi dalam bungkusan.
"Sikit gaponyo?" Jai bingkas bangun. Dia lihat nasi dalam bungkusan tadi. Memang sikit. Nasi dan lauk ayam tak sampai pun separuh.
"Aku mana cukup makan banyak ni. Hang beli macam mana ni?" Jo pandang Jai yang dah garu kepala.
"Aku suruh mokcik Senah tu bubuh mace biaso. Lepas tu, aku suruh dia bubuh suku suku. Yo la..mano tahu mu bangun lambat. Kalu campur kuah gulai tu dengan nasi, nanti cepat basi pulok." Jai sekali garu kepala. takkan makcik Senah tu tak tahu. Aku ni pelanggan tetap dia.
"Patut la.." Jo ketawa.
"Patut la gapo?" Jai berkerut kening.
"Hang sebut suku suku tadi kan?"Jo tanya Jai.
Jai angguk.
"Ni mesti makcik Senah tu ingat hang nak suku je. Jadi dia bubuh la suku je semua lauk dan nasi ni. Adeh! Hang ni pun!" Jo dah gelakkan Jai.
Erk! Salah aku ke?? Suku suku? Memang betul la!
"Lain kali hang kena cakap...asing-asing!"
"Mu make la! Aku letih doh! Today I don't feel like doing anything!" Jai hempas tubuhnya atas katil semula.
Jo geleng kepala. Jai..Jai..tak hilang pekat bahasa kau tu.
Nota : make = makan
gapo = apa dia
jange = jangan
kelik = balik
bui = kasi, beri
aye = ayam
pedah = pedas
bukuh = bungkus
so = satu
tido = tidur
mace = macam
kalu = kalau
awat = kenapa
pi = pergi
* Mari belajar bahasa kita...:)