helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Cerita Pendek > Saspens
4.4
10 Penilai
M01S09 - Arukh Safuna (finale 1/3)
Tarikh Dihantar: 20/02/2009 | 15:51:44 PM | 463 Bacaan
Share

M01S09 - Arukh Safuna (finale 1/3)

 

SIRI 1- URUSAN SERI PADUKA BAGINDA (jojo)
SIRI 2 - MENYUSURI SUNGAI NIL (paper_cat feat. reason)
SIRI 3 - MISTERI SURAT KULIT KAMBING (_TheRain_)
SIRI 4 - DUA DUNIA (cahatomic)
SIRI 5 - TANAH HANYUT (valium)
SIRI 6 - TUJUH SYARAT (miszmextor)
SIRI 7 - SUMPAH TERLERAI SUDAH (syud)
SIRI 8 - KEMBALI KE ASALAN (shazmiey)


Dup Dap

Dup Dap

 Dup Dap

 

Hitam

 

Dup  Dap

 

Gelap

 

Dup Dap

 

Cerah

 

Dup Dap Dup Dap

 

Gelap

 

Dup Dap

 

HAH!

 

DUP DAP DUP DAP

 

“Diya! Tolong! Diya! Tolong kami!”

Gelap Cerah Gelap Cerah

Cerah Gelap Cerah

 

DIYA!!!

 ****************************************

Khemah Diya – Pusat Kajian Arkeologi Gua Merah

“Diya, bangun diya!” Dujan menggoncangkan badan kecil perempuan di sebelahnya. Tiada sebarang respon. Ah, kacau. Sekelilingnya gelap, suasana dekat gua merah agak suram dua tiga hari ini. Cuma ada beberapa ahli arkeologi saja yang tinggal. Selebihnya telah pulang bersama dengan Encik Kanibal yang dilucutkan jawatan akibat skandal menyembunyikan, menipu dan memalsukan artifak. Malah ada ura-ura mengatakan bahawa banyak artifak telah diseludup ke luar negara oleh Encik Kanibal.

 

Siapa sangka, baru pertama kali dilantik menjadi ketua kajian arkeologi, sudah berani melawan undang-undang. Tapi Tuhan lebih berkuasa.

 

Dujan risau, semenjak pulang membuat laporan polis di Kuala Lumpur beberapa hari lepas, Diya lebih banyak menghabiskan masanya di hadapan surat kulit kambing yang masih kabur klunya. Serabut. Dujan, mahu atau tidak, terpaksa mengambil alih tugas ketua, sementara menunggu Jabatan Muzium dan Antikuti menghantar ketua baru yang kononnya antara tokoh yang menjumpai candi di Kedah Tua. Juga pernah menjadi pembantu ketua arkeologi ketika penemuan perak-man. Hebat. Berbanding dengan Encik Kanibal, yang cuma jurusan Universiti Mesir, terlibat dengan kajian kubur-kubur firaun di sana, bila ditugaskan di Malaysia, perangai sama dengan Firaun.

 

Diya masih meracau. Rasanya sudah hampir 20 minit begini. Dujan memandang pelajar-pelajar yang lama berdiri di sebelah. Dari balam-balam lampu yang dijana generator itu, terlihat wajah mereka yang sama berkongsi resah dengannya. Tapi seorangpun tak berani bersuara. Hanya bunyi generator berselang seli dengan suara Diya. Menggaru kepala.

 

“Diya, tolong kami. Bangun Diya.” Dujan merenjis-renjiskan air ke muka Diya. Racauannya makin teruk. Badannya menggigil. Tangannya mencengkam tangan Dujan.

 

Dujan terkejut, kalau bukan kerana ada pelajar lain, sudah lama dia ambil kesempatan. Ah, syaitan. Dalam hatinya beberapa kali berdoa untuk dikuatkan iman. Beberapa pasang mata sibuk memandang tangan Dujan yang mengeras digenggam Diya.

 

Lelaki itu tidak selesa. Mahu saja ada gossip liar yang tersebar. Tak boleh bersabar.

 

“Diya!” jeritan itu disertakan dengan satu tamparan kecil ke pipi mungil perempuan suku umur itu.

 

Diam. Semua yang baru mahu tersengih melihat muka Dujan merah dipegang Diya tadi, mula ternganga. Muka Dujan masih merah, tapi kali ini mungkin geram.

 

“Ya Allah.” Diya bersuara, akhirnya.

 

Dujan berganjak ke belakang. Takut nanti entah apa lagi yang Diya lakukan. Imannya bukan kuat mana.

 

“Ya Allah, kat mana aku.” Diya terjaga. Matanya terpisat-pisat, semacam baru keluar dari kawasan gelap. Dia memandang Dujan yang sedang melangkah ke belakang, terasa dia ditarik. Lebih tepat, terasa tangannya ditarik. Dia melirik ke tangan kanan. Melekat erat dekat lengan dujan.

 

Diya menjerit.

 

Satu jeritan yang membuatkan seluruh khemah di Gua Merah membuka lampu mereka.  Bunyi generator makin kuat. Berkadar langsung dengan bilangan orang yang mula berkumpul di luar khemah Diya.

 ****************************

Dewan Serbaguba – Pusat Kajian Arkeologi Gua Merah

Maafkan aku.” Bisik Dujan kepada Diya. Tangannya menjalar ke kepala, menggaru-garu seperti anak kecil yang membuat salah.

 

Diya tersenyum kecil. Bibirnya masih pucat. Rambutnya walau diikat, masih ada yang mengerbang. Tapi sedikit tersentuh dengan Dujan. Sebelum ini Dujan tak berapa komited, tapi akhir-akhir ini semacam ada aura ketua darinya.

“Bukan salah kau.” Diya tak memandang Dujan.

 

“Aku yang patut minta maaf sebab buat kamu semua tak tidur.” Tangannya dimasukkan ke dalam poket baju sejuknya. Angin tiba-tiba bertiup kuat.

“Tapi ada sesuatu yang berjaya aku temukan semalam sebelum tidur.”

 

Dujan memandang tepat muka Diya.

 

“Aku sudah buat kajian semula untuk kesemua 16 surat kulit kambing yang kita jumpai. Macam kita tahu, ujian karbon sebelum ini kumpulan Kannibal yang buatkan. Jadi aku fikir untuk re-check semula. Jadi keputusan yang kita dapat amat mengejutkan. Cuma sembilan dari enam belas kulit kambing ini adalah berusia antara 175~190 masihi.”

 

“Yang lain?!” Dujan terkejut. Sebelum ini dia yang bermati-mati mengkaji kesinambungan kulit kambing itu. Hatinya mula tak senang. Bukan sekadar geram yang makin bertambah kepada Si Kanibal, tapi juga kepada Diya yang menyembunyikan perkara itu, juga kepada sesiapa yang tahu.

 

Diya memandang wajah Dujan, mengangkat bahu.

“Lain-lain adalah fake, tak semua, ada diantaranya cuma berusia ribuan tahun, mungkin ada kaitan dengan penempatan Gua Merah, cuma bukan kajian kumpulan kita. Proffesor Acol, Doktor Fazmin mungkin boleh ambil alih beberapa helai kulit kambing itu, mengikut range tugasan mereka.”

 

“Jadi, puzzle kita makin banyak bercantum, semoga cepatlah tamat puzzle ni.”

 

Dujan menggaru kepala, lagi.

 

“Kenapa kau?” keningnya senget. “Kalau kau nak marah aku, sebab tak bagitau kau, baik kau pergi tidur. Keputusan tu, baru sampai ke tangan aku tadi malam. Waktu itu kau dah melelah air liur. Kalau kau nak minta maaf, tak perlu juga, sebab kau tak salah.” Diya menguap.

 

“Bukan.” Dujan mengesat hidungnya. “Tentang sesuatu yang lain, tentang mimpi kau tadi.”

 

Mulut Diya yang sedia ternganga itu, automatik menjadi lebih luas. “Mimpi aku? Sejak bila pulak kau ambil jurusan membaca mimpi orang yang sedang tidur. Ah, abaikan. Apa dia yang penting sangat sampai tak boleh tunggu nanti siang?”

 

“Hah, kenapa dengan mimpi aku?” Diya membetulkan ikat rambutnya.

 

Dujan mencapai empat mug kosong, kemudian diisikan dengan Nescafe segera. “Gula?”

 

Diya mencebir.
“Kau ni, aku tanya lain, kau pusing lain. Satu sudu cukup.”

 

Tersenyum. “Tadi kau meracau.”

 

“Meracau?” Diya mengambil mug terisi sesudu gula, mencicip sedikit kemudian mengekor Dujan.

“Kau ada sebut banyak nama.” biskut kering cap ping-pong dipatahkan dua, kemudian dicelup ke dalam Nescafe.

 

“Nama?” Diya berkerut.
“Kau ni buat misteri. Terus terang saja.”

 

“Kau ada sebut tentang nama-nama penulis surat kulit kambing ni.” tenang Dujan menguyah biskut tadi. Beberapa pelajar tadi mengangguk, semacam mengiyakan kata Dujan.

 

“Erm. Nama? Jadi apa masalahnya dengan nama pula?” Diya mencapai bekas biskut dihadapan Dujan terus sama mencicah ke dalam Nescafe.

 

“Ada. Kau ada sebut tentang Jauhari Albert, Sultan Fathreas dengan adik tirinya Dayang Emilily Aliesya, Permasuri Zuraicerdas, penulis Suci, tukang tari, lagi…” Dujan menguyah lebihan biskut, sambil tangan kirinya mengetuk-ngetuk papan meja.

 

“Ha, lupa! Tukang masak M. Isz Me Xtor tu, Pakanira Syuhada dengan pengasuh istana juga tak bernama tu.” Diya mencemik.

 

“Heh, jangan marah. Nama penulis surat yang mismektor tu susah nak ingat.” Tersengih.
“Kalau nama Nadiya yang rupawan aku ingatlah.”

 

Biji mata Diya terbeliak. “Ha, korang, kalau nak muntah jangan kat sini okeh.” Diya menjeling kepada pelajarnya yang mula tersengih kecil.

“Jadi, apakah masalahnya dengan nama-nama itu terpacul dari mulut beta wahai panggeran Abdul Jailani?”

 

“No, kau ada sebut tentang satu lagi nama yang belum kita temui dalam mana-mana surat yang kita sedang kaji.”

 

“Apa? Oh, silap. Siapa?”

 

“Arukh Safuna.” Dujan menghabiskan sisa Nescafe di mugnya. Sambil menjeling kepada mug Diya yang masih terisi lebih separuh. Pantas Diya menarik mug lebih dekat. Ceh, kedekut.

“Nadia, tolong saya ambilkan laptop saya dekat bilik kajian kita.” Nadia, pelajarnya yang mula menguap itu terdiam.
“Urgent, ajaklah Aisyah tu, dia dah nak meleleh air liur tidur tu.”

 

Gadis itu mengangguk lemah, menggoncangkan bahu Aisyah, pelajar yang beberapa tahun lebih tua darinya. Lekas saja mereka berdua berlalu.

 

“Siapa pula gerangan Arukh Khanuna tu?” mata Diya mengekor langkah dua studentnya yang hilang di celah-celah khemah.

 

“Haih, Khanuna ape jadahnya. Ni kes mimpi Shah Rukh Khan ke? Basahla tu.” Usik Dujan.

 

“Hai la jantan. Aku tampo jugak karang. Cakap ajalah.” Diya menghentak meja, terangkat jugalah mug kosong Dujan.

 

“Aku mana kenal. Bukan bapak tiri aku. Atau atok kau. Tapi, aku rasa aku pernah dengar nama dia. Somewhere.”

 

“Arukh Safuna, seorang ketua lanun laut parsi, menguasai 3/4 lautan di dunia. Para pengkaji di Cordova menggelarkan dia Umar di lautan dek kehebatan dia mengawal semua lautan dan selat di bawah pengaruhnya. Dekat eropah, dia digelar The Noah Son. Kerana dikatakan dia menggunakan bahtera Noh sebagai kapal utama. Dikatakan dia mempunyai tiga dermaga utama dekat di tiga benua yang mengeluarkan kapal perang terhebat dunia. Keturunannya menjadi pelayar agung seperti Christopher Columbus, Al-Farisi pembantu utama Al-Idrisi, Barbarossa Hayreddin Pasha ketua marin utama sewaktu zaman kehebatan kerajaan Uthmaniah, Ferdinand Magellan orang pertama yang buat ekspedisi mengelilingi dunia.”

Semua orang terkejut. Entah suara dari celah mana datang singgah. Seram

Diam. Beberapa saat cuma terisi dengan bunyi generator.

 

“Ba!” Seseorang melompat dari belakang pohon ara yang batangnya besar dua tiga pemeluk.

 

“Ayam belanda sungguh kau ni Acol. Umur dah tua, perangai macam budak-budak.” Beratur perkataan terpacul dari mulut Dujan. Entahkan melatah, entahkan terkejut. Tapi memang yang lain di situ terkejut dengan kehadiran Acol. Khemahnya berselang jauh dari kantin. Masakan pagi buta mahu sengaja datang.

 

“Hiks. Tadi aku perasan pelajar kau yang dua orang cantik molek gebu dan manis tu sibuk geledah bilik kajian kamu semua. Aku ingatkan mereka merompak, jeng jeng jeng. Rupanya cari laptop kau ye Dujan.”
Acol tersengih, seperti selalu. Dujan mengangguk. Diya menghulurkan cawan lain yang siap dengan Nescafe panas, masih berasap.

“Mereka ada beritahu tentang dengan kulit kambing tipu Si Kanibal tu, itulah, aku ni pun tak boleh tidur, terus saja datang ke sini, dengar-dengar ada cerita tentang Arukh Safuna. Hiks.”

 

“Kau kenal si Arukh Safuna tu? Nama sikit punya pelik. Macam nama orang afrika campur jawa ada juga.” Diya menghulurkan tin biskut kepada Acol. Profesor lulusan university di alexanderia. Dulu lapangan kajian dia sama dengan cannibal. Cuma lepas sahaja lulus PhD, dia cepat-cepat balik ke Malaysia. Minat dengan arkeologi tempatan katanya.

 

“Hiks. Kenal, pasti. Arukh Safuna, seorang ketua lanun laut parsi, menguasai 3/4 lautan di dunia. Para pengkaji di Cordova menggelarkan dia…”

 

“Oi, itu kau dah beritahu tadi.” Tempelak Diya. Mahu saja Nescafe panas tu dituang dekat kepala Acol.

 

“Ouh, ye ke? Ha. Baik-baik. Maaf bos. Dalam surat lapangan kajian kami, tentang penempatan dekat Gua Merah ni, memang ada kaitan dengan Arukh Safuna, kau lihat, hampir semua surat yang kau peroleh dari satu hingga yang ke lapan mengikut susunan tahun kulit kambing, ada tertulis dihanyutkan, terhanyutkan, hanyutlah, ternggelam dan bagai-bagai. Tak rasa pelik?”
Acol menuju ke papan kenyataan yang memang sedia tertulis fakta penting. Ada graf masa dan penemuan arkeologi sama-ada artifak ataupun surat kulit kambing.

 

“Apa yang peliknya?” Dujan lagi menggaru kepala.

 

“Hiks, itulah kau, lain kali fikir out of box, jangan asyik fikirkan Diya je. Ops, I mean, dia, D… I… A..” matanya dikenyitkan.
“Maknanya, ada seseorang lain yang menemukan surat ini, terhanyut, kemudian ditulis kembali kedalam bahasa nusantara.”

 

“Demit. Makin pening.” Dujan menumpang dagunya. Beberapa pelajar mula berminat dengan penjelasan Acol.

 

“Maksud kau? Surat-surat ini ditemukan oleh…” sampuk Diya.

 

“Arukh Safuna.” Raut wajahnya terpancar sedikit bangga.

 

“Wow!, That a big one. Maknanya, Arukh Safuna merupakan penulis utama surat ini?”

Wajah Diya sedikit berseri.

 

“Malah the only writer mungkin.” Sambung Acol.

Waktu itu dua pelajar tadi datang sambil membawa laptop Dujan.
“Cuma Dujan, kau search nama ni dalam database arkeologi antarabangsa.”

 

Mengeluh. Mug yang sedia kosong dihulurkan kepada salah seorang pelajar yang lain, semacam ada permintaan untuk diisikan dengan yang baru. Kemudian dia menaip nama Arukh Safuna ke dalam komputer ribanya.


Seminit dua berlalu tanpa sesiapapun berbicara. Cuma beberapa kali bunyi dari papan kekunci Dujan berselang.

 

“Fakta yang sama dengan apa yang Acol beritahu.” Mug tadi dikembalikan kepada Dujan dengan isinya yang baru.
“Terima kasih daun keladi. Cuma dekat sini…” jemari Dujan bermain dengan scroll pada tetikus.

“Ah! Masakan.” Tangan Dujan statik.
“Nama Arukh Safuna yang sebenar adalah, Arukh Safuna anak lelaki kepada Garjsu Lapuna anak kepada Panglima Sutra Hali anak kepada Panglima…”

*******************************************

Di suatu pesisir pantai di suatu daerah

“Tiada satu makhlukpun yang datang kesini tanpa tujuan. Tiada satu hud-hud yang datang sini tanpa khabaran. Tiada satu angin singgah di sini tanpa bauan. Tiada satu bunyi datang tanpa suara. Apa gerangan kamu berlima datang ke tanah Apunirja Kamatra?”

*bersambung



HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.4
10 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
zInggOf
Hantar MesejzInggOf

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya zInggOf
tangsi
rahsia
DOA
rajawali e2
rajawali
Tiket: Dua
TAM [ bersiri, keratan kelapan]-terakhir
TAM [ bersiri, keratan ketujuh]
TAM [ bersiri, keratan keenam]
TAM [ bersiri, keratan kelima]
Lihat semua

iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari