Tahun Baru, Palestin dan Darah

 

Sampai kapan kah  derita ini, alam kelam tidak berbintang....

'Man, malam esok apa cerita? Ko lepak mana?.' Sapa Az kepada teman serumahnya.

'Err.. Ntah.. Jap lagi aku jawab soalan ko tuh, nak fokus tonton berita ni..' Man endah tak endah dengan pertanyaan Az kerana sedang kusyuk dan emosi terganggu semasa menonton berita..

Berita di TV:

"Palestin hari ini sekali dilanda kezaliman rejim Zionis. Kanak-kanak dan kaum wanita serta rakyat tidak berdosa dibunuh. Rakyat sedunia hampir semuanya bisu dan pekak. Ditambah dengan sikap tidak bertanggungjawab Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan rejim Zionis. Peristiwa yang tidak bertamadun ini hanya boleh diselesaikan dan dihentikan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Intifada ke-3 akan dilancarkan.." - Ulasan daripada pemberita segak berkot bertali leher ditemani pasangan wanita rambut perang bergincu merah di kaca televisyen.

'Err.. Az, ko tanya nak lepak mana malam esok tadi kan?' Man cuba mengingati kembali soalan Az semasa dia tengah kusyuk tadi.

'Iyala, kau ada rancangan tak?' Az kemudiaannya menanti jawapan dengan penuh riak-riak tidak sabar.

'Tahun lepas kau habis banyak duit di Laundry Bar, aku ingat lagi. Berbucket-bucket kau order, siap buat booking lagi. Tahun ini mesti lagi dasyat.. haha..' Az menokok tambah lagi.

'Tahun ini, aku nak duduk rumah. Kau nak keluar, pegilah. Aku takde perasaan.' Balas Man ringkas kepada Az.

Pertama kali Az mendengar kata-kata Man begini kepadanya, nyata dia agak kaget dan was-was dengan sikap temannya yang berubah tiba-tiba selepas berita seksyen Dunia pukul 8 malam itu tamat. Man jarang menolak pelawaan temannya, malah sekali untuk menidakkan parti-parti atau hiburan sebelum ini. Kali ini berbeza sekali suasana.

Menjelang tahun baru, akan ada poster-poster kecil mengiklankan arak-arak murah dan hiburan-hiburan serta sambutan bunga api. Umpama perayaan. Semua kaum menyambutnya, tidak kira Cina, India mahupun Melayu. Bak kata Perdana Menteri, 'perpaduan kaum' katanya. Jangan dikatakan arak, budaya bunga api-apian dan budaya menyambut tahun baru sudah menjadi tren. Tren sedunia. Jadi tidak hairanlah kalau Imam hadhari dan gerombolan lainnya juga mahu mengikut tren ini, kononnya menonjolkan imej 'keurbananisasian' atau 'kemetropolitan'.

'Erk.. Kenapa?' Az keliru.

'Saja' Balas Man.

Tiada siapa tahu. Tiada siapa mahu tahu. Bercelaru dan haru biru. Deruman mat-mat rempit dan kereta di jalanraya sangat menganggu dan merungkah emosi dan mentalnya. Flatnya yang berkedudukan disebelah jalanraya, pasti semua sudah tahu bagaimana rasanya. Bising dan bingit. Kota ini tidak menjamin kebahagian, kota ini berserabut dan kabut.

Seketika..

'Palestin.. Murahnya harga kamu.. Lebih murah lagi daripada darah-darah binatang. Zionis, kau kejam. Kau mencengkam kezaliman dan kejahatan. Kau syaitan. Kau babi. Kau adalah manusia yang hatinya sebusuk najis..' Man mengeluh keseorangan sambil berbaring, tangan bertelekup di atas dahi di dalam kamarnya.

'Apa aku mahu buat? Aku sudahlah jahat. Diri aku penuh dosa. Aku hanya bersimpati. Mati aku sudah pasti di neraka. Setitik arak sama dengan 44 hari. Bagaimana pula jika bergelen-gelen yang sudah aku minum. Setitik arak bukan sahaja 44 hari, setitik arak sama dengan setitik darah rakyat Palestin. Arak-arak ini semua adalah penyumbang kepada ekonomi si Zionis itu.'

Man berkelana seorang diri. Dia terumbang-ambing memikir sejenak kenangan silamnya. Kenangan dan lipatan sejarah yang sudah berlalu.

'Helo, Assalamualaikum. Az.. Sambutan tahun baru kali ini.... Aku sambut di Palestin. Kau tolong bagitahu keluarga aku. Aku sekarang sudah di KLIA dan lagi 5 minit aku akan berlepas. Beritahu mak dan adik-adik aku, abangnya mahu menebus dan mahu syahid di bumi Palestin.'
Mesej pesanan ringkas yang dihantar Man kepada Az.

Az bungkam dan terkedu, baru dia tahu mengapa Man menolak pelawaan untuk menyambut tahun baru bersama.

'Man, aku doakan kau disana..' Rengus hati Az sambil tangannya menggeletar selepas membaca teks pesanan ringkas dari Man.


SAFE PALESTIN!! LUKA MEREKA LUKA KITA SEMUA, TUNJUKKAN BAHAWA KITA SEMUA BERSAUDARA!!!!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) kita hanya boleh mendoakan dari jauh agar keamanan kembali bertapak di Bumi Palestin, mereka semua adalah saudara kita....
    Allahu Akbar!!!!
  • 2) wow :)
    nice one!

  • (Penulis)
    3) Thanks.. Terima kasih.. Safe Palestin!!!
  • 4) aha...
    lain drp yg lain...
    safe palastine!
  • 5) hanya dgn berdoa shj kah yg mampu kita buat???
  • 6) syahid di palestin..cukupkah?

    :)

    sekurangnya..masih ada kesedaran buatnya~ ameen
  • 7) huhu..

Cerpen-cerpen lain nukilan Kareem

Read all stories by Kareem