Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Autobiografi

PCB#1: Muslihat terakhir Hang Tuah

Cerpen sebelumnya:
kau yg bernama hati
Cerpen selanjutnya:
Lawak International 1: Satu tak bagus

Circa 2003 , aku berkelana dalam bilik kecil dengan muatan empat orang.

Nun jauh dibalik hutan tanah rancangan berkelompok idea Tun Razak.

 

Sepetang bersama Malik, si idealogis kiri.Anak kepada seorang pengusaha kantin di Johor.

Si Bugis yang keras hatinya.

Sebungkus rokok dunhill, dua gelas kopi bersama seorang sahabat.Lebih pada perbualan ala kadar yang kadang-kala jadi tegang.

 

Pendapat dimana aku tak perlu setuju dengan apa yang dia utarakan.

Kesimpulan dimana kami bersetuju untuk tidak bersetuju diantara satu sama lain.

 

“Pengecut!” kata Malik.

“Hanya pendapat retorik kamu” aku balas.

 “Apa makna jika hidup menghamba diri pada kekuasaan?” Malik meneruskan dengan introduksi idea kiri.

 

Aku seperti liberatarian kiri yang lainnya, tak ambil peduli pun.Politik dan agama dipermain oleh puak yang kononnya berlandas kejujuran dan risiko perjuangan.

 

Kami hidup dan belajar dalam era reformasi.

Semak! Setiap kuliah, setiap ceramah pasti ada suntikan politik.

 

Bukan orang yang terbaik untuk cerita agama, namun aku berlagak juang

“Islam sendiri bukan demokrasi”

 

“Mungkin aku akan setuju” jeling Malik “Jika ada segelas wain..”

“Macam sundal, minum wain!” aku perli sambil tergelak.

Asap rokok bergumpal-gumpal.Perbualan sampai pada tahap mereka cerita.

 

“Kau tahu pasal cerita sebenar Hang Tuah?” tanya Malik

“Cerita sebenar yang mana?” balasku.

 

“Ketika rombongan mereka gagal untuk mendapatkan Puteri Gunung Ledang?”

“Naik bukit panjat gunung semata-mata demi nafsu sang pemerintah?” Aku cuba menjadi pendengar.

“Begini ceritanya, Semua syarat tersebut hanya ciptaan Hang Tuah.Beliau cuba jadi hero sekali lagi.Mungkin ia muslihat terakhir Laksamana untuk negeri Melaka” kata Malik


”Syarat pertama;
Air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air mata anak dara sunti

kesimpulannya; Melaka dizaman kurun ke 15 amat pesat keadaannya.Ini menarik kedatangan pelayar-pelayar asing dari dalam kepulauan melayu mahupun dari luar.Dia mahu semua gadis-gadis melaka agar sentiasa menjaga kehormatan diri serta mengekalkan martabat kegadisan yang sentiasa dipandang tinggi.”

 “Zaman tersebut sudah ada kegiatan pelacuran” aku komen.

“Istana pada waktu itu tempat pengumpulan gundik dan dayang” kata Malik.

“Aku rasa Hang Tuah tak berapa selesa dengan situasi tersebut.Tengok sahaja, nak romen tak boleh.Payah beliau nak cari yang masih dara.” Sambung Malik.

“Syarat kedua
Pinang bukan kahwin tidak tua merah darahnya 7 tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air pinang muda
kesimpulannya:pinang, antara pokok-pokok yang banyak ditanam ketika itu.Pelbagai kegunaan dari batang hingga ke pelepahnya.mungkin antara usaha Hang Tuah ketika itu ingin memajukan perusahaan berasaskan pokok pinang .Buahnya boleh dibuat bahan utama dalam resepi sireh orang dulu-dulu.”

“Projek ‘buku hijau’ yang pertama!” tergelak aku.

“Hang Tuah mesti ada pegangan saham dalam perniagaan berasaskan pinang.Mahu juga jadi kaya.Itupun nasib belum jumpa kelapa sawit” kata Malik sambil menghirup kopi.

”Syarat ketiga
Merangkak bebas didataran, darah juga kehendaknya sifatnya 7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati hama

Kesimpulannya: Hati hama ataupun mengikut sesetengah riwayat hati kuman .Hama banyak melekat pada tilam-tilam ataupun dikawasan yang tidak pernah dibersihkan mahupun pada pakaian yang lama tidak dibasuh.Seringkali membawa penyakit seperti kudis buta ataupun kurap dan lain-lain penyakit kulit.Alangkah indahnya jika punca kepada penyakit-penyakit kulit ini dapat di basmi ketika itu..”

 “Okay, Hang Tuah sukakan pada kebersihan..jadi?” tanya aku.

“Kau mesti faham, perangai orang Melayu mana ada pembersih sampai mati.Jiwa mereka mestilah bercampur dengan Jawa baru ada rasa mahu bersih” kata Malik.


”Syarat keempat
Terbang bebas diudara,darah juga kehendaknya ,sifatnya,7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati nyamuk

Kesimpulannya;Nyamuk memanglah boleh dikatakan membawa penyakit.Pada ketika itu malaria ataupun denggi belum ada.Namun, tempat-tempat tadahan air yang terbiar seperti bekas-bekas kosong mahupun tempurung-tempurung kelapa boleh dijadikan tenpat membiaknya.Dengan ini rakyat akan lebih 'rajin' dalam membersihkan keadaan sekeliling rumah mereka dalam usaha mereka 'memburu nyamuk' atas titah diraja kelak.”

 “Tidur dihurung nyamuk.Macam celaka.” tambah Malik lagi.

”Syarat kelima;
Darah putih rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke tahta.Jawapannya: Jambatan perak dari melaka ke Puncak Gunung Ledang"

"Syarat keenam
Darah merah rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan emas dari melaka kepuncak gunung ledang”

“Benda yang sama tapi lain bahannya” komen aku pula.


”Memang tak masuk akal, tapi fikirkan dari segi keselamatan dan keselesaan ketika menggunakan denai-denai yang menghubungkan antara daerah?” kata Malik.

 

“Salah satu dari muslihat Hang Tuah supaya  rakyat turun membersihkan lorong dan denai? Tanpa titah Tuanku , memang takkan maju” tambah aku.

 

“Kena ketuk baru nak gerak” senyum Malik.

“Lagipun, emas dan perak berharga.Bagus untuk simpanan.Hang Tuah mesti dapat hidu bahawa kekayaan mestilah diurus dengan terancang.Ini mungkin termasuk mahu rakyat serah emas dan perak untuk simpanan istana.”

 “Okay , apa pula dengan syarat ketujuh? Kononnya dengan semangkuk darah putera mahkota?” tanya aku.

”Syarat ketujuh;
Darah seguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti,sebatil, jawapannya: Darah putera mahkota melaka raja Ahmad,semangkuk.”

Malik diam sebentar.Hembus asap rokok, hirup kopi, kaki berlunjur.

 

“Hang Tuah sindir tuanku dengan mesej asal.Sekadar peringatan pada pemerintah tentang tujuan dan kenapa mereka berada ditampuk teratas kerajaan Melayu”


”Supaya Sultan Melaka tersedar? Mungkin berkesan tapi hanya secubit penyesalan” Aku cuba simpulkan.

 

Malik bangun dan capai tuala mahu ketandas.

“Kau rasa orang Melayu sedar akan semua itu? Takkan melayu hilang didunia..Konon!”

 Aku diam menatap secawan kopi sambil menyalakan rokok.

 

Noam Chomsky pernah kata

“There's a good reason why nobody studies history, it just teaches you too much.”

Cerpen sebelumnya:
kau yg bernama hati
Cerpen selanjutnya:
Lawak International 1: Satu tak bagus

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.7
9 Penilai

Info penulis

26life

Mengada-ngada, merengek dan menyusahkan
26life | Jadikan 26life rakan anda | Hantar Mesej kepada 26life

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya 26life
Si Paris bayar zakat | 9397 bacaan
Billy dan Serina jadi rakyat | 2516 bacaan
Berlumba ke Bulan | 2895 bacaan
Monolog orang yang ada rasa bersalah | 2903 bacaan
Dia, Bidadari Perjalanan | 4004 bacaan
Dia suka pada Milah | 20939 bacaan
Khayalan bernombor | 3087 bacaan
PCB #6 Retro: Ahli Band of Brothers | 3453 bacaan
Pra Ramadhan : Alam aku | 3017 bacaan
Cerita Bergambar : Aku Pulang | 5799 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

13 Komen dalam karya PCB#1: Muslihat terakhir Hang Tuah
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik