Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Hitam Putih Kehidupan

Cerpen sebelumnya:
SAMAR 1.1 (sambungan)
Cerpen selanjutnya:
Kantoi

Bagaimana? Itu persoalan yang bermain dalam fikiran aku waktu itu. Malas aku nak utarakan tapi bak kata orang, lebih senang bercakap daripada melakukannya. Bukan mudah untuk memotivasikan manusia terutama sekali yang baru belajar menjadi manusia. Lebih senang bercakap daripada melakukannya. Yang sudah menjadi manusia pun perlu dimanusiakan kembali.

Demi terlihatkan dia yang meneleku menghadap kertas-kertas bercetak di atas meja, aku tersenyum. Terselit rasa bangga dengan diri sendiri. Namun, aku cepat tersedar daripada terus terleka. Perjuangan belum selesai, ibarat bait-bait puisi mantan perdana menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad.

Aku perhati setiap jasad di hadapan aku kini. Lain sungguh rasanya. Seolah-olah aku terlontar ke sebuah daerah yang aman dan sempurna. Aku teliti setiap raut wajah yang asyik dalam dunia ciptaan sendiri. Segaris lirikan mata menceritakan segala episod duka lara dan suka gembira. Sekali lagi aku tersenyum bangga.

“Kita hidup bukan seorang diri. Apa jua tingkah yang kita lakukan bukan untuk memuaskan hati sendiri sahaja. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Banyak hati yang perlu dijaga,” tenang dan penuh kelembutan cuba aku sampaikan. Bukan sikap aku suka marah-marah. Bukan perangai aku untuk menengking mengherdik sesuka hati. Tapi, terkadang di kala emosi jauh terlempar, terbuah jua rasa amanah.

“Kalau macam tu, penatlah mahu mengikut kata orang sahaja sampai melukakan diri sendiri,” ada nada tidak puas hati. Memang sukar menerima kenyataan apabila ideologi yang selalu terteman di minda, ditukar sesuka hati.

Matanya langsung tidak memandang aku. Jemarinya dikepal dan digenggam teguh. Lirikan matanya jauh seolah menembusi dinding konkrit di hadapan kami. Dahinya berkerut seribu menceritakan persoalan yang berlegar dalam kotak fikirnya.

“Masalahnya, semua ingat hati ni senang nak dibuat main? Kami tahu yang kami ni tak sempurna. Kami sedar kami jahat. Banyak bawa masalah. Samseng, gangster semua boleh bagi pada kami. Jadi untuk apa kami kena jaga hati orang lain kalau sudah tahu siapa kami sebenar? Kan lebih baik masing-masing jaga hal sendiri. Biarkan kami dengan cara kami,”

Belum sempat aku bersuara lanjut, dia terlebih dahulu menyudahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Matanya masih merenung tembok konkrit. Tangannya masih dikepal-kepal. Sesekali diletupkan jemari runcing tanda tekanan yang menghuni dirinya kala ini.

“Betul. Saya setuju. Buat apa mereka harapkan perubahan daripada kamu kalau seringkali juga mereka mengecam kamu macam-macam gelaran. Tetapi, ada kamu bertanya pada diri sendiri sampai bila mahu dilabelkan samseng, gangster, tidak baik? Saya pasti pernah juga terdetik dalam diri kamu ‘sampai bila’ kan?”

Dia diam. Kemudian wajahnya dipalingkan ke arah aku yang tidak jemu menemani dia di situ seorang diri sejak setengah jam yang lalu. Aku senyum cuba mencari kemanisan dalam setiap perbualan. Saat itu juga mata kami bertemu dan dia tertunduk.

“Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Tiada manusia sempurna di muka bumi ini kecuali para nabi. Itupun selalu juga meratap pada Tuhan, minta diampukan segala dosa yang tidak pernah dilakukannya. Apatah lagi kita manusia biasa yang sememangnya terdedah dengan segala macam hitam putih kehidupan. Kalau kamu fikir kamu banyak buat salah, fikirkan kami yang terlebih dahulu dilahirkan. Lagi lama kita hidup, lagi banyak cabaran dan permasalahan yang perlu kita tempuhi. Jangan dikesali, jangan diratapi begitu sahaja. Bangkit dan bersihkan segala noda hitam biar menjadi seputih salji.”

Ah! Sekali aku bersyarah memang boleh bernanah telinga yang menadahnya. Tulang di belakang leher aku mulai lenguh, tapi aku tidak kisah kerana di saat dia memandang kepadaku, aku yakin dan pasti ada sinar yang menanti.

Dia masih tertunduk diam.

“Walau siapa yang memberi tekanan kepada kamu, andai kenal diri sendiri, kebaikan dan kelemahan, kata-kata orang boleh kamu tepis. Tapi bukan bermaksud kamu tidak perlu mendengar. Yang mana baik, jadikan tauladan. Yang buruk itu kamu tepis sebagai sempadan,” aku terus menyambung sambil dia tekun mendengar. Aku tidak pasti adakah kata-kataku lekat elok dalam otaknya atau sekadar lewat di telinga sahaja. Aku sudah sampaikan apa yang termampu.

“Masih mahu merajuk?” Sekali lagi, masih aku yang bersuara. Dia tetap diam. Matanya dijeling sedikit sambil tersenyum. Bukan! Dia bukan tersenyum tapi seakan menyindir aku. Aku cuma senyum biasa.

“Ehm?” Aku pohon kepastian sekali lagi.

“Biasa.”

Kami sama-sama ketawa kecil. Entah apa yang lucu tapi jawapannya mencuit rasa geli di hati aku.

“Kalau sudah biasa, tiada apa-apa lagi, pergilah balik ke kelas. Fikirkan balik apa yang telah kita bincangkan. Jangan terlalu fikir benda yang tidak berfaedah, yang boleh mengganggu perasaan kamu,” aku senyum lagi. Sebentar kemudian aku berdiri seraya menyapu debu-debu yang melekat di kain. Perlahan-lahan dia menurut tingkah aku menghilangkan debu-debu di seluarnya dan terus berlalu pergi tanpa sepatah ucap kata walau seukir senyuman.

Kembali ke masa kini, aku intai wajahnya yang tekun. Sesekali dahi berkerut, jemari bergetar dan mata terpejam. Ada ketika, belakang pen diketuk ke dahi. Berulang kali, kemudian senyuman terukir lalu dia mula ligat menulis di atas kertas yang terbentang.

Dengan langkah yang diatur kemas, aku menghampiri mejanya. Dia mendongak dan memandang aku tanpa secalit senyuman sewaktu dia berlalu meninggalkan aku tempoh hari. Aku tetap senyum padanya meski tiada balasan. Tidak mengapa. Aku tidak kisah. Aku terus memandang gelagatnya dan dia terus melakukan tugasannya sebagai pelajar, menjawab soalan peperiksaan yang diberikan.

Lebih dua jam berlalu, masa berbaki sepuluh minit lagi. Aku memberikan pengumuman, lalu ada yang kelam kabut menyiapkan ayat-ayat terakhir manakala yang telah lama terlentok elok di atas meja, terpisat-pisat memandang aku. Dia terus tertunduk menulis tanpa sebarang reaksi kalut atau tergesa-gesa.

“Masa tamat. Pastikan nama dan kelas kamu telah ditulis.” Masing-masing mula menyemak. Bunyi kertas bergeser sesama sendiri menghiasi kesunyian bilik darjah. “Jika semua maklumat sudah ditulis, sila berhenti menulis sekarang. Anda tidak dibenarkan menjawab soalan lagi.”

“Cikgu, bagi masa tambahan!”

“Sikit lagi cikgu, sekejap.”

“Eh..err.. cikgu?..Alaaa..”

Bermacam ragam aku perolehi hanya untuk mengumpul kertas jawapan mereka. Aku keraskan hati dan terus mengutip kertas meskipun mereka masih menulis. Hanya senyum sinis aku lemparkan.

Tiba di sisinya, masih tiada senyuman daripadanya. Kosong sahaja raut wajah yang dipamerkan.

“Siap?” aku cuba berbasa-basi. Dia mengangguk saja sambil disuakan kertasnya kepada aku. Aku menyambutnya bersahaja juga tanpa sebarang sangkaan.

“Saya nak berubah. Cikgu tolong saya,” suaranya seakan berbisik tapi mampu membuat aku terpempan seketika. Dalam diam, hati aku tersenyum.

 

21.08.09 (4.28pm) – 29.09.09 (11.55am)

SELAMAT MENDUDUKI PMR DAN SPM KEPADA SEMUA PELAJAR DI MALAYSIA TERUTAMA SEKALI WARGA SEMEKAP464, KENINGAU SABAH.

Cerpen sebelumnya:
SAMAR 1.1 (sambungan)
Cerpen selanjutnya:
Kantoi

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
5 Penilai

Info penulis

Shazmiey NSMY

apabila hidup ini dicurahkan dengan kasih sayang... kebencian sukar menjelang. namun sekali terpalit kelukaan, kebencian sukar terpadam... haruskah aku membenci atau membiarkan kehidupan dengan rona warna yang tak pasti.
shazmiey | Jadikan shazmiey rakan anda | Hantar Mesej kepada shazmiey

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya shazmiey
misteri kain putih | bacaan
Obsesi | 2363 bacaan
no title | bacaan
Berbaloikah? | 2279 bacaan
no title | bacaan
Kisah benar seorang guru | 10645 bacaan
Aku anak si kupu-kupu | 3126 bacaan
Chairel | 2272 bacaan
MO1S08- KEMBALI KE ASALAN | 2323 bacaan
Aku, dia dan kamu | 2161 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Hitam Putih Kehidupan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik