Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

SELSEMA KU DI CURI

Cerpen sebelumnya:
Cerita Pendek
Cerpen selanjutnya:
Senja Berlubang

Maghrib itu aku gagal solat. Ibu tampar ketingku sekuat-kuatnya. Ibuku memang seorang yang kuat. Kuat memaki hamun, kuat memakan jamu ramping, kuat mengumpat,dan  kuat membasuh baju menggunakan sabun cap Anjing Kuat. Namun begitu, yang paling penting, beliau kuat beribadat. Sebab itu kalau aku culas dan lewat bersolat, pasti akan disebat!

 

Aku ingin menyesal. Tetapi gagal juga. Selesai bertaubat dan memohon ampun pada ibu, aku minta izin untuk keluar berjalan. Berjalan di sekitar kampung. Aku keluar dari pintu belakang rumah seperti lipas yang dihambat sesudah menjilat sisa nasi yang tumpah di lantai. Selesai lima langkah, aku dengar suara ibu memekik di belakangku," Mail! jangan balik tengah malam!, nanti terlupa makan ubat!" Aku mengangguk sendirian. Tak pasti sama ada ibu perasan atau tidak anggukkanku.  Habis enam langkah, baru aku tersedar, aku telah tersalah sarung selipar. Kaki kananku menyarung terompah kiri ibu. Kaki kiriku tersarung selipar adikku yang bongsu. "patutlah rasa tak selesa!" getusku di dalam hati kecilku yang memang tak kecil.

 

Sebulan yang lalu, aku dipaksa ke hospital oleh ibu dan sanak saudara. " kau ni degil la Mail!" jerkah bapa mertua ibuku yang bermulut celupar. " Subadron pun degil juga, tapi kenapa aku yang kena pergi?" jawabku dengan persoalan di kepalaku yang tidak sebesar buah tembikai susu. Subadron adalah adik bongsuku yang berumur sepuluh tahun. Beliau sering menangis jika dipaksa memakan ubat. Aku tak pernah menangis pun kalau dipaksa sebegitu.

 

Ibu mengheret lengan kananku. Pakcik Gemuloh (ipar ibuku yang mengidap penyakit sengal-sengal dan linu-linu di tumit) pula menarik ketiak kiriku. Nasib baiklah sehari sebelumnya, telah ku cukur habis kesemua rambut di badan, kecuali di kedua kening. Dengan susah payah mereka memaksaku mengadap tuan doktor selepas tiga jam empat puluh lima minit menunggu di ruang menunggu yang bernombor di dinding. mereka menghempas aku di kerusi di depan doktor. "kamu semua boleh keluar!" pesan doktor kepada kesemua sanak saudaraku.

 

Di dada kiri doktor tercucuk papan namanya "TIRANOSORUSREX" Tiranosorusrex? terkeluar dari mulutku tanpa dipaksa. " yaa! ayah saya seorang arkeolojis!" terang doktor itu. "kamu sudah sakit berapa lama?" "err..baru seminggu.." "tak mengapa". Doktor Tirano memberiku sebutir gula-gula berperisa sirap bandung. "sekarang kamu, boleh pulang"

 

Sekarang aku terus berjalan di sekitar kampung dengan terompah ibu dan selipar Subadron, memikirkan apa yang terjadi selepas perjumpaanku dengan sang doktor. Ibu cakap, mereka jumpa aku terbaring dengan mulut berbuih seperti buih pencuci kaki di depan kedai nombor ramalan. Esoknya, Pak majid, Tok siak kampung menang first prize 4D. Apa semua ini? kelmarin aku selsema, hari ini selsemaku dicuri...

Cerpen sebelumnya:
Cerita Pendek
Cerpen selanjutnya:
Senja Berlubang

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.1
9 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3119 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3004 bacaan
Min patah hati. | 2507 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9379 bacaan
Misi penting | 8740 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9346 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2335 bacaan
Mak! dah bulat! | 2774 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4337 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2700 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

27 Komen dalam karya SELSEMA KU DI CURI
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik