Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bom email DBP: Hasilnya?

  • jojo
  • 16 years ago
  • 1,808

 

Serunaifaqir baru-baru ini telah menghantar satu cerita tentang Tunas Cipta. Tertarik dengan beberapa lagi ulasan beliau seperti Panduan Penulisan : 1 - Format Biodata Ringkas, Panduan Penulisan 2 : Kata-Kata Aluan dan Panduan Penulisan 3 : Tip Menghantar Karya (Cerpen dan Puisi) maka telah saya hantar beberapa karya picisan saya kepada emel yg tertera dalam tulisan beliau.

Saya telah melakukan satu kerja tergopoh-gapah yang mana saya telah menghantar 3 cerpen dan 2 puisi secara serentak berserta biodata saya. Taulan semua, diharap jangan mengulangi kesilapan saya. Sila rujuk Panduan Penulisan 3 oleh saudara serunaifaqir sebelum menghantar karya-karya anda untuk Tunas Cipta.

Cerpen-cerpen picisan dan puisi-puisi naif yang saya hantar adalah:

1) Betelguese, Aldebaran dan Measat 77
2) Kencana dan Arjuna
3) Indera Panji dilanggar Todak
4) Cinta Kimia dan Sedikit Biologi
5) Cinta Pengamal Matematik Tambahan

Mahu tahu apa hasilnya?

Berikut adalah sedikit daripada emel yang dijawab oleh Bonda Noraini:

Salam Johari.
Bila bonda baca tulisan Johari, bonda teringat tulisan Ahmad Patria
penulis sains fiksyen muda, amat mirip. Ada potensi yang cukup besar.
Adakah Johari mantan MPR?.
...

Lalu saya terfikir. Siapakah Ahmad Patria? Dan apakah pula MPR? Lalu, terus sahaja saya gelintar 2 frasa nama tersebut lalu saya menemukan:

1) Ahmad Patria adalah penulis Saga Artakusiad

2) MPR adalah Majlis Penulis Remaja

Lalu, dengan rendah hati.. saya meletak dedak di mata kail lalu cuba memancing bonda itu ke Kapasitor

Salam Bonda,

Terima kasih kerana layanan baik bonda. ampunkan saya kerana saya
masih setahun jagung tiada mengenal Ahmad Patria itu. MPR itu juga
tidak saya faham. Adakah merujuk kepada Majlis Penulis Remaja? Jika
itu maksudnya, saya tidak pernah menyertai mana-mana pergerakan
penulis.

Jika Bonda ada kelapangan, besar harapan saya supaya Bonda boleh
meluangkan masa ke www.kapasitor.net. Di sana, terlalu ramai remaja
kita yang potensinya jauh lebih besar daripada saya.

...

Lalu dijawab oleh Bonda Noraini:

Salam Johari,
Alhamdulillah, bonda sudah menjegah kapasitor dan sudah pun mendaftar
sebagi ahlinya. Wah..memang banyak penulis berbakat. Tapi hanya si
sinikah saluran mereka?

....

dan

Maaf terlupa..Yer MPR ialah Majlis Penulis Remaja? Adakah Johari
berminat untuk menyertainya? 2 minggu lepas DBP ada mengiklankan
pengambilan MPR untuk sessi 2008. Jika berminat, bonda masih boleh
membantu untuk Johari menyertainya.

Saya percaya semua team pengelola Kapasitor termasuk Kapasitor Bahasa Melayu, Kapasitor English dan Kapasitor Bahasa Indonesia komited dan ikhlas dalam mengasah dan meletak karya anda ke satu maqam yang tinggi. Cuma, kadang-kala kekangan kerja, masa dan keluarga menyulitkan sedikit sumbangan mereka. Dan memang saya akui, terlalu banyak karya dan penulis dalam Kapasitor yang hebat-hebat. Dibandingkan dengan saya yang cuma tahu programming picisan ini, saya rasa anda semua lebih layak berada dalam kelompok sastera dan mengangkat kualiti penulisan negara kerana MPR berhadapan dengan satu masalah sejak ditubuhkan 23 tahun yang lepas;

Hanya 10 peratus daripada graduan MPR yang aktif menulis dan menghasilkan karya berkualiti. Mana yang lain?

Jadi, anda tunggu apa lagi?

Jika saya yang picisan ini boleh, mengapa anda yang jauh lebih hebat masih mengorek hidung menunggu dan membuang masa serta mengabaikan bakat yang Allah beri percuma?

Do the right thing!

Baca perbualan