Kau, Kuah Satay dan Simfoni Hidupku

 

Ia merupakan penerbangan pagi. Lapangan terbang sesak dek berakhirnya musim perayaan.

Kau masuk ke kabin dan ditempatkan di sebelah seorang perempuan. Kau terlihat jemarinya lantas kau cenderung untuk percaya dia masih berstatus cik.

Baru sahaja berlepas masing-masing tertidur. Tetapi kau dikejutkan oleh pramugari yang memanggil kau dengan nama ayah. Mungkin dia ingat kau orang Belanda, mungkin.

Dia menghidang makanan yang kau tempah. Aroma Chicken Satay Wrap segera mengeruk perut kau yang belum berisi.

Kau lihat sebelah dan cik belum bernama masih lena. Baru mahu berbasa-basi mempersila makan. Tak mengapa, kau pun mulakan sarapan di angkasa.

Wrap panas itu benar-benar membuka selera. Ayam yang empuk, rempahnya cukup, diselikan hirisan sayur. Itu adalah sarapan di awan terbaik yang kau nikmati sejak 2013.

Keenakan juadah di tangan akan berakhir dalam beberapa suapan. Kau pasrah. Mungkin kau patut tempah dua lain kali. Sedang kau membenamkan gigitan akhir... crettt!! Kuah satay dari wrap memancut.

Kau gelabah. Baru sedar hukum fizik telah menarik kuah-kuah ini terkumpul di bahagian bawah hingga mampu meledak sebegitu rupa.

Kau lihat baju dan seluar. Fuh, lega. Tiada kesan pancutan. Tapi kau kembali resah sebab kau yakin kau lihat ada percikan kuat sebentar tadi.

Keresahan bertukar jadi kegugupan apabila kau akhirnya terlihat tompokan kuah di skirt labuh warna violet gadis di sebelah. Cukup bersari dengan rempah dan minyaknya. Terliput kawasan sebesar kira-kira 14 biji saga yang berserakan. Kau dapat mengira luas dengan tepat sebab si gadis masih lena.

Penerbangan masih berbaki 30 minit. Pada kau ada sepotong tisu yang telah kotor mengelap bibir. Persoalannya, apakah tindakan yang akan kau ambil?

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tukar seat haha
  • 2) ohoiiii encik caha. lama sy tak ngejoin sini. pekaba? br online selepas berapa tahun. terus Nampak nama yg familiar ni.
    tinggal name caha, uculer je yg familiar. lain, x kenal da.
  • 3) Belikan gadis yang masih terlena sehelai skirt labuh baru sejurus turun dari airport. Honesty is the best policy. Mana tahu boleh ada sambungan cerita lagi lepas ni. Hewhewhew.

  • (Penulis)
    4) Uculer: penerbangan musim raya masakan ada kerusi kosong

    Fuh! Nameless. Its been a while kan. Tu lah, saya last update pun 2012 Okey. Baru akhir-akhir ni tiba-tiba pergi gatal menulis.

    Wallawalawa: Kalau awak yang tertidur tu lepas tu dapat skirt labuh baru, apa yang awak akan lakukan
  • 5) Saya akan memulakan persoalan, pertanyaan dan mungkin perkenalan. Tapi harap tak disudahkan dengan pergaduhan. Kahkah!

Cerpen-cerpen lain nukilan cahatomic

Read all stories by cahatomic