Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Kisah Suka dalam Duka part 1

Cerpen sebelumnya:
Bukan Putera Biasa
Cerpen selanjutnya:
Kisah Suka dalam Duka part 2

“Kak long, Am, nanti ikut mak dengan abah pergi rumah orang kahwin. Mak tak masak lunch,” ibu tiba-tiba mengeluarkan surat perintah. Aku dan adikku, Ammar saling berpandangan.


“Kak long makan luar,” jeritku.


“Am nak study,”kata Ammar dalam masa yang sama.


“Jangan nak mengada-ngada. Mak tahu, pukul 12.30 semua orang dah siap,” aku mendengus kecil. Ammar pun begitu juga. Tak standard betullah pergi kenduri kahwin. Kalau saudara mara, boleh juga aku tunjuk muka comel lagi ayu dan bergaya. Ini, entah rumah siapa pun aku tak kenal.


“Am nak study la, mak. SPM dekat dah ni,” Ammar masih mencuba nasib. Eleh budak ni. Bila free, tak nak study. Bila mak ajak keluar, baru tergedik-gedik nak belajar. Macamlah aku tak tau, ko memang takkan pegang buku punya!


“Kak long malaslah mak. Ingatkan balik rumah nak rehat,” aku mengomel. Melihatkan wajak emak yang menjeling manja, aku dan Ammar tiba-tiba menjadi anak yang soleh dan solehah.


“Penat sangat ke nak pergi kenduri? Macam dia pulak yang masak, basuh pinggan. Am, jangan nak mengada-ngada kata nak belajar. Balik nanti boleh belajar. Tak adanya kamu fail SPM sebab pergi kenduri kahwin! Dah, jangan nak banyak alasan. Susah betul nak mengikut kita. Kawan-kawan mak nak jugak jumpa anak-anak mak. Dah macam tak beranak je kita dibuatnya,” amboi mak. Pedas dialog mak tu! Sentap kami di sini.

Aku bukan nak menderhaka ke, apa ke. Aku memang rimas kalau pergi kenduri kahwin. Mesti ada yang tanya, “Bila nak kahwin? Teringin nak rasa nasi minyak rumah kamu” dan bla bla bla. Kalau nak makan nasi minyak, mari sini beramai-ramai. Aku dengan bermurah hati boleh order nasi minyak buat santapan anda sekalian.

Umur aku baru 24 tahun, darah manis lagi. Apa nak kejar-kejar? Aku wanita bekerjaya! (aku tidaklah laku sangat sebenarnya. Kerjaya cuma alasan semata-mata)


“Mak, kak long seganlah. Nanti mesti kawan-kawan mak tanya bila kak long nak naik pelamin la, nak makan nasi minyak la. Rimaslah,” aku meluahkan perasaan jujur pada emakku yang comel sepertiku ini, tapi emak cuma menjegil.


“Emak pun nak tahu, bila kak long nak kahwin? Dah tua bangka pun single lagi. Mak kahwin dengan abah masa umur 19 tahun tau?” aku mengeluh kecil. Apa mak ni? Tak memahami perasaan gundah gulana aku ke? Sia-sia aku berlaku jujur.


“Kot-kot nanti jumpa sesiapa kat kenduri kahwin ni, siapa tahu jodoh kak long?” mak melancarkan roket dari mulutnya. Tersentap gegendang telinga aku! Ini sebenarnya sebab musabab mak suruh aku pergi rupanya. Oh, pandai berpura-pura ya mak?


“Anak kawan mak tu, bukannya tak ada. Ramai yang kosong. Kak long je yang tak pernah tunjuk muka,” emak melancarkan roket lagi. Banyak pulak roket yang mendarat kat telinga aku hari ini. Aku menggaru-garu kepala. Kuno jugak rupanya emak aku ni. Nak mencarikan jodoh untuk anak dara sunti dia ni. Aku cuma mengeluh panjang. Emak tak ada tanda-tanda nak mengalah. Johan debat peringkat negeri tu, jangan dibawa berunding. Kalahlah kau sebelum kau dikalahkan.

Aku memandang Ammar yang cuma diam daripada tadi.


“Apa pandang-pandang kak long?!” aku menjerit tiba-tiba padanya. Ammar menjelir lidah. Ammar ni memang bagus. Takut nak lawan cakap emak. Konon anak yang baiklah tu. Podah!

 

‘mujur emak berkeras ajak saya. Kalau tak, saya takkan jumpa awak. Hehe…’

********************************************************************************************************************************
 

“Ini ke anak sulung kau, Sarah?” orang pertama sudah memulakan tindakan. Aku tersenyum manis, seperti seorang anak yang baik tingkah lakunya. Saya Natalia, makcik.


“Yang ni sulung, Natalia. Yang lelaki tu bongsu, Ammar. Nak SPM tak lama lagi ni. Main memanjang, belajar tidak,” Ammar sentap. Patutlah budak ni berkeras tak nak pergi. Dialog pertama emak, dah bom dia. Terbakar Ammar, terasa bahangnya di belakangku. Aku mengusap-usap perlahan belakang badan Ammar. Sabar dik, sabar.


“Orang dah cakap tak nak pergi, dah tahu dah emak nak cakap apa,” Ammar berbisik perlahan di telingaku. Abah di sisi emak cuma diam dengan senyuman tak lekang dari bibirnya.


“Ala, sekali-sekala. Apa salahnya?” kawan emak sekadar berbasa basi. “Yang ni, dah kahwin ke belum?” jari si tuan rumah menunding ke arahku. Kan aku dah cakap! Tua sangat ke aku sampai ‘kahwin’ sangat wajib? Emak menjeling sekilas, aku menjeling Ammar. Ammar jungkit bahu tanda berserah.


“Tengah mencarilah ni. Dia kerja memang tak ingat dunia. Aku makan nasi minyak anak kau dululah,” perlahan nada emak. Aku mengeluh kecil. Emak memang tak pernah memahami, detik hati kecilku.


“Eh, jemputlah makan. Lama pulak kita borak. Sila-sila,” akhirnya, perbualan ringkas dengan tuan rumah di tamatkan secara tidak rasmi. Lega rasanya, lepas bala pertama.


“Bang, jom ambik makanan,” emak memanggil abah. Amboi, anak-anak yang emak beria-ria bawa tadi, tak nak ajak ke? Boikot kang, lari balik rumah baru tau.

 



“Sarah! Sini, ada kosong,” terdengar suara separuh menjerit seorang wanita separuh abad memanggil emak. Alamak, duduk sebelah kawan emak ke? Bala kedua sudah datang.


“Dah lama kau sampai?” kata emak sambil menarik perlahan kerusi di sebelah kawannya, di ikuti oleh abah, aku dan Ammar. Mujur keluarga kami dan keluarga kawan emak ni je yang ada dalam satu meja ni. Kalau datang segerombolan kawan-kawan emak, mau tercekik aku sepanjang kemasukan nasi minyak ke dalam badanku nanti.


“Baru juga. Anak kau ke ni?” aku dan Ammar tersenyum kecil sambil memandang kawan emak itu. Kamilah anak Puan Sarah Mahmud dan Encik Zainal Ariffin. Selamat berkenalan, mak cik.


“Iya. Yang perempuan tu sulung. Aku pernah cerita kat kau pasal dia,” selamba emak menjawab sambil memulakan suapan nasi minyaknya. Makcik itu lantas memandangku membuatkan aku serta merta tercekik walaupun aku belum mula makan. Emak menyebarkan cerita apa pasal aku?


“Oh, Natalia?” mak cik berkebaya hijau itu bertanya selamba padaku. Aku mengangguk kecil sambil tersenyum. Aku, kalau depan orang lain memang pijak semut pun tak mati. Kalau kat rumah, memang kena campak gaung awal-awal dah.


“Anak kau tu, yang mana satu?” emak pula bertanya. ‘anak kau tu’? lain macam soalannya. Tolonglah janganlah kata emak dan makcik kebaya hijau ni cuba menjodohkan aku dan…


“Yang baju hitam tu. Zarul namanya,” jawabnya. Lelaki yang dipanggil Zarul itu pula tersenyum pada emak. Aku menjeling sekilas, boleh tahan orangnya. Berkemeja hitam lusuh lengan pendek, duduk berhadapan denganku.


Not bad,” Ammar berbisik perlahan.


Shut up!”


Kami meneruskan suapan yang sedikit tergendala tadi. Masing-masing menikmati nasi minyak yang di hidangkan. Emak dan kawannya masih rancak berbual. Abah pun turut sama berbual dengan suami kawan emak. Tinggallah kami si muda mudi ini berdiam diri. Selain Zarul, ada seorang lagi budak kecil lelaki di sebelahnya. Zarul sibuk melayan kerenah si kecil itu,maka tinggallah aku dan Ammar yang terkapai-kapai menghabiskan nasi minyak yang keras sikit ni.

 



“Kak long, Am. Emak nak masuk sekejap, tengok pelamin. Nak ikut tak?” aku dan Ammar berpandangan, kemudian secara serentak kami menggelengkan kepala dengan pantasnya. ‘Sekejap’ emak kata? Tak mungkin. Lepas tengok pelamin, tengok bunga telur, lepas tu tengok bilik pengantin. Lepas tu? Berborak sakan.

Tinggallah aku, Ammar dan abah sendirian. Abah sibuk berborak. Kami pula, sudah dilanda kebosanan.


“Bah, kitorang duduk sana,” kataku sambil menunding jari ke arah sepohon pokok rendang lengkap dengan kerusi kayu, tidak jauh daripada rumah pengantin. Abah mengangguk kecil merelakan pemergian kami.


“Nak ikut?” aku bertanya pada Zarul yang kini sudah memangku si kecil itu di ribanya. Ammar tergamam sesaat dengan tingkahku. Beraninya kak long tegur bakal suami!


“Boleh jugak,” jawab Zarul. Kami sama-sama bangun dan melangkah perlahan ke kerusi kayu antik itu.

 

‘our first dialogues to each others.. and there’s, the start of everything’

****************************************************************************************************************************** 

“Awak dulu sekolah menengah Kampung Jawa, kan?” soalan Zarul membuatkan aku diam. Ex-schoolmate aku ke mamat ni? Mana dia tau? Ammar di sebelahku cuma diam.


“Saya sekolah situ juga. Classmate awak,” terjerut leher aku saat itu jugak. Classmate?! Takkan classmate sendiri aku tak kenal? Tak mungkin. Eh, sebentar!


Zarul? Seorang lelaki yang sangat pendiam dan pemalu sakan tu! Zarul di depanku ini, ternyata tidak langsung sama dengan Zarul yang dahulu membuatkan aku….. speechless!


U probably dah lupa kat saya, but you still remain in my memory,” dia tersenyum kecil sambil membetulkan kedudukannya yang sedang meriba si kecil tadi.


“Saya ingatlah. Saya belum hilang ingatan lagi. Tapi honestly, lain gila awak sekarang!” Zarul cuma ketawa kecil mendengrkan kata-kataku.


“Awak pun lain,” katanya pula. Aku sedikit janggal dengan perbulan kitorang ni. Sepatutnya, kami ber’aku engkau’. Pelik pulak bunyinya ber’saya awak’.


So, apa seorang radiographer tu actually?” aku terdiam lagi kali ini. Dia tau aku kerja sebagai radiographer?! Nampak sangat dia risik pasal aku! Bukan nak perasan, tapi sangat terang dan nyata ok?


“Mana awak tau pasal kerja saya?” lain pula yang aku balas. Silalah beri jawapan yang manis-manis seperti, ‘saya suka awak, saya banyak ambik tahu pasal awak selama ini’.


My mom told me,” alamak. Lain pula jawapan yang keluar. Aku berdehem kecil.

Back to your question. Radiographer tu sebenarnya adalah seorang juru x-ray. Kitorang ambik x-ray, CT Scan, MRI, Mammography dan apa-apa yang related dengan diagnostic imaging,” jawabku ringkas. Malas mahu menerangkan terlalu details. Takut dia lagi faham pulak nanti.


So, awak kerja kat hospital?” tanya Zarul lagi. Apa punya soalan tu? Takkan ambil x-ray patient dekat rumah?


“Yalah, encik oi. That’s for sure,” balasku selamba. Dia cuma tersenyum kecil. Murah senyuman mamat ni.


“Awak? Buat apa sekarang? Tu, anak ke?” double unrelated soalan aku berikan. Cuba kita dengar jawapnnya. Betul, atau salah?


“Anak tu dah betul, tapi bukan anak kandung. Anak saudara je,” satu markah untuk Zarul kerana menjawab satu soalan sahaja. Status, GAGAL. Sila mengulang semula pengajian anda.


“Saya tanya 2 soalan tadi,” aku cuba mengingatkan Zarul yang amnesia.


“Oh ya! Saya sekarang kerja, engineer kat Pasir Gudang, Johor. Ini pun, balik weekend jumpa emak ayah. Esok balik Johor,” jawabnya ringkas.


“Saya pun kerja kat Johor! Somewhere in JB. Balik esok juga,” kataku dengan nada girang. Tak sangka, classmate aku ada juga yang kerja sama negeri dengan aku. Dia sama tertawa kecil.


Kami terus berbual panjang meninggalkan Ammar. Sambil itu, aku sibuk bermain denagn Adli, si kecil yang merangkap anak saudara Zarul itu. Ammar pula terkapai-kapai, tidak tahu menyampuk perbualan panjang kami.

 

 



“Aku jumpa Zarul kat kenduri kahwin kawan emak aku tadi!” aku menceritakan pertemuan aku pada Zurin, rakan baikku sejak zaman sekolah menengah lagi melalui telefon.Itulah kerja kami, berborak sakan di telefon macam couple. Almaklumlah, masing-masing single. Topup handphone tapi tak guna nak buat apa?


“Zarul? Siapa Zarul?” Zurin bertanya bodoh. Tapi, soalan itu sangat logik. Zarul tidaklah sepopular mana ketika zaman sekolah. Orangnya sangat pendiam dan pemalu.


“Zarul, si nerdy? Extra-pendiam dan double extra-pemalu? My classmate. Remember?” aku cuba menyingkap kembali memori tak berapa indah kami kepada Zurin.


“Oh, yang macam muka cina sikit tu? Putih-putih?” Zurin pula cuba meneka. Ya, tepat sekali jawapan anda!


“Yup, that is Zarul,” jawabku.


So? Apa yang kau excited sangat? Zarul je?” biadap punya Zurin. Selamba badak je dia cakap macam tu? ‘Zarul je’?


“Dia no more nerd ok? Dia dah smart gila. Rambut spiky, pakai lens, tinggi! Walaupun muka dia biasa je, tapi dia seriously stylo!” dengan semangat kental aku berbiacara. Tersembur-sembur air liurku. Rosak handphone aku, basah dek air liur.


“Serius? Teringinnya aku nak tengok dia!” Zurin mula excited sepertiku. Memang beginilah perangai kami bila bertemu semula dengan mana-mana rakan sekolah dahulu. Masing-masing sudah jauh berbeza, dan sangat matang. Tidak kurang juga mereka yang berubah macam orang putih.


“Aku ada ambik gambar dengan dia. Nanti aku send via YM!” sempat aku ambik gambar dengan Zarul tadi. Sudah jelas menunjukkan kegatalanku.


“Oh, dulu masa dia nerd kau tak pandang,” Zurin cuba mengusikku. Aku cuma ketawa besar.


Hello babe. Dulu, akulah satu-satunya perempuan yang bercakap dengan dia tau? Kau ada nampak mana-mana perempuan lain yang cakap dengan dia? Zero!” kataku bangga. Memang benar pun. Bukan nak berlagak (tak perlu berlagak untuk dapat bercakap dengan Zarul pun!) cuma berlaku jujur.


 
Babe, ceritalah lagi pasal Zarul!” Zurin tidak melayan kata-kataku. Dengkilah tu!


“Kau tahu, dia graduated from Amsterdam, mechanical engineering tu. Hot guy!” aku ketawa dengan kata-kataku. Dulu, kami sering merasakan sesiapa yang mengambil jurisan kejuruteraan adalah ‘hot’. Zurin turut ketawa. Rindu pula aku untuk berjumpa Zurin. Walaupun kami sibuk berborak di telefon dan Yahoo Messenger, tapi kami tidak pernah berjumpa pangsung sejak tamat sekolah. Zurin telah berpindah ke utara tanah air. Setiap kali kami mengatur perjumpaan, ada sahaja halangan yang menduga. Lansung, kami tidak pernah bersua muka sejak itu.


“Adoi, cair pula aku dengan dia nanti! Kau ada ambik contact number dia tak?” Zurin bertanya tak pernah jemu.


“YM je. Lepaslah kan?” kami sama-sama tertawa.


“Nak! Bagi aku nanti!” kata Zurin excited.


“Boleh blah. Aku nak mengorat dia ni!” kami ketawa lagi, seiringan. Dan perbualan tentang Zarul berlarutan panjang.

********************************************************************************************************************************** 

 

to be continued 


Cerpen sebelumnya:
Bukan Putera Biasa
Cerpen selanjutnya:
Kisah Suka dalam Duka part 2

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

zira

im just an ordinary girl who loves to write..
nameless | Jadikan nameless rakan anda | Hantar Mesej kepada nameless

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nameless
Detik Akhirku | 2513 bacaan
Ini Cerita Kami | 1023 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final) | 2445 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 2 | 2286 bacaan
Kasih Diana | 1021 bacaan
'i do' | 1175 bacaan
Cinta Buta | 2664 bacaan
Impian | 1401 bacaan
Kera Sumbang | 1560 bacaan
Kisah Seorang Sahabat | 5266 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Kisah Suka dalam Duka part 1
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Red Rabbit

Long before he was President or head of the CIA, before he fought terrorist attacks ...
Price: RM 8.00


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik