Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Malam Suwey Untuk Julia

Cerpen sebelumnya:
Perasaan yang Perasan?
Cerpen selanjutnya:
skrip komik: rempit-rempitan

Malam tu macam biasa Julia keluar sendirian. Malam-malam yang sebelumnya pun dia keluar sorang-sorang juga. Julia tak suka join dengan yang lain. Dia lebih suka kalau dapat sesuatu habuan itu sorang-sorang, tak payah share ramai-ramai. Lagipun member-member Julia yang lain tu semua bukannya cantik macam Julia. Julia rasa malu kalau jalan dengan diorang padahal masyarakat setempat atau orang lain tak ambil endah pun. Julia sorang je perasan.

 

 Orang cakap Julia sombong tapi Julia tak kisah. Sejak Julia hadir di sini Julia buat caranya sendiri je. Kadang-kadang je dia join member lain. Jaafar dan Nora pulak kalau Julia nak join tak pernah menolak. Diaorang tak sombong macam Julia walaupun Julia kadang-kadang tak bagi diorang ikut projeknya. Jaafar dan Nora memang sporting. Prinsip diorang "Biar orang tak kasi join diaorang tapi kita jangan tak bagi orang lain join kita, lagi ramai lagi bagus. Party Beb!”

 

Malam semakin dingin dan bulan kelihatan mengambang penuh. Suasana di tempat ini macam biasa je. Senyap, sunyi dan tak banyak aktiviti. Julia terus terusan mencari-cari mangsanya namun belum kelihatan. "Macam mana ni ?” rungut Julia,"Aku dah lapar ni!”. Dingin malam yang mencengkam itu tidak menghalang Julia untuk meneruskan pencariannya. Sememangnya Julia dah biasa dengan keadaan ini.

 

"Mana pergi mat-mat motor dan bohjan ni ? Selalu banyak yang lepak hari ni” Julia tertanya-tanya sendiri. Julia dah target tempat ni sebulan lepas. Dia tahu tempat ni ramai orang yang lepak dan bersantai serta bersuka ria tanpa gangguan mata masyarakat umum. Tempat ini agak tersembunyi dan terpencil tetapi jalan lama ni ada juga  kadang-kadang orang lalu .Tapi kadang-kadang je ."Takde rezeki la aku hari ni” rungut Julia lagi. Julia hampa. Bukan ini yang dia rancangkan.

 

“Macam mana boleh takde orang hari ni ? Aku dah budget baik dah, hari ini ada orang lepak. Suwey betul!” sumpah Julia. "Apsal boleh jadi ni? Entah-entah trafic operasi tak ? Pencegah maksiat dah serbu ke ?” Julia menelah punca permasaalahannya. "Hah..takde pun si Taito puaka dan Muniandy yang kepala tak betul tu dah halau dan takut-takutkan budak-budak tu semua. Diaorang tu memang pedengki ! Tak boleh nengok aku senang sikit, mesti nak potong stim. Ada je plan nak jahanamkan projek aku. Sial punya Taito,Muniandy. Nanti kau kalau aku jumpa aku kerjakan satu-satu” Julia tiba-tiba je membuat tuduhan serkap jarang terhadap Taito dan Muniandy.

 

Julia dah hampa sangat dah geram sangat sampai hilang pertimbangannya. Hari semakin lewat dan Julia masih tak dapat mangsanya. Julia masih menunggu dan matanya melilau-lilau ke segenap penjuru kawasan itu. Siulan burung hantu yang menakutkan itu menemaninya bersama-sama kabus tipis yang menyelubungi tempat ini. Namun Julia masih setia menunggu dan menunggu. Terasa menyesal juga tak join Nora dan Jaafar malam tadi. "Bukannya diorang tak pelawa tapi aku yang tamak nak projek sorang-sorang” hati Julia berbisik sendirian. "Kalau tak dah berisi perut aku sekarang. Suwey! Suwey!

 

Dalam pada Julia melayani perasaannya yang hampa itu tiba-tiba matanya terlihat suatu pergerakan. Dia amat-amati pergerakan itu dan ternyata susuk tubuh seorang lelaki sedang berjalan di lorong itu. “Yess!! mangsa sudah tiba” teriak hati Julia. "Tak sia-sia aku tunggu, dapat juga”. Julia tak berlengah-lengah lagi dan oleh kerana sudah lapar dia tak berfikir panjang.

 

He..He..He... He... He.....

 

Skrapp!!!!!!!!!!!!

 

"Hoi apa ni! Hoi relax la minah !”


"Hah??!!” Julia terperanjat tetapi dah terlambat. Satu penumbuk yang dashyat setanding dengan penumbuk Rocky Balboa dan terajang siam yang seperti dalam cerita Jean Claude Van Damme hinggap ke muka dan badan Julia.

 

Dusyumm!! Bub!! Bub! Piang!!!!

 

Diakhiri dengan satu "plengkit"(flying-kick) ala  Aaron Kwok dalam filem Stormriders. Apa yang terjadi lepas itu Julia tidak tahu. Julia tak sedarkan diri pada perdu pohon itu. Bila Julia buka mata kelihatan banyak mata disekelilingnya.Termasuk lima, enam yang dia tak kenal langsung.

 

"Tu la Julia, tempat orang jangan kacau, join aku kan bagus tadi” Jaafar Jerangkung menegur Julia. "Yang kau pergi serang Silbi sapa suruh,dia kan macam kita juga bukan manusia lain. Lagipun dia ketua kat area ni. Kau silap orang la Julia” Nora Pontianak pula menyambung. “La patut la aku kena tibai. Adush! Apasal la aku tak cam Silbi si dracula tu” bisik Julia. Taito Hantu Jepun dan Muniandy Pocong tersenyum-senyum melihat Julia.

 

Julia hanya diam saja. Julia tahu mereka berdua ketawakan dia. Tapi yang Julia tak tahu rupa Julia dah berubah selepas kena bantai dengan Silbi. Mata Julia terkeluar satu dan hidung dia terperosok ke dalam. Muka Julia pula senget. Selepas beberapa jam dan apabila Julia mendapat tahu akan keadaan dirinya.

 

Hargh..............................................

 

Jeritan yang mengerikan kedengaran menakutkan setiap insan yang bisa mendengarnya. Julia dah cacat, Julia dah hodoh. Esoknya, Julia Langsuir,Nora Pontianak dan Jaafar Jerangkung mencari makan bersama-sama. Julia dah berubah, macam mana nak sombong lagi , muka dia pun dah sebaris dengan Nora dan Jaafar dan juga the 'Cryptkeeper' dalam siri 'Tales from the Crypt'.......apa nak buat.

TAMAT

Nota : Ditulis sekitar 1998. So agak merapu dan mungkin ada situasi yg dah tak relevan skrg.

Cerpen sebelumnya:
Perasaan yang Perasan?
Cerpen selanjutnya:
skrip komik: rempit-rempitan

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
6 Penilai

Info penulis

kyrie

mosh | Jadikan mosh rakan anda | Hantar Mesej kepada mosh

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mosh
SAMAR 1.1 (sambungan) | 1693 bacaan
SAMAR 1.0 | 2071 bacaan
TGOL : Part IV, About Arguments | 5124 bacaan
Joe Parachute | 2831 bacaan
Boy O' Boy | 3993 bacaan
Panas Dalam | 2655 bacaan
Cerita Satu Pagi | 4877 bacaan
What If I'm Superman... | 3843 bacaan
Letter To Friends, Me, Myself & I | 3754 bacaan
MEETINGS & PARTINGS AND THE IN-BETWEENS | 3297 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

14 Komen dalam karya Malam Suwey Untuk Julia
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik