Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Tetamu Senja

Cerpen sebelumnya:
Toyol Gendut Tali Kecapi
Cerpen selanjutnya:
Serpihan Terakhir..

 

Dia meraup mukanya. Membetulkan anak rambut yang terjurai di dahi. Sudah seharian dia terperuk di dalam kamarnya.Merenung nasib,menilik salah silap. Bertanya pada hati buruk baiknya apa yang telah tejadi.

Adakah ini satu kesilapan? Pertanyaan yang sudah jutaan kali mengetuk benak hatinya. Dia mengeluh panjang. Entah keluhan yang keberapa kali,dia sendiri tidak pasti.

Dia bingkas bangun,menghalakan langkah ke beranda luar biliknya. Merenung remang senja yang mula menggantikan cerah mentari siang. Hatinya berdebar. Resah dan gelisah. Sudah enam purnama dia sedemikian. Untuk enam purnama itu juga, dia mendamba rasa.

Sudah enam purnama dia bergelar puan besar rumah mewah itu. Tapi, untuk enam purnama itu juga dia tidak pernah berasa erti kebahagiaan. Hidupnya hanya berlegar-legar di  dalam banglo mewah dua tingkat itu. Siang hari, dia di taman. Melihat bunga-bunga di taman mengembang cantik ataupun berenang-renang di kolam renang di hadapan rumah. Kemudian ke dapur menyediakan hidangan pagi atau tengahari. Itupun jika lelaki yang bergelar suami ada. Jika tidak, dia lebih senang  terperap di kamar menonton televisyen atau membaca. Bukan tidak ada orang gaji untuk menyediakan makanan buat suaminya, tapi  dia ingin melunaskan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Biarpun dia pasti, ada tanggungjawab yang lebih besar perlu dilakukannya. Tapi untuk itu, dia belum bersedia.

Dia sunyi. Dia hauskan kasih sayang.

Hidupnya tidak sebegini sebelum ini. Sebelum dia melangkah ke alam rumahtangga, dia seorang yang ceria dan suka berkawan. Hidupnya bebas seperti burung. Biarpun tidak dilahirkan di dalam keluarga yang kaya, namun hatinya gembira. Ayah telah meninggal ketika dia masih bayi. Hanya ibu yang gigih mencari sesuap nasi membela dia. Namun dia bersyukur, dengan didikan dan pelajaran yang diberikan ibu, dan rupa paras yang tidak kurang celanya, dia berjaya menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sekurang-kurangnya, ibu tidak perlu menjadi orang gaji dirumah orang lain pada sebelah siang dan sebelah malamnya gigih menjahit tempahan baju dirumah. Dengan gaji yang tidak seberapa itu, dia gembira untuk melihat ibunya senang-lenang berehat tanpa perlu bersusah payah lagi.

Ya,semuanya kerana ibu. Kasihnya pada ibu.

Ketika memangku tugas sebagai pramugari; di dalam penerbangan antarabangsa menuju ke Abu Dhabi, dia mengenali Shafiq. Ahli perniagaan yang ternama. Siapa yang tidak mengenali Shafiq. Bahkan setiap wanita mengimpikan lelaki sepertinya. Tampan, kaya, beragama dan berbudi bahasa. Ciptaan yang cukup sempurna. Dan diantara gadis-gadis yang begitu mendambakan kesempurnaan lelaki itu, dia adalah wanita terpilih. Dihulurkan salam perkenalan. Dengan rasa rendah hati dan nawaitu berkawan, salam persahabatan itu disambutnya dengan senang hati. Cukup sekadar kawan kerana hatinya telah dimiliki. Aimran Shah, nama yang dipujanya sejak sekolah. Lelaki itu amat dicintainya. Kerana lelaki itu juga, dia menjadi pramugari. Aimran dan dia bercinta sejak tingkatan 3 lagi, namun terpisah kerana menuntut ilmu. Setelah tamat tingkatan 5, Aimran telah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran sebaliknya dia meneruskan pengajian diplomanya di university tempatan. Tamat pengajian, dia terus bekerja sebagai pramugari.  Bila penerbangannya ke negara Aimran berada, dia akan mengambil peluang itu untuk meluangkan masa bersama Aimran,kekasih hatinya.

Tetapi semuanya berubah bila Shafiq tanpa sebarang pertanda menghantar risikan ke rumah ibunya. Kata-kata ibunya bagaikan selumbar yang menikam hati.

“Sari, ibu harap Sari terimalah Shafiq. Ibu lihat dia baik dan mampu bahagiakan Sari. Dah lama kita hidup miskin nak. Bila lagi kita nak merasa senang. Ibu nak sangat lihat Sari bersanding dengan Shafiq sebelum ibu pejamkan mata ni,nak” tenang wajah tua penuh mengharap itu memujuknya.

Hatinya sedih. Dia tidak pernah cintakan Shafiq. Cintanya hanya untuk Aimran, tapi dia tidak mampu mengengkari kata ibu yang dicintainya. Tanpa ibu, siapalah dia untuk melihat dunia. Bukankah dia sudah berjanji pada dirinya untuk membahagiakan ibu?

Permintaan ibu ditunaikan.

Dia menghilangkan diri dari Aimran. Surat dan email Aimran tidak dibalas. Panggilan Aimran tidak diendahkan. Hatinya sayat. Apakan daya, cintanya menuntut pengorbanan. Kasih pada ibu lebih dari segalanya.  Dia tahu Aimran kecewa. Hanya doa mampu diutuskan dari kejauhan.

Dan 6 purnama yang lalu….dia diijabkabulkan dengan pemuda pilihan ibu. Tengku Shafiq Hadi bin Tengku Azman.

Dia mengeluh lagi mengingatkan nama itu.

Shafiq. Shafiq….nama itu.

Lelaki itu cukup sempurna. Cukup baik. Malam perkahwinan dia dan Shafiq tidak seperti pengantin yang lain. Malam itu, dia tidak dapat lagi memendam segala rahsia hatinya. Lalu, dia berterus terang kedudukan Shafiq dalam hidupnya biarpun telah dimeteraikan dengan ikatan pernikahan.

Tenang sahaja lelaki itu berkata, “ Terima kasih kerana Sari berterus terang dengan abang. Tak mengapa. Abang akan tunggu sampai Sari dapat terima abang dalam hidup abang dan abang janji, abang akan bahagiakan Sari hinggakan Sari tak akan rasa sedikit pun kesedihan”

Sejak itu, dia tidak pernah disentuh. Bahkan, bilik mereka juga berasingan. Dia di bilik utama dan Shafiq dibilik sebelah. Makan pakainya cukup dijaga si suami. Duit perbelanjaan dan segala kemahuannya diturutkan. Bahkan, suaminya itu cukup bertanggungjawab terhadap ibunya. Rumah pusaka mereka dibaiki dan wang perbelanjaan untuk ibu juga disediakan suami. Hujung minggu, bila menghabiskan masa bersama, si suami akan memasak untuknya. Hujung minggu juga suaminya akan membawanya bersiar-siar mengeliling kota. Kemana saja ingin dia pergi, suaminya tetap setia melayan karenahnya.

Pernah suatu hari, di pagi hari, entah bagaimana, kakinya mengalami kekejangan ketika dia menuruni anak tangga untuk bersarapan. Akibatnya, dia jatuh dari anak tangga atas hingga ke anak tangga bawah dan kepalanya terhantuk ke jubin lantai. Kepalanya berdarah. Kelam kabut Shafiq jadinya. Sepatutnya, pagi itu suaminya itu menghadiri mesyuarat penting di pejabat. Namun,dibatalkan demi dirinya. Di hospital, suaminya setia di sisi menemaninya. Pernah dia berpura-pura tidur, mengintai si suami yang memegang tangannya sambil menitiskan air mata melihat dia terbaring di perbaringan. Peristiwa itu membuatkan hatinya sayu. Pulang dari hospital, Shafiq masih lagi tidak lekang disisinya. Dimasakkan bubur, dan disuap makan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Ubatnya juga dipastikan suami tepat pengambilannya setiap masa. Tanggungjawab yang di tunjukkan membuatkan dia mula lembut hati dengan Shafiq. Dia tahu, dia banyak buat salah pada Shafiq. Dia bukan isteri yang baik untuk lelaki itu. Dia berjanji pada dirinya, dia mahu berubah untuk menjadi isteri yang baik.

Tapi, semuanya seketika. Suatu hari, ketika dia dan suami membeli-belah di sebuah Mall, dia dihampiri lelaki yang dirinduinya. Lelaki yang pernah bertahkhta di hatinya suatu masa dahulu. Lelaki yang ditinggalkan tanpa kata putus. Dan lelaki itu masih mengharap padanya. Masih menantinya.

Aimran menghampirinya. Memegang tanganya dan memujuk rayu dia kembali pada kekasih lamanya. Dia terkaku bila melihat Aimran di hadapannya. Dan lebih mengucar-kacirkan keadaan, suaminya melihat Aimran memegang tangannya. Merayu dia kembali ke pangkuan tanpa menghirau status dirnya. Kata Aimran,  dia sudah pulang ke tanah air. Sudah pulang untuk berbakti pada negara. Bukankah kepulangan ini yang dinantikan. Tapi mengapa hatinya tidak bahagia. Ya, hatinya tidak bahagia. Hatinya tidak berdegup kencang lagi seperti mana suatu masa dulu hatinya akan berdegup kencang bila bertemu pujaan hatinya yang satu itu.

Kenapakah?desis hatinya lagi.

Dan kerana pertemuan yang tidak disengajakan itu, suaminya berkecil hati. Lalu membawa diri meninggalkan dia berkeseorangan di dalam kamar itu. Sudah sepurnama suami yang dalam diam mula dicintai itu pergi. Hanya kiriman salam sahaja yang diutuskan melalui Mak Tun, pembantu rumahnya setiap kali suaminya itu menelefon ke rumah. Hatinya diruntun sayu. Pilu mengesit hati.Rindu mengetuk tangkai hati. Kepergiaan suaminya itu untuk memberi ruang untuk dia berfikir. Perlukah diteruskan hubungan tanpa rela ini, atau berlalu menggapai kebahagian yang telah lama diimpikan.

Jelas,hatinya tak bahagia. Dia keliru.

Dia mengeluh lagi.Kesekian kalinya.

Dan dia berpaling untuk masuk ke dalam bilik, namun seketika dia hampir melompat terkejut.

“Cu, tak baik mengeluh cu,” kata nenek tua yang entah bila berada dalam kamar peraduannya.

“Nenek ni siapa?” tanyanya lembut kepada nenek tua yang bongkok itu. Baju kedah yang di pakai bersama kain batik nenek itu kelihatan sangat lusuh sekali.

“Nenek ni Nek Jah,cu. Nenek ni datang meyinggah ke sini . Nek Jah tengok, cucu ni asyik termenung saja. Sampai Nek Jah masuk pun cu tak sedar,”terangnya.

Dia diam. Barangkali nenek ini ada mengetuk,namun tidak disedarinya kerana tenggelam dalam khayalannya.

“Cu, jangan dikesal dengan apa yang tersurat. Setiap yang berlaku ada rahmatNya cu. Hanya Dia yang maha mengetahui”

“Entahlah Nek, saya pun tak pasti nek. Saya tak tahu betul atau tidak apa yang buat ni,” jawap dia.

Nek Jah hanya tersenyum menampakkan giginya yang hanya tingga beberapa batang dan sedikit robok kehitaman. Barangkali kerana kunyahan sirih tembakaunya menyebabkan giginya kelihatan kehitaman.

“Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah,ayat 216, Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Berdoalah pada Dia,minta diberikan pertunjuk dan hidayahNya. Insyaallah..Dia maha mendengar,cu,” kata Nek Jah sambil tersenyum.

Sari mengganguk. Diraupnya mukanya. Berbicara dengan nek Jah membuatkan hatinya sedikit tenang.Tetamu senja yang tidak dikenalinya itu sangat menyenangkan. Mungkin faktor usia dan pengalaman membuatkan Nek Jah pandai mengatur bicara.

“Cu, Syurga seorang anak di bawah telapak kaki ibunya dan syurga seorang isteri terletak pada suaminya. Sari anak yang baik. Insyaallah..Sari boleh jadi isteri yang baik asalkan sari sanggup merendahkan hati buat suami Sari. Insyaallah rumahtangga Sari akan bahagia,cu,” balas Nek Jah lagi.

Kata-kata nenek tua itu buatkan dia sedikit keliru.Dan bertambah keliru bila nenek tua itu tahu namanya walaupun tidak diperkenalkannya. Hah,barangkali Mak Tun yang ceritakan!desis hatinya.

Dia kembali ke beranda melihat remang senja yang kian mengenjak ke malam. Jam di tanganya sudah menunjukkan pukul 7.25 petang. Azan maghrib mula berkumandang dari masjid berdekatan memanggil-manggil umatnya menunaikan fardu yang satu. Dia terus berpaling untuk masuk; dan sekali lagi dia terkejut. Sekejap cuma, nenek tua yang berbicara dengannya itu sudah tiada. Nenek itu berlalu tanpa sebarang pamitan. Dia tergamam lalu terduduk dibirai katil sambil sayup-sayup mendengar alunan azan.

Usai azan maghrib,dicapainya tuala. Ingin dibersihkan diri dan menghadap Illahi. Ingin dicurah rasa hati. Namun baru selangkah, pintu biliknya diketuk. Kemudiannya pintu bilik itu dibuka. Kelihatan Mak Tun berdiri terpacak.

“Puan Sari, ada tetamu nak jumpa dengan puan dibawah,” kata Mak Tun tenang

“Siapa Mak Tun? “ dia kepelikan. Senja ini, dia telah didatangi oleh dua tetamu.

“Lelaki. Entahlah..katanya kawan lama puan,” jawab pembantu rumahnya.

“baiklah Mak Tun, Sari turun sekejap lagi, Erm, Mak Tun, Nek Jah dah balik ke?” katanya pada Mak Tun sambil melangkah ke meja solek.

“Nek Jah?Siapa tu puan?” tanya Mak Tun kembali.

Soalan itu memelikkan Sari. “nenek tua yang bongkok tadi tu. Kan dia naik ke bilik Sari berbual dengan Sari?” dia bertanya kembali tidak puas hati.

Mak Tun menggaru-garukan kepala, “Tak ada pulak nenek tua datang ke rumah ni,Puan Sari”

“Tak mengapalah Mak Tun.Kejap lagi Sari turun,” dia tidak mahu memanjangkan kata biarpun seribu satu soalan mula menerjah mindanya. Mak Tun mengganguk dan kemudian,wanita tua itu pun berlalu. Setelah memperbetulkan ikatan rambutnya dan memperkemaskan diri, dia turun ke bawah.

Di porch hadapan rumah,tetamunya itu setia berdiri menanti. Terkejut dia bila melihat tetamunya itu.

“Im?”

“Sari..” panggil Aimran padanya.

“Awak buat apa kat sini?” tanya dia lagi. Sedikit cuak. Dia bimbang andai kehadiran Aimran di rumahnya itu bakal mengundang fitnah kemudian hari.

“ Sari, Im tahu Sari dah kahwin. Tapi itu bukan pilihan Sari,bukan??? Sari, baliklah pada Im. Im janji Im akan bahagiakan Sari. Im akan beri segalanya pada Sari. Im cintakan Sari,” kata Aimran sambil meraih tangannya.

Dia segera menepis.

“ Im…sudahlah. Baliklah..tak elok kalau orang nampak kita macam ni,” dia memujuk lelaki itu untuk pergi.

“Sari..”

“Im, sudah, ok! Sari isteri orang. Lupakan Sari.Tolonglah Im..please. Please leave,” sekali lagi dia memujuk kali ini dengan lebih tegas. Tapi Aimran masih enggan mahu pergi dari situ.

“sampai hati Sari. Mana janji Sari pada Im selama ni?” tanya Aimran bertujuan membuat dia rasa bersalah.

Dia terdiam.

“Im, Sari minta maaf. Sari sayang Im. Tapi sayang Sari sekarang hanya sayang seorang kawan. Im, Sari perlukan abang Shafiq. Sari cintakan dia. Cuma itu je yang Sari perlu. Dan kalau Im sayangkan Sari, tolonglah Sari merayu…pergi dari sini. Lupakan Sari,” katanya sambil teresak. Ya, dia rindukan suaminya. Dia mahukan suaminya pulang ke pangkuannya.

Melihatkan Sari teresak,Aimran cuba memeluknya namun segera ditepisnya.

“Pergilah Im..”

Airmata menitis setitis di tepi pipi Aimran melihat kekasih yang dipuja itu menagis. Ingin dipeluk buat kali terakhir, dia tahu Sari tak sudi. Cinta Sari bukan untuknya lagi.

“Baiklah..Im pergi. Tapi, Im tetap akan tunggu Sari walaupun sampai ke akhir hayat,” kata Aimran lalu berlalu meninggalkannya.

Dalam pandangan mata yang masih berkaca, dia melihat Aimran berlalu dari pagar rumahnya. Hatinya sebak. Ya Allah, berikan dia kekuatan.

Mak Tun yang menjadi pemerhati dari awal, datang memeluknya dan memimpin dia ke biliknya.

Diatas katil dia termanggu. Seketika,terlintas kata-kata nenek tua yang menyinggah di biliknya senja tadi.

Ya, apa pun..hanya Dia yang maha mengetahui. Aku tidak boleh lemah.bisik hati Sari. Lalu digagahkan langkah, ditunaikan solat maghrib yang masih terhutang.

“Ya Allah ya tuhanku..ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibubapaku,dosa suamiku. Berikanlah aku pertunjuk dan hidayahMu. Ya Allah,berikan aku hidayahMu, pinjamkan aku kekuatanMu dan ketabahanMu untuk aku terus berjuang dengan ujian yang kau berikan. Ya Allah ya tuhanku..sesungguhnya aku hambaMu yang jahil dan hina. Ya Allah..aku bukanlah isteri yang baik tapi ya Allah aku mohon semoga aku diberikan peluang untuk menjadi seorang isteri yang baik pada suamiku. Ya Allah..pulangkan suamiku. Aku sangat merinduinya Ya Allah. Ya Allah hanya kepadaMu aku bermohon dan berserah segalanya. Amin.” Doanya diiringi airmata yang bergenang di tubir mata.Segera di kesat air mata yang merembes.

Usai berdoa, dia bangun lalu melipat telekungnya. Kedengaran pintu biliknya diketuk.

“masuklah Mak Tun. Pintu tak kunci pun,” katanya.

Pintu bilik dikuak perlahan. Dia berpaling melihat Mak Tun, namun kelibat suaminya yang terpacak di muka pintu. Kelihatan Shafiq sedikit cengkung.

Air matanya setitis demi setitis mengalir ke pipinya. Perlahan diaturkan langkah ke suaminya. Tangan lelaki itu dicapainya dan dengan penuh rendah diri, dia cium tangan lelaki yang dirinduinya. Kemudian bahunya diraih oleh dua tangan suaminya. Air mata yang berjurai diseka jari suaminya,lembut. Hatinya sebak. Lalu, dia rebah dipelukkan suaminya. Dia menangis semahunya dalam pelukan hangat suami yang diterimanya sepenuh hati.

Cerpen sebelumnya:
Toyol Gendut Tali Kecapi
Cerpen selanjutnya:
Serpihan Terakhir..

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
4 Penilai

Info penulis

Putri AlyA

unpredictable...antagonist, emo, psychosis, blurrrr!
putri_alya | Jadikan putri_alya rakan anda | Hantar Mesej kepada putri_alya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya putri_alya
NUR III | 2317 bacaan
Sunyi | 3511 bacaan
Biar Jiwa | 2862 bacaan
Kepulangan Yang Dinanti | 1936 bacaan
Kopi Cinta Andalusia | 2852 bacaan
3 HATI | 2673 bacaan
Demi Cinta | 4153 bacaan
Bila Rasaku Rasamu... | 2521 bacaan
Mahkamah Dewata Raja-raja | 3629 bacaan
Aku yang tak mengerti... | 4088 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya Tetamu Senja
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik