Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

imaginari, 20/02/2014

 

Tangan aku mencatat cepat-cepat idea Professor Green, professor omputeh daripada salah sebuah universiti di UK, yang sedang membuat presentation tentang co-collaborative research. Dia pulak duduk di sebelah aku, menguap, mengeluh dan menggoyang-goyang kaki. Bosan agaknya.

Kali ini dia tak bersinglet hijau lumut dan berskinny jeans luntur. Kali ini dia berkemeja hitam dengan belang nipis muat-muat badan, dan berseluar slack slim fit. Kasut biasalah, kasut Adidas stripe hitam, design lama. Rambutnya kemas, tapi kemas tak skema. Dia duduk di sebelah aku, sesekali menguap, dan akhirnya dia sandarkan kepalanya kat bahu aku.

Aku senyum sendiri, tapi aku cuba untuk tak layan dia, sebab dia tak real.

"Tak bosan ke?"

Aku cuma mampu geleng sikit, konon-konon stretching otot leher. Kang kalau geleng betul-betul kang ada yang ingat aku tak setuju dengan hujah Professor ke, aku gila ke. Aku cuba tahan nguap. Tangan aku pula gatal menulis huruf hiragana yang aku hafal dari presentation Professor Yamaguchi dari Jepun, semalam. Nampak sangat dah tak fokus pada Professor Green. 

A-ri-ga-to-go-za-i-ma-su.

Dia masih bersandar kat bahu aku, sesekali cuba tarik perhatian aku. Dia bermain-main dengan hujung lengan baju kurung hijau aku yang aku angkat sampai ke siku. Di sebelah kanan aku pula, Kak Azy yang sedang membelek-belek gambar baju wedding di Instagram. Sedang mencari idea design gaun untuk pertunangan dia yang bakal berlangsung bulan sembilan nanti.

"Can I be excused, pleaaaaase..." Katanya sedikit merengek, manjanya mengalahkan budak kecil.

Aku cuba untuk geleng lagi. Aku sangat teringin untuk bercakap dengan dia kali ini, sebab aku pun bosan sebenarnya, tapi nanti orang ingat aku gila. Sebab dia tak real. Tangan aku pantas menulis kat notebook aku, no, keep me company!

"Please?" Dia rehatkan dagu dia di atas bahu aku kini, hembus nafasnya disambut leher aku. Geli sebenarnya. Aku cuba untuk tak senyum.

Okay, but be back cepat tau. Aku tahu dia nak merokok sebentar. Real ke tak real, aku tahu dia nak merokok sebentar. 

Dan dia cepat-cepat menuju ke pintu dewan konvensyen. Aku harap dia kembali cepat, sebab dia dah lama tak muncul dalam konsenus aku yang tak berapa betul ni, dan aku rindu sangat kat dia. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg