Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

apa guna ada member kan?

Cerpen sebelumnya:
Pencuri Hati
Cerpen selanjutnya:
carldena

“Tak mahu!” korang fail BM ke time SPM? Tak mahu maksudnya don’t want to!

“Perut dah boyot, lemak di mana-mana jua berada. Jomlah!” buat kali ke 18 tanganku ditariknya. BMI aku normal ok?! Berat aku baru 55 kg. Kenapa gaduh-gaduh ni?


“Perut boyot boleh buat sit up,” jawabku malas sambil menarik semula bantal wangiku itu.A


“Kau nak buat sit up?! Kau jangan nak bunuh aku sebab terkejut,” Mira ketawa. Lawak ke?


“Kolej kita betul-betul depan Tasik Titiwangsa. Tapi kau, selaku penghuni kolej ni, tak pernah lepak tasik, memang memalukan masyarakat setempat!” kata Sue, juga coursemateku seperti Mira dan Jiha yang ada kat bilik aku ni.


“Ada ke dalam perlembagaan Malaysia cakap, sesiapa yang menghuni kolej di depan Tasik Titiwangsa di wajibkan pergi ke tasik itu?” sudah-sudahlah ajak aku oi. Aku nak tidur.


“Memanglah tak ada…”


“Korang tau tak, korang tengah mengganggu ketenteraman masyarakat setempat? Pencemaran bunyi setinggi 120 db ni boleh merosakkan gegendang telinga tau tak?” sempat pulak aku bersyarah. Suara masing-masing dahlah macam petir!


“Kitorang tengah ajak seorang perempuan berperut boyot dengan lemak berlebihan untuk pergi jogging! Bukan pencemaran bunyi,” kata Jiha pulak. Dorang ni memang semangat kental betul la.


“Esok la. Esok aku join. Aku mengantuk gile ni,” aku mengalah.


“Dah 18 minggu aku dengar dialog kau tu,” ketiga-tiga coursemates aku membalas.


“Korang tau tak, apa yang korang buat ni adalah satu paksaan? Pencabulan hak asasi aku sebagai rakyat Malaysia. Kita negara demokrasi…”


“Bye!” kata mereka serentak dan terus keluar meninggalkan aku. Akhirnya!

 
“Aku tak percaya yang kau ni wakil sekolah dalam netball dulu,” kata Sue ketika kami makan tengah hari di kampus. Eh, tak puas hati lagi ke?


“Nak tengok sijil aku?” ugutku. Macam berlagak je gaya aku? Memang aku berlagak!


“Sebabkan kau malas nak exercise la kitorang tak percaya!” sambung Jiha pulak.


“Aku bukan malas exercise. Kalau kau ajak aku pagi-pagi, aku tak kisah. Ini nak jogging petang. Aku kan tidur petang,” memang dah jadi habit aku sejak kecil lagi.


“Tak baik le tidur petang,” Mira pulak bagi ceramah.


“Aku tau,” lembut je aku jawab. Macam takut kena rotan dengan mak je?


“Anyway, aku tertanya-tanya pulak. Kenapa kau masuk netball dulu kalau kau jenis pemalas macam ni?” tanya Mira tiba-tiba. Aku tersengih sumbing.


“Sebab dulu padang netball sebelah padang soccer. Ada budak yang aku minat…”


“OK, kitorang dah faham dan sangat jelas!” tak sempat aku habiskan cerita aku?!
 

“Kau nak pergi ke tak? Kalau tak kau menyesal nanti!” ugut Mira. Adegan yang sama berulang kembali. Adegan yang betul-betul sama dengan adegan semalam. Saling tak tumpah!


“Aku tak pernah rasa menyesal kalau tak ikut korang pergi jogging petang-petang macam ni,” dengan penuh keyakinan aku menjawab!


“Kali ni, bukan kitorang je yang pergi. Afiq pun pergi. Dengan Afzar….” Sue cuba mengumpan aku dengan lelaki?! Ini satu penghinaan buat aku! Aku takkan pergi kerana lelaki ok?!


“Korang ingat aku termakan ke pujuk rayu yang idak mencairkan itu? Sudah-sudah la weh,” Sue terdiam. Walaupun aku macam excited sikit tadi sebab Afiq, lelaki kegemaranku itu pergi sekali, tapi aku tau ni taktik korang. Haha! Aku menang!


“Menakjubkan! Mas tak nak pergi walaupun Afiq pergi?!” Sue cuba nasib lagi. Aku bangun, duduk di katil mengadap kawan-kawan aku tu.


“Aku pun tak sure kenapa korang nak sangat aku pergi. Tak jemu-jemu pujuk aku tiap petang. Aku jenis yang suka aerobic, megaerobik. Syok gak. Tapi jogging? Aduh, belum lari pun lutut aku dah longlai nak pergi. Sorryla ye,” pujukku lembut. Akhirnya kawan-kawan aku mengalah. Senang je rupanya. Kalau aku tau ini cara yang terbaik, dah lama aku praktikkan!

 

“Jomlah masuk pertandingan kayak tu! Jomlah,” Jiha cuba memberi topic perbualan untuk kitorang.


‘Kayak? Apa bendanya?” tanyaku.


“Ada pertandingan kayak Sabtu depan kat tasik. Jomlah masuk, Mas,” Jiha memujukku.


“Aku, Jiha dengan Sue memang masuk. Tapi kena dua orang per team. Kau je harapan kitorang nak masuk,” kata Mira. Bermulalah adegan pujuk memujuk.


“Aku tak reti kayak la,” jawabku. Kayak pun aku tak pernah tengok. Inikan pula nak suruh aku masuk pertandingan?!


“Senang je. Setiap petang kita datang tasik, praktis…” Sue terhenti dengan kata-katanya sendiri. Setiap petang? Aku rasa semua orang tau aku alergi dengan perkataan tu.


“Hmmm…” serentak mereka bersuara. Tolonglah daku!


“Aku… fikir dulu?” jawabku tergagap. Tengok muka dorang sekor-sekor, dah macam nampak muka Cikgu Mazinah time aku sekolah dulu. Cikgu Mazinah dengan rotan di tangan!


“Kau fikir?! Memang confirm kau tak masuk!” kata Mira sambil ketawa. Kau memang suka ketawa dengan apa-apa yang kau cakap yea Mira?


“Satu penghinaan tu! Ok fine! I’m in,” kataku tegas. Jiha tersedak, Mira terjatuh kerusi, Sue pengsan. Memang satu penghinaan untuk aku! Kurang asam punya member. Kot ye pun terkejut tak payahla hiperbola sangat!


“Boleh rewind tak fenomena alam yang berlaku tadi?” sempat Sue kutuk aku.


“Fenomena alam kepala otak kau!” kataku dan terus berlalu meninggalkan kawan-kawan aku yang tak cukup hormone kewarasan tu. Apa masalahnya kalau aku masuk pun?!


“Mas!”


 
“Kalah teruk kita!” Mira tergelak. Kami baru selesai menyertai pertandingan kayak itu. Jangankan menang, air tasik tu pun tak hingin pandang muka kitorang lagi. Punyalah teruk skill kitorang!


“Pakcik yang jaga tu macam gelabah gile tengok kita. Kesian dia. Dia takut kita tergolek kot,” kata Sue pulak! Teringat muka Pakcik tadi. Penuh dengan kerisauan semata. Yang best sekali, dia pandang kitorang je. Tak pandang orang lain pulak? Nampak sangat kitorang memang berbakat. Dia nak ambik jadi peserta negara kot?


           
Kami berlalu untuk pulang ke kolej. Memang best sangat kalau dapat lepak dengan kawan-kawan macam ni. Enjoy, happy. Lupa masalah-masalah negara yang sedang aku hadapi.


“Mas, lepas ni lepaklah dengan kitorang petang-petang. Kitorang suka sangat kalau kau ada sekali,” kata Jiha tiba-tiba. Kali ni, aku terdiam.


“Kau ingat kitorang suka sangat ke datang bilik kau petang-petang, kejut kau. Ajak pergi jogging. Sebab kitorang suka kalau kita berempat lepak sama-sama. Macam ni,” aku menggangguk. Betul jugak kata Sue tu. memang enjoy kalau lepak macam ni.


“Yerla. Aku pun kesian dengan korang. Aku tak ada, korang tak happy. Aku ada, semua berjalan dengan lancar…” Mira, Sue dan Jiha berlari-lari anak ke kolej tanpa sempat aku berdialog.


“Oi!”



 
‘Kehidupan kat kolej dengan member-member memang best. Apa rasanya kalau kita tak ada kawan? Sementara kita ada kawan, hargailah dia’ 
Cerpen sebelumnya:
Pencuri Hati
Cerpen selanjutnya:
carldena

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

zira

im just an ordinary girl who loves to write..
nameless | Jadikan nameless rakan anda | Hantar Mesej kepada nameless

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya nameless
Detik Akhirku | 4371 bacaan
Ini Cerita Kami | 2643 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 3 (final) | 4816 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 2 | 4795 bacaan
Kisah Suka dalam Duka part 1 | 4751 bacaan
Kasih Diana | 2514 bacaan
'i do' | 2703 bacaan
Cinta Buta | 999 bacaan
Impian | 2772 bacaan
Kera Sumbang | 3593 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

8 Komen dalam karya apa guna ada member kan?
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik