Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Maaf, Cik! 3 : Juan Bangkit

Cerpen sebelumnya:
Aku Dan Kamu; bahagian II
Cerpen selanjutnya:
Refleksi

< ini bahagian akhir, sila baca bahagian satu dan dua dahulu >

"Dalam kejadian semalam, seorang anggota polis telah terbunuh manakala seorang lagi cedera parah. Mayat anggota polis yang terbunuh, Azlina Lee Abdullah, 27, dijumpai terperangkap di dalam keretanya di dasar sungai. Suspek yang turut berada di dalam kenderaan terbabit walau bagaimanapun gagal ditemui."

"Menurut jurucakap polis, pihaknya sudah mengepung kawasan terbabit dan usaha menjejaki masih lagi dijalankan. Orang ramai dinasihatkan agar ber--"

Set televisyen terpadam.

Salwa geleng kepala. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dalam berita tadi. Bagaimana polis dapat tahu identiti Juan? Dia teringat perbualannya dengan Juan di sini kelmarin. Celaka, aku diintip! Salwa ketap bibir.

Bayangan Vios yang remuk di TV tadi kembali menjelma. Hatinya sebak. Entah apa nasib adikku sekarang. Manik kaca mula terbit di matanya.

Ting tong!

Salwa pergi membuka pintu. Dua orang lelaki beruniform berdiri di luar sambil memegang waran.

"Selamat tengah hari. Kami daripada IPK Persekutuan. Cik ditahan ker--"
"Cut the crap." Salwa hulurkan tangan untuk digari.
"Cik ada hak untuk berdiam diri. Apa-apa yang cik kata--"
"Awak ingat awak ni polis negara apa? Tak usah nak cakap tentang hak asasi dengan saya. Saya rasa lucu."

Polis itu tak berani bersuara lagi. Di bawah hujan yang turun mencurah, Salwa dibawa pergi menaiki kenderaan polis.


---


Suasana berhampiran empangan yang lazimnya tidak berpelawat begitu berbeza hari ini. Puluhan anggota polis sedang bertungkus-lumus mencari prospek tubuh Juan di sepanjang sungai.

“Kita dah tahan kakak suspek.” Rizal, pegawai unit balistik yang baru tiba di puncak tebing memberitahu. “Orang kita sedang siapkan profil Juan berdasarkan maklumat soal siasat terhadap kakaknya.”

Khalid yang sedang memerhati anggotanya bekerja hanya mengangguk. Tidak bersuara.

“Apa progress kita di sini?” Rizal meninjau lembah di bawah. “Dua heli, empat skuad penyelam, empat pasukan anjing pengesan?” Matanya bulat. “Tak terlalu membazir ke untuk cari satu mayat?”

“Memikirkan apa yang dia dah buat pada Lina dan inspektor, aku takkan beri peluang lagi. Juan tak mungkin akan terlepas!”

“Come on Lid, kau sendiri tengok apa jadi pada Vios dan Lina. Tebing ni tinggi dekat seribu kaki, kalau dia ada nyawa sembilan sekalipun susah aku nak percaya dia boleh terselamat."

Khalid berpusing pada Rizal. “Bekerja di unit balistik dah buatkan kau jadi terlalu optimistik!"


---


Detik dramatik di tebing berulang lagi dalam kepalanya. Dia pasti, dia telah melanggar lelaki yang memegang hailer itu. Dia juga dapat lihat bagaimana inspektor polis itu terpelanting sebelum berguling jatuh ke dalam semak, masih bernyawa.

"Celaka! Liat kau nak mampos ye!" Stereng dihentak.

Ketika itu baru dia sedar keretanya sedang menghala ke arah tebing. Dia cuba memusing tetapi Vios tersebut tidak dapat dikawal lagi. Pagar penghadang roboh dirempuh dan kereta itu pun terbabas.

"Tuhan!"

Trajektori pandangannya berubah 90 darjah ke bawah. Matanya buntang. Perutnya kecut. Di depannya terbentang aliran sungai deras yang bersedia meragut nyawa. Kereta terus menjunam laju.

"Tidak! Aku tidak boleh mati sekarang!" Dia cuba membuka pintu.

Namun, belum sempat dia menerjah keluar, kereta tersebut terlebih dahulu menghempas permukaan sungai.

"Aaaaarkk!!" Kesakitan yang tidak terperi itu membuatkan dia tersentak bangun.

"Aku tak mau matii lagii!! Aku mesti bunuh inspektor tu duluu!!" Juan buka mata dan dia dapati dirinya terdampar di tebing sungai.


---


“Bagaimana keadaan dia doktor?” Hani bertanya pada lelaki berjubah putih yang baru selesai memeriksa Inspektor Norman.

Lelaki separuh umur itu mencabut stetoskop dari telinga. “Your husband is doing fine. Apart from his bones broken at nine places, he is stable. Takde critical area yang injured.”

Hani menarik nafas lega.

“Its just for the time being dia tak berupaya nak bergerak sangat. Dia perlu banyak berehat.” Doktor itu menyambung lagi.

Diusap wajah suaminya yang tenang mendengar nasib menimpa diri.

“Oh ya, pihak media dari tadi menunggu di luar. Mereka nak adakan sesi temubual sikit untuk rakaman berita. Is it fine with you?”

Inspektor Norman angguk tidak membantah. Sebaik doktor itu keluar dari wad, segerombolan wartawan dan jurukamera berpusu masuk.


---


Sudah beberapa jam Juan berjalan tanpa arah tuju. Dari hutan belantara, dia melalui pinggir kota. Dari kawasan tak bermanusia, dia kini terpacak di tengah bandaraya.

Akhirnya dia terhenti di satu persimpangan jalan. Matanya tertancap pada layar gergasi yang menggadang di satu sudut.

Wajah inspektor yang sangat dibenci itu sedang terpapar di skrin. Tangan bersimen. Kaki berbalut. Leher berbengkung. Hatinya tiba-tiba memanas.

“Pusat Perubatan Sri Utama." Nama hospital yang baru disebut pemberita tadi bermain di bibir. Dia kembali menyambung langkah. Kali ini dia sudah tahu ke mana arah yang harus dituju.


---


“He was once a bright young man.”

Salwa memulakan ceritanya setelah dipujuk. Di depannya Khalid sambil dibantu pegawai unit psikologi Farah sedang duduk mendengar.


“You know? The type yang good looking, hot stuff, graduate oversea and berduit pula tu. It all began when one day we were involved in an accident. Our parents quarrelled dalam kereta and dad tak sempat break bila lori kat depan tiba-tiba berhenti.”

“The crash killed both of our parents. I patah dua-dua belah tangan, dan Juan pulak..” Suaranya tiba-tiba tersekat.
“Apa jadi dengan Juan?” Farah cerunkan mata.
“Muatan jejari besi yang dibawa lori menusuk tubuh dia. He lost a testicle and had a brain damage.”
“Poor him. That will explains kenapa maninya tiada sperma.” Khalid membelek fail kes di tangan.

“Then, after dia pulih dari accident, he started to change. Dia tak dapat terima keadaan dirinya and kept on blaming our parents. As days go by, his condition became serious. He had an attitude problem and..” Salwa terhenti seketika. “..thats when he started to rape and kill women.” Air matanya menitis.

Khalid dan Farah saling berpandangan. Tumpang simpati. Dibiarkan wanita di depannya melayani sedan.

“Cik Salwa, masa accident tu, which part of his brain yang damaged?” Tanya Farah seakan terfikir sesuatu.
“Besi tu cederakan area belakang mata. Ventromedial section. Kenapa?” Salwa kerut dahi.
“Saya rasa besar kemungkinan dia mengalami Prefrontal Cortex Lesion.” Lancar Farah menyebut. “That will explainbehavior Juan yang suka membunuh.”

Dua pasang mata memandangnya dengan wajah tak faham.

“It is part of the brain, which generates social emotions, like compassion. Bila that part cedera, orang tu akan alami gangguan pertimbangan moral!”

Salwa kerutkan dahi. “Doktor tak pernah mention pu—”

“It’s a new discovery. Kecederaan jenis ni amat jarang didiagnos sebab pesakit begini selalunya tak survive. Just recently researcher berjaya sahkan. Kalau kita dapat tangkap Juan dan buktikan keadaannya itu, I think the court will be more lenient on him!” Farah berkata yakin.

Saat ini Salwa dapat rasa sedikit harapan!


---


Sudah beberapa kali inspektor Norman menguap. Matanya terasa berat. Perut yang penuh ditambah dengan kebolehan bergerak yang terhad membuatkan rasa mengantuk mudah bermaharajalela.

“Dah habis makan inspektor? How was the food?” Seorang jururawat muncul di wadnya.
“Aha, sudah. Thank you. It was a delightfully healthy diet.” Katanya berkias untuk makanan hospital yang sejuk dan tawar tak rasa apa-apa.
“I know, itu memang specialty kami di sini. Sediakan makanan yang sedap dan menyihatkan!” Kata jururawat itu bangga.
Inspektor Norman sengih sambil telan liur. Patut la ramai orang nak pergi private!

“Eh, mana Puan Hani? Tadi masih nampak dia ada kat sini?” Jururawat itu tercari-cari sekeliling.
“She just left. Ada majlis khatam Quran kat sekolah anak.”
“I see.”

Ditenungnya jam di dinding. “Hmm, dah sampai masa makan ubat ni. Saya nak keluar kejap pergi kaunter farmasi. Be back in a minute.” Jururawat itu mengangkat dulang dan berlalu.

Selepas jururawat itu menghilang, inspektor Norman pun melabuhkan mata yang memang sudah mahu tertutup dari tadi. Ketika itulah tanpa dia sedari ada sesusuk tubuh asing menyisip masuk ke dalam wadnya.


---


“So, this Ventromedial Prefrontal Cortex patient, apa lagi sifat-sifat yang biasanya ada pada dia akibat dari injury tu?” Khalid bertanya pada Farah sewaktu di dalam kereta.

“It depends on how bad the damage is on his ventromedial’s brain. Biasanya if anything crosses his way, dia akan eliminate the threat, to the extend of killing people.”

Khalid terdiam mengangguk. “In this case, I think dia anggap inspektor sebagai threat dia. Sebab tu la dia tekad je nak langgar masa atas tebing tu.”

“Yeah, and kalau dia masih hidup, I bet the first thing yang dia akan buat ialah cari inspektor and balas dendam. He will never stop until the threat is removed .”

“Alamak, jadi John Connor la inspektor Norman pasni” Mereka berdua gelak.

Telefon Khalid tiba-tiba berlagu. Dia tekan punat bebas-tangan.

“Khalid sini.”
“Tuan, kita dapat kesan jejak tapak kaki yang mencurigakan di tebing sungai. Dari bentuknya saya kira baru tiga jam ia terhasil. Saya rasa elok tuan segera ke sini untuk buat penilaian.”

Khalid dan Farah saling berpandangan.

“Could it be him?” Khalid ligat berfikir.
“Takkan tapak kaki nelayan pulak kat area tu?” Farah angkat kening.

“Dia masih hidup!” Khalid terbeliak.
“Inspektor Norman!” Farah menjerit.

“To the hospital!”



---


“Dengar sini, saya nak dua unit datang bantu saya di Sri Utama Medical Centre. Yang lain, cuba trace origin tapak tersebut dan ke mana arah yang ditujunya.”

Telefon dimatikan. Khalid membunyikan siren keretanya.

“Farah, try contact pihak hospital. Minta mereka letakkan pengawal di wad inspektor. Kalau dah 3 jam, tak mustahil suspek dah sampai ke sana!”

“Baik!” Dan panggilan terus dilakukan.

“I hope kita tak terlambat!” Nada Khalid risau.



Di dalam wad yang menempatkan inspektor Norman, Juan sedang tersenyum jahat. Di depannya terkujur satu tubuh lelaki yang berbengkung dan bersimen di merata badan. Lemah dan tak berdaya!

“Kau sendiri yang tempah semua ni inspektor.” Dia bersuara perlahan. Langkahnya diatur ke arah katil.

“Bukan main banyak lagi kes lain di ibukota, aku juga yang kau buru. 40% peningkatan kes yang dilaporkan tahun 2007 ni, aku juga yang kau mahu!” Dia mendengus.

“Dan pilihan kau bakal meragut nyawa kau sendiri, inspektor!”


Riak bengis di wajah Juan semakin menjadi. Dia bunyi-bunyikan tangan. Memanas-manas sebelum mula menyerang. Inspektor Norman di depannya masih diam. Masih hanyut dalam lenanya.

“Kirimkan salam aku pada gadis-gadis lain yang telah aku bunuh.” Serentak dengan itu Juan pun menerjah. Leher lelaki yang tidak berdaya itu diterkam ganas.


---


"Tuan inspektor. Masa untuk makan ubat." Tiada jawapan.

"Tuan inspektor?" Jururawat itu menggoyangkan bahu tubuh yang terkujur kaku itu. Masih tiada jawapan.

Dia perhatikan riak wajah lelaki tersebut. Ada sesuatu yang tak kena. Diletakkan bekas berisi pil dan gelas yang dipegang. Segera ditekap belakang tangan pada dahi inspektor Norman untuk memeriksa suhu. Kemudian beralih pula pada leher. Merasa nadi.

"Tuan inspektor?" Bahu digoncang lagi. Langsung tiada reaksi.

Butang interkom pada dinding ditekan. "Dapatkan saya doktor Hawaz di wad 101 sekarang." Suaranya cemas.

"
Tolong jangan buat begini inspektor. Masak nanti saya nak menjawab!" Peluh dingin mula terbit. Mundar-mandir dia berjalan menahan keresahan.

"Apa yang nurse bebel tu?" Mata kuyu inspektor Norman terbuka sebelah. Nyaris jantung jururawat tersebut terhenti.

"Ah, maaf! Saya ingatkan tuan inspektor..."
"Ingatkan saya apa?” Inspektor Norman terkembil mamai.

Pipi jururawat tersebut merona merah. Macam mana boleh tertekan salah urat tadi. Mana nak rasa nadi!


---


Juan ternganga. Cannot be! This cannot be! Dia tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Tangannya melambai-lambai di hadapan muka jururawat yang ketakutan sebentar tadi. Tiada reaksi. Begitu juga dengan doktor dan anggota polis yang entah dari mana muncul dan menyerbu wad tersebut. Semua tidak peduli!

Dia berpusing pada inspektor yang dibencinya itu tadi. Cuba mencekik lehernya sekali lagi. Tidak berjaya! Tangannya bagaikan imej hologram. Tiada apa yang boleh dipegang. Molekul zarah fizikalnya seakan tembus bila mengenai tubuh inspektor tersebut.

Tidak! Katakan ini semua mimpi. Katakan ini semua permainan virtual reality. Katakan!

Tidak berpuas hati dia melompat tinggi lalu melakukan elbow drop ke atas badan inspektor Norman. Kali ini bukan sahaja badan yang ditembusinya, sekali dengan katil dan tilam sekali. Juan tersepuk kesakitan di lantai.

Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk!! Jeritan panjang itu tidak didengari sesiapa!



Di satu kawasan bersemak di tebing sungai, 5 kilometer dari tempat Vios terjunam, sepasukan polis dengan anjing pengesan akhirnya menemui apa yang mereka cari.

"Sarjan. Kami dah jumpa mayat tersebut. Positif. Ianya Juan!"
"Bagus. Bawak dia balik ke pejabat untuk post mortem. Saya akan maklumkan pada pegawai Khalid sebentar lagi."
"Baik, tuan!"
Sarjan itu senyum lega. "Nampaknya kes ini sudah berakhir."

Sekian.

Cerpen sebelumnya:
Aku Dan Kamu; bahagian II
Cerpen selanjutnya:
Refleksi

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.5
58 Penilai

Info penulis

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.&nbsp; &nbsp; &nbsp; &nbsp;
cahatomic | Jadikan cahatomic rakan anda | Hantar Mesej kepada cahatomic

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya cahatomic
PCB#2: AKU SEPASANG SEPATU PEJABAT WARNA HITAM | 37526 bacaan
Kau, Kuah Satay dan Simfoni Hidupku | 28504 bacaan
TEPUK BATANG AISKRIM (INILAH HARINYA AKU MENDAPAT SEORANG MUSUH KETAT) | 4968 bacaan
M01S04: Dua Dunia | 4578 bacaan
Syi | 5281 bacaan
Maaf, Cik! 2 : Naga Terbang | 6748 bacaan
Maaf, Cik! | 7395 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

124 Komen dalam karya Maaf, Cik! 3 : Juan Bangkit
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik